alkisah SOS topup

September 28, 2011


sungguh kacak :)


"RM0.50 telah dicaj ke akaun anda untuk perkhidmatan SOS Top Up.RM2 belum dicaj"


nak gelak bila aku dapat msg ni dari maxis.eh,bukan nak gelak,tapi memang gelak terus weh.siapa yang pakai maxis tu tahu la apa itu SOS topup kan.bukan sos thai cili yang kita makan bersama KFC tu.SOS topup tu bila baki kredit kita kurang dari 20sen kot,kita boleh pinjam dengan maxis,tapi kena bayar semula la kan.dalam dunia ni mana ada yang free.Ye dok?Tapi yang aku geram kena cas 50sen pulak.riba dah tu.wateva!tapi kalau guna credit advance Celcom tak kena charge lebey punnnnn.kann!



ok,kembali pada cerita msg tu.Aku gelak sebab rasa msg tu lawak.Semangat je dia tolak 50 sen dulu.Aku topup rm5,pastu kdit tgal Rm2 lepas wat apa yang patut.tu dia tak boleh nak amik RM2.50,jadi dia amik 50sen dulu.macam la tak boleh tunggu nanti2 aku topup semula,pas tu hamik la rm2.50 tu sekaligus.haisshh..




:)

Menonton Bini-Biniku Gangster


semalam tengok movie Bini-Biniku Gangster.Memang terbaik la cerita ni.Yang paling best Sam.wat muka serius pun still rasa nak gelak tengok muka dia tu.haha.Macam malas nak wat review cerita ni better kamu semua tengok sendiri,tapi majoriti semua dah tengok kot cerita ni.kann



kerepek:berat turun 1kg pun suka macam nak rak!baru 1 kg bukan 10kg.sedarlah cik renex
panggilan pagi-pagi

panggilan pagi-pagi

September 25, 2011



Pagi tadi dapat call.

'hello,ini Tunas Manja ke?'

okay,aku manusia bukan supermarket,hoho

'You bhgian IT kan,i nak tahu mengenai PO,dah apprved blum'

tak la,aku da resign..hohoho

then,dia minta no tunas manja,HellO!!tak kan ko supply barang kat tunas manja tapi ko tade no office.Adoi!tak proaktif langsung.

yang peliknya,bila aku bagi no aku kat supplier ek..huuuu..yang paling aku bengang,dia tak cakap Thank You pun.cisss,,mana budi bahasa anda..adoiiiiiii..

budi bahasa budaya kita kannnnn

renex dah ada Lesen P

September 16, 2011

salam lebaran semua.lamanya dah tak update blog ni kan.Penuh sawang.:) ouh ye,hari aku nak share something yang bagi aku sangat la membahagiakan aku.Nak tahu apa?


Aku dah dapat lesen P,akhirnya lepas jugak test JPJ tu.Finally.*sigh* sebenarnya last2 week aku failed Test jalan raya.Test Parking,bukit,tiga penjuru lulus lak.Jalan raya memang hampeh.tu kena repeat test jalan raya ni.


Tapi alhamdulillah,hari khamis lepas ujian jalan raya aku berjalan dengan lancarnya.hencik Jpj kali ni memang best dan tak over skema.Mula2 aku nak start tu aku nak reverse dulu kan,tiba2 tak boleh. sebab lupa nak tekan hand brake.dalam hati aku..demmmm..tapi aku sengeh je la kat dia.:)mcm tak rasa bersalah kan,padahal dalam hati "adoii,,pass ke tak aku ni,permulaan pun dah hancus.."


aku banyak borak je dengan dia.dia tanya aku tinggal mana.kenal tak orang ni,orang tu.belajar mana,kerja mana.haha!macam interview lak kan. tapi takpe jugak,baru la aku tak cuak mase test tu.hehe.yang part paling lawak hehe bila dia cakap kat aku

"eh,pandang depan la,awk tu tengah drive"

haha.dah memang habit aku mcam tu,bila borak mesti nak tengok muka orang yang aku borak2 tu.hehe..naseb baik dapat yang sporting habiss...

pengalaman kena test JPJ ni memang bermakna kan.setiap orang mesti ada pengalaman masing2 kan.tanak share ke?jom share2..:))

sharing is caring ;)


manja or mengada-ngada?fikirkan lah

manja or mengada-ngada?fikirkan lah

August 23, 2011



Manja atau mengada-ngada??

Satu perbuatan yang kadang2 boleh mengundang kepada sesebuah perhubungan menjadi hambar.Manja ni selalu dikaitkan dengan perempuan kan.Kalau lelaki tu,jarang sikit la kan kita dengar.Bila cakap sal manja ni,siapa yang tak suka dirinya dimanjai dan dilayan bak puteri kayangan kan lebih2 lagi dimanjai oleh kekasih pujaan hati.cehwahh

Bermanja ni tak salah sebenarnya cuma kena ada hadnya dan janganlah keterlaluan.sebab bila dah over manja,itu namanya MENGADA-NGADA. tapi mungkin ada diantara kita tak sedar yg kita ni dikategorikan mengada2.So,jom kita tengok 10 perkara2 yang menunjukakan kamu wanita2 ni sebenarnya mengada2 bukan manja.:)Info ni aku dapat dalam majalah lama2 aku.

1)Berpura2 bodoh walaupun kamu tahu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.Bagaimanapun kamu sengaja bersikap mcm tu atas sebab nak dapatkan perhatian dari boipren kamu tu.contohnya baju koyak,tu pun nak report , pe kata korang jahit atau buang je baju tu.kannn.settle mslh.

2)Menangis keterlaluan hanya kerana perkara remeh.bayangkan,kita call bf kita sebab baju hangus kena iron,menangis 9jam tak henti2.huhu.confrm boipren kita ase menyampah.

3)Merajuk tak tentu pasal.Sebab tak reply msg terus majuk dua bulan.Melampau tu weh.

4)Segala hal peribadi yang patut kita settle sendiri contohnya membayar bil broadband,hantar dan ambil baju kat kedai dobi atau lain2 sengaja diserahkan pada boipren kita.Tak kesian ke kat boipren tu??

5)Setiap kali bercakap kamu tidak akan serius dan sentiasa bercakap seperti kebudak-budakan.

6)Sering mereka2 cerita atau menimbulkan masalah dengan harapan kekasih kita akan berikan perhatian yang lebih.

7)Setiap kali bila kita nak minta dia beli hadiah,mesti merengek2 seperti budak umur 5taun.:)lelaki sebenarnya kurang gemar pada gadis yang berkelakuan seperti keanak-anakkan.Contohnya kalau ada barg nak suoh dia beli,just terus-terang dengan penuh kelembutan.:)

8)Sekiranya boipren kita melayan teman2nya lebih daripada korang,mulalah korang akan menunjukkan muka masam dan merajuk didepan teman2nya.ish ish,tak baik tuuu

9)Setiap kali keluar,apa sahaja barang di tangan korg termasuklah handbag korg diberikan kepada boipren untuk dipegang dengan alasan "Berat".hehe,tapi tak semua lelaki menyampah nak pegang2 bag kita,ada juga yang okay malah sukarela nak pegang handbag kita sebab sekarang kan banyak kes ragut.barulah gentleman kannn.

10)Korang call dia tengah2 malam dan mendesak datang mengambilnyamu hanya semata2 sebab rindu.Wth.


so,itu la tanda2 nya,tapi tak semua lelaki menyampah dengan 10 perkara tu,ada yang okay je dengan benda tu,So bergantung kpd boipren korang cam ne.Kalau dah korang tengok boipren korg lain mcm je layan korang tu,better berubah sebelum terlambat.:))

nasihat cik renex.Cubalah berdikari walaupun kita tahu boipren kita tu sanggup lakukan apa sahaja untuk kita.Cubalah juga tegas dlam membuat sebarang keputusan dan tidak terlalu bergantung pada dia utk menentukan segala2nya bagi kita.Lagi satu,kena memahami komitmen boipren kita.Dia ada kawan2,keluarga,takkan la nak menghabiskan masa 24 jam dengan kita sorang je kan. mcm kita gegirl ni ada masanya kita kuar shopping ngn mmber2,girls day out la kononya kan.:)

so,renung2kan la dan selamat berpuasa!

Jari jemari memainkan peranan

July 26, 2011



tadaa..lagi satu hasil kerja jari-jemariku.tak kemas sangat jahitan yang aku wat ni sebab aku wat benda ni tengah malam.nak bagi ke member aku tu esoknya.memang kelam kabut  la nak wat kan,mana nak cari idea,nak lakar,nak gunting,jahit n then bg benda tu kembong macam bantal.

tapi okay la,aku puas hati sebab dapat bagi something untuk dua orang member aku ni.nak bagi hadiah mahal-mahal aku tak mampu.ni je la yang aku mampu bagi.

Hope they like it.:))


kerepek-kalau aku jual benda alah ni laku tak?ada orang nak order tak??

Timba dan Perigi sama-sama cari :)

Timba dan Perigi sama-sama cari :)

July 25, 2011


ada seorang kawan aku cerita kat aku

aku tanya wat pe,die jawab-tadi on9 pastu terus offline sebab ada seorang gurl ni tanya kat dia macam ni.."awk xnak ke ambil no fon sy?"

bile aku bace msg tu,aku gelak sorang2.macam2 zaman sekarang ni.semua dah advanced,dulu mana ada perempuan berani tanya macam tu kan.selalu lelaki yang minta nombor dulu then perempuan tu pun kononnya play hard to get la kan.padahal dalam hati punya la nak bagi no fon kat lelaki.

tapi sekarang,istilah perigi cari timba or timba cari perigi dah tak penting.yang penting berani untuk memulakan sesuatu perhubungan.kalau masing-masing tunggu,sampai bila pun takkan bergerak.huhu

aku nak komen2 lebih pun tak tahu.:)

so.

Dear Akim,do you want to make stories with me?walaupun umur U lagi TER'kurang' dari I,I dont care,simply dont care.

HAHA.




© Blog Cik Renex