Personal
Showing posts with label Personal. Show all posts

Buat Agar-agar Pandan Santan untuk berbuka

March 25, 2025


Assalamualaikum dan Hai. Dah masuk Ramadan ke 24 dah kita kan, tak lama lagi Syawal menjelang tiba. Macam mana persiapan raya awak semua, mesti banyak dah selesai kan sebab dah hujung-hujung sangat dah. CR tinggal lagi tudung lah tak beli lagi dan tak tahu bila lah nak pergi belinya.


Hari tu CR teringin nak makan agar-agar pandan santan untuk berbuka dan kononnya nak try buat sendiri sebab mudah je nak buatnya cuma rajin dan malas je kan? hee. Ada dah save video resepi agar-agar pandan santan ni tapi tulah lama sangat peram. Nasib la kerajinan muncul dan gigih la buatnya. 


Tanya juga adik ipar betul tak resepi yang orang share di tiktok ni, sebab kadang tu ada yang tertinggal step2 kan, ashu cakap betul cuma perlu tambah esen vanila. Adik ipar CR biasa buat kuih ni sebab family mertua dia meniaga di Kemaman, mana-mana orang kemaman boleh la merasa kuih-kuih diaorang buat, sedapp lagi-lagi kek batik. Terbaik. 


Inilah kejadiannya. Nipis sebab suami CR cakap bekas xmuat nak isi semua takut tumpah,padahal muat je sebenarnya. Sabar je laaa. Dah jadi nipis gitu bila potong. Tapi dia cakap rupanya tak apa, yang penting rasanya. Alhamdulillah rasanya sedap. :) Masa buat ni ma berbuka rumah kakaknya, bila balik je ma terus suruh rasa sedap ke x. Ma cakap sedap 


Bila kena puji sedap baru lah ada semangat nak cuba resepi lain pulak kan.


CR guna resepi di video tiktok ini. Ikut je cara dia dan jangan derhaka resepi. hehe. Selamat mencuba.

https://vt.tiktok.com/ZSrRPA5vt/


Cara Renew(Pembaharuan) Lesen Memandu secara online

February 18, 2025

Cara Renew(Pembaharuan) Lesen Memandu secara online

Assalamualaikum dan Hai. Lesen CR tamat tempohnya pada hari ini sempena hari jadi CR pada hari ini. Dah bertambah satu usia lagi rupanya,sekejap je masa berlalu. Last CR renew lesen ni dua tahun lepas jadinya tahun ni dah tamat tempohnya. Orang kata boleh renew lesen secara dalam talian atau online sahaja. Dah tak perlu nak ke kaunter pejabat pos dah. Mudahnya la zaman sekarang kan tapi cumanya lesen yang baru sekarang ni dah tak macam dulu kan. 

Kalau dulu kita akan dapat lesen fizikal yang macam IC tu tetapi sekarang dah takde dan tak perlu print pun lesen tu. Yang penting dalam handphone kita ada aplikasi MyJPJ. Zaman makin maju makanya semuanya dalam talian sahaja. 


Sumber dari Facebook JPJ dan google


Jom CR kongsikan cara CR renew lesen memandu secara online.


1. Buka aplikasi MyJPJ anda dan klik PROFILE.

2. Scroll sampai ke bawah sehingga jumpa perkataan PEMBAHARUAN dan klik ia.

3. Jenis lesen pilih Lesen Memandu Kompeten.

4. Kemudian Pilih tempoh berapa tahun yang anda ingin renew. Mula dari setahun sehingga 10 tahun.

5. Pilih Mod Bayaran samada menggunakan Kad Kredit/Kad Debit atau Perbankan Internet (FPX)

6. CR pilih Perbankan Internet maka akan keluar senarai bank dan pilihlah bank anda dan klik butang Bayar. 

7. Bila selesai pembayaran, akan keluar Paparan Status: Berjaya


Mudah sangat dan cepat. Pembayaran hanya RM30 setahun , sama je kalau renew di kaunter kan. Menjimatkan masa dan tenaga kita tetapi cuma tu lah satu kekurangannya, tiada kad fizikal dah. Kena inisiatif sendiri print sendiri dan laminate. Risau bila ada roadblock, masa tu lah handphone takde bateri. huhu.

Hadiahkan Coklat Custom untuk Hari Jadi Akak - Hadiah Manis Penuh Makna!

January 9, 2025

Hadiahkan Coklat Custom untuk Hari Jadi Akak - Hadiah Manis Penuh Makna!


Siapa kata coklat hanya untuk kanak-kanak sahaja? Pada hari istimewa seperti hari jadi, coklat juga boleh jadi hadiah yang penuh makna dan tak terlupakan. Baru-baru ini, CR menghadiahkan coklat custom kepada akak CR yang sedang menyambut ulang tahun. Dan, percayalah, ia menjadi kejutan manis yang sempurna! Sebenarnya tak tahu nak bagi hadiah apa. Plan asalnya nak bagi tudung atau kek je tapi nampak bosan dan biasa pulak kan.


Masa tengah scroll di shopee ternampak satu gambar coklat yang ada nama atas dia. Terus rasa tertarik dan terfikir kalau bagi hadiah coklat ni okay jugak ni. CR try pm dia untuk confirmkan semula boleh ke tukar word atas coklat tu dan seller reply laju okay dan dia cakap boleh. Maksimum huruf boleh letak sebanyak tujuh huruf.

                                       Hadiahkan Coklat Custom untuk Hari Jadi Akak - Hadiah Manis Penuh Makna! 

Ada pilihan sama ada nak coklat , tambah kotak atau tambah kotak hadiah. CR pilih yang kotak hadiah sebab tengok review cantik yang kotak hadiah tu. Bila pilih yang kotak hadiah tu akan ada deco seperti kad ucapan, kertas tisu dan reben. Jadi kita boleh bagi ucapan kita untuk penerima nanti seller akan buat kad special untuk penerima. Menarik bukan?

CR order 8hb dan sampai pada kakak CR 11hb , ngam-ngam harijadi beliau. Suka sangat la dia dapat hadiah tu. Mula-mula sampai tu dia pelik daripada mana pulak. Dia ingatkan kawan dia yang bagi tapi dia x mintak alamat pun. Dia tanya CR ke bagi, tapi CR tak mengaku. hahaha. Jenuh la dia fikir siapa la yang bagi sebab coklat tu sampai di rumah, akak ada di tempat kerja lagi. hehe.. Bila da balik rumah dan buka parcel tu baru lah dia tahu siapa bagi. Berebut pulak makan dengan ayish. hehe. 


MANA NAK BELI COKLAT BAR NI?

CR beli di seller Breakybites.my. Nak tempah boleh klik link ni.  https://s.shopee.com.my/704LRkrV1k

Hadiahkan Coklat Custom untuk Hari Jadi Akak - Hadiah Manis Penuh Makna!

Sebab kenapa awak kena beli chocolate slab dari Breakbybites.my?

1. Halal

2. Coklatnya 100% tiada tambahan minyak atau lemak.

3. Pembungkusan yang selamat kerana  coklat akan di bublewrap dan box pun akan dibalut dengan bubble wrap.

4. Sedap di makan dan sesuai dijadikan hadiah.


Hadiahkan Coklat Custom untuk Hari Jadi Akak - Hadiah Manis Penuh Makna!

Hadiahkan Coklat Custom untuk Hari Jadi Akak - Hadiah Manis Penuh Makna!
 Coklat tak pecah ada double protection dari seller.


Jom Hadiahkan Coklat Custom Sekarang!

Jadi, jika awak sedang mencari hadiah yang manis dan bermakna untuk seseorang yang tersayang, terutama untuk hari jadi, coklat custom ini adalah pilihan yang sempurna. Bukan sahaja rasa sedap, tetapi juga penuh dengan sentuhan peribadi yang pasti akan membuat penerima tersenyum lebar! Cepat dapatkan coklat custom anda di Shopee sekarang dan jadikan hari istimewa mereka lebih bermakna

Pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Komuniti Anjuran Perpustakaan Pahang Mengkarak

January 8, 2025

Assalamualaikum dan hai. Cerita ini berlaku bulan Oktober tetapi CR baru nak bercerita di blog. Lama sangat tak update blog kesayangan ni. Tahun lepas , 2024 CR berpeluang menyertai Pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Komuniti Anjuran Perpustakaan Pahang Mengkarak. Masa mula-mula tu teragak-agak juga nak sertai sebab takde pun sudut perpustakaan di rumah sebenarnya. Yang ada ruang membaca cha je dan buku-buku CR letak di bahagian lain.


Jadi yang pertamanya untuk mencipta ruangan perpustaan , CR perlu memilih ruang yang sesuai untuk letak buku. Rumah CR tidak begitu besara, jadi perlulah dapatkan sudut yang tidak hanya praktikal tetapi juga boleh mencipta sesuai yang selesa dan menarik untuk membaca.






Ni adalah tempat Perpustakaan Keluarga CR. Kita guna apa yang ada je di rumah. Cuma susun buku pada rak yang CR memang ada di rumah. Okay je kan lokasi perpustakaan CR pilih ni. Sini memang selalu jadi lokasi lepak bila ramai balik dan berhadapan dengan tv.


 

Sudut sini lebih kepada bahagian Mikhail sebab CR letakkan buku dan mainan disini. Selain itu juga, ada beberapa frame gambar keluarga kami. Kerusi kayu tu adalah hasil tangan suami CR sendiri , cantik kan? Sesuai untuk letak di situ sambil duduk sambil baca buku.


 


Dan ini adalah sudut utama iaitu rak buku yang ada pelbagai kategori dan CR susun pun ikut kategori seperti buku novel fiksyen, novel seram, buku motivasi , buku agama , buku english dan sebagainya. Ada buku yang CR dapat dan beli masa zaman belajar di universiti dahulu. Buku puisi juga ada terselit sebab suka sangat beli buku puisi dan buku terfaktab. Ada tak kat sini pernah baca dan suka dengan keluaran terfaktab, Fixi dan pelbagai lagi lah. :) 



Dan ini pulak sudut belajar Farisha. Kalau perasan gambar diatas ada meja sekali dengan rak ni kan. Situ memang tempat dia belajar dan buat kerja sekolah. 





Sempena Program Kampungku Sejahtera, kami semua di jemput untuk menyertai program di sana, antaranya pertandingan congkak, baling kelapa, azan, dan sukaneka kanak-kanak. Meriah sangat masa tu ramai orang kampung turun padang ke perpustakaan desa Mengkarak untuk menyertai program tersebut. Semasa program tersebut jugak, pengumuman pertandingan perpustakaan diumumkan dan di beri hadiah. Alhamdulillah CR  dapat no 3.Terima kasih Baya dan team perpustakaan pahang Mengkarak bagi peluang menyertai pertandingan sebegini. Semoga ada rezeki lagi untuk tahun depan bagi acara berbeza pulak kan.


Jadi, kat rumah korang ada jugak tak perpustakaan keluarga atau sudut bacaan? Cuba kongsi di komen.

Amalkan Tujuh Kalimah

Amalkan Tujuh Kalimah

April 11, 2024


Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..



1. Bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.


3. Astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.


4. Insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.


5. Lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.


6. Innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.


7. Laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.



Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."



Semuanya ada hikmah. Sedarkah anda?

October 5, 2023

(SUMBER)



Kadang2 kita berdoa untuk KUAT,tapi banyak pula DUGAAN datang.

Kadang2 kita minta CERDIK,tapi MASALAH pula datang.

Kadang2 kita minta KEBAHAGIAAN,tapi HURU-HARA pula datang.

tahukah kita ? bahawa


DUGAAN menjadikan mental kita KUAT.



MASALAH menjadikan kita berFIKIR.



HURU-HARA menjadikan kita TABAH.


Hebatkan ALLAH.Semuanya ada hikmah :)

Telah berkata Jibrail: "Wahai Tuhan,Engkau sampaikan lah hajat hambaMu ini"
Maka ALLAH swt menjawab: " Biarkan hambaKu ini,Kerana aku Mencintai suaranya"



Manusia mana yang tak pernah ada masalah dalam hidup mereka kan. Kita memang tak kan lari dari masalah. Dengan adanya masalah menjadikan kita lebih matang dalam menghadapi kehidupan sehari-harian kita. Semoga anda yang  membaca entri ini di permudahkkan segala urusannya. :)

Rasa Itu

August 10, 2023



RASA ITU

Bersamalah kita dengan orang yang boleh menerima seadanya

Lebihnya kita tidak mencalarkan ego
Kurangnya kita tidak menjadi bahan cerca
Perbezaan yang ada perlu dirai tanpa ada yang memendam rasa

Tiada yang sempurna, namun
Itu bukan alasan untuk dikau berkata hina
Itu bukan lesen untuk dikau tidak menjaga rasa hatinya

Takdir menemukan dengan wujudnya rasa.
Jangan sekali-kali dipersia
Mungkin setiap kali berdamai maaf disua
Namun calar dihati mungkin tersisa selamanya

#begoodtoothers
#neverjudge
Copy dari Siti Munirah :)

Perasaan menjadi IBU/MOMMY NICU

September 27, 2022


Assalamualaikum dan Hai. Tiga bulan lepas CR melahirkan bayi pramatang iaitu berusia 30 minggu dan berat 850gm. Nak kongsikan kisah melahirkan tu tapi tak tahu nak mulakan macam mana. Tunggu nanti bila CR ada kekuatan dan kerajinan nak update. Mohon doakan anak CR Muhammad Mikhail yang masih berjuang di hospital untuk terus sihat dan boleh balik ke rumah dalam keadaan sihat juga ye kawan-kawan yang membaca tulisan CR ini. Alhamdulillah Mikhail dah duduk di SCN dan berat dah mencapai 1.8kg. Sekarang tinggal masalah tiub di perut disahaja. CR hanya berpeluang jumpa dia 3 hari sekali sahaja dan waktu melawat hanya 15-30 minit sahaja. Rindu yang tak mampu nak luahkan. :') 

Dibawah ini CR kongsikan sedikit perkongsian dari group Facebook Baby Premature Malaysia - Nicu mengenai perasaan menjadi ibu  yang baby nya tinggal di NICU . Sedikit sebanyak apa yang dikongsikan tu dialami oleh CR. Sampai satu tahap CR taknak dan tak mampu nak angkat call bila no hospital yang tertera di skrin hp. 

Setiap kali kaki melangkah masuk pelbagai perasaan yang dirasa dengan bilik nicu yg sunyi hanya ada bunyi mesin2 yang membantu baby disana. Terubat rindu bila tengok baby sendiri di sebalik incubator. Nak dukung tak boleh ape lagi nak cium pipi baby. 😢 Hanya mampu pegang jari kaki pipi dia itu pun dengan hati2 sebab badan penuh dengan wayar kan. Sekarang alhamdulillah dah duduk SCN boleh la pegang lama2 baby. 

Perasaan menjadi IBU/MOMMY NICU

 
Apabila kita di uji menjadi seorang Mommy NICU

➤ setiap kali dengiran telefon / appear je no hospital kat handphone.. itu je da scary ... dia boleh membuatkan jantung kita bdegup kencang rasa nak tercabut
➤ 24/7 kita akan hidup dalam kembimbangan
➤ kita akan menangis bila kita dapat berita buruk, kita akan menangis bila kita dapat berita baik ataupun berita gembira, dan kita akan menangis bila kita ada berita pada setiap masa

Apabila kita di uji menjadi seorang mommy NICU

➤ kita perlu menunggu , menanti ..ttunggu tunggu jam, hari, minggu, bulan untuk memegang, atau menyentuh baby kita sendiri
➤ kita tak akan dapat merasai sama macam ibu ibu yang lahirkan baby full term nak pakaikan pakaian lawa2 kat nak pelok nak cium nak terus direct bf pada baby kita sendiri
➤ sebaliknya kita cuma boleh rasa baby dengan hanya dengan masukkan tangan melalui lubang pada incubator untuk menyentuh anak kita
➤ setiap pgerakan kita perlu sentiasa berhati-hati.. risau bergerak wayar atau tiub di badan anak tercabut dan perlu duduk dalam keadaan sunyi berjam-jam dengan anak kita di atas dada kita untuk tujuan knggaroo care(sentuhan kulit ke kulit
➤ sentiasa takut ..risau n susah hati jika terdengar bunyi2 mesin di sekeliling atau di tempat anak.

Apabila kita di uji menjadi seorang mommy NICU

➤ kita takut nak sentuh baby kecil kita sendiri bila di nicu
➤ kita takut nak lepaskan baby kecil kita bila kita dah nak balik kerumah
➤ kita takut kita terlalu ttarik bila kite tengok wajah comel baby kita yg kita sayang sepenuh hatimu
➤ kita takut baby jauh dari kita..sbb all da time dengan nurse..baby tak dpt sentuh belaian n kasih syg yg cukup dr kita sbb kita tidak boleh berada di sana setiap minit setiap hari

Apabila kita di uji menjadi seorang mommy NICU

➤ kita sentiasa di dua tempat pada masa yang sama . Bila kita berada di hospital, ia adalah mustahil untuk meninggalkan n bila kita berada di rumah, ia adalah mustahil untuk meninggalkan kanak-kanak lain / suami / ahli keluarga lain.
➤ kita rasa bsalah, kesedihan, dan ketakutan pada putaran berterusan dalam diri kita setiap masa
➤ kita kehilangan kawan kerana kita tidak ada masa tuk bbenda yang tak bkaitan lg
➤ kita akan nampak kawan sejati yang ada dekat kita pada masa2 sukar kita tu
 
Apabila kita di uji menjadi seorang mommy NICU

➤ kita kena lalu satu lorong untuk ke anak kita seolah-olah macam anak kita akan pegi selama lamanya
➤ kita kena buzzed dulu untuk tengok baby kita sendiri
➤ kita da macam budak amik medikla.. banyak knowledge pasal terma dan perubatan nicu sebab slalu cari info
➤ terngiang ngiang bunyi bip kat telinga kita dari semua mesin nicu walaupun berada di rumah
➤ bila malam n bila kita kesorangan lah adalah masa yang paling teruk

Apabila kita di uji menjadi seorang mommy NICU

➤ kita seakan tak percaya bila baby da boleh bawa balik rumah.. walhal berbulan kita kuar dari nicu tanpa baby kita.
➤ kita rasa x ready ttiba nak jaga baby kita kat rumah walhal da bbulan2 kita lakukan kat nicu
➤ kita tpk pk jika kita boleh menyeludup salah satu monitor keluar atau membawa salah seorang kakak nurse nicu pulang dengan kita
➤ kita takut macam2 boleh terjadi kat rumah ..n baby akan d hantar smula ka nicu.. kita takut kita x boleh nak buat semuanya

Apabila kita di uji menjadi seorang mommy NICU

➤ kita rasa diri kita x kuat, pada hakikatnya kita kuat ..kita takde pilihan lain selain dari terus kuat untuk anak. (Allah takkan menguji kita lebih dari kemanpuan kita sendiri)
➤ kita tak mampu nak membuat keputusan, pada hakikatnya kita telah melakukan yang terbaik semampu kita
➤ kita fikir kita tak bole nak melalui semuanya.. pada hakikatnya ada orang lain yang lebih sukar nak adap dari kita
➤ kita akan berasa bersendirian, sunyi..rasa kesorangan ..pada hakikatnya ramai ibu ayah lain senasib kita, doktor n nurse nicu bsama kita.

One pride, one team, one family
#founderleena
copy dari FB Baby Premature Malaysia - Nicu

 

Daging Kerbau RM50 sekilo?? Penangan Hurry Raya Terkejut

May 11, 2022

Daging Kerbau RM50 sekilo?? Penangan Hurry Raya Terkejut︱ Assalamualaikum dan Hai. Rasanya tahun ni semua terkejut dengan pengumuman Raya dan ada yang tak sempat prepare apa-apa langsung kan. Suasana Hari Raya CR? Agak kelam kabut juga sebenarnya dan situasi kelam kabut ni memang sinonim dengan tahun ni. Dah 2 tahun kita beraya PKP tiba-tiba tahun ni kita dapat Raya Awal. Mana nak terkejut kan.


Petang puasa 29 Ramadan tu, CR buat kuih mazola. Last minit buat sebab mood baru sampai dan mujur buat petang tu kalau tak,tak merasa la mazola pagi raya sebab esoknya dah raya. Ma CR dah bagitahu yang tahun ni confirm raya awal sehari tapi CR dengan confirmnya cakap jarang kalendar salah. Selalunya betul sokmo. Sekaliiii, bila tiba pengumuman hamikkk kauu, Esoknya Raya.




Sebelum pengumuman tu kami ada masalah bekalan daging kerbau untuk buat rendang. CR dah tempah awal daging tu 2kg tetapi dah bukan rezeki tak cukup pulak dagingnya dan tak dapat lah bahagian CR. Frust jugak rasa. Jadinya kalut la mencari daging lepas berbuka puasa tu. Tengah kalut-kalut drive ke rumah orang sembelih tu akak CR call bagitahu yang esoknya Raya. Terkejut lah kami dalam kereta tu dan terus buat keputusan ke Kerayong cari ayam atau kot-kot terserempak dengan orang jual daging, beli je lah. 


Nak dijadikan rezeki ada satu yang buka dan berbunga la hati kami. Tetapi alangkah terkejutnya kami bila tanya harga sekilo berapa. RM50 sekilo yer kawan-kawan. Mentang-mentanglah raya terkejut, harga daging pun nak bagi orang terkejut jugak. Nak tak nak, dah tiada pilihan lain beli la jugak. Tak lama lepas kami beli tu,dengan owner tu cakap, "nak pergi lagi sembelih lembu ni,banyak permintaan". Memang ramai pun yang datang lepas kami beli daging tu. 


Balik dari beli daging terus suami CR potong daging dan CR sambung bakar kuih mazola yang tak siap2 lagi. Bulatan pun tak sama besar dah, ada kecik ada besar. huhu. Kemudian kalut-kalut iron baju pulak. Memang semua buat dengan "hurry" yer. huhu


Menu pagi 1 Syawal kami yang simple sahaja. Lemang pagi raya tu baru pergi ambil , ketupat tu CR beli frozen dan rebus nasi impit. Kuih raya pun isi pagi raya tu jugak. Lepas Zohor baru CR pergi beraya ke rumah mak saudara dan pak saudara. Raya ke 2 CR dah balik ke rumah mentua. First time tahun ni beraya di rumah mentua. Cuti tahun ni pun CR ambil lama ,selalu raya ke 3 kena kerja dah. Tahun ni Raya ke 9 baru kerja hehe.


Itulah kisah Hurry Raya 2022 CR. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Maaf andai ada terasa hati dengan kata-kata CR. 

Nasi lemak favourite saya

February 17, 2022

 Nasi lemak


Assalamualaikum dan Selamat pagi. Rindu nak update blog dengan santai santai, update cerita merepek. Hehe. Padahal boleh je sebenarnya sebab blog ini ruangan kita jadi kita bebas untuk tulis dan ceritakan apa pun sahaja. Jadi hari ini, CR nak kongsikan sarapan yang CR ambil sejak beberapa minggu ni. 

Sebelum ni CR memang jarang ambil sarapan kalau kerja, sebab selalu buat Intermittent Fasting. Hanya mula makan tengahhari ataupun lepas solat Zohor. Tetapi sejak akhir-akhir ni kena ambil sarapan disebabkan kelaparan. Kita ketepikan diet kita dulu ye. 

Di tempat kerja CR ada je kantin sekolah tu tapi CR jenis malas nak ke kantin masa waktu pagi. Kelas pun kadang-kadang ada waktu pagi, takkan lah nak tinggalkan makmal kan. (Padahal selalu je tinggalkan hehe) Jadinya CR pun ambil inisiatif beli sarapan di kedai tepi jalan. 

Kebetulan ada suatu hari tu, nampak gerai makcik ni. Lokasi kedai makcik ni strategik sebab satu laluan ke tempat kerja dan tak perlu nak lintas jalan ke seberang jalan pun. Berhenti kereta ke tepi kemudian terus je beli. 

Macam-macam dijual di gerai makcik ni. Ada nasi lemak, mee goreng, mihun goreng dan pelbagai kuih-muih. Jadi rambang mata masa mula-mula singgah hari tu. 

Sarapan nasi lemak

CR macam biasa beli nasi lemak bungkus tu. Murah je RM1.50 je. Nasi pun banyak, sambal bilis, kacang, timun dan telur rebus. Untuk CR okay sangat dah dengan harganya. Kenyang alhamdulillah. Memang setiap hari CR akan singgah beli di sini. Makcik tu pun dah kenal CR tapi selalu lupa nak tanya nama makcik tu. Kalau ada nombor lagi senang nak beli kan. Tempah je siap-siap esok pagi ambil terus. Hehe. 

Okay lah itu sahaja yang CR nak kongsikan pagi ni. Korang sarapan apa tu? Jom kongsikan jugak. 


Selamat Datang Tahun Baru 2022

January 2, 2022

Selamat Darang Tahun Baru 2022 ︱Assalamualaikum dan Hai. Sedar tak sedar dah masuk ke tahun yang baharu dah kita. Rasa macam tak bersedia dan entah la rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Atau sebenarnya kita yang terlalu lalai dengan perkara lain sampai tak sedar masa dah laju tinggalkan kita. Tahun 2021 kita masih diuji dengan wabak Covid19 dan di penghujung tahun kita diuji pula dengan bencana banjir. Alhamdulillah rumah CR tak kena banjir tapi terkepung tak boleh kemana disebabkan jalan utama dinaiki air sungai. Tetapi sekarang cuaca masih tak elok dan hujan pun sekejap  turun sekejap reda. Air sungai pun makin naik sebenarnya. Semoga kali ni bukan banjir besar lagi.



Jika diingat kembali apa yang berlaku tahun 2021 ,ada banyak suka duka yang CR alami. Normal lah sebagai manusia kan, takkan nak bahagia sahaja setiap masa. Ada masa diuji juga untuk menguatkan lagi hati kita supaya makin sabar dan tabah. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran untuk kita menjadi lebih baik dari sebelumnya. Perubahan yang paling ketara untuk tahun ni adalah CR dah kahwin. Alhamdulillah :) Mana yang belum baca post tu boleh klik LINK ni

Jom kita tengok apa yang kita perlu tinggalkan dan tak perlu bawa ke tahun 2022.


  1. Self doubt 
  2. Unhappy memories
  3. Past mistakes
  4. Toxic People
  5. Negative thoughts
Pengalaman buat ujian Covid-19 guna Kit Ujian Kendiri Covid-19(Covid-19 Antigen Rapid Self-Test)

Pengalaman buat ujian Covid-19 guna Kit Ujian Kendiri Covid-19(Covid-19 Antigen Rapid Self-Test)

November 30, 2021

Pengalaman buat ujian Covid-19 guna Kit Ujian Kendiri Covid-19(Covid-19 Antigen Rapid Self-Test) ︱Assalamualaikum dan Hai. 


SIAPA YANG PERLU BUAT UJIAN KENDIRI COVID-19

Kit Ujian Kendiri COVID-19 boleh digunakan untuk :
• Saringan kendiri oleh mana-mana individu yang ingin mengetahui status COVID-19;
• Individu yang mempunyai kontak dengan kes COVID-19; ATAU
• Saringan-saringan lain yang bersesuaian (seperti Pintu Masuk Antarabangsa, rentas negeri, saringan pra-pekerjaan, pra-kemasukan ke institusi tinggi dan lain-lain)


PERSEDIAAN DAN PENGUMPULAN SAMPEL DAN PENGENDALIAN UJIAN

Pengumpulan sampel dan pengekstrakan sampel bendalir mulut atau nama lainnya air liur harus digunakan menggunakan tiub pengumpul yang telah disediakan bersama kit. Jangan menggunakan tiub pengumpulan lain. Sampel jugak harus diuji dengan segera.

Harus diingatkan juga, sebelum melakukan ujian, kita tidak boleh memasukkan apa-apa pun ke dalam  mulut termasuk makanan,minuman atau rokok sekurang-kurangnya 10 minit sebelum buat ujian. Disarankan juga lakukan ujian ini pada waktu pagi.

Langkah 1

  • Pasang corong ke tiub pengumpulan sebelum pengambilan sampel.
  • Batuk dengan kuat sebanyak 3-5 kali untuk mengeluarkan bendalir mulut(oral fluid) dan terus masuk ke corong alat pengumpul.
  • Ulangi langkah di atas untuk pengambilan sampel sehingga bendalir mulut mencapai garis skala yang ditunjukkan pada tiub pengumpulan. 
Langkah 2
  • Keluarkan corong dari tiub pengumpulan.
  • Masukkan keseluruhan kandungan buffer ke dalam tiub pengumpulan.
  • Pastikan tiub pengumpulan ditutup dengan ketat. Picit perlahan bahagian bendalir mulut tu selama 10 saat bagi memastikan larutan dah sebati.
Langkah 3 (Pengendalian Ujian)
  • Keluarkan kit ujian dari pek foil(gunakan dalam 1 jam) dan letakkan di permukaan yang rata dan bersih.
  • Titiskan 2 titik sampel yang diekstrak ke dalam lubang sampel pada kit ujian tersebut.
  • Tunggu sehingga garis berwarna muncul. Baca keputusana dalam masa 15 minit. Jangan baca keputusan selepas 20 minit.
  • Buang kit ujian yang telah digunakan ke dalam beg biokeselamatan yang diberikan.


Alhamdulillah, SAH!! Cik Renex dah jadi isteri.

November 13, 2021


Alhamdulillah, SAH!! Cik Renex dah jadi isteri ︱ Pada 12.11.21 baru ni jam 10.13 pagi , Alhamdulillah dengan sekali lafaz , CR sah menjadi isteri kepada Khairul. Orang yang CR dah lama tunggu. Disebabkan masih dalam musim pandemik, upacara akad nikah masih tidak boleh dilakukan dirumah atau masjid. Kena juga buat di Pejabat Agama Daerah. Jadi hanya lima orang sahaja yang dibenarkan masuk masa akad nikah tu. Yang masuk CR, Suami CR , Ma CR, Abah dan Wali. Sedih juga sebenarnya bila macam tu tapi dah nak buat camne kan. Kena ikot SOP yang ditentukan.

Kisah kami pun tak ramai tahu dan CR pun tak bercerita sangat pada orang yang CR nak kahwin. Yang tahu hanya saudara pastu 2 3 orang kawan CR. Yang lain tu sebulan nak kahwin kot baru CR inform. Sebab tu ramai yang terkejut bila CR maklumkan nak bernikah dah. :)

Maaf pada sesiapa yang CR tak jemput dan maklumkan tentang majlis nikah CR. CR tak buat majlis besar pun. Jemput saudara terdekat dan makanan pun CR bungkus untuk beri pada tetamu dan juga hantar pada jiran-jiran terdekat.

Nanti CR akan kongsikan kisah persediaan nak bernikah ni sebab proses CR banyak sedikit disebabkan Abah dah meninggal dan berwalikan dengan Ayah Saudara. CR akan kongsikan pada next entri okay dari bermula isi borang sehingga selamat bernikah.



"Dan aku pinta kau setia denganku
Dan cintamu hanyalah untukku
Dan ku akhiri pencarian cintaku
Dengan kehadiranmu berakhirlah pencarianku

Segalanya kini padaMu ku mohon
Dan aku hanya mampu berdoa
Berdoalah agar cinta kita direstui
Kekal hingga ke syurga"


"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakanlah Pasangan Pengantin ini zuriat yang sempurna, soleh dan solehah. Murahkan rezeki pasangan ini. Semoga rumahtangga yang dibina Sakinah Mawaddah Warrahmah dan bahagia berkekalan hingga ke syurgamu. Amin Ya Rabbal Alamin"


Dah tak boleh panggil Cik Renex kena tukar Cik Puan Renex kot dan ringkasan jadi CPR. hehe. Tapi dah selesa dengan panggilan CR jadi kita maintainkan je la ye.

Menang Tempat Kedua Program Usahawan Digital Anjuran Pusat Internet Komuniti Durian Tawar

November 1, 2021

Menang Tempat Kedua Program Usahawan Digital Anjuran Pusat Internet Komuniti Durian Tawar

Menang Tempat Kedua Program Usahawan Digital Anjuran Pusat Internet Komuniti Durian Tawar ︱ Cik Renex dengan Pusat Internet Durian Tawar memang sinonim dari dahulu lagi. Rasanya CR memang kerap mengunjungi ke Pusat Internet Durian Tawar untuk melayari internet. Di rumah CR tiada line internet jadi memang kerap ke Pusat Internet. Dahulu Pusat Internet ini terletak berhadapan Sekolah Kebangsaan Durian Tawar tetapi dah berpindah ke tempat baru iaitu di Dewan Kampung Durian Tawar. 

Bila diingatkan kembali, CR suka ke Pusat Internet ini sebab nak melayari internet, itu yang paling utama . Zaman sekarang kan nak cari kerja memang perlukan internet jadi senang la bila ada Pusat Internet di kampung sendiri. CR siap jadi ahli Pusat Internet taw sebab banyak kelebihan yang kita akan dapat jika jadi ahli Pusat Internet. Contohnya kita akan dicaj lebih murah berbanding bukan ahli sekiranya kita menggunakan servis mereka seperti melayari internet, print, photostat dan sebagainya.


CR selalu juga menyertai program yang dianjurkan Pusat Internet Komuniti Durian Tawar ni. Dan baru-baru ini CR berpeluang untuk menyertai suatu pertandingan Program Usahawan Digital. CR hanya perlu ada akaun shopee dan perlu memberi report setiap bulan kepada pusat internet. Alhamdulillah CR dapat Tempat Kedua dalam pertandingan ini dan mendapat sejumlah wang seratus lima puluh ringgit. Alhamdulillah.

Menang Tempat Kedua Program Usahawan Digital Anjuran Pusat Internet Komuniti Durian Tawar

Gambar di atas ini semasa CR bersama dengan salah seorang orang kuat Pusat Internet ini. Terima kasih bagi peluang pada CR untuk menyertai program di Pusat Internet dan semoga ada lagi peluang lagi untuk CR sertai. hehehe.

Mana-mana yang nak tengok apa yang CR jual di shopee boleh klik link di bawah okay. jangan lupa follow okay.

Blog ada masalah lambat loading.

October 10, 2021


Blog Ada Masalah Lambat Loading ︱Assalamualaikum dan Hai pada yang tengah baca blog cik renex ni. Masih ada pembaca atau dah tiada ya. Maklum lah, makin lama makin sedikit CR update blog. Sebenarnya dalam draft tu ada je cerita yang ingin di tulis tapi itu lah, bila mood rajin menaip tu makin merundum, jadi hanya tinggal tulis tajuk sahaja dan masukkan gambar. Bila nak bercerita dalam entri terus blank tiba-tiba. Sekarang cuba nak ambil mood semula sempena pahang dah masuk Fasa ke empat , jadi harapnya mood rajin CR pun beralih fasa. :)

Sebenarnya, blog CR ada masalah sedikit ,tapi rasanya bukan sedikit sebab memberi kesan kepada blog CR. Masalah apa tu? Masalahnya bila CR klik link blog CR , blog CR mengambil masa yang agak lama untuk loading sampai habis. Ada masa tu terus tak boleh buka blog CR. Jadi blank page-suci putih blog CR.



Macam mana CR boleh perasan? CR dapat tahu dari Blogger Zaza sebab blog dia mengalami masalah yang sama. Zaza cadangkan pada CR untuk tukar template kerana mungkin faktor template yang menyebabkan blog kami tidak boleh dibuka homepage nya. Bila jadi macam ni, pembaca yang singgah di blog kita akan terasa bosan sebab perlu menunggu masa yang lama untuk baca info di blog kita.


Jadinya, kelmarin baru CR tukar template secara rasminya dan perasaan sayang nak tukar tu tetap ada sebab penat rasanya tukar template, tukar code ni, tambah code ni dan sebagainya. Kemudian kena test dulu template tu okay atau x dengan mobile view sebab yang menjadi masalah sekarang apabila kita buka blog guna hp. Bila CR guna laptop okay je laju loading. 


Jadinya, pada pendapat korang, okay tak template yang sekarang ni? Laju atau tak? CR ada berminat satu template ni kat etsy tapi kena bayar guna paypal. CR takde akaun paypal. Ada yang sudi nak tolong bayarkan guna acc dia tak? Nanti CR transfer bayar semula😊😁. Buat sementara waktu ni memang guna yang ni je dulu. Simple kan? 


Here Comes September

September 3, 2021



Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Dah masuk bulan September. Sedar tak sedar ada lagi 4 bulan je untuk tahun 2021 ni dan kita masih di dalam mood pandemic. Moga ada sinar untuk kita. CR jenis yang suka tengok "Memories"  di Facebook sebab suka flashback balik apa yang kita lakukan atau terjadi pada tarikh sekian2 untuk tahun2 yang berlainan. Kadang-kadang tu kelakar dan malu baca status Facebook sendiri. Dan CR ada terjumpa satu status yang CR pernah share pada tahun 2016 rasanya. Jom baca sama-sama okay. Perkongsian dari FB Aku Islam.

HERE COMES SEPTEMBER

1. Maybe you're wondering why you still hurt. But hey, you still alive. You can learn again. So live, and learn.

2. No regrets, and begin again to be better you, for yourself.

3. There will come a time when you going to hurt. But it will come a time for you to heal. Don't give up on hope, don't give up on your du'a.

4. Healing takes time. Be patience.

5. Kadang-kadang ada masanya dalam hidup ni kita rasa semua serba tak kena. Tapi kita selalu lupa mungkin itu adalah cara Allah untuk meneguhkan kita.

6. Suasana berubah. Manusia datang, manusia pergi. Hati berbolak-balik. Dan hidup mesti terus selagi boleh bernafas.

7. Raikan kehilangan. Kerana 'kehilangan' selalunya akan datang dengan 'menemukan kembali', mungkin yang lebih baik daripada apa yang pergi.

8. Kerana sekuat apa kita mahu sesuatu itu kekal, jika ia pergi ia akan pergi. Lalu lepaskanlah. kerana takdir bukan sesuatu yang kita kawal.

9. Jika sesuatu pergi, inshaAllah akan datang sesuatu yang lebih baik. Kita sebagai manusia, harus redha.

10. Mungkin ada masanya kita akan kecewa, sakit, dikhianati. Tapi itulah yang nanti akan membuat kita lebih tabah di masa hadapan.

11. Masa lalu. Betapa pahit pun ia, itulah yang akan mendewasakan kita.

12. Kita tak boleh ubah masa lalu. Kita cuma boleh ubah diri sendiri. Cuma dengan ubah diri sendiri, kita boleh dapat masa depan yang baik.

13. Hidup memang tak selalu seperti yang kita inginkan, tapi itulah yang paling sesuai buat kita. ingat, Allah lebih tahu apa yang terbaik.

14. No matter how hurt you are, you just hurt, not dying. So stand up, face the world with every pieces of du'a that you can make.

15. Kalau kita pilih untuk hidup dalam kenangan masa lalu, it's our loss. Tuhan mungkin sediakan sesuatu yang lebih di masa hadapan. Move on.

16. Berdoalah, walaupun cuma dengan beberapa patah perkataan. Ia akan menghapus kegelisahan dalam hati, InshaAllah.

17. When you move on, remember how you used to be back then. Don't repeat the same mistakes.

18. There's so much thing that can't be erased in the past. Let it be. Because we can always make a du'a for a better future.

19. Make a new beginning. Don't stuck on the past.

20. There's a time when we're going to learn to love again, to live again.

21. It's just a matter of time before the pain in the past turn into happiness in the future.

22. It's ok, it's ok to feel the pain now.

23. Sakit yang kita alami itu, mengajar kita mengenal diri supaya we can live again, we can love again, dengan kekuatan baru.

24. Don't look back with regret. Ada sebabnya kita tak dapat sesuatu di masa lalu. Look forward with hope & du'a. Allah tahu apa yang terbaik.

25. One day all the pain will disappear. It's alright, it's alright to feel the pain. Allah will heal you over and over again.

26. Allah didn't give you trial for no reason. trust HIM, always pray. InshaAllah we'll be safe and sound.

27. Allah is the best penyembuh. Trust HIM, and you'll be rational again, be strong again, be more better again.

- sederhanaindah

p/s : so, it's a new month, again. stay good, people!


Stay Positif Sepanjang Pandemik Covid-19

July 29, 2021


Stay Positive Sepanjang Pandemik Covid-19 ︱Setiap hari kita mendengar peningkatan kes Covid-19 yang tinggi sepanjang bulan Julai ni. Memang menakutkan dan ada sahaja berita-berita dari kenalan atau keluarga terdekat yang dijangkiti. Moga dengan adanya program vaksinasi negara dapat membantu meningkatkan herd immunity dan sekaligus mampu mengurangkan kes di negara kita. CR dah dapat lengkap dua dos vaksin dan pengalaman tu CR akan cerita di post lain.

Dalam situasi yang kita hadapi sekarang, memang susah untuk kita nak kekal positif kan. Tapi, fikiran positif akan menjadikan kita lebih bahagia dan membantu meneruskan kehidupan seharian dengan lebih baik. Selain itu, selalu kan kita dengar, nak jadi orang yang berjaya, kita mestilah berfikiran positif kerana orang yang positif memiliki semangat yang luar biasa dan tidak mudah putus asa. Dengan itu mampu melangkah ke hadapan dan berjaya mencapai apa yang diimpikan.

Bagaimana nak kekal positif supaya setiap hari kita akan hidup lebih bahagia? Jom cuba cara-cara yang CR senaraikan di bawah ini.


1. Kurangkan membaca berita-berita di sosmed yang berunsur negatif

Digalakkan untuk mengurangkan membaca berita-berita yang mampu memberikan kesan negatif kepada emosi kita. Jika perlu kurangkan melihat facebook dan twitter kerana platform sosial media ini lebih cenderung kepada perkongsian berita-berita yang mampu mengganggu emosi. Boleh mencuba untuk melihat sesuatu yang menggembirakan seperti acara masakan, video lucu yang menggembirakan atau aksi-aksi comel haiwan peliharaan. Bak kata orang putih, laughter is the best medicine.




2. Buat aktiviti di rumah yang memberi kepuasan

Walaupun berada di rumah, pelbagai aktiviti boleh kita buat sebenarnya untuk mendapat kepuasan sekaligus meningkatkan tahap positif dalam diri. Ubah dekorasi rumah, kemas stor, kemas ruang kerja, tambah baik ruang rehat dan susun pakaian mengikut warna. Jika macam tiada idea untuk menghias,boleh join group di FB untuk melihat rakan-rakan berkongsi idea mereka menghias rumah mereka juga. Selain itu juga, kita boleh mula berkebun atau menambah koleksi hijau di ruang rumah. Melihat pokok-pokok hijau memberi ketenangan dalam diri. Emak CR sangat suka berkebun dan katanya dia akan gembira bila tengok pokok bunga dia tumbuh dengan baik dan cantik.

3. Beriadah

Pelbagai aktiviti beriadah di rumah boleh korang lakukan seperti yoga, zumba, berlari di atas treadmill dan skipping. Selain mampu membantu kekal sihat, badan yang segar, kita juga akan lebih bersemangat dan ceria. Beriadah penting untuk mengekalkan pemikiran yang positif dan minda yang cerdas. Biarpun semasa PKP kita tidak dibenarkan bersukan di taman awam, kita tetap boleh berjoging di kawasan perumahan kita. 

4. Bersilaturahim dengan kawan dan keluarga

Video call dengan rakan-rakan atau keluarga untuk kekal ceria. Selain berinteraksi bertanya khabar, berhubung dengan orang lain mampu membantu kita kekal ceria dan aktif. Sebagai manusia, kita tidak boleh duduk seorang diri dan tidak berkomunikasi. Berkongsi cerita, idea atau berbual kosong sahaja pun mampu meningkatkan energi positif dalam diri kita. Ia juga cara mengubati kerinduan untuk bersosial dengan rakan-rakan dan bertemu kaum keluarga sepanjang musim pandemik. CR setiap hari akan bervideo call dengan akak dan anak buah CR di Johor bagi menghilangkan rindu kerana dah terlalu lama tak jumpa kan. Hanya itu sahaja cara untuk hilangkan sedikit rindu dan sedih tidak dapat bertemu.

5. Belajar benda baharu dan tambah skill kendiri yang baharu

Mungkin sebelum ni kita tak sempat kerana sibuk dengan kerja dan aktiviti harian lain, tapi sekarang dengan masa yang banyak di rumah, boleh la kita belajar sesuatu yang baru. Dengan ilmu baharu seperti skill memasak yang baru, belajar bahasa asing atau bermain alat muzik, kita akan lebih yakin dan secara tak langsung, kita akan lebih positif terhadap diri sendiri.



6. Rancang percutian di masa hadapan

Walaupun tak dapat melancong ke negeri-negeri lain mahupun bercuti secara staycation KL di hotel-hotel yang berdekatan, kita masih boleh merancang dahulu percutian di masa hadapan. Jika anda berada di utara Malaysia, boleh la mencuba carian Johor Bahru Hotel dan sebaliknya jika anda berada di Selatan Malaysia boleh merancang perjalanan ke utara tanah air. Bila kita ada perancangan yang menarik di masa hadapan, sekaligus ia mampu menaikkan semangat kita untuk menghadapi hari-hari yang mencabar di musim pandemik ini. CR kalau dah boleh merentas negeri memang akan ajak family pergi bercuti di Johor Bahru. Lama sangat dah tak pergi sana. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kita ya.


Moga tips yang dikongsikan ini mampu membantu korang semua kekal ceria, positif dan selamat di mana sahaja berada. Stay safe dan jaga diri okay. 

The Daily SuratChenta, Day 1,289 #1

June 28, 2020


The Daily SuratChenta
Day 1,289

Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.

Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah mengguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.

Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.

Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,

Kamu silap, dan kamu salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.

Ada.

Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.

Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.

Ada.

Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.

Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.

Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali kali mengkhianati kepercayaan kamu.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Rabb mereka ialah Syurga ‘Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Rabbnya." - Al-Bayyinah,98:7-8

The Daily Surat Chenta adalah satu channel telegram. Setiap hari akan ada dapat satu surat cinta di channel ni. Suka sangat bait-bait ayat dalam ni. Sangat tenang bila baca. Nanti CR akan kongsikan lagi yer.

Kita Baik Ramai Sayang - Abam Bocey

February 13, 2020

(sumber gambar)

Kita Baik Ramai Sayang - Abam Bocey |
Assalamualaikum dan Hai. Dua tiga hari ni terasa sangat kehilangan seorang anak seni yang sentiasa menceriakan hari kita. Satu demi satu kebaikkan arwah Abam di perlihatkan untuk menjadi pengajaran dan ikutan kepada kita. Tagline "Kita Baik Ramai Sayang" menjadi bualan di bibir kita. Allah, demi Allah CR tak percaya yang arwah Abam dah meninggalkan kita buat selamanya. 



CR pernah contact arwah dua tahun lalu sebab nak bagi hadiah pada dia. Masa dia reply DM tu, seronoknya rasa sebab kita memang suka dia dan kumpulan Bocey. Masa dia kahwin teringin nak pergi tapi tulah, tak berkesempatan.

"Abam, dah tak seronok Maharajalawak tanpa kau Abam. Dah tak ceria tanpa lawak comel kau.Rindu abam"😭😭😭😭😭😭

Sekarang kat timeline IG,FB penuh dengan cerita kebaikan arwah. CR akan mengelak untuk baca post atau tengok video mengenai Abam sebab pasti menangis lepas baca tu. Kita yang hanya peminat pun terasa kesedihan kehilangan Abam, bagaimana la pulak dengan family dan kawan rapat dia kan. Semoga keluarga abam diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. 

Sungguh mulia hati arwah abam. Masa solat jenazah pun ramai sangat yang datang solatkan arwah. Ya Allah, sesungguhnya pemergianmu amat dicemburui. 


Lirik lagu Abam Bocey - Sikasih

Satu persatu telah pergi
Meninggalkan segala dimiiki
Yang pasti sudah pun tertulis
Di mana mulakan berakhir

Kerapkali aku memerhati
Tiap kisah hidupmu ohh kekasih

Namun takkan mungkin
Kumenjadi seperti dirimu

Terputus sudah di antara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat di jiwa


Selalunya, dia membuat kita ketawa. Kini, dia membuat kita menangis. 

Alfatihah(dibaca) untuk Arwah Syed Umar Mokhtar.
Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Pertemuan dengan Blogger Hebat Izyan Balqis

November 22, 2019

Pertemuan dengan Blogger Hebat Izyan BalqisAssalamualaikum dan Hai. Tengah makan tengah hari ker tu? Seronoknya jadi anak-anak yang bersekolah sebab cuti persekolahan mereka telah pun bermula pada hari ini. Untung juga pada guru-guru sebab dapat turut cuti sekali, tapi bukan semua lah kan sebab ada jugak cikgu yang terlibat dengan kelas tambahan untuk pelajar SPM. CR masih juga bekerja seperti biasa walaupun CR kerja di sekolah. Sunyi lah sekolah nanti tetapi seronok jugak diaorang ni cuti amannn je sekolah . HAHA.

Macam dah lari point utama entri ni lah pulak. 😜 


Sebenarnya entri kali ini CR nak berkongsi kisah pertemuan CR dengan seorang blogger hebat dan otai ni iaitu Blogger Izyan Balqis atau nama penanya IQ. CR kenal blogger IQ ni pun secara kebetulan dan ada kisah disebaliknya tetapi tak perlu la cerita disini kan. hehe .  IQ pun ex UTM juga cuma tak bertemu je masa tu sebab CR dah habis study. Hampir 9 tahun dah kami kenal di alam maya dan dunia blog ini tetapi tahun ni baru jumpa.

Banyak kali juga plan nak jumpa, tetapi tak menjadi dan tiada rezeki. Ada masa dia datang temerloh Pahang, CR pulak takde. Merancang nak ke kenduri kahwin dia, tapi ada juga kekangan yang menghalang untuk berjumpa. Sedih rasa. 


Dan nak dijadikan cerita, pada 3.10.2019 yang lalu, kami akhirnya dapat berjumpa. Itupun kebetulan IQ ada kerja di Bera dan dekat dengan tempat kerja CR makanya kami pun plan nak jumpa. Selalunya yang last-minute-plan tu memang akan menjadi. 

Abis je kerja ,kami pun berjanji jumpa di McDonalds. Alhamdulillah dapat juga jumpa mak buyung ni, tapi sekejap je lepak sebab IQ kena balik awal ada urusan lain. Yang penting dapat jumpa kan. 

"Seronok dapat jumpa IQ, nanti inshaAllah kita plan hari lain pulak. Reen doakan segala urusan IQ dipermudahkan. Kirim salam pada Qa'id yang comel tuuuuu. Semoga kita dapat berjumpa lagi dan terus berkawan sampai bila-bila."



IQ

Ni link blog IQ. Jemput follow https://www.izyanbalqis.com/
© Blog Cik Renex