2010 - Blog Cik Renex

Friday, December 10, 2010

pada yang tengah bercinta tu,meh bace info ni..

December 10, 2010 3
pada yang tengah bercinta tu,meh bace info ni..
hei hei.aku kembali mengupdate blog kesayanganku ini sambil ditemani jobmalaysia.aisshh..baik lah,hari ni aku nak share lagi something ngan korang yer..iaitu 5 fakta cinta yang perlu kamu-kamu tahu.lima je okay.bukan banyak pun.huhu,,


jom kita mulakan dengan fakta pertama,

"lelaki dikatakan lebih mudah terpengaruh dengan hubungan cinta cintun di dalam internet.so,no wonder la kan sekiranya kita nampak lelaki ni dengan senang hati menerima pelawaan gadis-gadis untuk bersembang.contohnya chating kat YM ke,facebook ke,myspace ke,,skype ke..kan?"


fakta kedua lak "jangan terkejut jika anda tahu sebenarnya gadis juga sebenarnya terdorong untuk memiliki lebih dari seorang kekasih,,huhu,bukan hanya lelaki je yang ada niat macam tu.."


fakta seterusnya adalah "seorang lelaki boleh jatuh cinta dengan gadis yang baru ditemuinya hanya dalam masa tiga minit" wah,sungguh HEBAT..patutla lelaki ramai yang propa..huhu,,nasib baik ada empat column untuk diisi kan..


fakta keempat adalah "lelaki memang tak suka mengingat tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka even besday awek sendiri,,"so awek-awek jangan lah sentap lak bila dieorang tak ingat tarikh penting contohnya annversary ke,besday ke,,boleh je kan kita tlong ingatkan si lelaki trsebut.


fakta terakhir iaitu fakta kelima"kadang-kadang pasangan kita akan menipu atau berbohong spya dapat cover kesalahan yang mereka wat.." tipu sunat la kononya kan..tapi sebenarnya terus terang itu lagi baik bagi menjamin kesucian sesuatu perhubungan itu.cehwaah,,ayat tak leh blah kan..tapi serius k,jujur itu sangat penting bagi memastikan graf relationship kita always menaik jew,bukan graf menurun k..



k lah,itu aja,nanti aku share info lain lak ye.chow bedahh...:)


Thursday, December 9, 2010

jom bace info ni kawan2

December 09, 2010 0
jom bace info ni kawan2
mari2 sini kawan-kawan..cik renex nak share sesuatu info.info ni bukan cik renex cipta sendiri,tapi cik renex baca dalam majalah.credit to remaja;)

saja letak gambar ni.pic taken by him(si jejaka)


info pertama

"tahukah anda bahawa mata kita berkelip setiap hari puratanya adalah 144oo sehari"

wah.banyaknye la kan kita berkelip.korang pernah tak kira berapa kali mata berkelip..jom kita kira nak?hehee..satu dua tiga empat lima enam........14400.okay!cukup.huuu


info kedua

"percaya tak?secara puratanya mata kita berkelip sebanyak tujuh kali seminit semasa tengah menghadap komputer ke,laptop ke,notebook ke"
percya ke tak?jom try test..tapi aku da test,lebih dari tujuh kali ni..korang pun try laa..

info ketiga

"tahukah anda bahawa purata rambut diatas kepala kita adalah 100000 helai..banyak kannnnn??

ada sesiapa nak cuba buktikan info ni dengan mengira rambut sendiri sekarang??kalau ada yang dah pernah kira rmbut tu,tahniah aku ucapkan..tapi jangan la yang ada sehelai dua rambut je.eh!upin ada sehelai je rambut??cam mana..




itu sahaja la dari cik renex.info hari ni..

credit to - remaja!

lelaki period?tak logik kan?

December 09, 2010 3
lelaki period?tak logik kan?
hai hai blog.aku update ag.hujung tahun baru rajin update kan.kecian kat blog aku..hari ni aku nak cerita pasal haid.H-A-I-D.eh,ini bukan cerita yang memalukan atau lucah,,haid adalah perkara normal yang akan dialami oleh seorang perempuan yang dah akil baligh..kalau lelaki period tak logik kan..tu kes pelik bin ajaib..ghee...

okeylah.sebenarnya nak share sal haid.wanita-gadis-perempuan-anak dara- tahukah anda bila kita haid kita sebenarnya kehilangan banyak darah iaitu satu hingga dua auns.dua auns tu means suku hingga tiga suku cawan.darah yang keluar tu lak ada zat besi dan sel mati dan lendir.so thats why la bila kita period,kita cepat rasa penat sebab zat besi hilang..oooo..so bila kita tengah haid tu,makan banyak makanan yg ada zat besi .jangan gigit besi sudah la yee..huhu..

bila tengah period ni,perempuan ni cepat marah,so lelaki-lelaki kat luar ni jangan nak cari pasal ngan perempuan bila mereka tengah off day tu..tak pasal-pasal dapat cop bodyglove free kat pipi..


ada berapa MITOS sal haid/period ni.korang pernah dengar tak.meh cik renex nak share ape yang renex tau k.

PERTAMA
bila tengah period,kita tak boleh potong kuku..kalau TERpotong jugak kena simpan kuku tu,bila nak mandi wajib kena alirkan kuku tu masa tu.-betul ke??

KEDUA
bila tengah period,kita kena simpan rambut yang gugur.aduh,,rambut aku ni dah la banyak gugur,nak kutip2 la semua2 tu ea??betul ke??

KETIGA
bila tengah period,kita tidak boleh minum ais.kalau minum ais nanti darah akan keluar lagi banyak..betul ke??aku percaya kot yang nii..sbab dulu mase aku period aku perkena ABC,perghh,,mmg banyak keluar beb,,dengan sengugut lagi.lengkap pakej bila minum ais..huhu..

KEEMPAT
mitos keempat ni aku suka.orang dulu2 cakap,bila kita tengah period n then kita terKANTOI or terBOCOR or terNAMPAKkan darah kita kat seluar or baju,n then ada lelaki nampak,,lelaki tu akn jadi suami kita..huhu.,i loikee,,kalau akim af7 ternampk kat aku nye,so he'll be my husband ea?haha..


akim mase kat kluang parade:)



itu hanya mitos3 sahaja.jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.

k lah.itu ajaaa,,cik renex nak off da.chow bedaahhh(pinjam jap ye KAK B-trademark KAK B,dj suria fm)


Thursday, May 6, 2010

teletubies sangat comel..;)

May 06, 2010 1
teletubies sangat comel..;)

TELETUBIES.comel kan budak empat orang ni.dulu aku suka tengok cartoon ni.sangat2 comel teletubies ni.

Dipsy yang warna hijau
Tinky Winky yang warna ungu
Laa-Laa yang kuning
 Po yang merah
 
 
dan of course aku paling suka warna merah tu..sangat comel.dia paling kecil.suara dia pun best gak.hehe.cartoon ni start tahun 1997 asenya.aku pun da lupa.walaupun mereka2 ni takde suara sangat tapi cartoon ni tetap best sebab mereka comel .so itu da cukup utk wat aku tengok cerita ni..

tapi sekarang da takde cerita ni.bila la cerita ni ada ulangan kan..hehehe..;)



Sunday, April 18, 2010

15 Tanda2 Masalah Mental ;)

April 18, 2010 7
15 Tanda2 Masalah Mental ;)


Hari ni aku nak share dgn kamu semua tentang tanda2 masalah mental.huhu.mental ni macam masalah perasaan la kan.tol ke?layann je la.kadang2 kita tak sedar pun kita ada masalah mental kan.kadang2 orang lain yang boleh perasan kita ni ada masalah mental.so untuk2 siapa yang nak tahu samada dia ada masalah mental ke tidak,jom kita tengok2 tanda2 orang ada masalah mental ni..mari kita terjah apakah tanda2 nya :



Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur. kalau da tidur tu,memang tak ingat dunia kan.walaupun alarm da bunyi paling kuat pun still tak leh nak bangun tidur kan.makin lena ada lah kan.nak nak,kalau alarm bunyi lagu best..huuu.


                                              

Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala.sampaikan g kelas pun jalan dengan kepala yang senget..hehe



Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik.macam gmbar kat bawah ni.tapi still macho lak kucing ni walaupun serabai2..heee..



Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan..macam di awan biru..:)



Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat.walaupun makan KFC or McD hanya sebulan sekali..berat badan still naik.cam ne tu.


Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat.rasa macam malas je nak kerja kan


Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran terlalu sempit.bukan la sempit macam movie adnan sempit tu.huhu



Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan.ish ish ish...



Kesembilan: Boss or lecturer sentiasa marah dengan anda.ada je yang tak kena padahal kerja kita da betul da..nasib badannn..

(p/s : tak suka pic atas ni..kecian kucing tu...)


Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung bagai..



Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat.sangat2 penat...



Keduabelas: Anda sentiasa merasa diri tersepit.macam rasa nak jerit pun ada kan..



Ketigabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing..



Keempatbelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas




Kelimabelas: ANDA SENTIASA MERASA  KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT....... ..... SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH.......HE...HE..HE




huhu.itu sahaja tanda2 nya.aku rasa macam ada je tanda2 tu kat diri aku.adoiii..kena berubah ni..tak mahu ada masalah mental..heee..:)



Saturday, April 17, 2010

Al-Fatihah untuk arwah achik..

April 17, 2010 2
Al-Fatihah untuk arwah achik..


al fatihah untuk arwah achik spin
tak sangka sangat
sedih bila dapat tahu..
baru je cerita sal arwah kat blog..
kehilangan arwah benar2 bagi kesan kat aku
sebab aku membesar dengan lagu dia
lagu dia dengan nana
telemovie dia dengan nana n syura
sangat2 rasa kehilangan
al-fatihah untuk arwah..





Tuesday, April 13, 2010

masih ingatkah anda dengan new boyz, q-face, boboy , spin ?? =]

April 13, 2010 28
masih ingatkah anda dengan new boyz, q-face, boboy , spin ?? =]

Salam.sekarang ni tengah dengar lagu sambil online. Kononya nak study tapi tertaip www.blogger.com. heh!aku tengah layan lagu lama2 ni.memang layannnn habis.time aku muda2 dulu.ceh,macam da tua je kan sekarang.hehe..masa aku sekolah2 dulu aku suka layan lagu jiwang2..hehehe.mari sini aku sharekan antara artis yang aku suka adalah:

1] newboyz




Time newboyz keluar aku rasa lagu first yang popular "sejarah mungkin berulang"..memang layan la kan lagu tu..aku suka gak lagu "lukamu lukaku jua" , "meraung"..pas tu banyak la lagi..hee.tomok pun da glamer sekrang kan..


2]Q-Face



Group ni pun aku suka.aku and akak aku suka group ni.kalau beli majalah mangga siap gunting lagi gmbr Q-face ni n then tampal kat dinding la..dalam buku la..hehehe..pas tu Q-face tukar jadi Antz lak kan..still layann jugak..hehe..lagu yang aku paling suka n still ada dlm laptop ni lagu "izinkanlah"..best2..tapi group ni da tak de da..yg aktif lagi just fairuz..fairuz aktif ngn teater jugak.aku da follow blog dia and da add dia kat facebook.dapat facebook die pun kebetulan sebab aku add kawan sama praktikal ngan aku kat JBA temerloh, Bad..pas tu nampak muka fairuz dalam album Bad. Ape lagiterus add..hehehe..semangat tak??try cari NOH kat facebook,tapi tidak jumpa pun...huuu

3]BOBoY




Boboy pun best..tapi macam da tak wujud da band ni..maybe semua da berpecah kan and dah smbung belajar or da keje kan..lagu boboy yang aku paling suka adalah "episod cinta"..memang besttt... Bila agaknya diaorang nak buat comeback. Rindu. 

4] SPIn




ha..spin aku paling sukaaaa.lagu spin bnyk dalam laptop ni haaaa.aku suka lagu "dimana janjimu dulu" &  mengusung rinud.huhu..semua lagu spin aku suka weh..


kalau terkenang balik zaman dulu2 seronok kan.lagu dulu ngan lagu sekarang bnyak beza.sekrang pun da banyak band indie.aku pun layannn band2 indie especially band COUPLE,MUH,BUnkface n of cos YUNA..hehe..bnyk lagi yg aku suka..nanti2 la masuk dalam list lak kan.nanti aku share lagu duet and telemovie pe yang aku suka tengok..hee..nantikan...


sekarang mahu study consumer.itupun kalau mata ku ini mengizinkan.wahai semangat!!datangla kau kembali ke badan aku.aku da hilang semangat ni..

Sunday, March 21, 2010

bila mereka datang..;)

March 21, 2010 2
bila mereka datang..;)

semalam ma abah n cha datang skudai.huu.sangat seronok bila mereka datang sini.hee.korang layan je la gmbr eyh.aku busy.nak wat assignment da.daa..


alice in wonderland ;)

March 21, 2010 10
alice in wonderland ;)

alice in wonderland!!aku da tengok da semalam.ngan geng2 kesayangan aku.semangat weh nak tengok citer ni.siap malam b4 nak pergi tengok tu survey jam berapa.huu..dan akhirnya berjaya jugak tengok cerita ni.cerita ni dulu cerita kat buku kan.aku ingat lagi time aku umur berapa ntah,aku baca buku dia.tapi tak sure gak betul ke tak.ntah2 aku bace buku lain kan..

 g tengok wayang ngan dak2 ni.macam2 jadi hari ni.mula2 naik teksi 5 orang,kes kat dalam wayang lagi..hehe..jalan kaki g jusco..kejar2 bas..haha!macam2..yang penting puas n best kan.

thanks korang sebab keluar sama2.masing2 dalam gambar ni mata penat.huhu..;)




dan ini Johnny Deep.seorang lanun bertukar menjadi pembuat roti  TOPI.huu..serius hensem lak tengok dia dalam cerita ni.tapi dia memang hensem pun kan?dan aku jeles dengan dia sebab dalam movie ni mata die lawa.banyak gila warna eyeshadow dia.nak juga mak-up macam dia.haha!


dan aku suka gila tengok TweedleDee n TweedleDum. sangat comey mereka dua ni.kalau la dua2 ada kat depan aku.akan ku cubit2 pipi yang tembam itu.serius korang dua ni comeyh..!!!


Saturday, March 20, 2010

layout myspace lagi hensem..

March 20, 2010 6
layout myspace lagi hensem..
selamat pagi....!!!sudah 137am..tadi menukar layout background myspace..tiba2 rasa macam layout myspace lagi hensem dari layout blog.macam nak tukar layout blog jadi mcm ni..tp nanti la..huu..suka dengan background myspace..huuu.kan best kalau facebook ada layout2 nih.best sikit nak edit2 kan..huu..


 ni dia.background je ubah.yang lain still same.sebab malas nak edit yg lain.salah satu sebab nape aku suka myspace lagi sebab aku leh edit2 background dia.huuuu...



dan dan dan..nak cerita ni..semalam kan busy wat keje kan.tiba2 dapat signal wifi..huhu..pelik tu.da laju sikit dari berukband aku.haha.tpi disebabkan wat keje.tak layan sgt wifi itu.so,td nak tgok la kan,ada ag tak wifi utm tu.last2 tak de  da.no signal..sengaja kan.time aku free2 ni tak nak lak bg aku wifi.da la line berokband macam de problem je.sabar je la.haihh.


ni ha buktinya ade wifi.signal strength very low,tp bila aku try on9 laju jek.tp kejap je pun.haha.
nmpk tak list2 file word tu.report punya pasal.heee..



kerepek : ada lagi orang tanya aku. awek akim ke ni?hahaha..helooo..korang2.akim tu bawah umo aku la..aku minat je.takkan percaya kot akim tu pakwe aku.aku tak cantik pun .akim tu hensem.huuu...

Monday, March 15, 2010

dapat hadiah dari cik tapey...!!!

March 15, 2010 4
dapat hadiah dari cik tapey...!!!


wah!gila rindu kat blog !! dah dua hari tak update kot.haiya.aku bukan tak nak update tapi aku pergi bercuti start jumaat malam sampai pagi ahad tu.so bila da bercuti maka akan ku lupakan segala alam2 maya ni.FOKUS untuk bercuti je.haha.padahal bukan bercuti g thailand ke,langkawi ke.aku g kluang je pun.sebab family aku datang umah akak,aku pun balik la sana sebab nak jumpa mereka2 yang aku sangat sayang.

oklah!nak update cepat2 ni sebab kononnya lepas ni nak wat assignment yang tengah beratur panjang kat belakang aku ni haaa.juz nak bagitahu..aku dapat hadiah lagi.walaupunnnn,besday aku da lama lepas..hee..

thanks to fatin nabila aka tapey! aku sayang ko lebeyh la..aku suka gila hadiah ko..hee..
ini hadiahnya...;)

nak tengok ucapan apa yg cik tapey tulis utk aku?meh cni aku zoommmm...
dan 
dan
dan
dan
hadiahnya adalah...jeng jeng jeng jeng....




sehelai selendang warna kehijaun.eh ye ke hijau.rabun warna jap.huu

pape pun,thanks to tapey.aku sangat suka gila dapat hadiah ni..sayang ko tapey..!!eh jap.before entry tamat meh sini aku show kat korang pemberi hadiah ini yer..baru glamer sikit kan..hee..

itu dia cik tapey.
yg tdung purple tu aku.dan yg si pink tu aku beli.comeyh tak comeyh tak?



Tuesday, March 2, 2010

kami ♥ entrepreneur

March 02, 2010 0
kami ♥ entrepreneur


alhamdulillah.akhirnya chemist entrepreneurship day sudah tamat.dan dilaksanakan dengan bagus.mula-mula time nak buka gerai tu risau gak kan kalau tak de orang nak beli..huu..tapi akhirnya segala jenis makanan habis.yang ada tinggal pun just jeli buah aje.enjoy gila menjual ni sebenarnya..ingat senang ke nak panggil customer..jerit2 oo panggil customer beli..huhu..semua tu pengalaman kan.serius seronok.

meh sini aku rumuskan apa yg terjadi time chemist entrepreneurship day 

sehari sebelum harinya!

kami semua kena gotong royong angkat meja kerusi n pasang khemah.dan yang bestnya..khemah untuk group aku rosak disebabkan angin..abis roboh khemah kami..so kena tunggu khemah dari luar..huu..dugaan pertama group kami..heee.

time ni nak g ambil meja kat DSI.tapi sempat lagi snap picture kan.haha!tu namanya gila kamera.hahaha..

hari nya tiba okay!! 

masing-masing semangat nak menjual.khemah2 kemas n bila da siap  okay!sudah tiba masa untuk menjual n menjerit panggil customer..huu..

time ni tengah memotong keropok lekor yang mendapat sambutan hangat..huuu..

hari keduA
hari kedua..aaaaa  aku tak taw nak tulis ape sebenarnya..hmm..jualan okay dan dapat sambutan juga.nasi habis..keropok yang digoreng pun abis dan rojak buah jugak.air 50sen juga habis..huuu..dan part yang paling best adalah keuntungan yang group kami dapat...senyum sampai ke rambut..haha.



okay2..aku da tak taw nak merepek ape ni.aku kan nak jadi matang.mana boleh merepek2 kan.aku nak tido ar weh..penat gila ni..abstrak xbuat lagi..OB xhabis study ag..hmmm..dugaan dugaan digaan...



lastly..nak tayang muka yang tak siap sebab tido tak cukup dan serabut memikirkan asiment dan segala test,quiz dan so on.mata da jadi macam mata panda.



kerepek : gambar tak bnyk ditayangkan.sebab aku xlarat nak tunggu upload.aku upload kat facebook jer kot.tu pun maybe hujung minggu kot baru aku upload.minggu yang busy sudah tiba.oh ya!aku hilang nafsu kat facebook..kenapa yer...