Pertama Kali Naik/ 'Hiking' Bukit Senorang Kemayan Pahang

Bukit Senorang Kemayan Pahang

Pertama Kali 'Hiking' Bukit Senorang Kemayan Pahang | Assalamualaikum dan selamat pagi. Sempena Hari Wanita baru-baru ni iaitu 8 Mac 2020, Cik Renex dan kawan-kawan CR telah mencabar diri untuk mendaki bukit di Kemayan Pahang iaitu Bukit Senorang. CR sebenarnya dah lama teringin untuk berhiking akan tetapi mak CR tidak memberi 'Green Light'. Entah kenapa baru-baru ni bila CR cakap teringin nak hiking, mak CR telah bagi kebenaran. Apa lagi, laju la CR beritahu geng yang dah dapat green light. 

Mula-mula plan tarikh sekian-sekian tapi ada hal pulak. Akhirnya, last minit malam tu baru confirm siapa yang pergi dan nak pergi jam berapa. Kami berlima yang confirm pergi iaitu CR, Dayah, Pikah, Azie dan Sapik. Dalam 640 pagi kami gerak ke Kg Seri Hamzah ,lokasi Bukit Senorang tersebut. Masing-masing tak pernah pergi, jadi kami semua tak tahu mana lokasi sebenar pintu  masuk untuk memulakan hiking ni. hiks.

Pertama Kali 'Hiking' Bukit Senorang Kemayan Pahang

Kami bertanyakan pada orang yang berada di kedai makan dimana lokasi tersebut dan alhamdulillah akhirnya kami jumpa tempatnya. Makcik kedai tu cakap jumpa tanah perkuburan Kg Seri Hamzah, parking la depan tu ada kawasan lapang dan akhirnya kami jumpa. :) Tempat parking kereta yang luas tapi tahap keselamatan tu tiada la yer,jadi janganlah letak barang berharga dalam kereta kita.

Bukit Senorang Kemayan Pahang

Sebelum bermula, pastikan warm-up dulu  yer kawan-kawan. CR asalnya nak rekod video masa naik,last-last tak rekod pun. Banyak rekod masa dah turun jer sebab masa naik tu, penat sangat,nak on hp pun tak larat. Hahaha. Baru first time naik bukit kan, gitu la gayenya. :) 

'Hiking' Bukit Senorang Kemayan Pahang

Sepanjang pendakian Bukit Senorang ini, kami dihidangkan dengan pemandangan ladang getah dan ladang kelapa sawit di kiri dan kanan kami. Kami juga bertemu dengan kandang kambing yang siap ada tulis "Kambing demam,jangan bising". Haha itu kelakar tapi memang kambing dalam tu diam je tak mengembek. :)

Sepanjang perjalanan ke atas tu juga, ada beberapa kali kami berhenti sebentar , ambil nafas panjang sebab  penat yang amat naik ke atas tu weh. Bukit-bukit-bukit-bukit. Jalan ratanya boleh kira berapa kali je. CR memang pertama kali naik bukit, jadi memang semput laaa. Yang sorang tu nama dia Pikah,dia yang paling awal sampai dan paling tak penat tengok gayenya. Laju je mendaki bukit-bukit. 


Bukit Senorang Kemayan Pahang

Akhirnya, dengan berkat kesabaran dan kesungguhan sampai jugak ke puncak Bukit Senorang ni. Walaupun awan dah tak macam awan karpet sangat tetap cantik pemandangan dari atas bukit tersebut. SubhanaAllah memang cantik ciptaanNya. Kalau sampai awal lagi, mungkin lagi lawa dapat tengok awan karpet tu.

Bila dah sampai atas tu, memang bergambar sakan la di atas tu walaupun muka dah gaya apa jer. Rugi la kalau lepaskan peluang bergambar diatas puncak Bukit Senorang dan berlatar belakang awan karpet yang cantik. Rezeki kami sebab malam tu hujan, jadi memang cantik la awan yang terbentuk.

Bukit Senorang Kemayan Pahang
Muka bangga sampai juga di puncak Bukit Senorang.

Bukit Senorang Kemayan Pahang

Bukit Senorang Kemayan Pahang

Dah puas bergambar, kami isi pula perut. Dah banyak lemak terbuang masa ondaway naik keatas,maka kena topup semula. Terima Kasih sebab masak nasi lemak untuk kami semua. Untung kami sebab ada kawan yang rajin memasak. Hehe. Sedap sangat sambal nasi lemak Sapik. Kekenyangan kat atas tu sampai rasa malas nak turun. hee. Sampah kami tak tinggal diatas tu yer,dah sampai bawah baru buang. Kita kena jaga alam sekitar kita.

Bukit Senorang Kemayan Pahang
Nasi Lemak Special dari Sapik

'Hiking' Bukit Senorang Kemayan Pahang

Bukit Senorang Kemayan Pahang

Sebelum turun ke tempat asal,acara wajib adalah bergambar. Masa turun laju je masing-masing sebab turun bukan mendaki. Tapi mencabar jugak bila sampai ke bukit yang curam tu. Berhati-hati mana yang ingin pergi tu.

CR ada edit sedikit video untuk dijadikan kenangan. Jangan lupa ke channel Youtube CR dan subscribe okay. Untuk tengok di post,boleh scroll di bawah ini untuk menonton video yang CR edit. Maaf lah video bergegar, failed bila rekod sambil berjalan.


Bagi CR, mendaki Bukit Senorang ni adalah pengalaman baru untuk CR dan kepuasan tu akan rasa bila kita dah sampai ke puncak bukit. Rasa dia tu tak tergambar dek perasaan. Huhu. Masa ondaway tu memang rasa menyesal lak hiking tapi bila dah sampai, eh seronoknya. Tapi tulah, antara hiking dan join aktiviti berlari, CR pilih aktiviti berlari. Tapi inshaallah, kalau ada kesempatan lagi, boleh je cuba lagi hiking bukit lain. Akak CR ajak naik Gunung Lambak Kluang pulak. Bukit pun dah semput, kalau gunung tak tahu laa. haha. 

Jadi, kalau anda, apa aktiviti outdoor kegemaran anda? 
Antara hiking dan fun run,mana satu pilihan anda. 
Kongsikan di bahagian komen. 

Sehingga berjumpa lagi dilain post. Bye.


13 comments

  1. rajin jugak nak p hiking.. kite surrender awal2 hehe kite sokong dr bawah jela =P

    ReplyDelete
  2. sekali pandang ingat bukit sensorang haha lol
    bestnya..mesti rindu nk hiking bila wktu PKP cmni..hm =) xpe.rehatkan bdn dlu ^o^

    ReplyDelete
  3. bestnya kalau buleh buat aktiviti sihat macam ni dengan kawan2, dengan family

    ReplyDelete
  4. Haha..xtau plak kemayan bleh hiking..bleh la pns2 bdn pnjat bukit 😆😅

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Sy tak berapa pasti di kemayan. Tp kalau nak cari boleh cari di Area triang @ kerayong. Dr triang dalam 25mnit juga ke kemayan.

      Delete
  6. Hiking yerk..urm wife aku ni slalu jugak ajak hiking,panjat gunung ni..tp aku ni smpi pelik n prnh jugakla tnya my wife apa yg best sgt hiking ni.wife aku jawab simple je.KEPUASAN katanya...
    jadi aku terbuka n terbaca plak kisah hiking cikrenex ni td.drpd apa yg aku baca aku barulah dpt fikir apa yg dimaksudkn wife aku dgn kepuasan mendaki ni..
    kebetulan bukit senorang ni sgtla dkt dgn tmpt aku tinggal..
    lps ni blhka aku suprise my wife ajak dia g pnjt bukit senorang ni..comfirm terkezut berok tibe2 aku pulak yg ajak dia hiking.jgn dia pikir aku buang tabiat udah ler...hehe..
    apepon tq dgn cikrenex atas info2 tntg mndaki bukit ni...aku tibe2 jd mcm teruja nak hiking lepas baca blog ni...tq cik renex..��✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bawak belum wife naik bukit senorang tu. huhu..dah dekat tu boleh la pergi ajak wife naik.

      Delete
  7. Boyak Private HikersDecember 21, 2020 at 1:37 PM

    Saya lebih suka hiking sis.. mext year br plan nak ke sini.. bape minit sampai ke puncak sis? 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak lupe pulak. Kurang dari sejam rasanya.. Tp kalau da terbiasa hiking, mesti kejap sgt

      Delete
  8. terima kasih for the info... kebetulan bukit senorang ni termasuk dalam kawasan projek kajian pembangunan....so boleh refer.... bkn main pkah panjat pokok eh haha

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum sis , trek naik turun yg sama kan

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex