September 2018 - Blog Cik Renex

Friday, September 28, 2018

Brokoli Hair Scalp Booster Penyelamat Rambut Gugur

September 28, 2018 13
Brokoli Hair Scalp Booster Penyelamat Rambut Gugur
Assalamualaikum dan Hai. Siapa disini mengalami masalah rambut gugur? Cik Renex adalah seorang mangsa masalah rambut gugur. Pada zaman dahulu kala, rambut CR sangatlah lebat dan berkilat. Dan bila nak buat iklan guna jari pun boleh. Akan tetapi sekarang rambut CR hanya tinggal kenangan. Dah banyak keguguran ke lantai rumah dan bilik air. huhu

CR mengalami masalah rambut gugur ni dah lama dan macam-macam produk dah guna untuk kurangkan masalah rambut gugur tu. Tetapi tulah masalah rambut gugur tetap nak setia dengan CR dan taknak berpisah dengan CR.

Penyelamat Rambut Gugur

Pada suatu hari, CR telah diperkenalkan dengan satu produk ni yang diberi nama Brokoli Hair Scalp Booster, produk keluaran dari Imaan Suci World HQ. Apa lagi, CR pun cuba lah, baru seminggu cuba sebenarnya, kena tunggu seminggu lagi baru tengok result macam mana.


Apa yang seronoknya dengan Brokoli Hair Scalp Booster ni? Produk ni lain daripada produk yang biasa ada di pasaran kerana ia berfungsi 2 dalam 1 dalam merawat rambut. Produk ini adalah kombinasai serum kulit kepala dan mesin urutan kepala. Wah!

Brokoli Hair Scalp Booster Penyelamat Rambut Gugur



Brokoli Hair Scalp Booster Penyelamat Rambut Gugur

Dari gambar diatas kita akan nampak ada macam bebola tu kan. Ia sebenarnya bebola  molekul yang membantu penyapuan serum kita tu lebih mendalam ke dalam kulit kepala kita.  Bila dah sapu serum, kita gunakan pula mesim urutan kepala yang bekas berwarna hijau tu pulak. Ia disertakan sekali dengan portable vibrating massage. Memang terasa vibratenya kat kulit kepala. BEST!


Antara kebaikan dan manfaat yang kita dapat apabila menggunakan produk ini.

  1. Melancarkan peredaran darah di kulit kepala
  2. Merawat kulit kepala untuk mengelakkan risiko kebotakan
  3. Kuasa minyak Jojoba menggalakkan pertumbuhan rambut
  4. Mencegah kelemumur -Kesan dalam masa dua minggu
  5. Alat urutan dengan kuasa gegaran ni betul-betul membantu melancarkan peredaran darah dan berupaya membawa serum tinggi nutrient ini ke folikel rambut.
  6. Boleh juga hilangkan stress dan sakit kepala.


Brokoli Hair Scalp Booster Penyelamat Rambut Gugur

Cara menggunakan Brokoli Hair Scalp Booster.

  1. Putar & buka penutup
  2. Sapukan serum rambut ni pada kawasan bermasalah, Roll-on je
  3. On gajet supaya bergetar
  4. Mulakan urutan pada kawasan yg dah di Roll-on serum
  5. Jika pening atau stress letakan gajet yg bergetar pada kawasan yg berdenyut.
Cik Renex sangat suka gunakan serum ni sebab senang. Hanya tinggal ROLL-ON serum dan urut kulit kepala. Bila pakai tu rasa sejuk je kulit kepala dan baunya juga sangat wangi. Sangat berkesan apabila diguna ketika rambut & kulit kepala dalam keadaan bersih. Nak lagi kesan yang cepat boleh pakai satu set dengan GROW ME Shampoo
dan TREAT ME treatment.


Imaan Suci World Hq

Website rasmi:

Instagram :

Email :
inquiry@imaanworld.com

No telefon:
019 286 2828
013 234 4848

Thursday, September 27, 2018

OST Bahagia Bukan Bidaan | Sang Pemilik Hati- Ronnie Hussein

September 27, 2018 5
OST Bahagia Bukan Bidaan | Sang Pemilik Hati- Ronnie Hussein

Sang Pemilik Hati- Ronnie Hussein

Assalamualaikum dan Hai. Siapa disini peminat Nik Zachary dan Aina Farhana a.k.a Anje? Siapa yang layan drama ni memang terbiasa dengan panggilan Anje tu. Cik Renex suka sangat dengan gandingan Hero Heroin drama ni sebab mereka berdua ni sangat serasi berlakon bersama. Teringat pula Filem Aku Terima Nikahnya tu. :) Siapa yang nak layan drama ni boleh la tengok di saluran TV3 setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam.

Dan seperti biasa,CR akan kongsikan satu lagu dalam drama Bahagia Bukan Bidaan yang CR paling suka. Iaitu lagu dari Ronnie Hussein iaitu Sang Pemilik Hati. Jom layan lagu ni di Youtube. Disini CR sertakan sekali lirik lagu nya. 





Sang Pemilik Hati
Penyanyi : Ronnie Hussein 
Komposer : Aepul Roza 
Lirik : Aepul Roza

Wahai sang pemilik hati
Yang selalu aku rindui
Pada setiap senyuman dan sentuhan
Kau ajarkan aku erti bernyawa

Hati ini jiwa ini selalu milikmu
Cinta ini takkan pernah habis
Walau sampai jantung terhenti
Sempurnanya aku 
Bahagia aku kamu

Demi masa
Demi rasa cinta
Seluruh nyawa untukmu

Hati ini jiwa ini selalu milikmu
Cinta ini takkan pernah habis
Walau sampai jantung terhenti
Sempurnanya aku bahagia aku kamu

Hati ini jiwa ini selalu milikmu
cinta ini takkan pernah habis
walau sampai jantung terhenti
sempurnanya aku bahagia aku kamu


Monday, September 10, 2018

Detoks dengan Zero Belly Fruitea Detox

September 10, 2018 13
Detoks dengan Zero Belly Fruitea Detox
Assalamualaikum dan Hai. Sedar tak sedar dah masuk bulan September dah kita dan sedar tak sedar misi diet untuk tahun ni dah menghilang ke dasar laut dalam. haha. Memang azam tahun ni nak misi turunkan berat badan bagi dapat bmi yang normal tapi bila tengok pada lifestyle Cik Renex ni macam jauh sangat nak sampai ke bmi normal ni

Tambahan pulak asyik makan jerrr sejak dua menjak ni. Siapa yang follow Instagram CR mesti tahu CR asyik post makanan je kan. Tak pernah lak post makanan untuk diet yang sihat. haha.

Detoks dengan Zero Belly Fruitea Detox


Tapi nasib baik lah CR jumpa satu produk ini dan CR berharap produk ni sedikit sebanyak dapat membantu CR dalam mencapai azam CR. Siapa pernah dengar produk Zero Belly Fruitea Detox produk keluaran Imaan Suci World HQ?

Sebelum kita cerita lebih lanjut mengenai produk Zero Belly ni CR nak terangkan dulu apa maksud detoks dan kenapa kita perlu detoks? Pada zaman sekarang sebenarnya banyak sumber asli kita dah tercemar. Dan yang itulah yang masuk kedalam badan kita melalui sumber makanan,minuman dan udara.

Kadang kita fikir makanan yang kita ambil sihat tapi sebenarnya ada bahan yang berbahaya. Dan semua ini akan mengumpulkan toksin di dalam badan kita. Nak membuangnya bukan perkara yang senang. Rasa-rasa berapa banyak agaknya toksin dah terkumpul dalam badan kita ni?

Toksin inilah yang membawa penyakit kepada badan kita jadi  kita perlu membuang toksin yang terkumpul dalam badan kita ni. Untuk itu, kita perlu melalui satu proses yang dipanggil Detoks.

Detoks dengan Zero Belly Fruitea Detox


Jadi, bila CR dah jumpa produk Zero Belly Fruitea Detox ni, ia menjadikan kerja detoks CR lebih mudah. Dulu produk dikenali sebagai Imaan Fruitea Daily Detox dan sekarang telah diperbaharui dengan rupa paras yang lebih menarik serta pembungkusan yang jauh lebih berkualiti dan selamat.



Detoks dengan Zero Belly Fruitea Detox

Teh detox ZERO BELLY dibungkus di dalam aluminium foil  yang mengandungi 5 uncang setiap peket yang dimasuk ke dalam tumbler yang menarik dan berteknologi tinggi dengan ciri-ciri berikut;

  • BPA FREE
  • FOOD & DRINK SAFE
  • TAHAN AIR MENDIDIH
  • KUAT & LASAK
  • TAHAN LAMA


Penambahbaikan kualiti untuk satu produk teh detox yang sememangnya terbukti berkesan. Antara kesan baik dalam mengambil Zero Belly Fruitea Detox adalah :

  • Pencernaan
  • Detoxifikasi (nyah toksin)
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Mengawal gula dalam badan
  • Anti Kanser
Nama pun Zero Belly kan, pastinya ianya juga membantu kita mengempiskan perut yang sedia mengembang dengan jayanya ni jugak. hehehe.

Zero Belly Fruitea Detox ini sangat senang untuk disediakan, hanya perlu rendam 1 uncang teh detox dalam tumbler yang berisi air panas. Tunggu beberapa minit dan siap untuk diminum. CR selalu minum sebelum tidur, bila bangun pagi sebelum kerja tu baru la lawas sedikit untuk membuang. :)

imaan world

Rasa Zero Belly ini sangatlah sedap, tak kelat dan berbeza dengan teh detox yang CR pernah rasa. Rasa macam minum air biasa dan bukannya air detox. Walaupun bertukar nama, Imaan Suci World HQ masih mengekalkan formula dan kandungan terbaik untuk teh detox seperti Durian Belanda, Malberi, Markisa, Daun Gelenggang dan Daun Teh. Diproses secara natural, ia tidak mengandungi bahan kimia dan semestinya selamat dan sedap untuk diminum.




Zero Belly Fruitea Detox boleh diminum panas atau sejuk . CR lagi suka minum masa panas-panas tu baru sedap. Dan setiap uncang tu sebenarnya boleh digunakan atau dibancuh sebanyak dua kali. Jimat dah kat situ kan, bancuh pagi kemudian guna uncang yang sama untuk malam pulak.

Kepada yang ada masalah pencernaan digalakkan untuk minum 1 atau 2 uncang setiap hari. Manakala yang nak kurangkan berat badan sesuai  minum 2 uncang 2x sehari. Indvidu yang nak kekalkan berat badan sedia ada disarankan  minum 3x seminggu.


Zero Belly Fruitea ini juga boleh di minum semua orang termasuk;
  • Yang berumur 7 tahun ke atas
  • Wanita menyusu badan
  • Pesakit diabetic &gastrik

Walaubagaimanapun, ia tidak digalakan untuk wanita yang sedang mengandung.



imaan world


Anda jangan risau dan was was untuk mengambilnya. Ini kerana Teh detox ZERO BELLY ini dikilang di premis yang mempunyai GMP & SO (9001 / 22716) dan telah mendapat pensijilan daripada MELAKA BIOTECH CORP yang diiktiraf KKM. Cik Renex dah rasa, korang tak teringin nak cuba ke? Harap-harap masalah perut buncit dan pencernaan CR akan okay sikit selepas pengambilan Zero Belly ni,

Harga Promosi : RM55 Harga Normal : RM60


Cara untuk hubungi 

Imaan Suci World Hq


Website rasmi:

Instagram :

Email :
inquiry@imaanworld.com

No telefon:

019 286 2828
013 234 4848

Alamat :

Wow Mission Sdn Bhd
No 3A-08 , D' Pandan Avenue 3,
Taman Pandan Mesra, 68000
Ampang Selangor.