Alhamdulillah, SAH!! Cik Renex dah jadi isteri.

November 13, 2021


Alhamdulillah, SAH!! Cik Renex dah jadi isteri ︱ Pada 12.11.21 baru ni jam 10.13 pagi , Alhamdulillah dengan sekali lafaz , CR sah menjadi isteri kepada Khairul. Orang yang CR dah lama tunggu. Disebabkan masih dalam musim pandemik, upacara akad nikah masih tidak boleh dilakukan dirumah atau masjid. Kena juga buat di Pejabat Agama Daerah. Jadi hanya lima orang sahaja yang dibenarkan masuk masa akad nikah tu. Yang masuk CR, Suami CR , Ma CR, Abah dan Wali. Sedih juga sebenarnya bila macam tu tapi dah nak buat camne kan. Kena ikot SOP yang ditentukan.

Kisah kami pun tak ramai tahu dan CR pun tak bercerita sangat pada orang yang CR nak kahwin. Yang tahu hanya saudara pastu 2 3 orang kawan CR. Yang lain tu sebulan nak kahwin kot baru CR inform. Sebab tu ramai yang terkejut bila CR maklumkan nak bernikah dah. :)

Maaf pada sesiapa yang CR tak jemput dan maklumkan tentang majlis nikah CR. CR tak buat majlis besar pun. Jemput saudara terdekat dan makanan pun CR bungkus untuk beri pada tetamu dan juga hantar pada jiran-jiran terdekat.

Nanti CR akan kongsikan kisah persediaan nak bernikah ni sebab proses CR banyak sedikit disebabkan Abah dah meninggal dan berwalikan dengan Ayah Saudara. CR akan kongsikan pada next entri okay dari bermula isi borang sehingga selamat bernikah.



"Dan aku pinta kau setia denganku
Dan cintamu hanyalah untukku
Dan ku akhiri pencarian cintaku
Dengan kehadiranmu berakhirlah pencarianku

Segalanya kini padaMu ku mohon
Dan aku hanya mampu berdoa
Berdoalah agar cinta kita direstui
Kekal hingga ke syurga"


"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakanlah Pasangan Pengantin ini zuriat yang sempurna, soleh dan solehah. Murahkan rezeki pasangan ini. Semoga rumahtangga yang dibina Sakinah Mawaddah Warrahmah dan bahagia berkekalan hingga ke syurgamu. Amin Ya Rabbal Alamin"


Dah tak boleh panggil Cik Renex kena tukar Cik Puan Renex kot dan ringkasan jadi CPR. hehe. Tapi dah selesa dengan panggilan CR jadi kita maintainkan je la ye.

Menang Tempat Kedua Program Usahawan Digital Anjuran Pusat Internet Komuniti Durian Tawar

November 1, 2021

Menang Tempat Kedua Program Usahawan Digital Anjuran Pusat Internet Komuniti Durian Tawar

Menang Tempat Kedua Program Usahawan Digital Anjuran Pusat Internet Komuniti Durian Tawar ︱ Cik Renex dengan Pusat Internet Durian Tawar memang sinonim dari dahulu lagi. Rasanya CR memang kerap mengunjungi ke Pusat Internet Durian Tawar untuk melayari internet. Di rumah CR tiada line internet jadi memang kerap ke Pusat Internet. Dahulu Pusat Internet ini terletak berhadapan Sekolah Kebangsaan Durian Tawar tetapi dah berpindah ke tempat baru iaitu di Dewan Kampung Durian Tawar. 

Bila diingatkan kembali, CR suka ke Pusat Internet ini sebab nak melayari internet, itu yang paling utama . Zaman sekarang kan nak cari kerja memang perlukan internet jadi senang la bila ada Pusat Internet di kampung sendiri. CR siap jadi ahli Pusat Internet taw sebab banyak kelebihan yang kita akan dapat jika jadi ahli Pusat Internet. Contohnya kita akan dicaj lebih murah berbanding bukan ahli sekiranya kita menggunakan servis mereka seperti melayari internet, print, photostat dan sebagainya.


CR selalu juga menyertai program yang dianjurkan Pusat Internet Komuniti Durian Tawar ni. Dan baru-baru ini CR berpeluang untuk menyertai suatu pertandingan Program Usahawan Digital. CR hanya perlu ada akaun shopee dan perlu memberi report setiap bulan kepada pusat internet. Alhamdulillah CR dapat Tempat Kedua dalam pertandingan ini dan mendapat sejumlah wang seratus lima puluh ringgit. Alhamdulillah.

Menang Tempat Kedua Program Usahawan Digital Anjuran Pusat Internet Komuniti Durian Tawar

Gambar di atas ini semasa CR bersama dengan salah seorang orang kuat Pusat Internet ini. Terima kasih bagi peluang pada CR untuk menyertai program di Pusat Internet dan semoga ada lagi peluang lagi untuk CR sertai. hehehe.

Mana-mana yang nak tengok apa yang CR jual di shopee boleh klik link di bawah okay. jangan lupa follow okay.

© Blog Cik Renex