Tahi mata banyak disebabkan celak@eyeliner??

September 16, 2020


Tahi mata banyak disebabkan celak@eyeliner?? | Assalamualaikum dan Hai. Hari ni kebanyakkan dari kita cuti sempena Hari Malaysia bukan? CR pun cuti hari ni dan tidak rancang pun nak kemana. Rasa macam nak berehat sepuas-puasnya di rumah sahaja. Kenapa lah cuti sehari je kan, tengah2 pulak tu. hehe. Kalau Isnin atau Jumaat syok jugak. 

Bosan-bosan di rumah, CR pun membelek-belek majalah lama CR yang pernah dibaca. CR baca Majalah Dara keluaran November 2009. Dulu CR dan kakak memang gemar baca dan beli majalah samada Remaja ataupun Dara. Sebahagian dari majalah tu CR dah bagi pada jiran yang nak membaca. Dari terbiar gitu je kan, baik bagi pada orang yang memang nak baca. Dia pun bosan agaknya.

Masa CR membelek2 majalah tu, tertarik pada sudut Kak Aida Corner yang melibatkan soal jawab dengan pembaca. Ada suatu soalan yang CR tertarik iaitu berkaitan dengan eyeliner dan tahi mata.

Soalannya adalah.

"Betul ke pakai celak akan menyebabkan tahi mata keluar dengan banyak? Yang dia  perasan bila dia pkai celak mata, tahi mata akan keluar banyak, berbeza kalau tidak pakai." 

Jawapannya adalah

"Sebenarnya bahan-bahan yang terdapat dalam celak mata tersebut dikatakan punca utama knapa tahi mata mudah keluar. Celak biasanya mempunyai alkanolamin, alcohol lemak, polivinilpirolidon, eter selulosa, metilparaben, antioksidan ,pewangi dan titanium dioksida yang boleh menyebabkan tahi mata menjadi lebih banyak. Kosmetik mata terutamanya celak harus dibersihkan dan dijaga dgn berhati-hati kerana alis mata mudah menjadi radang atau gatal2"

Oh begitu rupanya, baru lah CR tahu. CR kalau pergi kemana-mana memang akan pakai eyeliner. Rasa tak lengkap muka bila tak pakai eyeliner. So, lepas ni, sebelum keluar atau dah lama sangat pakai, kena periksa lah selalu mata. Takut terselit tahi mata. hehe



Idea Hadiah Persaraan & Perpisahan Rakan Sekerja anda

September 11, 2020

Idea Hadiah Perpisahan

Idea Hadiah Persaraan Rakan Sekerja anda |  Assalamualaikum dan Hai. Setiap tahun pasti akan ada rakan-rakan sekerja kita yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan mereka  samada berpindah mahupun bersara. Selalunya, kita akan mengadakan satu majlis sebagai tanda akhir mereka bertugas di tempat kerja kita.


Jadi, ada sesetengah kekeringan idea nak hadiahkan apa pada mereka tanda ingatan dari kita. Jadi disini, CR akan senaraikan beberapa hadiah dari Kedai Kraf Bycikrenex. Boleh la jadi sebagai rujukan dan juga bolehlah menempah terus dengan CR sebab CR membuka tempahan untuk barangan di bawah ini. Jom kita tengok apa idea hadiah yang boleh kita bagi sempena Hari Persaraan ataupun perpindahan tempat kerja.

1. BANTAL PRINTED

Idea Hadiah Persaraan & Perpisahan Rakan Sekerja anda

Idea Hadiah Persaraan & Perpisahan Rakan Sekerja anda

Bantal printed yang boleh customize letak gambar sahabat kita yang ingin bersara ataupun boleh letak ucapan sendiri. Kebiasaannya CR akan tolong editkan gambar di atas bantal tersebut. Tapi sekiranya nak edit sendiri pun boleh. Ikut mana yang anda mahu. 
Ada dua size iaitu size 20cm*20cm  RM22 dan size 30*21cm RM30.


2. TABLE PLAQUE + JAM 


Idea Hadiah Persaraan & Perpisahan Rakan Sekerja anda

Idea Hadiah Persaraan & Perpisahan Rakan Sekerja anda

Hadiah pertukaran staf

Idea Hadiah Persaraan & Perpisahan Rakan Sekerja anda

Idea Hadiah Persaraan & Perpisahan Rakan Sekerja anda

Harga Plak Meja ikut size jam.
    1. 30mm rm85
    2. 37mm rm95
    3. 40mm rm100
          Jam jenis metal.bkn plastik.
          Tapak size 18cm × 8cm
          Size Plak lebar 18cm × tggi ikut kesesuaian ucapan, gambar
          Tapak size 20cm × 10cm tambah RM20
          Postage ikut kuantiti tempahan

          3. POTRET + JAM + FRAME GLASS


          Idea Hadiah Persaraan

          Idea HadiahPerpisahan Rakan Sekerja anda
          Solid wood frame+cermin kaca
          With hook

          Ukuran:
          6inch x 10inch Rm180
          10inch x 20inch RM240
          12inch x 24inch RM300
          Material : Rubber wood
          **PROSES TEMPAHAN UNTUK FRAME INI DIBERHENTIKAN UNTUK SEMENTARA WAKTU**


          4. FRAME SIZE A4 


          Idea Hadiah Persaraan & Perpisahan Rakan Sekerja anda

          frame perpisahan

          Idea Hadiah Persaraan & Perpisahan Rakan Sekerja anda

          Idea Hadiah Persaraan & Perpisahan Rakan Sekerja anda

          Idea Hadiah Persaraan & Perpisahan Rakan Sekerja anda

          Potret a4 
          1D RM100
          2D RM120

           +jam metal
          30mm +RM20
          37mm +RM25
          40mm +RM35
          55mm +RM45
          Jam Jarum + RM20


          5. THERMOS/TUMBLER


          flask nama

          Boleh digunakan untuk panas atau sejuk
          Boleh Letak nama @ ucapan ringkas @ nama syarikat
          Pilihan warna botol yang menarik.
          Harga RM35 (tak termasuk postage)


          6. MUG BERGAMBAR


          Mug bergambar

          Setiap kali sahabat kita menggunakan mug ni, pasti mereka akan teringat pada kita. Boleh letak gambar dan ucapan yang anda mahukan. :) Harga nya hanya RM18 sahaja. (tidak termasuk postage)


          Ada tak yang berkenan di hati? Kalau ingin menempah boleh terus whatsapp CR yer, nak tanya2 dulu pun boleh.. Klik link di bawah . Terima kasih!


          Instagram : @bycikrenex

          Facebook : Bycikrenex










          Lirik Lagu Pencinta Setiamu- Usop

          Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu  Dengan senyuman istimewa di wajahku

          Lirik Lagu Pencinta Setiamu- Usop |  Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Hari ni Cik Renex nak kongsikan satu lagu baru dari Usop. Rasanya semua kenal Usop ni kan, lahir dari program Mentor dan sekarang tengah bertanding dalam Big Stage program Astro. Minggu lepas Usop bawa lagu Saleem yang berjudul Bukan Aku Tak Sudi dan hasilnya sangat memuaskan hati juri dan kami sebagai penonton. Ajai yang kedekut markah pun bagi markah tinggi okay,memang sampai la penyampaian Usop. 


          Lagu baru Usop yang terbaru ni memang lain dari genre kebiasaan lagu Usop. Sebelum ni lagu Selamanya dan Aku yang Bersalah berentak balada dan jiwang , tapi sekarang lebih kepada genre fun dan ska yang rancak. Jom layan lagu ni. Seronok di dengar dan sepanjang CR layan lirik video memang sengih je tengok gelagat Usop menyanyi. Kena sangat dengan karekter dia yang lawak tu. hehe


          Pencinta Setiamu- Usop

          Komposer: Argo, Sharul Kamal & Daus SRK
          Lirik : Aepul Roza 


          Tanyalah siapa 
          disini paling tampan 
          Pasti jawabnya 
          jejaka depan mata 

          Engkau yang bertuah 
          Jika memiliki 
          Sepenuhnya jiwa 
          Akan kuserahkan demi cinta 

          Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu 
          Dengan senyuman istimewa di wajahku 
          Tiada jejaka yang harus memiliki cintamu 
          Selain aku 
          Si pencinta setiamu 

          Tanyalah siapa disini paling tampan 
          Pasti jawabnya jejaka depan mata 

          Engkau yang bertuah 
          Jika memiliki 
          Sepenuhnya jiwa 
          Akan kuserahkan demi cinta 

          Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu 
          Dengan senyuman istimewa di wajahku 
          Tiada jejaka yang harus memiliki cintamu 
          Selain aku 
          Si pencinta setiamu 

          Kita tak mampu tuk hidup tanpa cinta 
          Tulis bersama cerita kita 

          Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu 
          Dengan senyuman istimewa di wajahku 
          Tiada jejaka yang harus memiliki cintamu 
          Selain aku si pencinta setiamu 

          Selain aku si pencinta setiamu

          Preloved Giveaway by Raydah

          September 4, 2020

          https://www.raydahalhabsyi.com/2020/08/preloved-giveway-by-raydah.html

          Preloved Giveaway by Raydah Assalamualaikum dan Hai. Lama sangat dah tak join Giveaway yang blogger anjurkan. Jadi hari ini CR nak join giveaway dari blog Ray iaitu Preloved Giveaway by Raydah. Senang sangat nak join giveaway ni, follow je steps yang Ray tuliskan itu ajer.

          Apa yang kak reen suka dengan blog Ray? Sebab Blog Ray Cantik + Blog Ray tulis in english 😍 + Content best.

          Siapa yang tak join lagi, boleh la join yer.. 


          © Blog Cik Renex