buku
Showing posts with label buku. Show all posts

Big Bad Wolf Book Sale kembali menyerang Kuantan Pahang

March 3, 2020

Big Bad Wolf Book Sale Kuantan Pahang 2020

Big Bad Wolf Book Sale kembali menyerang Kuantan Pahang Jualan Buku Big Bad Wolf Kembali Ke Pahang Untuk Kali Kedua Dengan Membawakan 80% Judul-Judul Terbaru  Dikenali sebagai Jualan Buku Terbesar Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf kini kembali ke Pahang mulai 28 Februari hingga 9 Mac 2020, bertempat di Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang. Dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam, kemasukan ke Jualan Buku yang diadakan selama 11 hari ini adalah PERCUMA dan para pencinta buku boleh menikmati buku dengan potongan harga antara 75% hingga 95% berbanding harga runcit yang disyorkan. 

Big Bad  Wolf Book Sales 2020 ump gambang

Terkenal dengan penawaran harga yang sangat mampu milik, Jualan Buku Big Bad Wolf menyediakan pelbagai jenis pilihan buku yang terdiri daripada kesusasteraan, seram, novel romantik, bantuan kendiri, seni bina, resipi masakan, novel grafik dan banyak lagi dengan 80% daripadanya adalah judul-judul terbaru khusus untuk para pencinta buku di Pahang. Turut disediakan ialah buku-buku pilihan para ibu bapa yang terdiri daripada buku kanak-kanak seperti buku cerita, buku aktiviti, buku papan, buku pop-up dan buku bergambar. 


CR ke BBW pada Ahad baru ni kebetulan ada kerja di Kuantan. Masa sampai tu banyak dah kereta parking di bahagian luar kompleks sukan UMP Gambang. Banyak sangat buku yang dijual dan pilih je mana yang berkenan di hati.


Para peminat buku karya Lauren Weisberger juga pasti teruja dengan novel sekuel, When Life Gives You Lululemons, yang berpaksikan kisah tentang pembantu pertama Miranda Priestly daripada The Devil Wears Prada. Sementara itu, mereka yang gemar memasak pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan Malaysia: Recipes from a Family Kitchen, sebuah buku koleksi resipi keluarga nukilan Wan Ping Coombes, anak kelahiran Ipoh yang menjuarai MasterChef UK 2014. Para pengunjung daripada pelbagai latar belakang juga pasti teruja menemukan buku-buku pilihan mereka di Jualan Buku kali ini. 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan kepada kami semasa Jualan Buku tahun lepas. Kami kembali semula, dan kali ini membawakan lebih daripada 80% judul terbaru khusus untuk warga Pahang. Buku mendorong kita untuk menerokai dunia dengan berfikiran dan berimaginasi yang lebih terbuka. Kami gembira kerana dapat memberi peluang kepada semua untuk menerokai dunia ilmu,” kata Pengasas Bersama Jualan Buku Big Bad Wolf, Andrew Yap. 

Buku Ajaib yang menampilkan kecanggihan teknologi Augmented Reality (AR) telah diperkenalkan tahun lalu dan menerima sambutan menggalakkan daripada para pengunjung yang pertama kali menyaksikan sendiri keajaiban teknologi AR. 


Tahun ini, Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang akan membawakan 17 judul Buku Ajaib. Ibu bapa dan guru-guru yang sedang mencari cara interaktif bagi meningkatkan keterlibatan kanak-kanak disyorkan untuk memilih Buku Ajaib. Buku Ajaib ini berupaya mewujudkan pengalaman membaca yang lebih mengasyikkan dan interaktif untuk semua. 6 buah judul terbaru yang ditawarkan termasuklah The Wheels on the Bus, Old Macdonald, Disney Frozen: A Sleepover Party, Disney Winnie the Pooh: Fun with First Words, ABC Fun with Mickey dan Counting Fun with Mickey boleh didapati di Jualan Buku tersebut. 

Selain daripada Buku Ajaib, antara tarikan utama Jualan tahun ini ialah Come-To-Life Puzzle Sets. Setiap set 2 dalam 1 ini mengandungi set teka-teki 28 keping yang turut menampilkan kecanggihan teknologi AR. Setelah teka-teki fizikal berkenaan berjaya diselesaikan, pengguna boleh mengimbas teka-teki tersebut dengan menggunakan aplikasi Hippo Magic, yang kemudiannya akan menghidupkan watak serta pemandangan interaktif tiga dimensi di atasnya. Sesuai untuk kanak-kanak berusia antara 3 hingga 5 tahun, set teka-teki ini membolehkan si kecil belajar untuk menyatukan sendiri teka-teki fizikal berkenaan dan pada masa yang sama bermain dengan watak klasik kegemaran mereka. 6 Come-To-Life Puzzles akan ditampilkan pada Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020 iaitu Little Red Riding Hood, Goldilocks and the Three Bears, Cinderella, The Three Little Pigs, Sleeping Beauty dan Snow White.

Antara buku yang ada di Big Bad Wolf Book Sale :

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Selain daripada penerbit antarabangsa, Jualan Buku Big Bad Wolf turut menampilkan lebih daripada 40 penerbit tempatan dalam Jualan Buku tahun ini. Penerbit seperti Kualiti Books, Sasbadi, PTS dan Pelangi akan membawakan buku-buku pendidikan pada harga diskaun. Manakala Buku Fixi, Patriots Publication, Lejen Press, DuBook Press dan Iman Publication pula akan menampilkan novel-novel tempatan masing-masing.

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang





Big Bad Wolf Book Sale UMP gambang

Red Readerhood HARAP Pahang


Para pengunjung Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020 turut berpeluang memilih dan mendermakan buku menerusi cabang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Jualan Buku Big Bad Wolf, Red Readerhood yang bekerjasama dengan pertubuhan tempatan bagi menyumbangkan buku kepada mereka yang memerlukan. “Sukacita kami mengumumkan bahawa dengan hasil usaha dan kemurahan hati para pengunjung, kami berjaya mengumpulkan 2,579 buah buku semasa Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2019. Buku-buku berkenaan telah berjaya disumbangkan kepada Harap Pahang, sebuah pertubuhan komuniti tempatan yang memberi tumpuan kepada pendidikan dan kebajikan komuniti. Pada tahun ini, kami akan terus bekerjasama dengan Harap Pahang bagi memupuk lagi minat membaca dan memberi peluang kepada mereka yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan buku-buku berkualiti,” kata Yap. 

Harap Pahang menyalurkan khidmat kebajikan kepada pelajar berusia antara 5 hingga 23 tahun. Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020 akan mendermakan 200 buah buku bagi memulakan inisiatif Red Readerhood ini. Pengunjung digalakkan untuk turut sama menyumbang dengan memilih dan mendermakan buku-buku yang boleh didapati di sudut Red Readerhood, yang terletak bersebelahan dengan kaunter juruwang.


Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang


Selain daripada buku, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai barangan Jualan Buku Big Bad Wolf seperti magnet, lencana butang dan kemeja-T di sudut cenderamata yang disediakan. 

Pada 2019, Jualan Buku Big Bad Wolf telah menjelajah ke 32 buah bandar di 10 negara termasuk Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Filipina, Taiwan, Emeriah Arab Bersatu, Myanmar, Pakistan, Korea Selatan dan Malaysia. Tahun ini, Jualan Buku tersebut buat pertama kalinya akan menjejakkan kaki ke Phnom Penh, Kemboja. Jualan Buku Big Bad Wolf akan sentiasa berusaha bagi membolehkan semua orang mendapat akses kepada buku pada harga mampu milik.

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

BBW juga ada menganjurkan pertandingan. Sertai Pertandingan Foto #ILoveBBWPahang2020 untuk Memenangi Baucar dan Hadiah Utama Jualan Buku Big Bad Wolf.

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Ambil gambar di dewan Jualan Buku atau gambar buku-buku yang telah anda beli dan muat naik gambar berkenaan ke akaun Facebook atau Instagram anda dengan tanda pagar #ILoveBBWPahang2020 dan #BBWPahang2020 dan nyatakan mengapa anda mencintai Jualan Buku Big Bad Wolf. Pertandingan ini berlangsung pada 28 Februari hingga 8 Mac 2020 bagi merebut peluang untuk memenangi baucar tunai Jualan Buku Big Bad Wolf bernilai RM50, eksklusif untuk lima pemenang setiap hari dan pada hari terakhir pertandingan, seorang pemenang akan dipilih untuk memenangi Hadiah Utama, berupa sebuah troli yang dipenuhi buku! 

Dapatkan maklumat terkini setiap hari dengan mengikuti #BBWPahang2020 di: 

FACEBOOK: fb.com/bbwbooks 
INSTAGRAM: @bigbadwolfbooks 

Bersangka baik dengan Tuhan ; Buku Motivasi dari Syira Lokman

January 25, 2020

Bersangka baik dengan Tuhan ; Buku Motivasi dari Syira Lokman

Bersangka baik dengan Tuhan ; Buku Motivasi dari Syira LokmanUntuk bulan pertama bagi tahun 2020 , Cik Renex telah berjaya habiskan 3 buah buku iaitu 2 buku motivasi dan satu lagi novel English. Jadi, CR ingin berkongsi satu buku motivasi yang berjaya CR habiskan iaitu buku motivasi keluaran Must Read yang bertajuk Bersangka Baik dengan Tuhan hasil karya Syira Lokman. 

Penulis yang pernah muncul dengan buku yang berjudul  Serenity dan Fragile kini muncul kembali dengan naskah buku motivasi yang mampu memberi  kesedaran dan teguran kepada kita. Sebelum ini, buku motivasi Syira Lokman iaitu Serenity dan Fragile terjual ribuan naskhah dan pernah memasuki carta laku keras serta best seller di POPULAR & MPH. 


Bersangka Baik dengan Tuhan merupakan buku untuk mengimbas kembali segala prasangka buruk yang mengisi ruang hati. Mungkin ada persoalan yang sering memakan diri. Mungkin juga ada jawapan yang belum kita temui hingga hari ini. Buku ini tentang harapan bahawa kita ini hamba yang bertuhan. 


Bersangka baik dengan Tuhan ; Buku Motivasi dari Syira Lokman

Buku ini mengandungi 23 isi kandungan yang sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Sedar tak sedar, apa yang diperkatakan di dalam buku ini terlihat lebih kurang sama dengan situasi kita. 

Antara isi kandungan buku ini adalah :
  1. Allah swt tidak adil
  2. Berikan aku masa
  3. Duka anak yatim
  4. Dimana jodohku?
  5. Mandulkah aku?
  6. Mereka sahaja yang salah
  7. Takutkan masa hadapan
  8. Belajar lain, Kerja lain
  9. Dah solat tetapi Rezeki lambat
  10. Lebih baik jadi Jahat sahaja
  11. Jatuh ditimpa tangga
  12. Kau khianati aku
  13. Dimana bahagia itu
  14. Dusta peminta sedekah
  15. Aku dikongkong
  16. Aku Mahu kaya
  17. Kenapa aku sakit?
  18. Itu bukan dia
  19. Bodohlah dia!
  20. Kabel
  21. Anak aku istimewa
  22. Zahirku tak sempurna
  23. Jom bersangka baik dengan Tuhan.

Bersangka baik dengan Tuhan ; Buku Motivasi dari Syira Lokman


Dunia ini tidak Adil,
Ada sahaja duka yang menjenguk,
Ada sahaja sakit yang dirasa,
Ada sahaja dugaan yang menimpa,
Mengapa aku sahaja yang kena?
Mengapa hidup mereka sungguh sempurna.
Bersangka baik dengan Tuhan tidak mudah, tetapi mencuba bersangka baik juga tidaklah terlalu susah.

Penulis mengupas isu pertama berkaitan dengan keadilan Allah swt dan sememangnya dalam diri kita akan berfikir sedemikian apabila melihat kejayaan orang lain sedangkan kita masih dalam keadaan yang bermasalah atau diduga dengan pelbagai masalah. Buku ini menyedarkan kita bahawa kita tidak sepatutnya berfikir sedemikian. Kita sebagai hambaNya harus bersyukur dengan apa yang kita ada dan lihat dalam sudut yang positif. 

"Lihat apa yang kita ada hari ini. Bukankah ini semua apa yang kita minta dahulu? Bukankah ini semua apa yang kita doa dahulu?Layakkah kita sebagai hamba berkata Allah tidak adil?"
"Lebih baik hidup biasa-biasa tetapi tenang dan rasa nikmat bahagia itu daripada dilihat sempurna tetapi jiwa kosong."


Bersangka baik dengan Tuhan ; Buku Motivasi dari Syira Lokman



"Jodoh itu rahsia Allah swt
Kenal bertahun lamanya belum tentu menjadi milik kita
Jumpa hanya seketika tiba-tiba menjadi pasangan setia.
Apa yang pasti , jodoh itu telah Allah swt tentukan dan Allah swt beri bukan pada masa yang kita mahu, bukan pada saat kau merayu-rayu. Tetapi pada saat dia kata, "Kini sudah tiba masanya""

Bila memperkatakan tentang jodoh ramai yang mempersoalkan; bila dan dimana kita akan berjumpa dengan separuh lagi hati kita sehingga ada yang bersangka buruk dengan takdir Allah dan terus mengatakan Allah tidak menyayangi diri kita. 

Di dalam buku ini, penulis memberi kesedaran kepada kita bahawa Tidak dapat jodoh sekarang bukan bermakna hidup tidak bahagia. Ada orang yang tidak dapat menjaga orang tua kerana keluarga. Ada orang yang tidak diberi jodoh tetapi diberi  rezeki mengumpul pahala menjaga ibu bapa.

Banyak lagi isu dan masalah yang dipersoalkan didalam buku motivasi ini. Jadi jangan lupa dapatkan buku ini sekarang dan CR sangat-sangat-sangat menggalakkan anda semua untuk membaca buku ini. Semoga buku ini membuka mata tentang kebaikan Allah yang Maha Esa. InshaAllah ia akan menjawab sedikit sebanyak persoalan yang bermain di fikiran kita. 

Jika anda ingin membeli buku ini boleh didapati di POPULAR, MPH dan semua rangkaian kedai buku seluruh Malaysia. Belian online melalui laman web rasmi Must Read atau whatsapp je 011-11727476. Harganya juga mampu milik iaitu RM23 (Semenanjung), RM26 (Sabah, Sarawak). 

Anda juga boleh membeli melalui instagram penulis buku ini sendiri iaitu Syira Lokman.


Seksi Ovari

March 8, 2013

fazleena




"Kau kata mau jahit hati aku yang luka berdarah,
tapi makin kau jahit,makin berdarah.
Jarum itu tumpul atau barangkali benang tersimpul.
Biar aje luka itu, kering nanti baiklah tu. -#TungguKeringNanti "



Kenapa tidak hargai peluang yang diberi
Bukan semua dapat peluang
Awak tak bersyukur
Atau awak tak tahu
Apa itu menghargai?
Janji yang diberi ibarat kekabu
Yang ditiup angin yang rakus




seksi ovari. Himpunan Puisi. Kau tengok tajuk buku dah taw ini semua berkaitan perempuan. Seksi. Ovari. :)
Bila kau baca buku ni,kau akan rasa something. Eh,kenapa buku ni macam perli aku?
Tapi bukan semua part la. Huhu.

Pada anda yang ada ovari,sila beli buku ni,tak rugi. Sebab buku ni ohsem.
Dan sebab buku ini jugak,aku rasa macam dah suka beli buku puisi. #kbye

Kelabu - Nadia Khan

January 29, 2013



Sinopsis dari http://fixi.com.my/kelabu/

Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul- salah, cinta-benci, lelaki-perempuan.

Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku?
Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai boyfriend kontrak, aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata ya pada awek cun?
Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?
Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?
Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku,
di mana hitam dan putihnyatak berapa jelas.
Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku.
Dunia KELABU.

Penulis: Nadia Khan

Sekarang aku tengah angau. Ye angau dengan dunia buku . Aku mengaku aku bukan suka sangat beli buku. Aku lebih suka beli majalah. Sebab bagi aku,bila dah selesai sebuah buku tu,takkan nak baca banyak kali kan. Novel setebal2 tu nak baca berulang2? Kalau rajin boleh la kan. Kalau.

Tapi lepas aku baca Kitab Terfaktab 2, Nakal Tapi Halal. Aku dah berubah 360 darjah. Rasa macam ketagih. Ye tu yang apa aku rasa sekarang.

Dan bila aku dengar ada Lejen dan Fixi buka booth kt UiTM aku apa lagi, minta tolong member daku Cik Wawa tolong belikan.

nah! novel Kelabu. Dua hari baca . Habis. Sebab dua hari? Sebab busy. Haha

Pada sesiapa yang dah baca novel ni aku rasa korang akan rasa apa yang aku rasa. Klimaks part tu yang tak boleh blah. Huhu. Overall novel ni best.
© Blog Cik Renex