Minyak wangi De'Xandra tahan lama

December 20, 2023

 Minyak wangi De'Xandra tahan lama

Assalamualaikum dan Hai. Baru ni CR ada beli minyak wangi dari Shopee. Minyak wangi dari jenama De'Xandra. Pernah tak guna minyak wangi dari brand ni? Dulu masa awal-awal brand ni keluar CR pernah order dengan sepupu CR sebab dia agent untuk brand ni.  Lepas tu lama da tak beli sebab tukar brand lain lak. Hehe

Minyak wangi De'Xandra tahan lama


Terasa nak guna minyak wangi brand ni pulak jadinya cari la di apps oren iaitu Shopee. Mudah kerja bila ada Shopee ni kan,setuju tak? Search je di apps pilih je mana yang berkenan di hati dan harga yang okay. Kena cari yang Original pastinya 


Minyak wangi De'Xandra tahan lama


CR beli di Kedai shopee ini . Dijamin Original dan penghantaran pantas jugak cuma bila sampai di courier tu ambil masa la sikit untuk sampai ke kita. Order 13.12.2023 sampai di CR pada 16.12.2023. Okay la tu kan. 



CR pilih bau Victoria Lady Million. Sebelum ni pernah try bau Bombshell dan Gucci Flora. Wangi juga bau Victoria ni tetapi kuat sikit la bila sembur banyak-banyak. Macam biasa brand De'Xandra kan tahan lama, tu CR suka. 


Jadi kalau ada yang mencari boleh la beli di kedai shopee ni ye

https://shope.ee/7KXD6MYiLKM

Wanita itu unik

December 15, 2023






"She's an Actress.

She acts in the most natural way like

she doesnt care when deep down it's killing her inside."

Perempuan ni kadang-kadang suka memendam perasaan. Tapi ada juga yang jenis meluahkan perasaan nya secara terbuka. Yang jenis memendam perasaan ni mungkin risau jika dia luahkan perasaan,orang tidak memahami dan cakap kita mengada-ngada dan inginkan perhatian je. Bila diluahkan mungkin akan menambah serabut di hati. 

Tetapi sebenarnya,memang lumrah wanita ni dilahirkan kuat. Walau diuji pelbagai masalah masih lagi boleh tersenyum dan berlagak happy padahal dalam hati sedih yang teramat kan.

 Jadi korang jenis memendam perasaan atau jenis meluahkan?

Bagi lelaki luar sana silalah memahami perempuan seperti mana perempuan memahami lelaki. Ehh tiberrr. Hehe
© Blog Cik Renex