abah
Showing posts with label abah. Show all posts

Selamat hari jadi Abah

May 20, 2014

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami
kamu dikembalikan.”-Al- Ankabuut, ayat 57.
Abah, selamat hari jadi.
3 tahun tanpa abah, kosong.
I miss you so much.
Kehilangan yang tak di duga.
Pemergian yang tiba2.
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa abahku, kasihani dan sejahterakanlah dia,
maafkan kesalahannya, muliakan kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan
rahmatMu yang maha Pengasih. Tempatkan lah abah di kalangan orang2 yang beriman"
Tiada

Tiada

July 24, 2013

Sayu
Sunyi
Pilu
Sedih
Kosong

Kalau aku boleh minta satu benda yang memang akan ditunaikan oleh Allah
Aku hanya mahu arwah abah ada disisi aku. Itu sahaja.

Alfatihah.

Rindu.

January 16, 2013

Rindu.

Hanya mampu di luah kan di sisi Allah.

Hanya mampu sedekahkan Al-fatihah.

Hanya mampu doakan segalanya baik2.


Bila disaat orang lain seronok berjalan dengan ayah masing2.

Aku hanya mampu menjeling.

Dan cakap,'sabar Reen.'


Dulu kesana kemari dengan Arwah Abah,

Sekarang hanya sendiri bersama ma.


Kehilangan abah sekelip mata.

Tiada amaran,tiada tanda.


Ya Allah,dugaan ini paling berat untuk aku.

YaAllah,redhakan hati aku untuk pemergian arwah abah ni.


Al-fatihah.


"A thousand words won't bring you back, I know because I've tried ; neither with a million tears, I know because I've cried. - Anonymous (Kitab Terfaktab 2)"



Rindunya kat arwah abah

Rindunya kat arwah abah

October 5, 2012

Orang lain kalau rindu boleh call. orang lain kalau rindu boleh terus jumpa. peluk. sayang. aku? bila rindu,hanya mampu tengok gambar. hanya mengimbas kenangan. bila rindu,hanya mampu menangis dan doakan dari jauh. ya allah,kenapa cepat sangat kau ambil dia dari kami. belum puas lagi kami bersamanya.


setahun arwah abah pergi,macam semalam baru bercakap ngan abah. Rindunya kat abah.  Al-fatihah.


4.10.2011


1pagi. Abah sesak nafas. Dan dengan izin Allah aku tersedar sebab vibrate hp. Aku dengar abah terbatuk2 dalam tandas. Bila tanya,abah senyap,tak jawab. Aku pergi tandas,tengok abah dah xlarat. Pimpin abah panggil ma. YA allah hanya Allah yang tahu betapa paniknya aku tengok abah macam tu.


Hantar ke HOShAs. Bila tengok semula abah,penuh wayar kat abah. Abah dah tak sedar.Doktor kata kena bawa hospital Klang sebab peralatan dan doktor pakar tade. Tapi kena tunggu kul 7am baru leh gerak ke sana.


Bila aku nak teman abah dalam ambulans doktor tak bagi. Okay.dua kali aku bengang dengan sistem hospital. Aku nak teman abah dalam ambulans. Sedih aku bila pihak hospital tak bagi teman.


Sampai hospital klang,kena tunggu turn masuk wad ICU. Bila dah dapat doktor pagi aku. Hancurnya hati aku bila doktor cakap paru2 abah half da rosak. Penuh asap bila tengok xray abah. Doktor kata kat aku paling lama abah boleh hidup seminggu. Luluh hati aku. Macam mana nak bagitaw ma,bagitaw akak yang abah tenat.kritikal. doktor kata abah dah bergantung pada mesin.


Tengok abah,dah tak de respond. Hanya air mata abah keluar. Abah,aye tahu abah sakit,tapi aye tak tahu nak wat macam mana.


5.10.2011


Doktor cakap nak masukkan tiub nak tengok abah ada penyakit apa. tapi tiba2 doktor cakap abah dh tenat. Doktor kata abah ada kanser. Kanser tahap lima. Kanser tiroid,jantung dan paru2. Ya allahbesarnya dugaan kau bagi pada abah dan kami.


Abah,aye minta maaf sebab tak dapat selamatkan Abah. Aye dah cuba abah. Aye benci doktor sebab tak berusaha nk selamatkan abah. Allah lgi sayangkan abah. Abah orang baik. Allah sayang orang yang baik macam abah. ALLAH taknak abah bersusah payah. Orang lain tak tahu kesusahan abah,kesakitan abah.


Bila arwah aku meninggal,aku rasa separuh diri aku hilang. Semua tak macam dulu. Kemana2 pergi mesti ada abah.sekarang semua kena drive sndiri. Patutlah abah marah sangat bila aku failed test JpJ. Abah macam dah taw yang abah akan pergi jauh dan nak anak abah yang sorang ni pandai drive kereta.


Bila rindu abah,aku hanya mampu doakan abah disana. Baca yasin untuk abah. Sebab dengan tu je yang boleh hilangkan rasa rindu ni abah. Bila depan orang aku mampu senyum bercerita pasal abah,di belakang orang aku hanya mampu menangis.


Al-fatihah.


i miss my abah :|

October 20, 2011

© Blog Cik Renex