Al fatihah

April 18, 2014

Tempahan bubble talk wehhh

April 3, 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Masih ada lagi ke yang baca blog aku ni. Kalau tengok dari statistik kat nuffnang tu alhamdulillah la masih ada lagi yang terjah blog ni. Tapi tu la,salah diri sendiri jugak sebab jarang update. Jap jap jap, dah 3 April ke weh?? Serius,cepatnya masa berlalu. *sigh

Ok la,motif utama entri ni ada lah nak promote bisnes yang aku wat ni. Bisnes lah sangattt. *tangandibahumatakeatas* . Sebenarnya hobi ni bermula dari kawan aku. Dia minta tolong wat kan bubble talk untuk wedding dia,so aku pun wat la research sal benda alah ni. Trend sekarang, kahwin or tunang ke mesti ada tempat yang dinamakan photobooth. Kat situ nanti akan di letak meja,ada guest book untuk korang tulis ucapan untuk pengantin, ada bubble talk or props untuk bergambar.

So,siapa2 yang nak order bubble talk mari lah order dengan gua. Gua wat handmade,takde print2 bagai ni. Harga pun murah ajoo. Sekeping Rm2.80. Kalau order banyak,gua akan bagi diskaun yang menyebabkn korang lompat bintang. Eh. Yang duk jauh2 tu xpe gua boleh pos laju mana yang dekat area Bera, Temerloh, Jengka gua boleh bagi by hand je. Okay.

Kalau nak order,
boleh PM gua kat Facebook http://www.facebook.com/bycikrenex
xoxo

dua puluh lima

dua puluh lima

February 25, 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Tanggal 18 Feb 2014 gua dah menginjak usia 25.

Alhamdullilah. Terima kasih kepada kawan2 yang mengewish kan facebook,whatsapp, wechat, sms.

 Kebanyakkan kawan2 yang wish mesti diakhiri dengan ucapan cepat bertemu jodoh, bila lagi?

 Baru duapuluhlima bukan limapuluhdua

 Lek la,hehe 



 Bolehtaknakupdatemacamtujekbai

Alhamdulillah. Terima kasih nuffnang!

January 17, 2014


Assalamualaikum dan hai


ALHAMDULILLAH.
DUIT NUFFNANG DAH DAPAT.
Walau pun tak beribu riban cam blogger lain tetap bersyukur dapat jugak. Hasil penat lelah merepek kat blog merepek kesayangan aku ni. Ahakss. Ni cek ke tiga yang pernah aku dapat dari nuffnang. Thanks nuffnang! Siapa cakap blog ni buang masa jer. Kalau betul2 bersunggug blog, memang boleh menjana pendapatan. Cuma aku ni je la malas nk update.

Lepas ni kena rajin up kan traffic visitors. Kena rajin hupdate. Tapi tak taw nak hupdate apa.

Haha. #kbye

Eh dah 2014

January 16, 2014

Tajuk tak boleh blah kan. Padahal hari ni dah masuk pertengahan bulan Januari pun. Sekejap je masa berlalu kan. Kadang2 tak sedar kita banyak bazirkan masa dengan hal2 yang tak penting.

Oklah,ramai blogger wat throwback 2013. Aku rasa sepanjang tahun lepas takde ape yang menarik or gempak. Ada yang menarik tapi malas nak update. Then,  sebab aku status aku still sama. B-u-j-a-ng. Hikssss. So checklist aku untuk tahun 2013 ada yang tak lengkap lagi. Nanti la aku update aku pergi mana sepanjang 2013. Tu pun kalo rajin. Haha.

Ada suatu pengajaran yang aku dapat, jangan terlalu cepat percaya pada orang. Depan kita nampak baik,belakang kita Allah je tahu. Kadang2 orang yang kita percaya akan wat kita kecewa disebabkan perbuatan yang tak disangka2.

"I can't remember to forget you.
I keep forgetting I should let you go."

and now, i remember to forget you.

and now, i let you go.

But I trust you...

September 27, 2013



"Bahagia itu pasti datang kepada mereka yang masih berharap meskipun pernah kecewa, dan kepada mereka yang masih percaya meskipun pernah terluka. Jangan pernah berhenti mempercayai. -PDH"

Selamat berhujung minggu semuanya. Hujung minggu ni gua busy sebab ada Family Day ke Tioman. Nanti gua update story sal tioman k. Doakan keselamatan kami berkonvoi ke sana yer. Daaaa

Senaraikan target yang anda ingin capai

September 4, 2013

Mulakan entri dengan lafaz Alhamdulillah. Ok, sepanjang hidup kamu semua pernah tak list kan apa yang korang target dalam hidup. Ada? Aku ada.

List tu aku senaraikan sebelum aku habis degree. Meh aku sharekan mana yang dah berjaya tercapai.

Pertama. Dapatkan kerja dalam masa sebulan. Maknanya aku hanya akan ada masa sebulan sahaja untuk enjoy lepas habis study. So, first keje yang aku minta adalah guu ganti dan kerja pasaraya . Haha. After seminggu,aku dapat kerja Pasaraya. Jawatan aku Management Information System. Kerja yang berkaitan update hrga barang. Okay lah dari aku duk tanam anggur. Family aku bukan senang sangat so memamg kena usaha sendiri untuk dapat duit, sebab aku ni kaki jalan. Takkan nak mintak duit abah ma lagi kan. Masa belajar lain la.

Kedua. Mempunyai sebuah kereta. Hajat dihati nak honda civic,tetapi agak2 la cik renex gaji kau berapa. So,amik la kereta akak aku yang kebetulan dia nak tukar kereta lain. Dan oh yeah,dapat la aku kereta kancil hitam yang smart giler. Betul la orang kata, kalau dah pakai kereta memang kena berjimat sikit. Tak boleh nak shopping sakan. Tapi bagi yang gaji melimpah ruah tak kot. Aku amik kereta ni Februari 2011. Masa ni aku takde lesen lagi sebab aku baru amik lesen kereta september 2011. Kereta ni kira hadiah aku untuk diri sendiri jugak sebab besday aku bulan 2. :)

Ketiga. Miliki sebuah kamera instax fujifilm. Tahu tak kameranye acaner? Ala,kamera yang bila korang snap terus kuar gambar on the spot tanpa perlu ke kedai photo. Lama dah nak tapi disebabkan harganya yang hmmmm aku terpaksa kuburkan niat aku tu. Aritu ade dapat rezeki lebih,jadi aku tanpa berfikir panjang mintak tlg shima belikan. Kebetulan Shima ade trip ke jepun. Hehe. Sini ade je jual tapi gedik2 nak beli jgk kat Jepun. Murah sikit kan. Heee.

Keempat. Target kahwin 2014. *krik krik krik *bunyi cengkerik. Aku patut ubah target ni ke tahun lain. Sebab memang xkan tahun 2014. Mungkin ke tahun 2020. HAHAHAHA.kbye.

So,pada adik2 semua sila catatkan target anda dan lihat beberapa kali sebelum tidur. Hoho.

© Blog Cik Renex