a w a k, a w a k b o l e h t u n j u k k a n j a l a n k e h a t i a w a k t a k ?

December 28, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


a w a k, a w a k b o l e h t u n j u k k a n j a l a n k e h a t i a w a k t a k ?









Dia : maaf tumpang tanya . lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS YOU dekat mana ya ?




Kita : Awak jalan terus ikut jalan ILAHI . nampak simpang 3 masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu awak akan nampak belah kanan , kedai BATAS BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar persiapkan diri . haa tu tandanya awak berada di jalan yang betul , semoga sampai . cinta ALLAH cinta abadi :D


credit : Encik Mimpi :)


Tunas Manja Bera musnah

Tunas Manja Bera musnah

December 13, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


ni officemates.ex officemates.Milah.Eni n samsul


Pasar raya musnah terbakar
11/12/2011 5:37pm


BERA — Sebuah pasar raya musnah dalam kebakaran di pekan Kerayong di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zahid Mohamed Noor berkata, kebakaran pada 2.45 pagi itu disedari oleh anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan tersebut apabila ternampak asap dan api dipercayai dari kedai menjual cakera padat yang terdapat dalam pasar raya itu.

Beliau berkata, anggota polis itu kemudian menghubungi pasukan bomba dan penyelamat sebelum dua jentera bersama 17 anggota dari balai bomba Triang dan Temerloh tiba 10 minit kemudian.

"Kedai-kedai lain yang terdapat dalam pasar raya terbabit termasuk kedai pakaian, kedai makan dan kedai cakera padat serta gelanggang futsal turut musnah dalam kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi.

Zahid berkata, kerugian yang dialami pengusaha pasar raya dan tujuh peniaga di bangunan itu masih belum ditaksirkan tetapi dianggarkan melebihi RM1 juta.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Triang, M. Manoharan berkata, 95 peratus bangunan itu hangus terbakar. - Bernama



Ini aku copy dari berita online Kosmo semalam.Ye!seperti yang anda baca tu Tunas Manja Bera terbakar.Tempat aku kerja first2 selama setahun.Kejadian berlaku awal pagi dan kawan aku beri sms dalam jam 5pgi.Memang terkejut habis bila baca sms dari kawan tu sebab tak sangka akan jadi macam tu.

ini la pekerja yang tak suka duk ofis dan merayau2.:)

Malam selepas kejadian tu aku pergi melawat kawan2 lama aku.Sampai2 aku rasa sebak sebab tempat aku menimba pengalaman berkerja,tempat aku dapat ramai kawan dan tempat aku berkasih sayang ni hancur musnah dijilat api.Memang tak sangka jadi mcm ni.

ni masa celebrate besday fadli :)

milah-super senior :) 

adik kesayangan aku ni.dia bakal transfer ke Jerantut wat sementara.sedihnyeee xdpt jumpa dieorang da

Lepas ni nak shopping kat mana lak ek.Aktif la Pasaraya Aktif selepas ni.Huhuhu.



Tulang rusuk takkan tertukar. Dont worry !

Tulang rusuk takkan tertukar. Dont worry !

December 8, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.






Sahabat A: Aku dengar, orang yang kau sangat cintai itu tak balas cinta kau.
Sahabat B: Ya.
Sahabat A: Tapi kenapa aku tengok engkau tidak bersedih pun?
Sahabat B: Buat apa aku nak bersedih? Aku hanya kehilangan orang yang tidak cintakan aku. Tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya. Mungkin dia tak ditakdirkan untuk aku. Mungkin ada jodoh yang lebih baik dari aku untuknya.
Sahabta A: Ya betul tu. Dan Allah SWT sudah sediakan jodoh yang terbaik buat kau. Bersabarlah sahabatku.


La Tahzan andai cinta ditolak. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Allah SWT sudah tentukan jodoh yang terbaik untuk kita. Bersabarlah. Tulang rusuk takkan tertukar.

copy from Kisah Wanita

Perlu ke sekufu?

Perlu ke sekufu?

December 7, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.



Hari itu aku ada menonton rancangan Semanis Kurma di channel tv9.Tajuk yang sangat best iaitu "Perlukah Sekufu".Tetamu nya adalah Suhaimi ,Ina Naim dan Ustaz Badli Shah.

Perlukah sekufu dalam memilih pasangan masing2?Bagi aku semua orang ingin mencari orang yang sempurna dan serasi bersama.Tapi kita mesti sedar yang perkahwinan ini saling melengkapi antara satu sama lain.Bagi aku kalau dah semuanya serasi bersama,berkongsi minat yang sama agak membosankan kot.Tak mencabar bagi aku.Hehe.:)


Ada seorang pemanggil bertanya mengenai mencari jodoh yang sekufu.Pemanggil tersebut memiliki Master dan kekasih hati memiliki Diploma.Kekasih hati dia mempunyai agama yang secukupnya dan keluarga di pihak gadis tersebut mcam tak bersetuju mengenai pilihan hati dia kerana tidak sekufu katanya.Pemanggil tu bertanya pendapat ustaz.Ustaz tu menjawab,agama yang penting dalam memilih pasangan masing2 bukan taraf pendidikan.Dan ustaz tu ade bagi tiga KUNCI yang penting dalam mencari calon suami selain AGAMA iaitu:

1)KUNCI RUMAH
2)KUNCI KERETA
3)KUNCI PEJABAT


Kita mesti faham yang sekufu atau tidak,tidak menjamin kebahagian sesebuah keluarga melainkan masing-masing tahu tanggungjawab dan melaksanakan tanggungjawab dengan betul.


Ustazah dan Ustaz ada berikan satu doa untuk diamalkan setiap hari:
"Surah yassin ayat 58,al fatihah ayat 5"

Mereka juga ada tinggalkan petua untuk memastikan kebahagiaan dalam sesebuah keluarga iaitu mengamalkan HARMONI

H: Hormat menghormati antara satu sama lain
A:ambil berat,
R: Ramah mesra.
M:Makan bersama ada kber
O:Okay selalu.Jangan kejap2 KO,kejap2 OK.
N: NIkmat yang ada kena syukur.
I:Istiqamah dalam beribadat,membuat kebajikan,


"seorang suami yang baik adalah suami yang bukan sahaja memastikan isteri dan anak-anak kelaparan di dunia,tetapi memastikan mereka selamat dari api neraka"

so,renung2kan lah dan selamat beramal!
anda kipas susah mati domo?

anda kipas susah mati domo?

October 20, 2011



siapa readers blog renex yang addicted giler dengan Domo?sila angkat bahu.:)


okay!aku angkat bahu.nampak takkk?memang aku peminat domo dan danbo.dua2 feature yang sangat la comel.patung domo aku ada dah.cuma sekarang nak mencari patung danbo.tapi tak tahu nak cari kat mana.korang tahu tak?


okay!lupakan danbo.kita sekarang nak cakap sal Domo dulu.hari aku nak show off something related to DOMO.ianya sangat la cutest okay!Pendrive DOMO.so sambil2 menyimpan segala maklumat dalam pendrive tu,kita juga boleh menambah koleksi pendrive Domo kan)


nak lebih details sila klik link ni yer :)





jom g terjah kat link ni utk lebih lanjut k :)

i miss my abah :|

A letter for my best friend

October 17, 2011

entry kali ni extremely special untuk one of my best-best friends. Muafah.


"afa dear,sori sayunk sebab lambat wish besday kat.ko tiap2 tahun tak pernah miss wish besday aku kan,tapi besday ko this year aku terlupe giler.tapi u know why kan.:)  i hope u'll understand it n i know u'll.


ko ingat tak mase bila kita mula2 kenal?aku rasa masa kita time forecast kat utm aritu kan.kita duk sama blok kat Kolej Tun Hussein Onn tu.aku duk aras tiga ko duk aras dua right.time tu aku rumate dengan ain.Ko ngan ain memang da kenal kan.dari situ la kita kenal tapi time tu tak rapat sangat kan.ko selalu datang bilik kiteorang time tu.tapi aku ni kan pemalu,sebab tu aku tak borak sangat ngan ko kan.hahaha!!


eh,kalau aku sidai baju kat tingkap,then bila angin sepoi2 tak reti bahasa tu muncul,baju aku selalu jatuh kat aras dua.Then aku dengan muka dengan penuh malu pergi la ketuk bilik bawah.sebab nak amik baju tu..tu bilik ko ke bilik dak lain.aku lupe.haha!almaklumlah aku dah meningkat dewasa ni..hee


masa 1st sem 1st year kita tak rapat lagi kan,cuma taw la kite dapat course sama.aku rasa kita rapat since kita sama group section kann..time tu ko rapat ngan ain n mas da,aku pun mnyibuk jugak nak rapat ngan korang kan..:) bile da selalu wat group sama2,jadilah kita rapat n geng since sekarang right.


pastu pulak kita sama blok time kat kolej rahman putra(KRP) kan,aku tak ingat tarikh bila betul2 kita jadi rapat.kau ingat tak afa??hee..


aku rasa aku selalu pesan kat kau,kalau nak kuar g jenjalan ajak aku sekali.so bnyak kali da kita keluar jenjalan kan.tgok wayang,window shopping,makan kfc,g mandi pantai kat desaru,buka puasa sama2.:) really miss that moment afa..sob sob..tiap kali dinner kolejconfirm kita g kan.mana pernah miss,ye dok??semangat bab2 makan.aku punya habit suka amik gambar,ko pun tahu kan,smpai dah berjangkit ngan ko.hee,,dalam tandas pun aku suka snap pic.


banyak ag aku nak cakap ni afa,tapi takut panjang berjela2 lak nanti ye.so,,dear afa,hepi besdar sayunk!cepat2 abiskan master ko tu,nanti leh kahwin so aku leh g perak..hee,wish u all the best n may Allah bless you.









aku rindu geng2 kita afa,hmmm..agaknye bila la reunion kita ni,,"


from,
cik renex.




© Blog Cik Renex