Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANGAMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKANSOLAT. Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "
Hari Guru memang antara momen paling bermakna dalam setahun. Bagi CR, inilah masa terbaik untuk kita berhenti sekejap, ingat balik jasa cikgu-cikgu yang tak pernah jemu mendidik kita dari kecil sampailah kita besar. Dari ajar ABC, kira 123 , sampai lah nasihat tentang kehidupan. Semuanya datang daripada insan bergelar guru. Jadi, bila tibanya Hari Guru, mestilah kita nak buat sesuatu yang istimewa, walaupun sekadar hadiah kecil tapi penuh makna.
CR tahu, kadang-kadang ramai yang pening nak pilih hadiah Hari Guru. Nak yang simple tapi cantik, nak yang murah tapi nampak eksklusif, dan paling penting nak yang boleh buat cikgu tersenyum bila terima. Sebab tu CR nak kongsikan beberapa idea hadiah yang bukan sahaja comel, tapi juga praktikal dan sesuai untuk semua jenis guru. Kalau ada yang berminat boleh piyem CR yer.
1. PEN POUCH
Pertama sekali, pen pouch dengan sampul khas bertemakan Hari Guru. Yang ini memang antara pilihan favourite ramai. Dalam satu set, ada sampul poket dengan design comel biasanya ada ilustrasi ceria, ucapan “Selamat Hari Guru”, dan warna-warna yang menarik. Dalam sampul tu pula disertakan dua batang pen. Walaupun nampak simple, sebenarnya hadiah ni sangat berguna sebab cikgu memang sentiasa perlukan pen setiap hari lagi2 warna merah.
2. FRIDGE MAGNET
Mungkin ada yang fikir fridge magnet ni biasa je, tapi sebenarnya kalau design dia menarik dan ada elemen Hari Guru, ia boleh jadi hadiah yang sangat bermakna. Cikgu boleh letakkan pada peti ais di rumah, dan setiap kali nampak magnet tu, mesti akan teringat pada anak murid yang bagi. CR suka idea ni sebab ia sesuatu yang tahan lama, bukan setakat guna sehari dua, tapi boleh jadi kenangan bertahun-tahun.
3. MAGNETIC BOOKMARK
Seterusnya, magnetic bookmark yang datang sekali dengan cover kad. Yang ini memang sesuai sangat untuk guru-guru yang suka membaca atau sentiasa menggunakan buku dalam pengajaran. Magnetic bookmark ni unik sebab dia boleh tanda pada halaman buku tanpa mudah tercabut. Ditambah pula dengan cover kad yang cantik, terus nampak eksklusif walaupun saiznya kecil. CR rasa hadiah ni sangat thoughtful sebab ia berkait rapat dengan rutin harian seorang guru. Setiap kali cikgu buka buku dan nampak bookmark tu, pasti teringat pada pemberi.
4. SET PEN + MAGNETIC BOOKMARK/MINI BOX CLIP BROOCH/FRIDGE MAGNET
Kalau nak sesuatu yang lebih lengkap, CR cadangkan set pen dan magnetic bookmark. Ini macam set kombo yang menggabungkan dua item berguna dalam satu set. Sesuai sangat untuk yang nak bagi hadiah nampak lebih ‘berisi’ tanpa perlu belanja besar. Pen untuk menulis, bookmark untuk membaca; dua benda yang memang dekat dengan dunia seorang guru. Dengan packaging yang menarik, set ni boleh nampak premium walaupun sebenarnya simple.
Bagi CR, bila pilih hadiah Hari Guru, tak semestinya kena mahal. Yang penting adalah nilai sentimental dan usaha yang kita letakkan dalam pemberian tu. Kadang-kadang benda kecil pun boleh beri impak besar kalau disampaikan dengan ikhlas. Lagi satu, design yang comel dan mesej yang menyentuh hati juga memainkan peranan penting. Guru bukan sahaja menghargai hadiah fizikal, tapi juga perasaan di sebaliknya.
Selain itu, hadiah-hadiah macam ni juga sesuai untuk pelbagai situasi; sama ada untuk seorang guru kesayangan, atau nak beli banyak untuk satu kelas bagi sama-sama. Senang, praktikal, dan tak perlu fikir terlalu rumit. CR faham, bukan semua orang ada masa nak DIY atau cari hadiah yang terlalu fancy. Jadi pilihan yang simple tapi cantik macam ni memang sangat membantu.
Akhir kata, Hari Guru adalah peluang untuk kita ucapkan “terima kasih” dengan cara yang lebih bermakna. Tak kira apa pun hadiah yang dipilih semuanya boleh jadi simbol penghargaan yang indah. CR percaya, sekecil mana pun hadiah itu, ia tetap mampu menyentuh hati seorang guru. Jadi, jom raikan Hari Guru dengan penuh rasa syukur dan kasih sayang, dan jangan lupa pilih hadiah yang boleh buat cikgu tersenyum sepanjang hari 😊 Jika berminat nanti boleh whatsapp 0177944891 sahaja
Assalamualaikum dan Hai semua! CR nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua yang mengenali diri CR, yang membaca blog ni, dan juga yang tersinggah secara tak sengaja. Semoga Ramadan kali ni lebih bermakna, lebih tenang, dan penuh dengan keberkatan untuk kita semua.
Macam biasa, bila masuk je Ramadan, suasana dia lain macam sikit kan? Rasa lebih damai, lebih aman, dan hati tu pun automatically jadi lebih lembut. CR sendiri memang suka vibe bulan ni. Walaupun kadang-kadang penat (lagi-lagi bila kerja atau ada banyak komitmen), tapi perasaan dia tetap special. Bangun sahur, dengar azan Subuh, berbuka dengan orang tersayang. Benda simple macam tu pun dah cukup buat hati rasa seronok dan puas.
Ramadan ni sebenarnya bukan sekadar tahan lapar dan dahaga je. Lebih kepada kita “reset” diri. Reset hati, reset niat, reset cara hidup. CR pun cuba untuk improve sikit-sikit. Jaga solat awal waktu, kurangkan benda lagha, dan cuba jadi versi diri yang lebih baik daripada sebelum ni. Tak perlu drastic pun, janji konsisten.
Lagi satu yang di nanti adalah bab makanan. hehe, ni memang tak boleh lari. Bazaar Ramadan memang antara benda yang paling dinanti-nantikan. Dari air balang sampai ke kuih-muih tradisional, semua nampak sedap! Tapi CR cuba jugak control nafsu sikit walaupun kadang-kadang tewas juga . Azam tahun ni kononnya nak pantang manis, tapi dah masuk hari ke 12 ni masih ada minum manis. Haihhh..
Selain tu, Ramadan juga masa terbaik untuk kita rapatkan hubungan. Dengan family, kawan, dan juga dengan Tuhan. Kadang-kadang kita terlalu sibuk sampai lupa nak hargai orang sekeliling. So, bulan ni lah peluang untuk kita slow down, luangkan masa sama-sama, dan perbaiki hubungan yang mungkin dah lama renggang. CR tahu, tak semua orang melalui Ramadan dengan cara yang sama. Ada yang gembira, ada juga yang mungkin rasa kosong atau sedih. Itu normal. Apa pun keadaan kita, CR harap kita semua dapat jumpa sedikit ketenangan dalam bulan yang mulia ni.
Akhir kata, CR doakan semoga Ramadan kali ni membawa seribu satu kebaikan dalam hidup kita. Semoga segala amalan kita diterima, dan kita diberikan kekuatan untuk terus istiqamah , bukan setakat dalam bulan Ramadan je, tapi juga selepasnya.
Assalamualaikum dan hai. Selamat datang tahun yang baharu. Tanpa sedar, kita sudah melangkah ke satu lagi fasa masa yang penuh harapan, doa dan juga pelajaran. Tahun ini, CR memilih untuk memulakan langkah dengan lebih tenang, lebih sedar, dan lebih menghargai setiap proses yang dilalui.
2025, Tahun yang mengajar CR banyak perkara. Tentang sabar, tentang rezeki yang datang tidak selalu seperti yang dirancang, dan tentang diri sendiri yang sebenarnya lebih kuat daripada yang disangka. Ada hari yang penuh senyum, ada juga hari yang berat untuk dilalui. Namun, semuanya menjadi pengalaman yang membentuk CR hari ini.
Masuk tahun baharu ini, CR tidak meletakkan terlalu banyak azam yang besar. Cukup sekadar niat untuk menjadi versi diri yang lebih baik daripada semalam. CR ingin lebih konsisten, sama ada dalam kerjaya, perniagaan kecil yang dibina, mahupun dalam menjaga hubungan dengan insan sekeliling. Sedikit demi sedikit, asalkan berterusan kan.
Akhir kata, CR ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam perjalanan hidup CR, sama ada singgah seketika atau kekal hingga kini. Semoga tahun ini membawa lebih banyak ketenangan, keberkatan rezeki, dan senyuman yang tulus.
Bila tiba masa nak tempah baju korporat, mesti ramai yang pening nak pilih tempat terbaik. Ada yang nak cepat siap, ada yang kejar harga murah, dan ada pula yang utamakan kualiti.
Tapi apa kata kalau semua ni boleh dapat sekali? Di Mafeya Sdn Bhd, korang boleh tempah baju korporat terus dari kilang dengan harga berpatutan dan hasil kerja yang memang memuaskan.
Terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Mafeya Sdn Bhd sudah beroperasi sejak tahun 2010 dan dikenali sebagai kilang baju korporat yang berpengalaman dalam menghasilkan pelbagai jenis pakaian dan produk korporat.
Menariknya, semua kerja dijalankan in-house dari rekaan, jahitan, cetakan hinggalah pembungkusan dan penghantaran.
Kenapa Ramai Pilih Tempah Terus Dari Kilanga
Bila tempah baju korporat direct dari kilang, korang bukan saja jimat kos tapi juga dapat jaminan kualiti. Sebab apa?
Sebab semuanya dikawal sepenuhnya oleh pasukan Mafeya sendiri, bukan dihantar ke tempat lain.
Ramai pelanggan suka dengan konsep “direct kilang” ni sebab:
Harga lebih murah – tiada caj tambahan daripada orang tengah.
Tempoh siap lebih cepat – sebab semua proses dibuat di bawah satu bumbung.
Kualiti terjamin – setiap baju diperiksa sebelum dihantar.
Servis fleksibel – boleh custom ikut keperluan dan bajet pelanggan.
Bila korang berurusan terus dengan kilang, komunikasi lebih mudah dan hasil akhir pun lebih menepati citarasa. Tak perlu risau tentang “janji manis” ejen yang kadang tak sama dengan realiti.
Servis Lengkap Untuk Semua Jenis Tempahan
Mafeya Sdn Bhd bukan sekadar pengeluar baju korporat. Mereka juga pakar dalam pelbagai servis jahitan dan percetakan pakaian.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah:
T-shirt & Jersey Sublimation – cetakan penuh warna, sesuai untuk kelab, pasukan atau event.
Embroidery (Sulaman Berkomputer) – kemas dan tahan lama, sesuai untuk logo syarikat.
Heat Press Printing – ideal untuk rekaan ringkas dan cetakan segera.
Kilang Jahit Custom – untuk baju korporat, uniform kerja, baju melayu, jubah, tudung dan banyak lagi.
Jaket, Vest, F1 Shirt, Apron dan Uniform Pejabat.
Cenderamata Korporat – topi, pen, payung, medal, plaque dan pelbagai barangan promosi lain.
Kesemuanya boleh disesuaikan mengikut keperluan dan bajet pelanggan. Nak baju custom atau ready made, dua-dua ada. Malah, Mafeya juga sediakan lebih 300 design baju korporat lelaki dan wanita untuk dipilih.
Kualiti Jahitan Yang Dijaga Rapi
Ramai pelanggan yang pernah tempah dengan Mafeya akan faham kenapa mereka terus repeat order. Salah satu sebabnya adalah kualiti jahitan dan potongan baju yang kemas.
Kilang Mafeya dilengkapi mesin jahit industri terkini dan pasukan tukang jahit berpengalaman. Setiap helai baju akan melalui proses semakan kualiti supaya tiada benang longgar, saiz lari atau warna tak sekata.
Fabrik yang digunakan juga dipilih dengan teliti. Bukan sekadar cantik dipakai, tapi selesa dan tahan lasak untuk kegunaan harian. Sama ada untuk pejabat, event atau projek khas, hasil akhir tetap nampak profesional.
Dari Design Hingga Siap Hantar — Semua Diurus Satu Tempat
Kalau korang jenis yang suka semua urusan disiapkan satu tempat, Mafeya Sdn Bhd memang pilihan terbaik. Dari awal rekaan hinggalah baju siap dibungkus, semuanya dikendalikan oleh pasukan mereka sendiri.
Bagi pelanggan yang belum ada design, pasukan pereka grafik Mafeya boleh bantu hasilkan rekaan berdasarkan warna korporat, tema atau logo syarikat korang.
Nak nampak moden? Nak gaya minimalis? Semua boleh disesuaikan.
Yang bestnya, nasihat rekaan diberi secara percuma. Korang cuma perlu kongsi idea, dan team Mafeya akan bantu realisasikan dalam bentuk yang menarik dan profesional.
Lebih 14 Tahun Dalam Industri
Dengan pengalaman lebih 14 tahun, Mafeya Sdn Bhd bukan nama baru dalam industri pakaian korporat dan percetakan. Mereka pernah bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, syarikat swasta, institusi pendidikan dan kelab komuniti di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Setiap tahun, ribuan helai baju korporat, t-shirt event dan uniform siap dihasilkan. Tak kira tempahan kecil atau besar, semuanya diurus dengan tahap ketepatan tinggi. Mafeya juga sedia menerima tempahan express untuk projek segera bergantung pada jadual pengeluaran semasa.
Harga Berpatutan Dengan Nilai Yang Setimpal
Ramai yang ingat bila tempah terus dari kilang, kualiti mungkin tak sebaik jenama besar. Tapi realitinya, Mafeya berjaya buktikan sebaliknya. Dengan kilang sendiri dan kos operasi yang lebih terkawal, mereka mampu tawarkan harga lebih rendah.
Setiap pelanggan akan diberi sebut harga jelas tanpa caj tersembunyi. Apa yang dibayar, itu yang korang dapat siap dengan servis mesra dan jaminan hasil kerja.
Kalau nak dibandingkan, harga baju korporat dari Mafeya biasanya lebih kompetitif berbanding pasaran luar kerana tiada caj ejen.
Servis Mesra, Hasil Berkualiti
Selain kualiti dan harga, satu lagi perkara yang buat ramai pelanggan kekal dengan Mafeya ialah layanan mesra staf mereka. Setiap pertanyaan dijawab dengan sabar, setiap tempahan dipantau dengan teliti.
Bagi Mafeya, kepuasan pelanggan adalah keutamaan. Mereka percaya layanan baik dan hasil kerja berkualiti adalah sebab utama pelanggan terus datang kembali.
Pilihan Bijak Untuk Semua Jenis Organisasi
Tak kira korang dari syarikat besar, sekolah, kelab sukan atau persatuan, Mafeya Sdn Bhd sedia membantu hasilkan pakaian terbaik untuk imej organisasi korang.
Dengan kemudahan kilang lengkap dan pasukan berpengalaman, mereka mampu siapkan tempahan besar dalam masa singkat tanpa abaikan kualiti.
Proses Tempahan Yang Mudah & Mesra
Tempah baju korporat dengan Mafeya sangat senang sama ada datang terus ke showroom atau order secara online.
Langkah-langkahnya pun mudah:
1️⃣ Pilih produk & material
2️⃣ Hantar logo dan design
3️⃣ Terima mockup digital untuk semakan
4️⃣ Bila lulus, kilang terus hasilkan tempahan
5️⃣ Siap & boleh diambil di kedai atau dihantar terus ke tempat korang
Bagi korang yang baru nak mula tempah, bolehlah datang ke pejabat mereka di Shah Alam atau hubungi terus untuk dapatkan quotation percuma.
Kalau korang sedang mencari kilang baju korporat yang boleh dipercayai dan hasilnya dijamin berkualiti, Mafeya Sdn Bhd sememangnya pilihan yang tepat. Dengan pengalaman lebih 14 tahun, pasukan berpengalaman, mesin moden dan servis mesra pelanggan mereka mampu berikan nilai terbaik untuk setiap tempahan.
Daripada baju korporat, t-shirt event, uniform pejabat, hingga ke cenderamata korporat, semuanya boleh ditempah terus dari kilang. Jimat masa, jimat kos, dan hasil pun puas hati.
Lokasi & Cara Hubungi Mafeya Sdn Bhd
bahagian akhir yang ada alamat, no telefon & website tu. ganti yang ni. pastikan URL link tu ke website yang betul ya
Lokasi & Cara Hubungi Mafeya Sdn Bhd
Team Cetak Showroom
32A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Assalamualaikum dan Hai. Dah masuk Ramadan ke 24 dah kita kan, tak lama lagi Syawal menjelang tiba. Macam mana persiapan raya awak semua, mesti banyak dah selesai kan sebab dah hujung-hujung sangat dah. CR tinggal lagi tudung lah tak beli lagi dan tak tahu bila lah nak pergi belinya.
Hari tu CR teringin nak makan agar-agar pandan santan untuk berbuka dan kononnya nak try buat sendiri sebab mudah je nak buatnya cuma rajin dan malas je kan? hee. Ada dah save video resepi agar-agar pandan santan ni tapi tulah lama sangat peram. Nasib la kerajinan muncul dan gigih la buatnya.
Tanya juga adik ipar betul tak resepi yang orang share di tiktok ni, sebab kadang tu ada yang tertinggal step2 kan, ashu cakap betul cuma perlu tambah esen vanila. Adik ipar CR biasa buat kuih ni sebab family mertua dia meniaga di Kemaman, mana-mana orang kemaman boleh la merasa kuih-kuih diaorang buat, sedapp lagi-lagi kek batik. Terbaik.
Inilah kejadiannya. Nipis sebab suami CR cakap bekas xmuat nak isi semua takut tumpah,padahal muat je sebenarnya. Sabar je laaa. Dah jadi nipis gitu bila potong. Tapi dia cakap rupanya tak apa, yang penting rasanya. Alhamdulillah rasanya sedap. :) Masa buat ni ma berbuka rumah kakaknya, bila balik je ma terus suruh rasa sedap ke x. Ma cakap sedap
Bila kena puji sedap baru lah ada semangat nak cuba resepi lain pulak kan.
CR guna resepi di video tiktok ini. Ikut je cara dia dan jangan derhaka resepi. hehe. Selamat mencuba.
Looking to add excitement to your next event? Rent a mechanical bull and bring the thrill of a rodeo to your party! Whether you're hosting a birthday bash, corporate event, or festival, a mechanical bullis a fantastic attraction that guarantees fun for all ages.
Why Choose a Mechanical Bull?
A mechanical bull is the perfect
way to challenge your guests and create an unforgettable experience. Riders can
test their balance and endurance while spectators enjoy the excitement. With
adjustable speed settings, our inflatable mechanical bull is safe for beginners
and seasoned riders alike.
Safe and Fun for Everyone
Our inflatable mechanical bull rentals come with soft landing zones to ensure maximum safety.
The bull is designed with a durable inflatable base that cushions falls, making
it suitable for kids, teens, and adults. Plus, trained operators control the
speed and intensity to match the rider’s skill level.
Perfect for Any Event
Renting a mechanical bull is a
great way to entertain guests at:
Birthday parties
Corporate gatherings
Fairs and festivals
School and church events
Fundraisers
No matter the occasion, an inflatable
mechanical bull will keep your guests entertained and engaged.
Hassle-Free Rental Process
Booking a mechanical bull rental
is easy. Simply choose your event date, and our team will handle the delivery,
setup, and operation. We ensure a smooth, worry-free experience so you can
focus on having fun.
Book Your Mechanical Bull Today!
Ready to take your event to the
next level? Rent a mechanical bull today and create unforgettable memories for your
guests. Contact them now to check availability and pricing!