December 2020 - Blog Cik Renex

Wednesday, December 30, 2020

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat

December 30, 2020 3
Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat
Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat


Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat ︱Dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia dan peralihan pembelajaran dalam talian, kanak-kanak tidak sabar ingin kembali ke sekolah pada tahun 2021. Namun wabak Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi negara terutama dalam kalangan pelajar Orang Asli telah membantutkan rancangan mereka untuk kembali ke sekolah.

TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah, kini kembali dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dengan matlamat menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah bagi 364 orang pelajar Orang Asli di Pahang, Perak dan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2021. 

Bagi mengurangkan risiko kanak-kanak ini dijangkiti COVID-19, TOP akan menyumbang dua pelitup muka kain guna semula di samping kelengkapan kembali ke sekolah seperti pakaian seragam baharu, kasut, stoking, beg sekolah, set alat tulis, pensil warna dan buku latihan untuk setiap kanak-kanak. Sumbangan ini bertujuan menyuntik semangat kanak-kanak ini untuk hadir ke sekolah dan meringankan beban kewangan ibu bapa mereka serta meyakinkan ibu bapa ini bahawa anak-anak mereka dilindungi daripada pandemik. 

Selama lima tahun ia berlangsung, kempen ini telah membantu kira-kira 2,500 orang kanak-kanak berumur antara 7 ke 17 tahun dari 79 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli, NGO anak yatim dan anak dari keluarga ibu bapa tunggal.

Senyuman mesra dari pelajar SK Kudong, Johor, sekolah Orang Asli berprestasi tinggi yang telah menerima pelbagai penghargaan antaranya Sekolah Orang Asli terbaik, PIBG terbaik, PIBK terbaik, Pra-sekolah terbaik dan Surau Sekolah terbaik.
Senyuman mesra dari pelajar SK Kudong, Johor, sekolah Orang Asli berprestasi tinggi yang telah menerima pelbagai penghargaan antaranya Sekolah Orang Asli terbaik, PIBG terbaik, PIBK terbaik, Pra-sekolah terbaik dan Surau Sekolah terbaik.


Dengan kerjasama JAKOA, TOP telah menyenarai pendek sekolah yang dihadiri sepenuhnya oleh pelajar Orang Asli dari komuniti yang paling terjejas mata pencarian mereka akibat pandemik, di samping meraikan kepelbagaian, pencapaian dan ketabahan komuniti ini. Tiga buah sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah adalah SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berpretasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental dalam pemulihan selepas tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil dan terjejas mata pencarian.

Dana akan dikutip menerusi sumbangan sebanyak RM0.30 dari jualan produk detergen TOP di pasaraya TESCO dan TESCO Online dari 1 Disember ke 31 Disember 2020. JAKOA akan menghantar kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada komuniti Orang Asli menjelang 15 Januari 2021 sebelum bermulanya penggal persekolahan yang baharu. 

TOP dari Lion Jepun tekenal dengan konsep kehidupan yang bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. TOP Micro-Clean dengan teknologi Anti-Sebum menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan berkesan.


: Pelajar Orang Asli di SK Terisu, Pahang gembira bila bersama.


“Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling terjejas mata pencarian akibat COVID-19. Dalam kerjasama kami dengan JAKOA, kami telah mengenalpasti penambahan pelitup muka jenis kain boleh guna semula sebagai satu cara untuk membendung penularan COVID-19 dengan melindungi kanak-kanak dan pada masa yang sama meringankan beban kewangan keluarga mereka.”

TOP memasukkan pelitup muka tiga lapis guna semula dengan penapis tersedia dalam saiz kanak-kanak ke dalam kelengkapan kembali ke sekolah kerana pelitup muka jenis ini tahan lama dan ekonomi dalam jangka masa panjang berbanding pelitup muka jenis pakai buang. Sebagai melengkapkan usaha kelestarian ini, TOP akan menyumbang serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap keluarga Orang Asli bagi menyediakan serbuk pencuci berprestasi tinggi yang boleh membersihkan pakaian mereka dengan lebih sempurna termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup muka kain.

“Serbuk pencuci TOP Super Hygienic Powder dan cecair pencuci TOP Odour Buster Liquid Detergent amat sesuai digunakan terutamanya pada musim pandemik kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria* untuk perlindungan maksimum dan ia juga mempunyai wangian anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau hapak, bau peluh dan menanggalkan sebum yang terperangkap. Kempen ini telah mendapat sambutan baik pengguna TOP selama lima tahun kebelakangan ini. Kami berharap mereka akan terus menyokong ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ pada tahun ini kerana keperluan kali ini lebih memerlukan,” kata Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li.

Kempen ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan pemulihan nasib pelajar Orang Asli menerusi kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam mendekati ibu bapa dan komuniti bagi mengubah sistem pendidikan. Ia juga tepat pada masanya di saat negara sedang dilanda gelombang ketiga COVID-19.

“Pandemik yang melanda ini secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat Orang Asli. Ada keluarga yang berasa bimbang dengan kesihatan anak-anak mereka kerana tidak mampu membeli pelitup muka, namun tidak mahu anak-anak ketinggalan dalam bidang akademik. Pembelajaran secara dalam talian agak sukar bagi komuniti ini yang tiada sambungan internet dan peranti elektronik yang diperlukan di rumah malah guru-guru perlu menghantar kerja rumah terus ke rumah para pelajar. Komuniti Orang Asli dan JAKOA mengalu-alukan sokongan rakyat Malaysia terhadap kempen kembali ke sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dan penambahan pelitup muka kain guna semula yang pasti akan membantu melindungi kanak-kanak, memberi keyakinan dan meringankan beban ekonomi ibu bapa,” kata Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo.

Semasa tempoh kempen dari 1 hingga 31 Disember 2020, produk detergen TOP akan ditawarkan pada harga istimewa di semua pasar raya TESCO dan TESCO online.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.

Monday, December 14, 2020

Year End Sales di PG Mall

December 14, 2020 11
Year End Sales di PG Mall

Year End Sales di PG Mall

Year End Sales di PG Mall ︱Assalamualaikum dan Hai. Sedar tak sedar kita dah masuk bulan terakhir untuk tahun 2020. Tahun yang penuh dengan kenangan suka duka kan. Dan bila tiba hujung tahun ni, ada sesuatu yang memang kita nanti-nantikan iaitu Jualan Hujung Tahun atau Year End Sales. Jika sebelum ini, kita akan keluar ke pasaraya,kedai ataupun butik untuk membeli tetapi disebabkan wabak covid yang masih belum pulih sepenuhnya, rasanya masih memilih membeli melalui platform internet untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Zaman sekarang terdapat banyak sangat platform untuk anda beli secara talian dan salah satu darinya adalah PG Mall. PG Mall merupakan satu-satunya platform e-dagang Tempatan di Malaysia dan ditubuhkan sejak 2017 lagi. PG Mall boleh diakses melalui website https://pgmall.my/Source=Blogger&BloggerID=768 atau melalui telefon pintar dengan menggunakan aplikasi PG Mall. Terdapat barangan yang dijual seperti barangan Kesihatan, Kecantikan, alat elektronik, aksesori handphone, baju untuk lelaki dan perempuan dan pelbagai lagi.

 

Year end sales

Untuk makluman anda juga, PG Mall tersenarai sebagai Top 3 laman web e-dagang di dalam report Iprice report. https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/


Year end sales

Yang paling menarik dengan PG Mall ini adalah ia menawarkan pelbagai cara dalam urusan pembayaran. Antaranya adalah melalui pembankkan online dan juga e-wallet. Jadi pilih sahaja antara dua mana yang mudah bagi anda.

Year End Sales PG Mall

Year end sales

Jadi sempena hujung tahun ini, PG Mall juga tidak akan melepaskan peluang untuk mengadakan Jualan Hujung Tahun atau Year End Sales mulai dari 1 Disember 2020 sehingga 31 Disember 2020. Wow, selama sebulan tuuu. Year End Sales lebih berfokus kepada barangan tempatan sempena dengan hashtag #BarangBaikBarangKita . Di PG Mall terdapat pelbagai barangan tempatan yang sangat menarik dan harga murah yang melibatkan barang keperluan rumah, barang runcit, Kanak-kanak dan bayi, kesihatan dan kecantikan, elektronik dan juga pakaian. Untuk lagi memudahkan , pilih sahaja barangan yang anda cari di link ini https://pgmall.my/proudly-local-campaign .

Dan yang paling menarik, sempena Year End Sales ini juga, PG Mall menawarkan kod diskaun kepada pembeli yang ingin membeli semasa Year End Sales ini. Dengan setiap pembelian minima RM50 anda boleh gunakan kod Kuponn KBBM20 untuk mendapatkan diskaun RM20 dan juga gunakan kod KBBM30 untuk pembelian minima RM100 bagi mendapatkan diskaun RM30. Syok betul. Terima kasih PG Mall.

Jadi CR pun taknak lepaskan peluang untuk cuci mata di website PG Mall sementara tunggu gaji masuk minggu ni. Ada beberapa barang yang CR masukkan dalam Shopping Cart tu. Tunggu masa untuk check out nanti. Nak tengok barang apa yang CR nak beli?

Vacuum murah

CR lama dah mencari vacuum sebenarnya. Memudahkan kerja semasa mengemas rumah dan juga masa cuci kereta. :) Kalau berminat dengan vacum macam ni boleh klik ke link ni yer. https://pgmall.my/Khind-Vacuum-Cleaner- 


Cover kereta

Barang ke dua yang ingin CR beli adalah cover kereta. Lama sangat dah nak beli tapi tak terbeli-beli. CR kena beli sebab sebelum ni CR tutup kereta gunakan kain biasa jer. Dengan adanya cover macam ni akan memudahkan kerja dan nampak kemas. Kalau ada sesiapa nak beli jugak boleh klik link ni. https://pgmall.my/All-Size-Yama-PEVA-Car-Cover

stand mixer


Barang seterusnya yang ingin CR beli stand mixer. CR takdelah terror sangat membaking tapi teringin nak ada. Manalah tahu bila dah ade mixer depan mata, automatik jadi rajin kan. Harga dia pun takdelah mahal mana. Nanti la grab. Khamis ni kan gaji dah. Hehe. Boleh klik link ni untuk membeli kalau awak2 pun berminat nak beli. https://pgmall.my/mixer


year end sales


Yang paling Ekslusifnya PG Mall ada menawarkan FREE SHIPPING untuk pembelian minima sebanyak RM30 bermula dari 1 Disember 2020 sehingga 31 Disember 2020. Dah jimat dah kat situ. 

Jadi, tunggu apa lagi, jom lah pergi ke website PG Mall dan usha barang-barang yang anda nk beli. Jika anda tak daftar lagi, boleh klik Link ni https://pgmall.my/register? untuk mendaftar. So jangan lepaskan peluang okay

PGMall:







#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #yes #yearendsale2020 #freeshipping

Thursday, December 3, 2020

Lirik Lagu Ku Tak Rela - Danial Zaini

December 03, 2020 1
Lirik Lagu Ku Tak Rela - Danial Zaini
Lagu Baru Danial Lawak Solo Ku tak rela

Lirik Lagu Ku Tak Rela - Danial Zaini ︱Assalamualaikum dan Hai. Lagu yang pernah viral tahun ni kalau tak silap di Twitter. Ada seorang ni menyanyi atas katil selepas kecewa dengan kekasih hatinya. Bercinta hampir dua tahun dan akhirnya kekasih hatinya berkahwin dengan orang lain atas alasan pilihan keluarganya. Bila dengar masa tu memang nampak kekecewaan lelaki tu. Dan netizen pun tertanya siapakah identiti disebalik suara yang tengah kecewa tu.

Dan hari ni, akhirnya persoalan terjawab siapa penyanyi asalnya bila dah keluar official Music Video di youtube. Rupa-rupanya Danial Zaini iaitu peserta rancangan di astro iaitu Lawak Solo. Sebelum ni pun dia ada lagu juga da iaitu Siti Bilang Cuti. Sekarang keluar dengan lagu yang lebih syahdu dan best didengar.


Bismillah pemula kata . Assalamualaikum pada semua. Alhamdulillah hari ini hampir setahun lagu ini disimpan dan ramai yg bertanyakan siapa pemilik suara sebenar lagu ku tak rela. Dan hari ini saya mengakui suara dan video viral sebelum ini adalah milik saya. Saya Harap lagu ini dapat disukai dan diterima oleh semua sahabat dan taulan. Semoga semua dapat menghayati lirik dan lagu ini. Terima kasih saya ucapkan pada semua yg terlibat dalam pembikinan Ku Tak Rela. @hadi_rumnan @harry_khalifah @willydozan @datuentertainment . Dengarkan muzik video lagu Ku Tak Rela di youtube @datuentertainment sekarang. #kutakrela

credit Instagram Danial Zaini 





LAGU : KU TAK RELA 

ARTIS : DANIAL ZAIN

KOMPOSER : HADI RUMNAN 
LIRIK : HADI RUMNAN

Musnah sudah akhir kisah cinta kita
Tak sanggup ku bayangkan
Berat ku melepas dirimu

Ku ikhlaskan engkau pergi
Bersama dirinya 
Kerana orang tuamu tak ingin kita bersatu
Walaupun sakit sungguh sakit
Hatiku melepaskan mu

Yang tak ku relakan kau tak bahagia
Bersama dirinya kau jadi sengsara
Ku yang memujamu
Tak pernah terfikir tuk menyakitimu

Yang aku sesalkan kau bersamanya
Tapi tak bahagia dan penuh kecewa
Ku yang mencintaimu
Merintih menangis rasakan perihmu

Ku tak rela

Ku ikhlaskan engkau pergi
Bersama dirinya 
Kerana orang tuamu tak ingin kita bersatu
Walaupun sakit sungguh sakit
Hatiku melepaskan mu

Yang tak ku relakan kau tak bahagia
Bersama dirinya kau jadi sengsara
Ku yang memujamu
Tak pernah terfikir tuk menyakitimu

Yang aku sesalkan kau bersamanya
Tapi tak bahagia dan penuh kecewa
Ku yang mencintaimu
Merintih menangis rasakan perihmu

Ku tak rela