review
Showing posts with label review. Show all posts

Rent a Mechanical Bull for the Ultimate Event Experience

March 5, 2025

machanical bull inflatable mechanical bull rent a mechanical bull



Looking to add excitement to your next event? Rent a mechanical bull and bring the thrill of a rodeo to your party! Whether you're hosting a birthday bash, corporate event, or festival, a mechanical bull is a fantastic attraction that guarantees fun for all ages.

Why Choose a Mechanical Bull?

 A mechanical bull is the perfect way to challenge your guests and create an unforgettable experience. Riders can test their balance and endurance while spectators enjoy the excitement. With adjustable speed settings, our inflatable mechanical bull is safe for beginners and seasoned riders alike.

 

Safe and Fun for Everyone

Our inflatable mechanical bull rentals come with soft landing zones to ensure maximum safety. The bull is designed with a durable inflatable base that cushions falls, making it suitable for kids, teens, and adults. Plus, trained operators control the speed and intensity to match the rider’s skill level.

 

machanical bull inflatable mechanical bull rent a mechanical bull


Perfect for Any Event

Renting a mechanical bull is a great way to entertain guests at:

  1. Birthday parties
  2. Corporate gatherings
  3. Fairs and festivals
  4. School and church events
  5. Fundraisers

 

No matter the occasion, an inflatable mechanical bull will keep your guests entertained and engaged.

 

Hassle-Free Rental Process

Booking a mechanical bull rental is easy. Simply choose your event date, and our team will handle the delivery, setup, and operation. We ensure a smooth, worry-free experience so you can focus on having fun.

 

Book Your Mechanical Bull Today!

Ready to take your event to the next level? Rent a mechanical bull today and create unforgettable memories for your guests. Contact them  now to check availability and pricing!


Mobile Spa Intania Beauty House.

October 17, 2019



Mobile Spa Intania Beauty House | Assalamualaikum dan Hai. Pernah dengar tak perkataan Mobile Spa? Rasanya memang ramai dah biasa dengar perkataan tu. Mobile spa atau spa bergerak pada zaman kini sangat lah popular kerana kekangan masa. Ramai wanita yang ingin pergi ke Spa tapi tidak berkesempatan dan terlampau sibuk dengan kerja dan keluarga. 

Tapi dengan adanya Mobile Spa dari Intania Beauty House, sesuai dengan taglinenya "Beauty is ready to you" ia akan membantu anda semua. Dengan berkonsepkan spa di bawa ke rumah anda, Intania Beauty House menyediakan pelbagai jenis kelengkapan yang inshaAllah sama seperti di spa. Pelanggan hanya perlu menyediakan ruang dan ruangan "plugged" untuk di gunakan oleh para terapi.

Jadi ianya akan menjimatkan masa anda tanpa perlu bersusah payah untuk keluar dari rumah, cari parking, bayar tol dan sebagainya. Dah ada yang memudahkan, kenapa pilih yang susah. 😊

Senarai servis Mobile Spa Intania Beauty House

Pelbagai servis di sediakan dari Intania Beauty House, antaranya

1) Rawatan Wajah terdiri daripada 2 iaitu
-Normal Facial
-Treatment Facial

2) Urutan Tradisional / Urutan Aromaterapi

3) Bekam Sunnah

4) Rawatan Resdung tanpa asap

Senarai Harga Rawatan Mobile Spa



Dengan harga yang berpatutan, servis yang tiptop, inshaAllah dapat memberi kan anda pengalaman mobile spa NO 1 di Malaysia❤️ Mobile Spa Intania Beauty house cover kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh la terus menghubungi Cik Intan di talian 0139732945



Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion | 2 in 1 Penyegar + Pelembap

July 12, 2019


Safi Balqis OxyWhite

Assalamualaikum dan Hai. Pada entri kali ni Cik Renex ingin berkongsikan mengenai satu produk yang baru dari Safi Balqis iaitu Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion. Kulit CR sebenarnya jenis berminyak dan ada masa jenis kering juga. Jadi rutin CR sebelum mengenakan makeup di wajah adalah pakai penyegar dan pelembap.

Sebelum ni, CR pakai facemist terus pakai foundation. Tapi ada kawan CR tips dia mekap bagi tak bercapuk adalah dengan pakai pelembap atau primer terlebih dahulu. CR memang noob sikit bab2 makeup ni, yang tahu foundation-bedak-eyeliner. Pastu dahh. Rupanya ada step yang tertinggal patut la bila tengah hari je bedak dah bercapuk. 

Safi Balqis OxyWhite


Kalau sebelum ni kena satu-satu pakai tapi sekarang bila dah diperkenalkan dengan produk Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni, ianya menjimatkan masa CR. Kenapa? Ini kerasa produk ini adalah gabungan formulasi penyegar dan pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum. Jadi jimat la masa sikit kan. Sesuai la untuk CR yang terlebih 'rajin' ni. 



Safi Balqis OxyWhite


Kebaikan  Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion.

• Memberikan 2x penghidratan (berbanding Krim Pelembap Siang Safi Balqis Oxywhite) dan kesegaran dengan satu penggunaan.
• Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid


  • Macro Hyaluronic Acid
  • Nano Hyaluronic Acid
  • Bio-Hyaluronate
  • Oligo-Hyaluronic Acid
  • Super Nano Hyaluronic Acid

Safi Balqis OxyWhite

• Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
• Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.

OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE

Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

Cara menggunakan  Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion.

Safi Balqis OxyWhite


Sebelum pakai sunblock, CR akan gunakan lotion ni dahulu. Picit sedikit atas tangan dan terus sapukan pada keseluruhan muka. Tepuk dengan lembut sehingga produk meresap sepenuhnya. Gunakan dua kali sehari selepas Pembersih Muka Safi OxyWhite untuk kesan yang lebih bagus.


Setelah hampir 2 minggu guna Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni, CR sangat berpuas hati dan kulit pun rasa lembap. Foundation pun senang nak apply bila kita da letak lotion ni..

Mana2 yang berminat nak mencuba tu boleh la dapatkan di Watsons, guardian dan pasaraya yang terpilih. Untuk maklumat lanjut boleh ke maklumat di bawah. 👇


Facebook : https://www.facebook.com/SAFI.MY

Instagram :
https://www.instagram.com/safimalaysia/


Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi untuk Bantu Menambah Baik Kesihatan Oral Rakyat Malaysia, Kolaborasi dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia

March 28, 2019


 #gumbatte #SystemaGumbatte #systema #gumhealthcheck #gusisihatgigisihat

Adakah anda tergolong dalam 94% orang dewasa di Malaysia yang mengalami masalah gusi? Jika anda tidak pasti, layari laman web gumhealthcheck.com untuk membuat penilaian dalam talian secara percuma yang dapat membantu anda mendapatkan gusi dan gigi sihat sepanjang hayat.

Laman web pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran dan pendidikan Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema (Gumbatte Towards 1 Million Gum Health Checks) 2019, satu kerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia. 

Kempen ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik dengan matlamat utamanya memberi motivasi kepada lebih ramai orang supaya mengekalkan 20 batang gigi asal mereka apabila berusia 60 tahun dan ke atas. Jadi, mereka boleh menikmati kesihatan sepanjang hayat, selari dengan matlamat Kementerian Kesihatan. 

 #gumbatte #SystemaGumbatte #systema #gumhealthcheck #gusisihatgigisihat


Kempen Gumbatte mengambil semangat daripada perkataan Jepun ‘Ganbatte’ yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’. Sekali gus menyeru rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan gusi mereka dan mencapai 1 juta pemeriksaan gusi. 

Kempen ini dilancarkan oleh Dr. Norliza bt Mohamed, bertanggungjawab sebagai menanggung tugas Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, sempena Hari Kesihatan Oral Kebangsaan di pusat membeli-belah 1 Utama di Bandar Utama, hari ini.


 #gumbatte #SystemaGumbatte #systema #gumhealthcheck #gusisihatgigisihat


Menurut Dr Norliza, kesihatan oral sering dilihat sebagai kurang penting berbanding kesihatan umum yang lain. Namun, sikap ini perlu diubah kerana ia merupakan isu yang serius. Beliau menyatakan bahawa tahap kesihatan oral yang rendah sering dikaitkan dengan masalah-masalah kesihatan yang lain. 



“Kajian penyelidikan menunjukkan korelasi di antara penyakit gusi dengan serangan jantung, diabetes dan terbaharu, Alzheimer. Ini merupakan penyakit yang boleh mengancam nyawa. Sekiranya pengesanan dan rawatan awal penyakit gusi boleh merendahkan korelasi ini, kita wajar menerokanya.”

Beliau mengakui bahawa kempen Gumbatte Systema yang memberi penekanan terhadap kesihatan gusi secara dalam talian dilihat cukup tepat kerana majoriti rakyat Malaysia, termasuklah di kawasan pedalaman memperoleh maklumat dari dalam talian. 

“Kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte boleh membantu Bahagian Penjagaan Oral Kementerian Kesihatan mendidik lebih ramai orang mengenai perlunya menjaga kesihatan gusi dan oral dengan lebih cepat, menerusi keputusan yang dapat diperoleh secara serta-merta.”

Pengurus Besar Southern Lion Sdn. Bhd., Carmen Foo menyatakan usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan oral ini dibuat kerana gigi yang kuat bermula dengan gusi yang sihat. Systema ialah jenama teras Lion Corporation, Jepun dan memiliki warisan penjagaan oral selama lebih120 tahun hasil kolaborasi dengan pakar-pakar pergigian, pihak berkuasa kesihatan, saintis dan penyelidik. 

“Sistem Anti-Plak Systema menggabungkan ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria berbahaya walaupun di dalam poket gusi. Manakala bulu berus gigi tirus 0.02mm Systema membantu menyingkirkan plak biarpun di kawasan yang sukar dicapai di antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi. 

“Kini kita sudah ada penyelesaiannya. Justeru, inilah masanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit gusi kerana ia adalah asas kepada gusi dan gigi yang sihat sepanjang hayat. Sebab itulah kami memperkenalkan kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte – bagi membina kesedaran diri tentang perlunya perubahan yang positif,” kata Foo

“Rakyat Malaysia memperoleh banyak maklumat daripada media sosial. Sebab itulah kami bekerjasama dengan pasangan artis dan media sosial terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel untuk menyemarakkan lagi kempen ini. Kami percaya dengan strategi ini, kesedaran mengenai pentingnya pemeriksaan kesihatan gusi dapat menarik perhatian lebih ramai orang. Seterusnya menggalakkan mereka mengambil langkah demi mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik,” katanya. 

 #gumbatte #SystemaGumbatte #systema #gumhealthcheck #gusisihatgigisihat


Pelakon Aeril Zafrel nyata terkejut dengan kadar penyakit gusi yang dihidapi oleh rakyat Malaysia. “Berada dalam industri hiburan atau mana-mana industri yang perlu berdepan dengan pelanggan, anda mesti memiliki tahap kebersihan diri, termasuklah oral yang baik. Saya tidak sedar betapa seriusnya masalah gusi di kalangan kita. Justeru, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat ini kerana ia mampu memberi perubahan, terutamanya kerana penyakit gusi mempunyai kaitan dengan serangan jantung, diabetes dan Alzheimer. Kita semua perlu melayari laman web gumhealthcheck.com untuk menilai tahap kesihatan gusi kita.” 

Systema turut mengagihkan 10,000 Ubat Gigi Systema Advance Anti-Plaque dan 10,000 berus gigi dengan bulu berus tirus 0.02mm bagi menyokong program jangkauan di seluruh negara ini. 

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal juga bersemangat untuk menjadi pencetus kesedaran kesihatan oral. “Penyakit gusi adalah masalah kesihatan yang penting. Jika kita boleh menggalakkan lebih ramai orang untuk menjaga kesihatan gusi dengan menggunakan ubat gigi anti-plak dan berus gigi yang boleh membantu menambah baik kualiti hidup, ia sememangnya hala tuju yang betul buat negara kita.” 

Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Leong Kei Joe menyatakan usaha mengurangkan penyakit gusi di Malaysia perlu dimulakan dengan mengubah persepsi tentang penyakit gusi sepenuhnya. Beliau memuji kempen menangani masalah penyakit gusi ini. 

“Kesedaran terhadap penyakit gusi memang serius dan ia berpotensi memberi impak kepada kualiti hidup, selain mempunyai kaitan dengan penyakit-penyakit berbahaya. Terlalu ramai di antara kita yang melihat tanda-tanda penyakit gusi seperti berdarah ketika memberus sebagai sesuatu yang normal. Rakyat Malaysia perlu mengenal pasti tanda-tanda dan simptom penyakit gusi. Jadi mereka tahu apabila ada yang tidak kena, mereka boleh mendapatkan bantuan. Pantau kesihatan oral anda dengan melayari laman web gumhealthcheck.com untuk menilai status kesihatan gusi anda. Jika perlu, jumpa doktor gigi anda untuk mendapatkan rawatan.” 

Beliau memberitahu, ahli-ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia akan menawarkan pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma sebagai sokongan kepada Bulan Kesihatan Oral Kebangsaan. Selain mencadangkan setiap orang perlu berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. 

Siri jelajah Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema akan diadakan di pusat membeli-belah 1 Utama sehingga Ahad, 17 Mac 2019. Ia turut menawarkan pemeriksaan gigi secara percuma, permainan, hadiah dan pelbagai aktiviti lain. 

Jadilah antara yang terawal daripada 1 juta orang yang memeriksa kesihatan gusi secara dalam talian di laman web gumhealthcheck.com untuk gigi dan gusi yang sihat sepanjang hayat. 

Harga


 #gumbatte #SystemaGumbatte #systema #gumhealthcheck #gusisihatgigisihat


Produk-produk Systema boleh didapati di seluruh negara menerusi pasar raya hiper utama, pasaraya dan farmasi pada harga RM12.55 untuk ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque, manakala berus gigi pula berharga RM7.80 hingga RM12.55. 



Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

January 9, 2019

Assalamualaikum dan Hai. Bila bercakap mengenai Murtabak mesti kita akan membayangkan suasana di Bazar Ramadhan sebab murtabak memang sinonim dengan bulan puasa. Tapi tidak dengan Murtabak Mengkasar. Murtabak ini sentiasa ada dan kedai pun sentiasa beroperasi melainkan Hari Raya Aidilfitri dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Rasanya semua memang tak asing lagi dengan Murtabak Mengkasar ini yang kedai asalnya beroperasi di Pekan Pahang. Bila berkunjung ke Pekan memang tak lengkap kalau tak singgah merasa murtabak ini. Tapi baru-baru ni Cik Renex berpeluang merasa Murtabak Mengkasar ini tapi bukan kedai di Pekan tapi di Bukit Sekilau Kuantan Pahang. Rugi rasanya baru tahu yang kat Bukit Sekilau ada kedai ini sebab selalu membayangkan murtabak ini ada di Pekan sahaja. Terlepas kapal terbang betul. hikss.

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan
Pemilik Murtabak Mengkasar, Tuan Ahmad Tajuddin Abdul Hamid.


Menurut pemilik Murtabak Mengkasar ini, murtabak mengkasar ini merupakan juadah  kegemaran keluarga diraja.  Sultan Pahang , Sultan Ahmad Shah meminati murtabak mengkasar ini dan sering menjadi juadah dalam majlis-majlis keramaian baginda. Resepi asal murtabak ini pula diperoleh dari rakan bapa pada tahun 1970-an iaitu Arwah Dato Awang Rashid. Beliau yang bertanggungjawab mewariskan resepi ini kepada pemiliknya.  Arwah telah berkongsi cara membuat murtabak ini dan yang paling utama sekali berkongsi resepi rempah yang diletakkan dalam murtabak ini.


Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan


Murtabak Mengkasar memang lain dari yang lain dan paling terbaik kerana menggunakan rempah-ratus rahsia dan rasanya tidak berubah sejak dahulu kerana mereka masih mengekalkan resepi yang diturunkan sehingga sekarang. Mereka hanya menambahkan jenis-jenis murtabak sahaja tanpa mengubah resepi asal rempahnya.


Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Bentuk asal murtabak juga memang lain dari yang supaya orang akan kenal murtabak ini lain dari yang lain iaitu bentuk segi empat tepat berbanding bentuk biasa iaitu segi empat sama. Kelainan murtabak ini juga adalah ia berlapis-lapis dari segi kulit luar dan juga isi dalam. Inti dalam dan inti luar juga berbeza bagi mencipta rasa yang berbeza.

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan


Biasanya, bila kita makan murtabak kita akan ada selapis sahaja. Berbeza dengan Murtabak Markisar sebab ianya i tiga lapisan tebal berinti daging dan pelbagai jenis rempah-ratus berkualiti yang menjadikan rasa murtabak ini lebih sedap berbanding murtabak yang lain. Dari gambar yang CR ambil tu pun dah nampak kelainan murtabak ini dari segi lapisan kan.


Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Hidangan satu keping ini sesuai untuk dimakan dua ke tiga orang. Sebab intinya sangat padat dan tebal. Biasa kalau beli murtabak mesti penuh dengan bawang jer tapi tidak di Murtabak Mengkasar. Murtabaknya memang padat dengan isi daging atau ayam. Makan dua potong pun da rasa kenyang lagi-lagi dicicah dengan kuah kari atau jeruk bawang. Nyummy.

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Harga murtabak mengkasar juga sangat berpatutan bagi CR berbanding tempat lain. Berikut adalah harga murtabak mengikut jenis2 nya.

Murtabak Mengkasar
Mix Special RM12
Daging Special RM10
Ayam Special RM10
Daging Biasa RM8
Ayam Biasa RM8
Menu Sampingan
Roti Canai, Roti Telur, Roti Telur Bawang, Roti Planta, Roti Bawang dan Roti Boom

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Bagi yang duduk jauh da teringin merasa Murtabak Mengkasar bolehlah membeli Murtabak yang telah disejuk bekukan. Murtabak Sejuk Beku (frozen) sebenarnya dah dibuat sejak lama dah tapi dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Murtabak Frozen ini kemudian mendapat tempahan dari Jeddah yang basednya di Food Market KL. Packaging juga akan diupgrade dari masa ke semasa. 


Cik Renex pun berpeluang merasa murtabak frozen yang biasa. Menurut Hj Din, murtabak frozen ini boleh tahan lama sehingga sebulan. Sesuai untuk di bawa ke tempat yang jauh. Harga murtabak frozen juga sangat berpatutan iaitu yang biasa RM12 dan yang special RM15.

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Murtabak Frozen ini juga disertakan sekali dengan Bawang Jeruk. Kita hanya tinggal goreng diatas kuali ataupun guna microwave. Tinggal hidangkan dan makan jer. Rugi kalau tak merasa.

Jadi, mana-mana yang tak pernah merasa lagi boleh la ke Bukit Sekilau Kuantan untuk merasa sendiri kenikmatan murtabak mengkasar ini. Memang kalau dah sekali cuba, akan datang makan sekali. CR bagi 4.5/5 bintang untuk Murtabak Mengkasar ini. 

Bersama pemilik Murtabak Mengkasar , Tn Hj Din

Murtabak Mengkasar

FACEBOOK


ALAMAT
Gerai Murtabak Mengkasar
Pusat Jaja UiTM,
Jalan Bukit Sekilau,
26060 Kuantan, Pahang

WAKTU OPERASI
3.00 Petang - 1.00 Pagi



CSR TOP Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa depan yang Lebih Cerah, Dengan Kerjasama MYDIN

January 7, 2019

TOP, jenama bahan pencuci No. 1 di Malaysia kembali menceriakan 500 orang kanak-kanak dari beberapa buah NGO terpilih di seluruh negara menerusi kempen CSR Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Memasuki tahun keempat, kempen tersebut menyediakan pakaian seragam dan keperluan persekolahan kepada lebih 1,600 orang kanak-kanak dari 18 buah rumah kebajikan. 

TOP bekerjasama dengan peruncit utama, MYDIN untuk melaksanakan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember, di mana, 30 sen daripada jualan produk terpilih TOP di semua cawangan MYDIN di seluruh negara akan disalurkan untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak yang berusia di antara 7 hingga 17 tahun dari 18 buah rumah kebajikan. 

Keperluan persekolahan itu termasuklah pakaian seragam, beg sekolah dan alat tulis yang lengkap buat semua kanak-kanak yang terlibat. 

Kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera dan Rumah Hope menerima sumbangan pakaian seragam dan keperluan lain dari Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, Mr. Leroy Yoon (jaket kelabu) 

Kempen ini mempunyai dua objektif utama iaitu memberikan kanak-kanak pakaian seragam baharu yang boleh mereka banggakan, seterusnya memberikan motivasi untuk mereka mencapai sesuatu dengan lebih tinggi dengan menaikkan keyakinan dan harga diri mereka. Ia juga bertujuan mendidik mereka tentang pentingnya gaya hidup yang bersih. Ini termasuklah menjaga dan mencuci pakaian masing-masing agar sentiasa bersih. 

Pakaian seragam untuk kanak-kanak dari rumah kebajikan di seluruh negara ini sudah boleh diambil sebelum sekolah dibuka. Ini pasti memberi ketenangan minda kerana mereka boleh memakai pakaian baharu untuk sesi persekolahan yang baru. 

Mr. Leroy Yoon,Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd menerangkan kepada kanak-kanak dari rumah kebajikan bagaimana mereka boleh menggunakan pencuci TOP untuk membasuh pakaian seragam mereka secara berkesan. 

Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn. Bhd., Mr. Leroy Yoon berterima kasih kepada MYDIN dan para pelanggan atas sokongan mereka terhadap program yang nyata memberi harapan serta kegembiraan kepada kanak-kanak berkenaan. 

“Kami terharu dengan sokongan MYDIN dan para pelanggannya yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi dalam menjayakan kempen yang cukup bermakna ini. Sumbangan ini sangat bermakna kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sokongan mereka nyata memberi harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan dengan pakaian seragam baharu, sama seperti rakan-rakan mereka yang lain. 

“Pada masa yang sama, TOP juga berbangga untuk menawarkan inovasi dan manfaat produk kami kepada semua. Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif yang dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk menikmati masa depan lebih cerah. Terima kasih kepada semua pengguna TOP yang menjayakan kempen ini selama empat tahun berturut-turut,” kata Mr. Yoon. 

18 buah rumah kebajikan yang terlibat ialah:- 

Kedah/Perlis 
1 Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda 
2 Rumah Superkids 

Penang 
3 Pertubuhan Rumah Kebajikan Seri Cahaya Pulau Pinang 
4 Pusat Jagaan Persekutuan Kebajikan Anak Anak Yatim Islam Pulau Pinang 

Kelantan/Terengganu 

5 Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih 
6 Rumah Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah (RAYSA) 

Perak 
7 The Salvation Army Ipoh Children's Home 
8 Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Nurul Iman 

Kuala Lumpur/Selangor 
9 Rumah Hope 
10 Rumah Bakti Nur Syaheera 

Pahang 
11 Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah Permata Camar 
12 Pusat Jagaan Wanita dan Kanak-kanak Casa Harapan 

Negeri Sembilan 
13 Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Rhema 
14 Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) 

Melaka 
15 Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna Malaysia 
16 Pusat Jagaan Kanak-Kanak Harapan Bukit Baru 

Johor 
17 Pusat Kebajikan Kalvari Johor 
18 Persatuan Kebajikan Darul Hanan 



Mengenai Southern Lion Sdn Bhd 

Southern Lion Sdn Bhd ialah syarikat kerjasama 50/50 di antara Lam Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Jepun. Ia terus menambah baik kualiti kehidupan pengguna di Malaysia dengan menawarkan produk-produk isi rumah seperti penjagaan fabrik, kediaman, kecantikan dan oral yang inovatif pada harga mampu milik. Southern Lion merupakan syarikat pengeluar bahan cucian pertama yang menerima persijilan ISO 9001. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan: 1800-88-0133. 


Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan Pahang

January 4, 2019

Assalamualaikum dan Hai. Kuantan merupakan ibu negeri Pahang dan menjadi tempat kegemaran Cik Renex untuk melepaskan kebosanan tatkala di hujung minggu. Jarak Kuantan dari rumah CR dalam 2 jam juga sebenarnya tapi CR memang selesa berjalan ke Kuantan dari tempat lain. Sebab banyak lokasi menarik di Kuantan dan banyak lagi tempat yang tak sempat lagi CR untuk singgah. 

 tempat makan menarik di Kuantan
Salah pulak arah tangan tu, *abaikan* ^^v

Jadi, hujung minggu baru-baru ni CR berpeluang ke Kuantan bersama rakan-rakan blogger pantai timur yang lain. Jumpa pulak waktu makan tengahhari jadi kami semua ke satu restoran yang terletak di Batu 3 iaitu Restoran Bummbu Nasi Singgey. CR pernah singgah ke kawasan sini sebab pergi ke kedai Eco RM2 di kawasan situ juga tapi tak berpeluang pula ke restoran ini. Jadi ini kali pertama CR cuba makan disini.

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Restoran Bummbu terletak di hujung lot kedai dan bersebelahan dengan MR DIY. Jadi bila dah penat shopping di Mr DIY boleh la hilangkan penat lelah dengan mencuba menu-menu disini. Part yang paling CR suka adalah tempat parking yang banyak dan tidak menyusahkan untuk kita pusing2 mencari parking. Tapi kalau datang time weekend mungkin payah sikit sebab masa tu ramai yang datang ke kawasan situ kan.


Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Kami sempat berjumpa dengan isteri pemilik restoran ini  dan menemuramah sedikit sejarah penubuhan Restoran Bummbu ini. Restoran ini sebenarnya dah beroperasi hampir 5 bulan sejak bulan Ogos 2018. Lama juga dah sebenarnya tapi CR je tak berkesempatan datang. Chef restoran ini pun bukan calang-calang orang kerana chefnya  mempunyai pengalaman di Melbourne selama dua tahun dalam bidang masakan. 

Ada yang tertanya-tanya tak apa maksud "Bummbu" tu? Rupanya maksud dia adalah rempah atau perencah dalam Bahasa Jawa. Dan Singgey itu pula datang dari perkataan singgang yang dikomersial dalam loghat kelantan jadi lah Singgey. Kelainan restoran ini dari restoran yang lain adalah rempah turun temurun yang digunakan untuk masakan singgang tersebut. Kalau nak rasa apa kelainannya, kena la cuba nanti yer.

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Menu utama restoran ini adalah Nasi dan lauk singgang sama ada singgang daging,ayam ataupun ikan yang lengkap dengan pakej Nasi dan Air sirap atau Teh O Beng. Jangan risau, ada lagi menu lain selain dari lauk singgang antaranya adalah set Ayam, daging, lemak dan kambing bakar. Selain dari itu juga ada juga menu lain yang boleh dipilih sebagai contoh Nasi Lemak, Laksa, Lempeng dan sebagainya. Menurut sumber , kadang-kadang ramai yang datang lepak di restoran ini pada waktu petang untuk makan laksa dan lempeng. :)

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
Menu Makanan Restoran Bummbu Nasi Singgey


Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
SET F Singgang Daging

Apa menu pilihan CR? Tadaaa, menu yang menjadi pilihan CR adalah Set F iaitu Set Nasi Singgang Daging. Dalam set ini juga ada sambal belacan dan timun yang dibungkus sekali dengan nasi. Pendapat CR tentang singgang daging ini memang sedap dan rasa kuah singgang dia lain dari yang lain. Tak reti nak terangkan kelainannya tapi memang sedap dan berbaloi dengan harganya.

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
SET D Ikan Bakar

Ikan bakar menjadi pilihan Husniey dan CR sempat merasa sedikit ikan bakar ini. Hmm, memang sedap sangat sambal ikan bakar ni. Secukup rasa. 

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
SET C Kambing Bakar

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Pada tahun ini juga mereka akan memperkenalkan menu baru iaitu Bummbu Plate yang terdiri daripada Ayam Plate, Daging Plate, dan Kambing Plate yang bermula dari harga RM13.50.  CR sempat juga merasa hidangan ini dan rasanya jugak boleh tahan dengan portion ayam yang banyak dan fries. Jadi penggemar masakan Western boleh mencuba plate ini nanti.

Kalau jemu dah nak makan nasi atau western, boleh la mencuba menu-menu yang lebih ringan seperti Laksa, Lempeng , Roti bakar ke atau pun Kepok cheezy. Gambar di bawah ini antara menu makanan lain yang boleh diorder di restoran ini.

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
Kepok Cheezy yang sedap rangup dan penuh dengan isi ikan. :)

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
Chicken Ball 

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
Tuna Sandwich sesuai untuk kanak-kanak sebab tak pedas sangat.

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Selain dari menu makanan yang sedap, antara tarikan restoran ini adalah air Bummbu Blend ini. Ada tiga jenis airnya iaitu Kopi Bummbu Blend, Jagung Bumbbu Blend dan Milo Bummbu Blend yang berharga RM4.50 sahaja. Selain dari minuman sejuk ada juga minuman panas seperti Kopi Bummbu dan pelbagai lagi.


Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Yang menjadi pilihan CR adalah Kopi Bummbu Blend. Memang sedap air ni sebab ada letak sekali aiskrim dan juga nata de coco. 

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Yang paling menarik bagi CR untuk restoran ini adalah harga air Sirap Beng dan Teh O Beng hanya RM0.50 sahaja. Murah yang amat weh, tempat lain rasanya takde letak harga murah macam ni. :)

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Kalau tak sempat nak datang, mana-mana yang duduk berhampiran dengan kawasan restoran ini boleh la membuat tempahan dalam talian dan mereka akan COD ke rumah anda. Jimat masa kan. Hanya perlu whatsapp/call nombor 013 7924812.


Oh ya, lupa pula CR nak terangkan konsep kedai ini. CR berkenan dengan dekorasi dalaman kedai ini yang berkonsepkan pallet kayu. Sekarang kan memang tengah in perabot yang dibuat dari pellet. Kalau nak bergambar macam CR di atas ni, boleh la datang ke Restoran Bummbu Nasi Singgey ini ye. Rugi kalau tak merasa makanan disini :)

Keseluruhannya, CR sangat berpuas hati dengan menu makanan yang CR, harga yang berpatutan dan suasana kedai yang selesa. Waktu operasi Restoran Bummbu Nasi Singgey bermula dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Kata pemilik restoran ini, kalau mendapat sambutan, waktu operasi  mungkin akan dipanjangkan sehingga malam. 


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi di bawah ini.
Facebook : 

Instagram :

Lokasi :

RESTORAN BUMMBU NASI SINGGEY
A25, Jalan Kurnia Jaya 3, Perkampungan Belukar Maju, 25150 Kuantan, Pahang

Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri iaitu Dettol Proskin dan Dettol Profresh

November 14, 2018

Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai. Secara jujurnya Cik Renex memang pengguna dettol di rumah. Ini kerana produk-produk Dettol yang  menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga. 

Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi pengguna daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Jadi tidak hairan lah Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu khususnya ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari.


Setiap ibu sudah pastinya gembira melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat. Namun, semakin anak-anak meningkat umur para ibu bertambah risau apabila anak-anak mereka mula menerokai dunia sekitar dan berdepan dengan risiko pendedahan kepada pelbagai jenis kuman. Mendengar keluhan para ibu, maka Dettol, sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di dunia** kini melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya iaitu Dettol 'ProFresh' dan Dettol 'ProSkin.



Dettol Profresh

Dettol ‘ProFresh’ dirumuskan untuk memberi ‘perlindungan daripada bau badan selama 12 jam’ bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Manakala Dettol ‘ProSkin’ menyediakan ‘kelembapan selama 8 jam’ untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan penyaman udara yang berterusan. 

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing. Jenama yang komited untuk menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini . Komitmen ini meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi kesejahteraan pengguna. Tidak hairanlah jenama ini mendapat kepercayaan daripada para ibu di seluruh dunia bagi membantu keluarga mereka mengekalkan kebersihan diri dan seterusnya kesihatan mereka. 


Dettol Profresh


Dettol merupakan jenama perlindungan kuman No. 1 di Malaysia sejak sekian lama. Dalam usaha jenama untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi melindungi keluarga Malaysia daripada kuman, Dettol telah mengenal pasti keperluan yang berbeza bagi produk pembersihan diri. Dua keperluan utama yang dikenal pasti adalah ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’. 

Kita mandi untuk membersihkan badan. Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga. Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan: ‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit.  Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura. 


Dr. Steven Chow - Senior Consultant Dermatologist


Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi menjelaskan bahawa para ibu pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan dan kesihatan kulit keluarga. 



"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekat pada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah. Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga. Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting" kata Dr. Steven. 





Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan. 



“Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya lagi. 


Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri iaitu Dettol Proskin dan Dettol Profresh

Kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat. Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare.  Yang ada di rumah CR sekarang ada dua jenis Dettol ProFresh iaitu Dettol Fresh dan Cool. Antara dua tu CR paling suka yang Dettol Cool disebabkan bau yang best dan bila pakai tu memang rasa sejuk je badan lagi-lagi bila dah bilas dengan air bersih. Yang fresh pun okay jugak. Wangi dan ada bau lemon.  Nanti CR nak  cuba yang lagi tiga varian pula. Yang penting lepas kita guna Dettol ProFresh badan kita akan bersih dari kuman. :)

Dettol Profresh
Dettol ProFresh Fresh

Dettol Profresh
Dettol ProFresh Cool

Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.

*34.1% (1.97 juta) isi rumah rakyat Malaysia di seluruh Semenanjung telah membeli sebarang produk Pembersihan Diri Dettol (Cecair+ Sabun Buku + Pencuci Tangan) sepanjang 12 bulan lepas. Sumber: Kantar Worldpanel Malaysia

**Berdasarkan berdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh Nielsen menerusi Perkhidmatan Scan Track, Market Track dan Retail Index bagi pasaran kategori Perlindungan Kuman (mengikut takrif Reckitt Benckiser) bagi tempoh 52 minggu berakhir Mac 2017 bagi semua pasaran barangan runcit
© Blog Cik Renex