Bento Merdeka untuk Program Merdeka Tabika Mikhail

Assalamualaikum dan Hai. Sempena bulan Merdeka ni, tabika anak ada buat pelbagai aktiviti menarik untuk meraikan Hari Kebangsaan. Salah satu aktiviti yang menarik perhatian CR ialah Pertandingan Bento Merdeka. Bila dengar je pertandingan bento, terus terdetik dalam hati ni “Nak masuk ke tak nak masuk?”Kalau Hodoh kejadiannya macam mana?" Belum cuba ag dah fikir macam-macam kan
Sebabnya, CR ni bukannya selalu sangat buat bento cantik-cantik. Tengok orang lain dekat media sosial, semuanya nampak kemas, comel dan kreatif. Nasi boleh jadi macam-macam bentuk, sayur pun boleh disusun cantik. Bila tengok memang rasa macam senang je nak buat. Sebenarnya tengok memang senang, nak buat tu payah. Huhu
CR mula la cari idea dari Tiktok, Facebook dan Instagram contoh-contoh sebelum ni orang buat. Mana yang mudah tu CR save nak jadikan rujukan. Kemudian beli lah satu dua tiga barang di shopee dan juga beli bahan untuk di buat nanti.
CR bangun dalam jam 4.30 pagi nak masak nasi goreng cina dan mula deco. Plan asal selepas goreng nasi goreng nak buat telur dadar untuk dijadikan bendera. Guna la sirap untuk jadikan telur tu warna merah tapi bila goreng jadi warna pink la pulak. So cancel la buat bendera. Tukar buat gambar bayang Tunku Rahman dan menara KLCC guna seaweed. Nasib baik lah ada juga rupanya kan? En Suami pulak tolong goreng ayam popcorn. Mujur lah memang ada print awal2 untuk tambahan macam gambar bendera,malaysia madani dan pelbagai lagi.

Seaweed KLCC dan bayang angkat tangan merdeka

Cucuk-cucuk dan susun-susun asal boleh je


No comments
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan pendapat anda.