Ambil ubat di hospital lagi mudah dengan aplikasi MyUBAT

May 7, 2024



Assalamualaikum dan hai. Mikhail sehingga sekarang masih ada lagi temu janji dengan doktor pakar di klinik pakar di hospital dan masih dibekalkan dengan vitamin dan ubat. Jadi sebelum tarikh temu janji memang kena ambil ubat susulan di hospital.  Dulu sebelum tahu adanya MyUBAT ni memang lama la menunggu tapi sekarang dah mudah dengan adanya aplikasi MyUBAT ni. CR dulu pun tak tahu kewujudan aplikasi ni sebelum diberitahu info ni melalui pegawai farmasi di kaunter. 

APAKAH ITU MYUBAT


MyUBAT adalah sistem perkhidmatan pembekalan ubat susulan kepada pesakit yang menerima rawatan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia untuk :

1. Memudahkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit.
2. Membolehkan pesakit memantau janji temu perkhidmatan pembekalan ubat susulan.

Bagaimana nak gunakan MyUBAT? MyUBAT boleh diakses dengan menggunakan telefon pintar, tablet, komputer dan laptop. Jadi ianya sangat memudahkan untuk kita akses MyUbat dimana-mana sahaja.

PENDAFTARAN PENGGUNA BARU


1. Muat turun aplikasi MyUbat melalui Google Play, Apple Store atau AppGallery.
2. Pilih Log Masuk kali pertama.
3. Lengkapkan profil diri yang diminta.

JENIS PERKHIDMATAN 


1. Ubat melalui pos

Sekiranya pesakit tidak dapat mengambil bekalan ubat susulan di kaunter farmasi, ubat pesakit boleh dihantar oleh syarikat penghantaran ke lokasi pilihan pesakit dengan caj tertentu. Bayaran akan dibuat secara tunai oleh pesakit kepada pihak syarikat penghantaran semasa menerima bekalan ubat.

2. Farmasi Pandu Lalu

Di sesetengah fasiliti kesihatan, pesakit tidak perlu mencari tempat letak kenderaan atau menunggu di kaunter farmasi untuk mengambil bekalan ubat susulan. Sebaliknya ,pesakit boleh menggunakan kemudahan farmasi pandu lalu dan hanya mengambil ubat melalui serahan tingkap.

3. Lokar ubat

Lokar ubat berkunci disediakan di lokasi yang strategik untuk memudahkan akses pesakit dalam mengambil bekalan ubat susulan. Pesakit boleh mengambil bekalan ubat susulan melalui lokar ubat pada waktu yang lebih fleksibel mengikut kesesuaian pesakit.

4. Janji temu di kaunter Farmasi

Melalui janji temu ,pesakit boleh mendapatkan bekalan ubat susulan di fasiliti kesihatan pada tarikh temu janji yang dipersetujui antara pesakit dan pihak farmasi. Pesakit tidak perlu menunggu lama kerana bekalan ubat akan disediakan lebih awal dari tarikh temu janji.


PERMOHONAN BAHARU


1. Klik MOHON BAHARU.
2. Pilih Negeri, Jenis Fasiliti dan Pilih Fasiliti anda iaitu hospital atau klinik yang anda kena pergi.
3. Pilih Perkhidmatan apa yang anda nak guna.
4. Isi maklumat ubat dan tarikh temu janji akan datang.
5. Klik Hantar Permohonan. 

Bila dah klik hantar permohonan, kita kena tunggu sehari dua untuk pengesahan. Jika diluluskan akan keluar tarikh untuk kita ambil bekalan ubat susulan. Mudah bukan? Dulu CR guna perkhidmatan janji temu di kaunter farmasi tetapi selalu masa tak kena, sebab CR kerja. 

Jadi CR tukar kepada perkhidmatan Lokar Ubat dan sangatlah mudah guna perkhidmatan ni. Nanti di aplikasi dia akan bagi tarikh yang kita boleh ambil bekalan ubat dan no lokar ubat kita berserta kod lokar. Jadi bila-bila kita boleh pergi ambil dalam tempoh yang diberikan. Mudah bukan?


Amalkan Tujuh Kalimah

Amalkan Tujuh Kalimah

April 11, 2024


Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..



1. Bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.


3. Astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.


4. Insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.


5. Lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.


6. Innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.


7. Laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.



Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."



Lirik Lagu Gelora - Usop

March 14, 2024

LIRIK LAGU GELORA USOP


Lama tak share lirik lagu di blog ni. Bila dengar Spotify atau ondaway balik kerja mesti dengar lagu ni . Best dan boleh tahu siapa yang nyanyi sebab suara Usop ni lain sikit, kita boleh cam tu suara sedap dia. Lagu ni release tahun lepas dah,jom kita dengar sama-sama. Nak tengok official video boleh ke Youtube okay.

Gelora - Usop


Sendiri aku menahankan segala rasa
Menempuh hari hari yang tiada bermakna
Coba menanti sinar kebahagiaan
Untuk apa?

Oh terfikir aku melepaskan segalanya
Tak tertanggung dijiwa dibaluti luka
Gelora cinta kita tiada penghujungnya
Ku tersiksa

Kerna cintaku menangis
Kerna setiaku kecewa
Setiaku menantinya
Hanya persinggahan saja

Biar sakitku lepaskan
Dari sakitku bertahan
Hancur luluh jiwaku derita

Kerna cintaku menangis
Kerna setiaku kecewa
Setiaku menantinya
Hanya persinggahan saja

Takkan aku menunggumu
Mengharapkan cinta lara
Biar aku kembali padaNya

Kerna cintaku menangis
Kerna setiaku kecewa
Setiaku menantinya
Hanya persinggahan saja

Biar sakitku lepaskan
Dari sakitku bertahan
Hancur luluh jiwaku derita

Kerna cintaku menangis
Kerna setiaku kecewa
Setiaku menantinya
Hanya persinggahan saja

Takkan aku menunggumu
Mengharapkan cinta lara
Biar aku kembali padanya

Giveaway Perfume SR

January 16, 2024

 




Assalamualaikum dan Hai. Tadi ada mood blogwalking rakan blogger yang lain terjumpa satu Giveaway. Nampak macam menarik jadi join lah sekejap.  Teringat zaman mula-mula join blog rajin je sertai giveaway yang rakan blogger anjurkan. Masa tu memang meriah blogger buat giveaway dan segmen. 


Jadi untuk tahun 2024 ini adalah Giveaway pertama yang CR join. Moga ada rezeki untuk menang. hehe

SR mencari tiga orang yang beralamat di Malaysia, yang bertuah (dipilih menggunakan Wheelsofname) nanti! Ada sedikit syarat, tapi tak susah pun.

Syarat-syarat Giveaway Perfume Blog SR:

1. Follow blog SR (https://syaznirahim.com)
2. Buat 1 post di blog tuan/puan bertajuk Giveaway Perfume SR
3. Copy banner di atas, dan letak sebagai gambar pertama di post pada syarat (2).
4. Tinggalkan link post tuan/puan di post ini.
5. Boleh join dari semua blog yang tuan/puan ada, tapi perlu ikut syarat (2), (3) dan (4).


Senang aje kan?
Jom jom hebahkan Giveaway Perfume SR!! Giveaway ini berlangsung dari 9 Januari sehingga 25 Januari 2024 (11.59 malam). Mari mari!

Beli baju tidur cantik murah, RM4.99 jer.

January 5, 2024


Assalamualaikum dan Hai. Kembali semula ke segmen CR Beli Apa? Bila cakap pasal baju tidur kita mesti cari baju tidur yang selesa untuk dipakai sepanjang malam agar tak mengganggu masa tidur kita. Betul tak? CR tak kisah baju tidur jenis apa asalkan selesa.  Baju tidur dari Pyjamas Party paling CR lovedddd sebab cantik dan material kainnya best.CR baru ada 3 koleksi dari Pyjamas Party. Nak tambah lagi kena tunggu nanti-nanti la pulak. huu


Then, baru ni CR  ada layan live di Shopee dan terjumpa satu shop ni yang jual baju tidur bercorak yang cantik dan lawa. Harga pun bawah RM15 dan yang lagi bagusnya, bila beli masa Live dapat harga yang lagi murah lagi taw. Memang rezeki betul.


Harga asal baju ni RM14.99 tapi CR beli masa Live dapat diskaun RM10.00. Postage RM4.90 jadi dapat total RM9.89 jeee. Murah sangat-sangat kan. Rugilah kalau tak beli. Kalau nak beli boleh klik link SINI . Baju ni ada dua size iaitu Free Size dan Plus Size dan juga ada lengan panjang dan lengan pendek. Jadi tunggu apa lagi cepat grab sekarang.

Selamat Tahun Baru 2024 semua

January 1, 2024

 


Sedar tak sedar kita sudah melangkah ke tahun baru iaitu 2024. Rasa macam baru je lagi masuk ke tahun 2023 tiba-tiba eh dah masuk tahun 2024. Begitu cepat masa berlalu atau kita yang biarkan masa berlalu tanpa melakukan perkara yang baik dan tanpa sedar sudah sampai ke penghujungnya.


2023 begitu banyak kenangan suka dan duka. Penuh dengan cubaan dan dugaan. Penuh dengan kenangan manis dan juga pahit. Semua itu mematangkan kita semua. Semua yang berlalu memerlukan kesabaran, kekuatan dan ketabahan dari diri kita agar dapat melalui semuanya dengan sempurna. 


Awal tahun 2023 dikejutkan dengan pemergian umi tersayang. Belum puas rasanya untuk menumpang kasih umi tapi umi begitu cepat telah kembali ke penciptaNya. Semoga arwah umi Samsiah Binti Hamzah ditempatkan bersama-sama orang yang diredhaiNya. Mohon sedekahkan alFatihah untuk umi. 


Penghujung 2023 pula dikejutkan dengan perpindahan rakan sekerja yang hampir 11 tahun berkerja bersama-sama. Sedih yang amat rasanya dan sampai sekarang terasa kurangnya. Adat bekerja, bila da cukup masa akan ada operasi pertukaran tempat kerja tu, cuma nasib CR tak terlibat padahal yang 10 tahun ke atas terlibat. Moga ukhwah persahabatan antara kita akan kekal selamanya Kak Na & Kak Zah. 


Sepanjang tahun 2023 juga CR sibuk berulang ke klinik dan hospital untuk temujanji anak bertuah CR Mikhail kerana bayi pramatang memang banyak TCA. Semoga tahun ini dah berkurang jumpa doktornya dan Mikhail pun sentiasa sihat. Aminn


Semoga tahun 2024 ini kita semua akan menjadi yang lebih baik dari sebelumnya dan segala hasrat kita tercapat. Segala urusan juga dipermudahkn dan dikurniakan kesihatan yang baik. Aminnn yra


Semoga tahun 2024 ini juga CR semakin rajin update blog kesayangan ini jugak. Aminnn yra

© Blog Cik Renex