Kuih Keria Gula Melaka & Coconut Shake Batu Berendam Melaka
March 13, 2018
Kuih Keria Gula Melaka & Coconut Shake Batu Berendam Melaka | Assalamualaikum dan Hai. Ini cerita berlaku pada minggu lepas tetapi baru nak bercerita dalam blog kesayangan ini. Minggu lepas Cik Renex telah dipelawa oleh sahabat Nyehhh CR untuk teman dia ke kenduri kahwin kawannya di Melaka. CR pantang dipelawa, kalau masa tu free memang laju la CR setuju nak follow.
Kami gerak dari Bera dalam jam 10pagi dan sampai ke Melaka dalam jam 1 tengah hari. Sampai-sampai pengantin belum ada lagi, makanya kami pun isi perut sendiri dulu. Nanti ada pengantin baru semangat sikit nak tengok pengantin bersanding kan. Hehe. Pengantin so cantik n comel je orangnya. Semoga berbahagia selamanya ye Sis Madi.
Dalam kul 4 baru gerak balik Bera tapi sempat lagi singgah Batu Berendam nak cari Kuih Keria Gula Melaka dan Coconut shake yang diviral2kan itu. Ramai juga masa kami datang tu. Barisan beratur pun panjang jugak.
Dalam kul 4 baru gerak balik Bera tapi sempat lagi singgah Batu Berendam nak cari Kuih Keria Gula Melaka dan Coconut shake yang diviral2kan itu. Ramai juga masa kami datang tu. Barisan beratur pun panjang jugak.
Selain dari Kuih Keria, terdapat lagi kuih lain yang dijual contohnya keropok goreng, pisang goreng dan pelbagai lagi. Tapi yang paling femes adalah Kuih Keria. :)
Cik Renex beli sikit je. Rugi pulak beli sikit je sebab sedap yang amat. Masa CR sampai,kuih keria di talam tu habis licin. Kecewa juga mula2 tapi tengok ramai yang beratur lagi,mungkin tengah tunggu masak agaknya. CR pun terus la menunggu dan tak lama tu datang la sebekas kuih keria ni. Panas-panas ag weh. 😚
RM6 untuk 10 biji

Sedap dan lembut jer. Memang rugi beli sikit jer. Tak puas makan. huhu.
Selain dari Kuih Keria, Melaka memang sinonim dengan Coconut Shake.Jadi tak Melaka lah kalau datang Melaka tak beli Coconut Shake. huhu.
Harga Coconut Shake
Coconut Shake Biasa = RM3.20
Coconut Shake Special = RM3.70
Coconut Shake Double Special = RM4.20
SEDAP !! Patut la ramai beratur nak beli Coconut Shake Batu Berendam ni. Berbaloi sebab sedap sangat. CR beli yang double special dengan harga RM4.20. Murah. Kalau kat tempat CR, coconut shake yang biasa pun RM5. Nak tambah special ke ape ke RM6 ke atas lah. Sini yang special RM4.20 jer. Murah dan Sedap.
Jadi,mana-mana yang kebetulan lalu di kawasan ni boleh la singgah merasa kuih keria dan coconut shake ni yer. Dijamin puas hati.
![]() |
| Sebelum entri tamat. Bagi la peluang tuan tanah nak bergambar jap. hehe |





