Senaraikan target yang anda ingin capai

September 4, 2013

Mulakan entri dengan lafaz Alhamdulillah. Ok, sepanjang hidup kamu semua pernah tak list kan apa yang korang target dalam hidup. Ada? Aku ada.

List tu aku senaraikan sebelum aku habis degree. Meh aku sharekan mana yang dah berjaya tercapai.

Pertama. Dapatkan kerja dalam masa sebulan. Maknanya aku hanya akan ada masa sebulan sahaja untuk enjoy lepas habis study. So, first keje yang aku minta adalah guu ganti dan kerja pasaraya . Haha. After seminggu,aku dapat kerja Pasaraya. Jawatan aku Management Information System. Kerja yang berkaitan update hrga barang. Okay lah dari aku duk tanam anggur. Family aku bukan senang sangat so memamg kena usaha sendiri untuk dapat duit, sebab aku ni kaki jalan. Takkan nak mintak duit abah ma lagi kan. Masa belajar lain la.

Kedua. Mempunyai sebuah kereta. Hajat dihati nak honda civic,tetapi agak2 la cik renex gaji kau berapa. So,amik la kereta akak aku yang kebetulan dia nak tukar kereta lain. Dan oh yeah,dapat la aku kereta kancil hitam yang smart giler. Betul la orang kata, kalau dah pakai kereta memang kena berjimat sikit. Tak boleh nak shopping sakan. Tapi bagi yang gaji melimpah ruah tak kot. Aku amik kereta ni Februari 2011. Masa ni aku takde lesen lagi sebab aku baru amik lesen kereta september 2011. Kereta ni kira hadiah aku untuk diri sendiri jugak sebab besday aku bulan 2. :)

Ketiga. Miliki sebuah kamera instax fujifilm. Tahu tak kameranye acaner? Ala,kamera yang bila korang snap terus kuar gambar on the spot tanpa perlu ke kedai photo. Lama dah nak tapi disebabkan harganya yang hmmmm aku terpaksa kuburkan niat aku tu. Aritu ade dapat rezeki lebih,jadi aku tanpa berfikir panjang mintak tlg shima belikan. Kebetulan Shima ade trip ke jepun. Hehe. Sini ade je jual tapi gedik2 nak beli jgk kat Jepun. Murah sikit kan. Heee.

Keempat. Target kahwin 2014. *krik krik krik *bunyi cengkerik. Aku patut ubah target ni ke tahun lain. Sebab memang xkan tahun 2014. Mungkin ke tahun 2020. HAHAHAHA.kbye.

So,pada adik2 semua sila catatkan target anda dan lihat beberapa kali sebelum tidur. Hoho.

Bikers Kental

May 28, 2013

Malam semalam punya cerita. Selepas magrib gua dengan Sam keluar ke Starmall Mentakab. Hajat hati kami berdua nak melayan mobie Fast & Furious 6 ,tapi apakan daya tiket SOLD OUT. Masa beratur nak beli tiket tu ada 3 available ticket, namun apekan daya bila sampai kat cashier tu tiket tinggal satu jer. Kecewa.

So,plan kedua tengok Bikers Rider. Lakonan Zizan Razak, Awie, Zul Ariffin dan dua orang pelakon Thailand yang comel. Kapkumkak. :)  Overall ,jalan cerita filem ni best sangat. Jalan cerita yang ringan dan lawak. Dah zizan berlakon confirm lawak.

Babak yang paling best bila scene Awie ngan Zizan dalam bilik hotel. Hewhew.

So,apa kata korang semua g melayan movie ni.

P/s : 9/10 stars.

Seksi Ovari

March 8, 2013

fazleena




"Kau kata mau jahit hati aku yang luka berdarah,
tapi makin kau jahit,makin berdarah.
Jarum itu tumpul atau barangkali benang tersimpul.
Biar aje luka itu, kering nanti baiklah tu. -#TungguKeringNanti "



Kenapa tidak hargai peluang yang diberi
Bukan semua dapat peluang
Awak tak bersyukur
Atau awak tak tahu
Apa itu menghargai?
Janji yang diberi ibarat kekabu
Yang ditiup angin yang rakus




seksi ovari. Himpunan Puisi. Kau tengok tajuk buku dah taw ini semua berkaitan perempuan. Seksi. Ovari. :)
Bila kau baca buku ni,kau akan rasa something. Eh,kenapa buku ni macam perli aku?
Tapi bukan semua part la. Huhu.

Pada anda yang ada ovari,sila beli buku ni,tak rugi. Sebab buku ni ohsem.
Dan sebab buku ini jugak,aku rasa macam dah suka beli buku puisi. #kbye

Kelabu - Nadia Khan

January 29, 2013



Sinopsis dari http://fixi.com.my/kelabu/

Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul- salah, cinta-benci, lelaki-perempuan.

Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku?
Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai boyfriend kontrak, aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata ya pada awek cun?
Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?
Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?
Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku,
di mana hitam dan putihnyatak berapa jelas.
Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku.
Dunia KELABU.

Penulis: Nadia Khan

Sekarang aku tengah angau. Ye angau dengan dunia buku . Aku mengaku aku bukan suka sangat beli buku. Aku lebih suka beli majalah. Sebab bagi aku,bila dah selesai sebuah buku tu,takkan nak baca banyak kali kan. Novel setebal2 tu nak baca berulang2? Kalau rajin boleh la kan. Kalau.

Tapi lepas aku baca Kitab Terfaktab 2, Nakal Tapi Halal. Aku dah berubah 360 darjah. Rasa macam ketagih. Ye tu yang apa aku rasa sekarang.

Dan bila aku dengar ada Lejen dan Fixi buka booth kt UiTM aku apa lagi, minta tolong member daku Cik Wawa tolong belikan.

nah! novel Kelabu. Dua hari baca . Habis. Sebab dua hari? Sebab busy. Haha

Pada sesiapa yang dah baca novel ni aku rasa korang akan rasa apa yang aku rasa. Klimaks part tu yang tak boleh blah. Huhu. Overall novel ni best.

Header baru.

January 27, 2013

Yuhuu. Sempena tahun baru ni,gua nak tukar header. Korang masih ingat header aku sebelum ni? Kalau lupa meh aku tunjukkan. Ni dia.


Header ni direka khas dari kawan blogger aku sebab aku menang contest dia. Blog Izyan Balqis.  thanks yer IQ.



Dan sempena tahun baru ni aku tukar header lain plak. Iaitu



yang ni aku dapat dari sis Intan. kalau nak tempah header or template boleh la g terjah blog beliau yer.


sekian.

Ost Setia Hujung Nyawa (Maafkan Aku-last minute)

January 2, 2013

Drama bersiri baru TV3 yang diadaptasi dari Novel. Mula2 xlayan sangat cerita ni,tapi lama2 bila layan sweet giker citer ni weh.


Hero dan Heroin yang sangat comel.huhu.

Jom layan Ost drama ni. MAAFKAN AKU - last minute

MAAFKAN AKU - LAST MINUTE


Dan apa
Yang kau mau kan dari ku
Telah lamaku kata
Yg ku cinta sepenuh hatiku

Sampai bila
Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yg pertama..kucintai

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yg dapat menemanimu

Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata,
I said i love youu..




Kacaknya kau Amar Asyraf. Dia dah bertunang pun. *sedih

© Blog Cik Renex