event
Showing posts with label event. Show all posts

Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf

April 10, 2022

Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf

Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf | Sempena bulan Ramadan yang mulia ini CR berpeluang menyantuni satu Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan bersama-sama dengan anak-anak yatim dan asnaf. UDA Holdings menerusi AnCasa Royale Pekan, Pahang - rangkaian hotel milik UDA mengambil langkah murni menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares sempena meraikan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf



Kira-kira 180 tetamu dari sektor korporat dan kerajaan termasuk VIP dan jemputan dari UDA Holdings Berhad berbuka puasa bersama kanak-kanak di Ballroom hotel itu. Majlis itu dihadiri tetamu kehormat, YBHg Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi UDA Holdings Berhad. Antara tetamu yang hadir ialah Encik Azrudyn Rashid, Naib Presiden Eksekutif/ Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset Kumpulan, UDA Holdings Berhad, Encik Shah Azam Khan, Naib Presiden Kanan, Ketua Hospitaliti. Ancasa Hotels & Resorts, Encik Abdul Halim Md Yusuf, Pengurus Besar Ancasa Royale Pekan dan Puan Radziah Binti Mohamed Fadzil, Ketua Pemasaran & Komunikasi Korporat Kumpulan, UDA Holdings Berhad.


Dengan diiringi oleh guru-guru mereka, lima belas kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim dan Miskin Darussalam Al Mukhtar, Jalan Rompin Lama Pekan, 5 kanak-kanak Pertubuhan Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin, Kampung Ketapah dan 20 kanak-kanak dari JPKK Pulau Rusa dan JPKK Mukim Ganchong telah dijamu dengan pelbagai hidangan kegemaran Ramadan tradisional dan lazat termasuk pencuci mulut yang menyelerakan.

Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf

Majlis dimulakan dengan  bacaan Doa dari Ustaz Wan Anas bin Wan Shahrudin Al Hafiz dari Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Mahkota. Acara kemudiannya adalah Ucapan Perasmian dari  YBhg Datuk Norliza Abdul Rahim . 

Menurut  YBhg Datuk Norliza Abdul Rahim, objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan UDA dengan komuniti di wilayah perniagaan UDA. Inisiatif CSR UDA Cares ini selari dengan konsep penjenamaan baharu UDA iaitu LIFE - Life, Integrated, Finesse dan Enrich yang diperkenalkan sempena Ulang Tahun ke-50 UDA pada tahun lalu sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa menyokong UDA selama ini.

“Saya percaya dengan adanya penjenamaan baharu, UDA akan terus utuh menggalas peranan mewujudkan komuniti inklusif di wilayah pembangunan serta perniagaan UDA, dan bersama-sama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melahirkan lebih ramai lagi Keluarga Usahawan, yang mampu menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara setelah negara memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April lepas,” katanya.



Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf

Menurut beliau menerusi program ini, UDA akan menghulurkan sumbangan zakat berjumlah RM26,000.00. Manakala RM14,000 lagi disumbangkan kepada Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Jerantut untuk diagihkan kepada asnaf yang layak MPWK diwakili Ahli Undangan Negeri Bukit Ibam, Yang Berhormat Datin Shamsiah Haji Arshad yang hadir bagi menerima sumbangan tersebut.


Kemuncak acara itu ialah penyampaian Duit Raya RM50 serta Baju Kurung dan Baju Melayu bernilai RM250 bagi setiap kanak-kanak oleh Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi UDA Holdings.


Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf



Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf

Acara diakhiri dengan wajah riang dan senyuman anak-anak kerana mereka mempunyai Baju Raya baharu untuk dipakai pada sambutan Hari Raya akan datang. Alhamdulillah. Tahniah dan Terima Kasih pada Uda Holdings dan Ancasa Royale Pekan atas keprihatinan tersebut.

Poh Paleh Wey Ancasa Royale Pekan

Bertepatan dengan Fasa Peralihan ke Endemik ini, pihak AnCasa Royale Pekan, Pahang turut merebut peluang merancakkan kembali operasi perniagaan dengan menawarkan pelbagai promosi menarik antaranya pakej Buka Puasa Ramadan Buffet 'Poh Paleh Wey' sepanjang bulan Ramadan.

Untuk maklumat lanjut boleh ke 

RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula di Musim Pandemik

January 19, 2022

RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula di Musim Pandemik


RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula di Musim Pandemik ︱Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sedar tak sedar kita dah berada di pertengahan tahun 2022 dan kita telah meninggalkan tahun 2021. Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik yang makin menjadi-jadi dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu. Musibah yang dialami ini sangat dirasai oleh semua orang terutama para usahawan.

Kita juga lihat disaat ada yang mengalami kesusahan pasti ada yang datang membantu bagi meringankan beban yang dialami oleh mereka. Datuk Wira Dr Azizan Osman ,Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd (RichWorks) sangat memahami perasaan dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan ini kerana Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.

Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan. Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya. Dr Azizan juga telah menyumbang 30 unit mesin pernafasan Airvo2 yang bernilai 1 juta kepada Yayasan Kebajikan Negara.

Sebelum CR bercerita lebih lanjut tentang perjalanan RichWorks membantu usahawan, CR ingin berkongsi sedikit info tentang RichWorks bagi mereka yang masih belum mengenali apa itu RichWorks.

Tentang RichWorks

RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula di Musim Pandemik

  • Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.
  • Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).
  • Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.
  • Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


Program Keusahawanan Ditaja 100%

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks untuk bantu usahawan bantu bangkit dari krisis pandemik. Mereka juga telah melaksanakan sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula di Musim Pandemik


Selain itu juga RichWorks turut mengadakan 4 bisnes bootcamp bagi menyokong bangsa usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana dalam usaha meningkatkan bisnes mereka yang menyertai bootcamp tersebut. RichWorks juga banyak mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa antaranya seperti Berita Harian, Metro , Fox dan pelbagai lagi. 


RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula di Musim Pandemik

RichWorks juga melakukan kolaborasi strategik bersama dengan Jabatan Pembangunan Wanita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Program Wanita Bangkit Berniaga. Program ini juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Wanita yang berminat boleh mendaftar secara percuma di laman sesawang utama dan mengikuti kursus yang diadakan


Aplikasi Menthor

Aplikasi Menthor merupakan projek RichWorks dengan lebih 700 video pembelajaran. Platform ini boleh diguna pakai sepanjang masa selain daripada menyertai event RichWorks secara live. Menthor ini dilancarkan bagi menyokong dan membantu bangsa usahawan. Antara topik dan kategori penting yang disediakan adalah seperti Attitude & Mindset, Marketing, Business, Entrepreneurship,Leadership, dan Self Growth bagi memudahkan bangsa usahawan mempelajari dan melakukan tindakan pantas.

Pencapaian Anak Didik Mentorship RichWorks




Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion. Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Pada tahun lepas jugak, RichWorks telah menganjurkan Inner Circle Meeting secara Virtual di Kuala Lumpur, Janda Baik, Langkawi dan juga Dubai iaitu pada bulan Februari,April,September dan December. RichWorks jugak telah mengadakan Premium Road Trip dengan melawat Kilang Hasnuri di Johor dan NurRaysa di Pahang. Roadtrip ini bertujuan untuk melihat dengan sendiri prestasi Bisnes Growth,amalan dan perkara betul yang diaplikaskan dalam bisnes dan operasi Titanium Premium.


CSR Richworks

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga."

Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini. Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula di Musim Pandemik

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.


Walaupun RichWorks dan Staf turut bersedih dan terkesan apabila pejabat dinaiki air, rumah dan kereta serta mosikal tenggelam, mereka tetap komited dalam memberi bantuan kepada yang memerlukan jugak.




Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Kuantan

June 5, 2020

Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou,  Bantu Komuniti Kuantan

Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Kuantan | Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru.

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.

Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou,  Bantu Komuniti Kuantan

Sebagai contoh, di Kuantan, Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan, sebuah rumah anak yatim di Kampung Pelindung meneraju usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.

“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan, Puan Zuraida Binti Ismail.

Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou,  Bantu Komuniti Kuantan

Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.

“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Puan Zuraida Binti Ismail.


Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.

“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau.

Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou,  Bantu Komuniti Kuantan


Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.

Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.

“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.

Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut.

“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini.

Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou,  Bantu Komuniti Kuantan

Pantri makanan #AyamWithYou terletak di Lot 132, Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan Pahang. Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my.


Big Bad Wolf Book Sale kembali menyerang Kuantan Pahang

March 3, 2020

Big Bad Wolf Book Sale Kuantan Pahang 2020

Big Bad Wolf Book Sale kembali menyerang Kuantan Pahang Jualan Buku Big Bad Wolf Kembali Ke Pahang Untuk Kali Kedua Dengan Membawakan 80% Judul-Judul Terbaru  Dikenali sebagai Jualan Buku Terbesar Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf kini kembali ke Pahang mulai 28 Februari hingga 9 Mac 2020, bertempat di Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang. Dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam, kemasukan ke Jualan Buku yang diadakan selama 11 hari ini adalah PERCUMA dan para pencinta buku boleh menikmati buku dengan potongan harga antara 75% hingga 95% berbanding harga runcit yang disyorkan. 

Big Bad  Wolf Book Sales 2020 ump gambang

Terkenal dengan penawaran harga yang sangat mampu milik, Jualan Buku Big Bad Wolf menyediakan pelbagai jenis pilihan buku yang terdiri daripada kesusasteraan, seram, novel romantik, bantuan kendiri, seni bina, resipi masakan, novel grafik dan banyak lagi dengan 80% daripadanya adalah judul-judul terbaru khusus untuk para pencinta buku di Pahang. Turut disediakan ialah buku-buku pilihan para ibu bapa yang terdiri daripada buku kanak-kanak seperti buku cerita, buku aktiviti, buku papan, buku pop-up dan buku bergambar. 


CR ke BBW pada Ahad baru ni kebetulan ada kerja di Kuantan. Masa sampai tu banyak dah kereta parking di bahagian luar kompleks sukan UMP Gambang. Banyak sangat buku yang dijual dan pilih je mana yang berkenan di hati.


Para peminat buku karya Lauren Weisberger juga pasti teruja dengan novel sekuel, When Life Gives You Lululemons, yang berpaksikan kisah tentang pembantu pertama Miranda Priestly daripada The Devil Wears Prada. Sementara itu, mereka yang gemar memasak pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan Malaysia: Recipes from a Family Kitchen, sebuah buku koleksi resipi keluarga nukilan Wan Ping Coombes, anak kelahiran Ipoh yang menjuarai MasterChef UK 2014. Para pengunjung daripada pelbagai latar belakang juga pasti teruja menemukan buku-buku pilihan mereka di Jualan Buku kali ini. 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan kepada kami semasa Jualan Buku tahun lepas. Kami kembali semula, dan kali ini membawakan lebih daripada 80% judul terbaru khusus untuk warga Pahang. Buku mendorong kita untuk menerokai dunia dengan berfikiran dan berimaginasi yang lebih terbuka. Kami gembira kerana dapat memberi peluang kepada semua untuk menerokai dunia ilmu,” kata Pengasas Bersama Jualan Buku Big Bad Wolf, Andrew Yap. 

Buku Ajaib yang menampilkan kecanggihan teknologi Augmented Reality (AR) telah diperkenalkan tahun lalu dan menerima sambutan menggalakkan daripada para pengunjung yang pertama kali menyaksikan sendiri keajaiban teknologi AR. 


Tahun ini, Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang akan membawakan 17 judul Buku Ajaib. Ibu bapa dan guru-guru yang sedang mencari cara interaktif bagi meningkatkan keterlibatan kanak-kanak disyorkan untuk memilih Buku Ajaib. Buku Ajaib ini berupaya mewujudkan pengalaman membaca yang lebih mengasyikkan dan interaktif untuk semua. 6 buah judul terbaru yang ditawarkan termasuklah The Wheels on the Bus, Old Macdonald, Disney Frozen: A Sleepover Party, Disney Winnie the Pooh: Fun with First Words, ABC Fun with Mickey dan Counting Fun with Mickey boleh didapati di Jualan Buku tersebut. 

Selain daripada Buku Ajaib, antara tarikan utama Jualan tahun ini ialah Come-To-Life Puzzle Sets. Setiap set 2 dalam 1 ini mengandungi set teka-teki 28 keping yang turut menampilkan kecanggihan teknologi AR. Setelah teka-teki fizikal berkenaan berjaya diselesaikan, pengguna boleh mengimbas teka-teki tersebut dengan menggunakan aplikasi Hippo Magic, yang kemudiannya akan menghidupkan watak serta pemandangan interaktif tiga dimensi di atasnya. Sesuai untuk kanak-kanak berusia antara 3 hingga 5 tahun, set teka-teki ini membolehkan si kecil belajar untuk menyatukan sendiri teka-teki fizikal berkenaan dan pada masa yang sama bermain dengan watak klasik kegemaran mereka. 6 Come-To-Life Puzzles akan ditampilkan pada Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020 iaitu Little Red Riding Hood, Goldilocks and the Three Bears, Cinderella, The Three Little Pigs, Sleeping Beauty dan Snow White.

Antara buku yang ada di Big Bad Wolf Book Sale :

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Selain daripada penerbit antarabangsa, Jualan Buku Big Bad Wolf turut menampilkan lebih daripada 40 penerbit tempatan dalam Jualan Buku tahun ini. Penerbit seperti Kualiti Books, Sasbadi, PTS dan Pelangi akan membawakan buku-buku pendidikan pada harga diskaun. Manakala Buku Fixi, Patriots Publication, Lejen Press, DuBook Press dan Iman Publication pula akan menampilkan novel-novel tempatan masing-masing.

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang





Big Bad Wolf Book Sale UMP gambang

Red Readerhood HARAP Pahang


Para pengunjung Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020 turut berpeluang memilih dan mendermakan buku menerusi cabang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Jualan Buku Big Bad Wolf, Red Readerhood yang bekerjasama dengan pertubuhan tempatan bagi menyumbangkan buku kepada mereka yang memerlukan. “Sukacita kami mengumumkan bahawa dengan hasil usaha dan kemurahan hati para pengunjung, kami berjaya mengumpulkan 2,579 buah buku semasa Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2019. Buku-buku berkenaan telah berjaya disumbangkan kepada Harap Pahang, sebuah pertubuhan komuniti tempatan yang memberi tumpuan kepada pendidikan dan kebajikan komuniti. Pada tahun ini, kami akan terus bekerjasama dengan Harap Pahang bagi memupuk lagi minat membaca dan memberi peluang kepada mereka yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan buku-buku berkualiti,” kata Yap. 

Harap Pahang menyalurkan khidmat kebajikan kepada pelajar berusia antara 5 hingga 23 tahun. Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020 akan mendermakan 200 buah buku bagi memulakan inisiatif Red Readerhood ini. Pengunjung digalakkan untuk turut sama menyumbang dengan memilih dan mendermakan buku-buku yang boleh didapati di sudut Red Readerhood, yang terletak bersebelahan dengan kaunter juruwang.


Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang


Selain daripada buku, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai barangan Jualan Buku Big Bad Wolf seperti magnet, lencana butang dan kemeja-T di sudut cenderamata yang disediakan. 

Pada 2019, Jualan Buku Big Bad Wolf telah menjelajah ke 32 buah bandar di 10 negara termasuk Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Filipina, Taiwan, Emeriah Arab Bersatu, Myanmar, Pakistan, Korea Selatan dan Malaysia. Tahun ini, Jualan Buku tersebut buat pertama kalinya akan menjejakkan kaki ke Phnom Penh, Kemboja. Jualan Buku Big Bad Wolf akan sentiasa berusaha bagi membolehkan semua orang mendapat akses kepada buku pada harga mampu milik.

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

BBW juga ada menganjurkan pertandingan. Sertai Pertandingan Foto #ILoveBBWPahang2020 untuk Memenangi Baucar dan Hadiah Utama Jualan Buku Big Bad Wolf.

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Ambil gambar di dewan Jualan Buku atau gambar buku-buku yang telah anda beli dan muat naik gambar berkenaan ke akaun Facebook atau Instagram anda dengan tanda pagar #ILoveBBWPahang2020 dan #BBWPahang2020 dan nyatakan mengapa anda mencintai Jualan Buku Big Bad Wolf. Pertandingan ini berlangsung pada 28 Februari hingga 8 Mac 2020 bagi merebut peluang untuk memenangi baucar tunai Jualan Buku Big Bad Wolf bernilai RM50, eksklusif untuk lima pemenang setiap hari dan pada hari terakhir pertandingan, seorang pemenang akan dipilih untuk memenangi Hadiah Utama, berupa sebuah troli yang dipenuhi buku! 

Dapatkan maklumat terkini setiap hari dengan mengikuti #BBWPahang2020 di: 

FACEBOOK: fb.com/bbwbooks 
INSTAGRAM: @bigbadwolfbooks 

Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health

January 18, 2020

Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health
Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax presenting a token of appreciation to Dr Muhamad Yazli Yuhana, Consultant Internal Medicine & Infectious Diseases of KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital at Antabax Always Be Clean (ABC) for Health campaign.

Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health︱
Dengan peningkatkan jumlah kes influenza di Malaysia, Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital kini bekerjasama untuk menganjurkan kempen kebersihan ‘Always Be Clean’ (ABC) for Health. Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kebersihan tangan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air atau pembersih tangan (hand sanitizer), mengikuti etika yang betul ketika bersin dan batuk serta menjalani gaya hidup yang sihat.

Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health
Mandy Lee, Senior Product Manager of Antabax, Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax together with Dr Muhamad Yazli Yuhana, Consultant Internal Medicine & Infectious Diseases of KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, taking the participants of Always Be Clean (ABC) for Health on the correct hand wash steps. 

Menurut Pengurus Kanan Jenama Antabax, Vivian Lee, memastikan kebersihan tangan merupakan salah satu langkah paling penting untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit. Sekali gus mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit kepada orang lain.

“Antabax mengambil langkah proaktif sebaik sahaja mendapat tahu jumlah kes influenza kian meningkat. Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menggalakkan tabiat kebersihan selama lebih satu dekad. Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital untuk mendidik orang ramai mengenai langkah mengurangkan risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit berjangkit seperti influenza.”

Data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan bahawa amalan tidak membasuh tangan mengundang bahaya kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Membasuh tangan dengan sabun boleh melindungi 1 daripada 5 kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan seperti pneumonia. Walaupun orang ramai di seluruh dunia membersihkan tangan dengan air, sangat sedikit yang menggunakan sabun untuk membasuh tangan mereka. Membasuh tangan menggunakan sabun boleh menghilangkan kuman dengan lebih efektif.

Mengenai Influenza


Influenza

Influenza biasanya dipindahkan menerusi titisan air yang keluar daripada batuk dan dan bersin apabila mulut tidak ditutup. Jangkitan virus influenza yang dibawa oleh udara dalam jarak pendek mungkin boleh berlaku, terutamanya di kawasan yang sesak. Pencemaran pada tangan juga menjadi satu lagi sumber jangkitan tersebut.


Influenza

Tanda-tanda dan Simptom Influenza

Tanda-tanda dan simptom influenza termasuklah suhu badan yang tinggi melebihi 38 darjah selsius, rasa penat yang lama sehingga dua dan tiga minggu, sakit sendi dan otot, batuk kering, sentiasa bersin, sakit tekak dan kepala. Mereka yang mempunyai tanda-tanda dan simptom ini perlu segera mendapatkan rawatan. Kumpulan berisiko tinggi termasuklah mereka yang berusia 65 tahun ke atas, ibu mengandung, penghidap penyakit-penyakit kronik, masalah pernafasan dan anak-anak kecil.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga mencadangkan kepada orang ramai, terutama mereka daripada kumpulan berisiko tinggi supaya mendapatkan vaksin selsema secara bermusim.


Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health
Mandy Lee, Senior Product Manager of Antabax, Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax together with Dr Muhamad Yazli Yuhana, Consultant Internal Medicine & Infectious Diseases of KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, taking the participants of Always Be Clean (ABC) for Health on the correct hand wash steps. 

Menurut Perunding Dalaman Perubatan dan Penyakit Berjangkit KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Dr Muhamad Yazli Yuhana, hospital telah merawat lebih 50 kes influenza pada minggu ini. Jadi, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan jangkitan.

“Hospital merekodkan lebih banyak kes berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kami harap dengan inisiatif bersama seperti kempen Antabax ABC for Health, orang ramai akan belajar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan demi melindungi diri dan keluarga mereka. Kita perlu lebih proaktif dalam mengambil vaksin, memastikan kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan segera untuk mengurangkan penyebaran influenza,” kata Dr. Yazli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Wabak Infleunza: Kurangkan Penyebarannya!”

Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health
Nurses from KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Infectious Diseases Control teaching the patient at the ward on hand wash steps at Antabax Always Be Clean (ABC) for Health campaign. 

Lagu kebersihan tangan Antabax yang menarik nyata menaikkan semangat kanak-kanak daripada KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital yang turut serta dalam program kesedaran dan pendidikan ini. Ia mampu membantu mereka mengingati langkah-langkah membasuh tangan yang betul sebagaimana yang ditunjukkan oleh para jururawat daripada unit kawalan jangkitan hospital berkenaan.

Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health
Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax, sharing the hygiene tips with the attendees of Antabax Always Be Clean (ABC) for Health campaign

“Penyebaran penyakit berjangkit seperti influenza boleh dikurangnya apabila kita bekerjasama. Langkah penting untuk tidak menyebarkan penyakit ini adalah dengan tidak terkena jangkitannya. Cara utama yang boleh diamalkan oleh setiap orang adalah sentiasa bersih sepanjang masa,” kata Lee.

Kempen ABC for Health dimulakan oleh Antabax pada tahun 2018 untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid pra-sekolah dan sekolah rendah. Ia telah melibatkan lebih 6,000 orang murid di seluruh negara.

Jadilah sebahagian daripada komuniti dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen serta inisiatif terkini dengan melayari laman Facebook rasmi Antabax di www.fb.com/NewAntabax atau Instagram di @antabax.

Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019

December 18, 2019

Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019

Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019 Assalamualaikum dan Hai. Lama tak bersiaran di blog terchenta. Senarai di bahagian draft penuh dengan tajuk sahaja akan tetapi isi didalamnya masih kosong. Jadi paksa juga diri update kisah di blog ni walaupun kisah ini berlaku telah lama iaitu pengalaman berkunjung ke Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang. Sebelum ni ada juga pameran di situ tetapi tak sempat nak pergi, jadi kali ni memang kena pergi sebab dah lama teringin kan.


Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019

Yang ralatnya disini sebab tak daftar untuk larian di landasan RUNWAY RUN 6KM . Bukan senang kot nak merasa lari atas trek tu tapi dah full. Try juga whatsapp orang yang uruskan  dan dia bagitahu dah penuh. Lepas tu CR tanya lagi boleh ke nak join jugak lari tapi tak pakai tshirt larian dan tak yah medal dan jawapannya BOLEH . Tetapi tu la, tak pergi jugak akhirnya. hahaha

Motif utama nak ke Hari Terbuka TUDM adalah nak tengok pertunjukkan udara. Mula-mula plan asal nak pergi sesi pagi sebab kononnya nak join runway run tu kan, tetapi tak jadi sebab rasa macam terkejar-kejar lak. Pertunjukkan udara pulak ada dua sesi Pagi dan Petang jadi haruslah pilihan CR petang. Untuk pertunjukkan udara sesi petang bermula jam 2.30 dan CR pun geraklah awal dari Bera sebab tahu dah nanti mesti akan ada masalah nak parking kereta kat mana.

Rupanya bukan masalah parking yang menjadi masalah utama tetapi masalah kesesakan jalan menghala ke sana. Jarak nak sampai ke tempat pertunjukkan tu dalam 7km je tetapi sangkut dengan Jammed kena tunggu hampir sejam lebih. Memang rasa nak patah balik dah masa tu sebab tak sanggup nak hadap lama sangat , lepas tu perangai rakyat Malaysia yang suka potong line. Semua nak cepat kan, bertolak ansur la,kalau dah semua potong line barisan macam tu je,memang lambat la kami  sampai.

Disebabkan dah lambat, CR nekad juga masuk kedalam pangkalan udara tu dan cari parking didalam.Alhamdulillah dapat lah parking dalam tu walaupun jauh juga. Pengunjungnya ya Allah ramai sangat, patut lah jalan jem dan parking penuh kiri kanan jalan. Semua tak mahu lepaskan peluang tengok pertunjukkan udara dan hari terbuka TUDM ini. 

Sebelum CR mulakan cerita jom tengok video yang CR sempat rakam ketika hari kejadian. Rakam guna handphone biasa je jadi kualiti gambar tidak begitu cantik. Selamat menonton.


Tujuan utama penganjuran Hari Terbuka ini adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk melihat dan mengenali dengan lebih dekat aset-aset TUDM serta peranan yang dimainkan oleh ATM terutamanya TUDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara. Nasib la sempat juga tengok pertunjukkan udara ini. Kalau tak ralat juga rasa. Antara pertunjukkan udara yang ditunjukkan untuk para pengunjung.

• PESAWAT HAWK Mk 108/208
• PESAWAT PC-7 Mk II
• PESAWAT F/A-18D
• PESAWAT EC 725 AP
• PAYUNG TERJUN
• ABSEILING
• FAST ROOPING
• PESAWAT SU-30 MKM


Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019
(Sumber gambar : FB Kerajaan Negeri Pahang)

Gambar selepas letupan pyrothecnic , sedang molek je CR sampai terus bermula pertunjukkan udara. Teruja sangat bila tengok di depan mata walaupun cuaca panas, kami semua tetap tak berinjak dari tempat masing-masing. Menurut sumber akhbar, hampir 51300 pengunjung yang hadir ke pertunjukkan udara dan pameran hari tersebut.

Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019
CR tak lepaskan peluang bergambar dengan juruterbang TUDM

Pertunjukkan udara melibatkan aerobatik dan formasi pesawat yang sangat luar biasa dan menarik hasil daripada juruterbang TUDM yang terlatih. Dari situ terbukti kecekapan mereka mengendali pesawat tersebut.

Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019
Antara ahli PASKAU  yang membuat persembahan payung terjun

Satu lagi persembahan yang CR nanti-nantikan adalah persembahan daripada Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU)  iaitu persembahan payung terjun. Kita di bawah menanti mereka turun dengan teruja, mereka diatas sana tu ape lah perasaan dia kan.


Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019

Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019


Sangat-sangat-sangat teruja tengok live depan mata mereka turun seorang demi seorang dengan selamat. Selalu main PUBG kita jump dari pesawat kan, sekarang tengok depan mata da. Dari sekecik-kecik burung di atas sana, sehinggalah selamat mendarat. PASKAU yang berpengalaman dan bukan calang-calang team mereka ini.



Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019
Bomba TUDM

Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019


Selain daripada persembahan daripada PASKAU, Bomba TUDM, Pasukan Kombo dan Pancaragam Pusat turut menggamitkan lagi suasana Hari Terbuka disamping dengan Pameran statik pesawat TUDM. Pameran Statik yang melibatkan beberapa buah pesawat ini memberi peluang kepada masyarakat melihat pesawat-pesawat TUDM dengan lebih dekat. Antara pesawat terlibat adalah EC 725 AP, PC 7 MK II, MB 339 CM, HAWK, F/A-18D, SU-30 MKM, C130H, CN 235 dan A400M. Skuadron 401 TUDM pula mempamerkan aset STARSTREAK.


Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019
Di dalam pesawat CN235

Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019
Orang ramai beratur nak naik pesawat

Para pengunjung berpeluang untuk naik ke dalam pesawat yang dipamerkan juga. Ramai sangat beratur dan CR hanya sempat merasa naik sebuah pesawat sahaja iaitu CN 235-220M sahaja. Akan tetapi itu dah cukup bermakna sebab dapat pengalaman sebegitu rupa. hehe. Pesawat yang besar sikit tu tak sempat nak naik sebab ramai sangat beraturnya.

Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019

Tentera Darat Malaysia (TDM) turut bersama memeriahkan pameran statik dengan menampilkan aset penting darat iaitu kereta perisai ACV300 Adnan dan AV8 Gempita.

Kesimpulannya, CR sangat berpuas hati dan gembira sangat dapat merasai pengalaman ni. Semoga tahun depan TUDM akan adakan lagi hari terbuka macam ni lagi dan CR dapat pergi.



© Blog Cik Renex