kesihatan
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Nutrisi Hebat Dalam Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma

December 22, 2022

Nutrisi Hebat Dalam Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma  ︱Assalamualaikum dan Hai.Sejak dua tiga hari ni beberapa negeri di Malaysia mengalami musim terkujuh dan ada tempat-tempat  yang dilanda banjir. Kesian sangat tengok mereka yang terjejas dengan banjir, Semoga dipermudahkan segala urusan mangsa-mangsa banjir. Bila tiba musim terkujuh ni, ramai yang mudah dijangkiti dengan penyakit seperti demam, batuk dan selesema. Kalau tengok kat klinik pun memang ramai yang datang dapatkan rawatan. Kalau perasan pun, sejak dua menjak ni panadol pun susah nak cari kat pasaraya kan?

Selain daripada 3 penyakit di atas yang biasa kita dengar ketika musim hujan, mereka yang menghidap asma atau lelah juga antara yang terkesan dengan musim hujan ini. Mengapa? 


Nutrisi Hebat Dalam Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma

Untuk pengetahuan semua, pesakit asma mempunyai saluran pernafasan hiperresponsif atau terlebih sensitif. Saluran pernafasan mereka mudah menjadi sempit jika terdedah kepada rangsangan luaran seperti cuaca sejuk, makanan atau minuman sejuk dan panas, perubahan emosi yang mendadak atau jangkitan kuman dan virus.

Ketika musim hujan, biasanya, banyak virus mudah disebarkan seperti virus influenza yang senang merebak melalui titisan air. Jangkitan virus itu juga akan menyebabkan serangan asma kepada mereka yang menghidapi asma dan sebab itulah jika dilihat, kadar kemasukan pesakit asma ke hospital akan meningkat pada musim hujan dan jerebu.

Terdapat faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku, antaranya saluran pernafasan menjadi radang (saluran pernafasan mengandungi lendir, bengkak dan sempit) dan akan menyebabkan pesakit sukar bernafas dan boleh menyebabkan serangan asma berlaku.

Faktor-Faktor Yang Boleh Menyebabkan Asma Berlaku

Penting untuk menyedari perkara-perkara dalam persekitaran anda yang cenderung untuk membuat asma menjadi lebih teruk. Faktor-faktor ini berbeza untuk setiap individu. Perkara yang menyebabkan berlakunya asma adalah seperti berikut:

  • ● Jangkitan pernafasan dan selsema
  • ● Pendedahan kepada asap rokok
  • ● Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, bulu, habuk, makanan, dan lipas
  • ● Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah
  • ● Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba
  • ● Tekanan (stress)
  • ● Latihan (senaman)
  • ● Ubat-ubatan termasuk aspirin dan ubatan anti-radang bukan steroid seperti asid mefenamic (ponstan) atau ibuprofen


Simptom Asma

Nutrisi Hebat Dalam Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma

Petanda gejala asma berbeza bergantung kepada betapa teruk serangan tersebut. Petanda dan simptom termasuklah;

  • ● Sesak nafas atau kesukaran bernafas
  • ● Sakit dada atau dada terasa ketat
  • ● Susah untuk tidur kerana sesak nafas dan batuk-batuk
  • ● Bunyi “wheezing” atau seperti bunyi bersiul ketika melepaskan nafas dan ini merupakan simptom yang paling biasa untuk pesakit kanak-kanak
  • ● Batuk atau “wheezing” yang teruk kerana disebabkan oleh virus, seperti virus demam.


Namun, jika serangan itu lebih parah, tanda-tanda berikut boleh dilihat;

  • ● Serangan seperti di atas, tetapi ianya lebih kerap dan lebih parah
  • ● Kesukaran bernafas yang sangat teruk. Ini boleh diukur menggunakan sejenis alat yang dipanggil “peak flow meter”.
  • ● Perlu menggunakan ubat untuk melegakan simptom atau kesukaran bernafas dengan lebih kerap. Ia juga dikenali sebagai “quick-relief inhaler”.


Adakah Asma Boleh Sembuh?


Tidak, tetapi gejala-gejala asma dan serangan boleh bertambah baik dengan rawatan. Jika asma tidak dirawat, pesakit boleh mendapat asma yang lebih teruk dari masa ke masa. Ini boleh menyebabkan kerosakan di saluran udara yang kekal. Tujuan penjagaan asma adalah untuk mengelakkan serangan asma yang boleh memburukkan lagi keadaan pesakit.


Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma




Eskayvie Diffenz merupakan ikhtiar yang boleh digunakan untuk untuk merawat asma. Eskayvie Diffenz diformulasikan oleh Dr Syid Ayob, doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan.

Eskayvie Diffenz dihasilkan dengan menggunakan bahan 100% semula jadi. Ia HALAL, selamat, berkesan dan sedap dengan berperisa blackcurrant serta mudah diambil. Di dalamnya ada bahan yang dikenali sebagai SUPERFOOD seperti Cendawan Susu Harimau, dan Buah Camu-Camu yang sangat bagus untuk paru-paru, meningkatkan sistem imun badan, anti kanser dan ia telah digunakan secara tradisional sejak dari dahulu lagi untuk merawat simptom masalah yang berkaitan dengan masalah pernafasan seperti batuk kronik, alergi sinus dan asma.

1. Cendawan Susu Harimau

Nutrisi Hebat Dalam Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma

  • ● Berfungsi meningkatkan kesihatan paru-paru
  • ● Menguatkan sistem imun dari dalaman
  • ● Membantu masalah resdung, alahan dan eczema
  • ● Digunakan secara tradisional untuk merawat simptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, alergi sinus dan asma
  • ● Bersifat anti kanser dan anti tumor


Nutrisi Hebat Dalam Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma


2. Buah Camu-Camu

Nutrisi Hebat Dalam Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma


Merupakan khazanah hutan tropika Amazon yang mempunyai kandungan Vitamin C yang mudah diserap. Ia mempunyai 30-60 x Vitamin C iaitu lebih tinggi daripada buah oren. Buah Camu-Camu kaya dengan sumber antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic dalam menguatkan lagi sistem imun. Ia juga mengandungi mineral seperti zat besi, kuprum, kalsium, potassium dan manganese.

3. Vitamin C

Nutrisi Hebat Dalam Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma


Meningkatkan tindak balas sistem imun dan mengurangkan komplikasi serius yang disebabkan oleh virus SARS-CoV-2. Banyak kajian menyokong bahawa dos Vitamin C yang tinggi dapat membantu meningkatkan sistem imun badan.


4. Vitamin D

Nutrisi Hebat Dalam Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma


Penting untuk tulang, gigi dan otot. Ia juga membantu mengawal gula dalam darah, menyokong kesihatan saluran darah, paru-paru dan saluran pernafasan serta menguatkan sistem pertahanan badan dan organ-organ badan.


Nutrisi Hebat Dalam Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma



Kelebihan Eskayvie Diffenz

  • ● Mengatasi masalah resdung, alahan, asma, ekzema
  • ● Menguatkan & melindungi paru-paru
  • ● Meningkatkan sistem imun badan
  • ● Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru
  • ● Memberi tenaga


Cara Pemakanan

Nutrisi Hebat Dalam Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma


  1. Eskayvie Diffenz adalah tablet boleh kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air.
  2. Kanak-kanak berumur 5-7 tahun disyorkan untuk mengambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.
  3. Untuk dewasa berumur 18 tahun ke atas, ambil 1 ke 2 tablet sehari, disyorkan selepas makan.


Feedback Mengenai Paru-Paru/ Asma


Dibawah CR kongsikan antara feedback pengguna yang dah mencuba dan mengamalkan Eskayvie Diffenz,

Nutrisi Hebat Dalam Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma


Nur Afizan Binti Samuri, 41 tahun dari Batu Pahat, Johor berkongsi beliau telah bergantung kepada inhaler dan neb selama 5 tahun. Beliau kena betul-betul jaga makan dan tak boleh buat kerja banyak. Akibatnya, sampai malam tak boleh tidur. Tetapi setelah amalkan Eskayvie Diffenz secara konsisten, beliau dah 2 bulan tak perlu gunakan inhaler.


Nutrisi Hebat Dalam Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma

Pengguna ni kalau dahulu wajib 2x sehari ambil ubat asma. Tapi sejak amalkan Eskayvie Diffenz beliau dah tak ambil lagi ubat hospital lagi. Kalau ambil pun jika perlu sahaja.


Nutrisi Hebat Dalam Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma


Pengguna ni berkongsi, suaminya start ambil Diffenz asbab Covid-19. Suaminya dah kurang bersin berbanding sebelumnya.



Tonton video dari Pn Leen dan anaknya Aiman. Anaknya menghidapi asma sejak kecil lagi dan terpaksa bergantung inhaler setiap masa. Disebabkan asma, anaknya tidak boleh bersukan dan hanya mampu duduk di tepi melihat rakan-rakannya bermain bola. Namun setelah mencuba dan mengamalkan Eskayvie Diffenz, anaknya dah tak sesak nafas, tak batuk, boleh tidur dengan lena dan tak perlu bergantung dengan inhaler lagi.


Pentingnya Pengambilan Eskayvie Diffenz Sebagai Amalan Harian

Zaman sekarang ni, kita sangat mudah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit jika kita tak mempersiapkan diri dengan meningkatkan sistem imun badan. Bermacam-macam jenis serangan kuman dan virus sekarang ni yang menyerang manusia. Lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh ni memang banyak penyakit yang boleh menyerang jika kita tidak berwaspada. Serangan virus Covid-19 pun masih belum reda dan jumlah jangkitan masih lagi tinggi ketika ini.

Dengan pengambilan Eskayvie Diffenz sebagai amalan harian, sedikit sebanyak ianya sebagai usaha kita untuk meningkatkan sistem pertahanan diri melawan serangan kuman dan virus merbahaya. Ramai yang dah amalkan Eskayvie Diffenz ni sejak PKP yang lepas dan ramai yang berikan respon positif selepas mereka amalkannya secara konsisten. 

Kepada yang berminat nak dapatkan Eskayvie Diffenz ni, anda boleh dapatkannya di website dan social media Eskayvie dibawah.

Website : www.eskayvie.com

Instagram : https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

Facebook : https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq

#KitaIkhtiar #EskayvieDiffenz

Nutrisi Hebat Dalam Eskayvie Diffenz Bantu Rawat Asma


Tips asas untuk kenyang dengan sepinggan nasi (Diet Suku Suku Separuh)

December 7, 2021

Tips asas untuk kenyang dengan sepinggan nasi (Diet Suku Suku Separuh)

Tips asas untuk kenyang dengan sepinggan nasi (Diet Suku Suku Separuh) ︱Assalamualaikum dan Hai. Bila kita dengar perkataan Kurus atau Diet mesti kita akan risau untuk lapar sebab kena kurangkan makanan dalam seharian. Sebenarnya silap apa yang kita fikir tu. Untuk kurus sebenarnya kita tak perlu berlapar tapi kita perlu tahu teknik yang sebetulnya.

Sejujurnya CR pernah buat diet yang memang lapar sangat-sangat dan berat memang turun dalam 3-4 kg. Tetapi selepas seminggu terus naik semula bila tak control makan. Siapa yang pernah kenal CR tahu agaknya dulu CR agak berisi dan sekarang pun masih berisi jugak. hehehe. Tetapi jika dibandingkan dulu dengan sekarang memang jauh la beza sedikit. 

Bila da sedar diri makin gemuk, tu yang CR join aktiviti Fun Run dan joging sekiranya ada masa. Antara diet yang CR pernah buat diet atkins, Intermitten Fasting, General Motors Diet dan Diet Suku Suku Separuh. Memang menjadi semua tu cuma kena kuat semangat melawan nafsu makan. Hehe.

Sekarang CR masih dalam proses untuk dapatkan berat ideal bagi memastikan BMI CR normal. Berat CR kena at least 57kg atau 58kg. Sekarang masih 63kg 62kg. huhu. CR ada tanya juga pada sepupu CR yang merupakan Pegawai Pemakanan (Nutritionist) Sektor Pemakanan Ibu, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Nurul Zaiza tentang diet yang CR amalkan. Beliau berpendapat diet Suku Suku Separuh adalah yang terbaik. Jadi hari tu beliau ada share tips untuk kenyang dengan konsep DSSS. Jom kita amalkan sama-sama.

Tips asas  macamana nak rasa kenyang hanya dengan sepinggan nasi ikut konsep sukusukuseparuh (DSSS):

1.  Sebelum makan , baca bismillah. 

2. Kemudian, minum sedikit air masak (sedikit, maksudnya tak sampai segelas).

3. Mulakan makan sayur yang kita dah sediakan dalam pinggan sss kita. Sesuap. Kunyah sederhana dan tidak terlalu laju

4. Kemudian sesuap/setengah potong buah. Enjoy dlu kunyah sikit2 (Juga yang kita dah sediakan dalam pinggan sss kita).

5. Then rasa sikit lauk protein sesuap yang kita dah pilih tu. Nikmati rasanya  dan kunyah dengan tertib. Mungkin kita boleh berangan masa ni jadi juri masterchef utk mengkritik rasa masakan ituu. Komen dgn gaya sekali. 

6.  Last, baru masukkan satu set nasi+sayur+lauk dlm mulut. Jangan kunyah terlalu laju. Habiskan yg dlm mulut baru tangan kita siapkan set baru utk suapan seterusnya sampai habis. Sopan santun sikit makan, kata nak kurus. 

7. Bila dah habis satu pinggan sss kita, minum skit air (sip). Jangan lupa ucapkan Alhamdulillah.  Sepatutnya masa ni perut kita dh cukup dapat makanan yang badan kita perlukan. 

8. Tapi kalau masih panik smpi nak nangis rasa tak kenyang, sila berborak dgn diri sndiri. Cakap kat diri sendiri untuk bersabar. “Rileks la... 2 jam-3 jam kita akan makan lagi, jangan gelabah sgt perut”... nti perut jawab “ eh, xmemasal nk salahkan aku, aku dh kenyang, mata tu yang buat hal xboleh tgk makanan”. ... maka begitulaaaa pujuk diri sndiri. Kalau xboleh jgk,  

Minum air masak n cuba distract buat perkara lain.

(Point penting kat sini adalah MASA. Ia ambil masa lebih kurang 20 minit utk perut kita bgtau otak yang badan kita dah cukup makan dan kenyang. Jadi jangan makan terlalu laju. Makan dengan tenang, kunyah betul2)

Ini langkah pertama utk kawal nafsu makan.

InsyaAllah 😊

#NutritionistKKM #nutritionistzaiza

Kalau berminat untuk tengok tips lain boleh ke Fb https://www.facebook.com/nurul.zaiza


Pengalaman buat ujian Covid-19 guna Kit Ujian Kendiri Covid-19(Covid-19 Antigen Rapid Self-Test)

Pengalaman buat ujian Covid-19 guna Kit Ujian Kendiri Covid-19(Covid-19 Antigen Rapid Self-Test)

November 30, 2021

Pengalaman buat ujian Covid-19 guna Kit Ujian Kendiri Covid-19(Covid-19 Antigen Rapid Self-Test) ︱Assalamualaikum dan Hai. 


SIAPA YANG PERLU BUAT UJIAN KENDIRI COVID-19

Kit Ujian Kendiri COVID-19 boleh digunakan untuk :
• Saringan kendiri oleh mana-mana individu yang ingin mengetahui status COVID-19;
• Individu yang mempunyai kontak dengan kes COVID-19; ATAU
• Saringan-saringan lain yang bersesuaian (seperti Pintu Masuk Antarabangsa, rentas negeri, saringan pra-pekerjaan, pra-kemasukan ke institusi tinggi dan lain-lain)


PERSEDIAAN DAN PENGUMPULAN SAMPEL DAN PENGENDALIAN UJIAN

Pengumpulan sampel dan pengekstrakan sampel bendalir mulut atau nama lainnya air liur harus digunakan menggunakan tiub pengumpul yang telah disediakan bersama kit. Jangan menggunakan tiub pengumpulan lain. Sampel jugak harus diuji dengan segera.

Harus diingatkan juga, sebelum melakukan ujian, kita tidak boleh memasukkan apa-apa pun ke dalam  mulut termasuk makanan,minuman atau rokok sekurang-kurangnya 10 minit sebelum buat ujian. Disarankan juga lakukan ujian ini pada waktu pagi.

Langkah 1

  • Pasang corong ke tiub pengumpulan sebelum pengambilan sampel.
  • Batuk dengan kuat sebanyak 3-5 kali untuk mengeluarkan bendalir mulut(oral fluid) dan terus masuk ke corong alat pengumpul.
  • Ulangi langkah di atas untuk pengambilan sampel sehingga bendalir mulut mencapai garis skala yang ditunjukkan pada tiub pengumpulan. 
Langkah 2
  • Keluarkan corong dari tiub pengumpulan.
  • Masukkan keseluruhan kandungan buffer ke dalam tiub pengumpulan.
  • Pastikan tiub pengumpulan ditutup dengan ketat. Picit perlahan bahagian bendalir mulut tu selama 10 saat bagi memastikan larutan dah sebati.
Langkah 3 (Pengendalian Ujian)
  • Keluarkan kit ujian dari pek foil(gunakan dalam 1 jam) dan letakkan di permukaan yang rata dan bersih.
  • Titiskan 2 titik sampel yang diekstrak ke dalam lubang sampel pada kit ujian tersebut.
  • Tunggu sehingga garis berwarna muncul. Baca keputusana dalam masa 15 minit. Jangan baca keputusan selepas 20 minit.
  • Buang kit ujian yang telah digunakan ke dalam beg biokeselamatan yang diberikan.


Bio-Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength - Makanan tambahan wajib untuk kesihatan yang lebih baik

March 27, 2021

Bio-Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength

Bio-Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength- Makanan tambahan wajib untuk kesihatan yang lebih baik︱Assalamualaikum dan Hai. Siapa di sini wajib ada lauk ikan setiap kali anda makan?Jika tak ambil rasa macam tak lengkap pulak menu hari tu. CR gemar juga makan ikan tapi bukan lah kerap sangat, dan lebih kepada penggemar lauk berasakan ayam. 

Sebenarnya banyak sangat kebaikan mengambil ikan dalam diet pemakanan seharian kita. Ikan sangat kaya dengan asid lemak Omega-3 yang sangat penting untuk badan kita dan kita perlu makan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Tapi,mampu ke kita nak ambil secara kerap begitu? Oleh yang demikian, kita perlu ambil makanan tambahan iaitu minyak ikan untuk memastikan kesihatan badan kita dalam tahap optimum.

Kawal Kesihatan Diri dengan Pengambilan Bio-Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength

Untuk CR yang jarang makan ikan ni, memang kena cari makanan tambahan lain dan mujurlah jumpa satu makanan tambahan dari BioLife iaitu MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength. Ia merupakan minyak ikan dos berganda yang membekalkan asid lemak poli tak tepu omega-3, iaitu asid eikosapentaenoik (EPA) dan  asid dokosaheksaenoik (DHA) untuk menyokong fungsi-fungsi badan yang sihat. Asid lemak omega-3 ini telah diekstrak daripada ikan kecil laut dalam (ikan bilis) dan ditapis dengan proses penyulingan molekul taw.



Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai MaxX Fish Oil ini, jom kita baca apa lagi kebaikan mengambil minyak ikan.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Mengawal paras kolestrol
  • Meningkatkan kesihatan mata
  • Mengatasi kemurungan
  • Mengurangkan keresahan
  • Mencegah penyakit Alzheimer
  • Mengubati dan mencegah kanser
  • Mencegah penyakit kardiovaskular

Bio-Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength


Kandungan MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength.
  • Minyak ikan (dalam bentuk trigliserida)
  • Membekalkan asid lemak omega-3 1000mg 1000mg
  • Asid Eikosapentaenoik acid (EPA) 360mg 360mg
  • Asid Dokosaheksaenoik acid (DHA) 240mg

Bagaimanakah MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength dapat membantu menyokong kesihatan optimum badan kita? Untuk pengetahuan anda, EPA and DHA merupakan asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, ia perlu diperolehi daripada diet harian kita. EPA dan DHA membentuk struktur penting dalam membran sel yang membantu fungsi-fungsi badan. Setiap kapsul MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength membekalkan asid lemak poli tak tepu omega-3 berkonsentrasi tinggi, 360mg EPA dan 240mg DHA



kebaikan minyak ikan


Kebaikan lain MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength.
  • Terdiri daripada omega-3 dalam bentuk trigliserida yang senang diserap dan digunakan dalam badanDiproses dengan penyulingan molekul demi menyingkirkan hampir semua kotoran dan bahan cemar yang terdapat dalam minyak ikan.
  • Berasaskan sumber daripada ikan bilis, salah satu ikan laut yang kecil yang kaya dengan asid lemak omega-3.
  • Mengandungi 2x omega-3 EPA dan DHA

Banyak kebaikkan yang kita akan dapat jika kita amalkan makanan tambahan MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength ni. Terutamanya pada golongan yang kurang pengambilan ikan dalam harian dan juga orang yang ingin kekalkan kesihatan mereka. Tak banyak pun kita perlu makan setiap hari, cuma Ambil 1 kapsul, 2 kali sehari selepas makan atau seperti yang disyorkan oleh doktor atau ahli farmasi. Harga BioLife MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength ni pun juga sangat berpatutan. Hanya RM190 untuk tiga botol dan satu botol tu ada 100pil. Jimat sangat kan. Boleh dapatkan di farmasi seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman utama Bio-Life di https://biolife.com.my/



Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

October 8, 2020

Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini
Pernahkah anda rasa sakit pada bahagian sisi perut ketika berlari? Rasa sakit ini turut dikenali sebagai side stiches iaitu satu rasa sakit yang tajam dan menikam pada sisi perut. 
Rasa sakit ataupun cramp ini lazim berlaku kepada orang yang gemar bersenam. Selalunya, keadaan ini akan berlaku lebih kerap pada sebelah kanan perut berbanding sebelah kiri.

Menurut kajian, hampir 70% individu yang aktif berlari akan mengalami sakit pada bahagian sisi perut sekurang-kurangnya sekali semasa melakukan aktiviti fizikal.

Individu yang baru mula berlari juga didapati lebih mudah terkena cramp atau sakit pada bahagian sisi perut. Oleh itu, jika anda baru mula berlari, pastikan anda jaga pemakanan anda sebelum memulakan larian.



Side stiches atau cramp mungkin akan membuatkan anda rasa tidak selesa semasa berlari. Tambah lagi, ada juga yang terpaksa berlari ke tandas ketika sedang bersenam akibat masalah ini!

Jadi, bagaimana hendak selesaikan? Jom ikuti tips senaman kami untuk kurangkan rasa sakit yang anda alami ketika berlari.

5 tips senaman untuk kurangkan sakit perut ketika berlari

1. Pastikan anda melakukan regangan!


Sebelum bersenam, pastikan anda melakukan warm up ataupun regangan terlebih dahulu!

Senaman ringan ini dapat melancarkan peredaran darah, menaikkan suhu badan dan meningkatkan kadar degupan jantung.

Aktiviti regangan juga dapat membantu otot lebih bersedia untuk melakukan pergerakan yang lebih banyak ketika bersenam nanti.

Jika badan tiba-tiba bergerak dengan aktif tanpa sebarang regangan, besar risiko untuk anda mengalami kecederaan semasa bersenam.

Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 20-30 minit sebelum bersenam. Dengan melakukan senaman, badan akan jadi lebih bersedia untuk melakukan aktiviti fizikal.

Selain itu, anda boleh mulakan senaman dengan perlahan. Pada 10 minit yang pertama, mulakan larian anda dengan perlahan sebelum memecut.

2. Pastikan anda minum air dengan cukup

Ramai yang mengelak minum air sebelum bersenam kerana tidak mahu perut dipenuhi air ketika berlari. Keadaan ini boleh menyebabkan pelari rasa tidak selesa dan rasa ingin muntah.

Walau bagaimanapun, tidak minum air langsung ketika berlari boleh membuatkan rasa sakit pada sisi perut yang anda alami jadi makin kerap.

Apabila anda bersenam dalam keadaan haus atau tidak minum air yang mencukupi, perut anda mungkin akan meragam ketika bersenam.

Individu yang tidak minum air dengan cukup juga boleh rasa kejang dan mungkin akan alami cirit-birit apabila senaman telah berakhir.

Jika boleh, pastikan anda minum air secukupnya sebelum bersenam dan bawa botol air supaya anda boleh kekal hidrasi sepanjang larian.

Selain itu, pastikan anda minum air secara perlahan-lahan. Jangan teguk air dengan cepat! Perkara ini juga boleh menyebabkan anda diserang rasa kejang ketika berlari!

3. Elak makanan berserat

Makanan penuh serat penting untuk kesihatan perut. Walau bagaimanapun, sebelum berlari, pastikan anda tidak mengambil terlalu banyak makanan berserat.

Makanan berserat boleh menyebabkan anda tiba-tiba sakit perut dan terpaksa ke tandas sewaktu bersenam!

Oleh itu, elakkan makan roti, bijirin, sayur-sayuran hijau, brokoli ataupun buah-buahan seperti beri 4-5 jam sebelum memulakan larian.

4. Elak makan makanan berlemak untuk kurangkan sakit perut

Jika anda ingin bersenam, elakkan makan makanan yang berlemak supaya anda tidak akan diserang sakit perut ketika berlari. Jika boleh, makan makanan seperti:
  1. Pisang
  2. Energy bar
  3. Yogurt atau granola
  4. Nasi dengan telur rebus atau poached egg
Makanan yang disenaraikan di atas rendah lemak dan rendah serat. Jika anda kerap alami masalah sakit perut dan kekejangan, cuba amalkan makanan di atas!

5. Jangan minum kopi!


Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

Ada orang yang lebih ‘sensitif’ terhadap kopi! Apabila terbau sahaja kopi, terus rasa hendak ke tandas!

Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, elakkan minum kopi sebelum anda pergi berjoging. Mana tahu, masalah perut memulas yang anda alami semasa berjoging dapat dikurangkan!

Perut jadi kejang dan sakit? Macam mana nak rawat?

Jika perut anda kejang ketika berlari, anda dinasihatkan untuk memperlahankan larian ataupun berjalan sebentar.

Selain itu, anda juga boleh cuba letakkan tangan pada bahagian kanan perut dan tolak ke atas sambil bernafas secara normal selama 2-4 minit.

Jika anda ingin minum air, cuba minum air yang boleh mengembalikan keseimbangan elektrolit dalam badan


Kesimpulan

Kebanyakan atlet, lebih-lebih lagi pelari akan mengalami masalah sakit pada sisi perut dari semasa ke semasa. Kekejangan ini merupakan sesuatu yang normal dan lazim berlaku.

Side stitch atau cramp yang anda alami sepatutnya hilang dalam beberapa minit.

Namun, jika anda telah melakukan tips senaman di atas ataupun mengalami kesakitan yang berpanjangan ketika bersenam, mungkin ia bukan disebabkan oleh kekejangan.

Oleh itu, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Kesakitan yang berpanjangan mungkin tanda penyakit lain yang lebih serius.

Musim Raja Buah Kembali! Ada 7 Mitos Tentang Makan Durian, No 5 Paling Banyak Orang Cakap

July 20, 2020

Musim Raja Buah Kembali! Ada 7 Mitos Tentang Makan Durian, No 5 Paling Banyak Orang Cakap

Musim Raja Buah Kembali! Ada 7 Mitos Tentang Makan Durian, No 5 Paling Banyak Orang Cakap | Durian ialah buah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Di samping manfaat makan durian yang hangat diperkatakan, ada juga efek makan durian yang ramai tidak sedar!

Buah ini amat digemari kena isinya yang manis dan lemak berkrim.

Tapi, apabila makan durian mesti anda terfikirkan tentang semua mitos yang berkisar tentang raja buah ini bukan? Ada macam-macam pantang larang kalau berkenaan makan durian.

Tapi, yang lebih penting lagi ada ke kebaikan makan durian? Sejauh manakah kebenaran semua mitos ini? Boleh percaya ke?

Kalau anda nak tahu lebih lanjut, jom, ikuti artikel kami di bawah.

Mitos 1: Jangan makan durian dengan alkohol. Boleh bawa maut!


Musim Raja Buah Kembali! Ada 7 Mitos Tentang Makan Durian, No 5 Paling Banyak Orang Cakap

Mitos ini sudah lama berlegar-legar dalam kalangan pemakan durian yang tegar. Tapi, betul ke makan durian dengan arak boleh menyebabkan kematian?

Durian mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi. Makanan yang kaya dengan karbohidrat mengandungi banyak fiber yang tidak dapat diuraikan oleh badan.

Walaupun fiber bagus untuk kesihatan, terlampau banyak serat juga akan membuatkan anda rasa kembung perut. Ini merupakan salah satu keburukan makan durian secara berlebihan!

Samalah seperti minuman beralkohol seperti arak. Minum arak dan makan durian boleh menyebabkan perut anda rasa tak selesa.

Anda mungkin akan alami kembung perut, tapi tak adalah sampai membawa maut!

Mitos 2: Makan durian bersama buah sejuk seperti manggis

Dalam perubatan moden, tidak ada istilah mengenai buah sejuk ataupun panas. Malah, kenyataan ini langsung tidak disokong oleh kajian saintifik.

Manggis dan durian selalunya berbuah dalam musim yang sama. Mungkin mitos ini timbul untuk mengelakkan orang ramai daripada membazir.

Yelah, kalau semua orang nak makan durian, siapa nak makan manggis?

Mitos 3: Durian mempunyai kolesterol yang tinggi


Berita baik untuk penggemar durian. Antara kebaikan makan durian ialah buah ini tidak mempunyai sebarang kolesterol! Tapi, jangan keliru antara kolesterol dan karbohidrat ya!

Ddurian mengandungi karbohidrat LDL (low density carbohydrate), sejenis karbohidrat yang baik untuk jantung.

Namun, durian masih lagi mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi.

Jadi, individu yang mempunyai kencing manis dan sakit jantung jangan makan terlalu banyak durian ya! Efek makan durian kepada anda mungkin buruk.


Mitos 4: Tingkatkan libido seks antara manfaat makan durian

Jangan tertipu ya! Tidak ada sebarang kajian yang boleh membuktikan bahawa durian boleh tingkatkan libido seks seseorang.

Tetapi, ada juga kebaikan makan durian tau!

Ada kajian yang membuktikan bahawa durian boleh mengurangkan stres dan membantu anda untuk tidur.

Durian mempunyai sejenis asid amino yang bernama tryptophan – asid amino yang boleh menaikkan kadar serotonin dan melatonin di dalam badan.

Dua hormon ini dapat membantu anda untuk kurangkan stres dan juga tidur dengan lebih lena!

Mitos 5: Tak boleh ambil durian dan juga kopi pada masa yang sama!

Mitos bahawa durian tidak dapat dimakan bersama-sama kopi juga adalah tidak benar sama sekali.

Makan durian bersama minuman apapun tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit jantung.

Sakit jantung merupakan satu penyakit yang berlaku akibat daripada tabiat pemakanan seseorang. Oleh itu, jika individu tersebut selalu mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat, maka lebih mudahlah untuk dia menghidap sakit jantung.

Walaupun ada banyak kebaikan makan durian yang kaya dengan vitamin dan mineral ini, anda tetap harus berjaga-jaga supaya tidak terlebih makan.

Mitos 6: Makan durian banyak-banyak boleh akibatkan demam dan batuk

Ini merupakan satu lagi mitos yang awal-awal lagi perlu disangkal.

Tidak ada sebarang kaitan antara makan buah durian dengan demam atau batuk. Makan durian secara berlebihan mungkin boleh buatkan anda rasa kembung perut, tetapi bukannya demam!

Secara saintifik, mungkin makan durian boleh meningkatkan sedikit suhu badan. Tetapi itu tidak bermakna ia akan menyebabkan batuk ataupun demam!

Mitos 7: Makan durian dengan susu pun tak boleh?

Sama seperti makan durian bersama dengan alkohol, susu juga mempunyai kadar fiber dan karbohidrat yang tinggi.

Minum susu secara berlebihan pun boleh sebabkan kembung perut, apatah lagi minum susu sambil makan durian!

Ada banyak kebaikan makan durian sebenarnya!

Musim Raja Buah Kembali! Ada 7 Mitos Tentang Makan Durian, No 5 Paling Banyak Orang Cakap

Durian merupakan buah yang sangat berkhasiat. Banyak manfaat makan durian, setanding dengan gelarannya sebagai raja buah.

Walau bagaimanapun, itu bukan alasan anda boleh makan durian dengan banyak ya! Ada banyak juga efek makan durian.

Dalam apa jua keadaan, beringatlah supaya mengambil makanan dalam keadaan sederhana. Amalkan panduan pemakanan sukusukuseparuh yang disarankan kerajaan.

Jika anda rasa tidak selesa selepas makan terlalu banyak durian, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor di klinik yang berdekatan ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!

Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!

July 19, 2020



Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA! Susah tidur malam isu yang sering dialami oleh individu dewasa. Namun tanpa disedari masalah tidak cukup tidur ini boleh mendatangkan impak bahaya kepada diri.


Susah tidur malam bukan perkara remeh!


Bagi individu yang sering berdepan tekanan, sama ada melibatkan tugasan kerja atau peribadi, kurang tidur atau susah untuk melelapkan mata adalah masalah biasa.

Tidak tidur semalaman boleh membuatkan anda berasa lemau. Anda mungkin akan mengalami sakit kepala, berasa tidak selesa dan sukar menumpukan perhatian kepada tugasan harian.

Keletihan dan tidak cukup tidur boleh memberikan banyak kesan buruk kepada diri. Cuma ia jarang sekali menyebabkan kematian.

Walaupun begitu, dalam keadaan tidak mendapat rehat yang mencukupi, ia boleh meningkatkan risiko anda kemalangan ketika memandu atau melakukan pekerjaan berbahaya.

Apa yang dimaksudkan tidak cukup tidur?


Apabila anda tidak mendapat tidur yang mencukupi untuk 1 atau 2 jam setiap malam, ia boleh mengakibatkan hari anda menjadi tidak produktif.

Ia bukanlah sesuatu yang berbahaya, bukan?

Tetapi apabila anda secara kerap susah tidur malam, ia akan memberikan kesan kepada tahap kesihatan anda dengan cepat. Antaranya: 
Masa tindak balas yang lebih perlahan
Perubahan emosi
Risiko lebih tinggi untuk mengalami penyakit fizikal
Memburukkan simptom kesihatan mental

Susah tidur malam untuk tempoh lama


Apa pula yang akan berlaku jika anda tidak dapat tidur semalam atau untuk tempoh yang panjang daripada itu?

Anda mungkin biasa susah tidur malam untuk 1 atau 2 malam. Ini mungkin kerana anda perlu berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan tugasan kerja atau thesis.

Umumnya, badan memerlukan tidur untuk memulihkan fungsi badan. Tabiat buruk yang tidak tidur dua tiga malam, boleh mengakibatkan beberapa kesan negatif terhadap badan.

Semakin lama anda tidak tidur malam, semakin buruk akibatnya. 

1 hari

Berjaga untuk tempoh 24 jam boleh mempengaruhi anda dengan cara yang sama seperti mabuk.

Berdasarkan penyelidikan, individu yang tidak cukup tidur untuk tempoh 20 hingga 25 jam, boleh mempengaruhi fokus dan prestasi seperti tahap alkohol darah (BAC) 0.10%.

Di kebanyakan negara, anda dianggap mabuk apabila mempunyai bacaan BAC 0.08%.

Sekiranya anda berjaga sepanjang hari, amat disarankan untuk mengelakkan memandu atau melakukan sesuatu yang berbahaya.

bahaya tidak tidur

Kurang tidur juga mendatangkan kesan seperti:
  • Rasa mengantuk di siang hari
  • Kelam-kabut
  • Perubahan emosi seperti mudah marah
  • Sukar membuat keputusan atau menumpukan perhatian
  • Rasa menggigil atau ketegangan otot
  • Kesukaran untuk mendengar atau melihat

1.5 hari

Selepas 36 jam anda susah tidur malam, anda akan mula mengesan akibat yang lebih buruk kepada tahap kesihatan dan fungsi badan.

Gangguan yang berpanjangan kepada kitaran berjaga-tidur menyebabkan diri berada di bawah tekanan.

Sebagai tindak balas, badan akan meningkatkan pengeluaran hormon stres, iaitu kortisol.

Apabila berlaku ketidakseimbangan hormon, ia boleh memberikan kesan kepada fungsi dan tindak balas khas badan.

Anda mungkin akan menyedari perubahan kepada mood dan selera makan, peningkatan tahap tekanan, menggigil atau perubahan suhu badan.

Pengambilan oksigen juga berkurangan apabila anda telah berjaga untuk sepanjang tempoh ini.

Kesan lain apabila tidak cukup tidur untuk tempoh 36 jam termasuklah:
  • Ingatan bercelaru
  • Tenaga dan motivasi berkurangan
  • Tahap fokus yang singkat atau ketidakupayaan untuk kekal memberi perhatian
  • Kesukaran kognitif, termasuk kesukaran membuat keputusan
  • Keletihan dan rasa mengantuk yang kritikal
  • Masalah untuk bercakap dengan jelas atau mencari perkataan yang tepat

2 hari

Tidak tidur selama 48 jam, menyebabkan anda sukar berhubung dengan persekitaran anda.

Kesan umum susah tidur malam akan bertambah buruk. Anda akan semakin sukar menumpukan perhatian atau mengingati sesuatu perkara. 

Kecenderungan untuk jatuh sakit meningkat kerana sistem kekebalan badan tidak mampu melawan penyakit seperti biasa.

Masalah microsleep adalah kesan paling bahaya yang boleh berlaku. Ia apabila anda hilang kesedaran untuk tempoh singkat, daripada beberapa saat hingga 30 saat. 

bahaya tidak tidur

3 hari

Pada tempoh ini segalanya akan menjadi semakin pelik. Anda sukar menumpukan perhatian kepada perbualan, tugasan kerja serta pemikiran sendiri.

Jantung anda mungkin akan berdegup lebih laju daripada biasa. Anda juga akan mengalami tekanan, kegelisahan atau paranoia apabila tidak cukup tidur selama beberapa hari.

Persepsi anda terhadap realiti juga akan terjejas. Anda mungkin akan mengalami:
  • Khayalan dan halusinasi
  • Membuatkan anda percaya kepada maklumat yang tidak tepat
  • Mencetuskan fenomena topi, iaitu anda berasa tekanan di kepala


Lebih daripada 3 hari


Tidak tidur selama 3 hari atau lebih adalah sesuatu yang sangat berbahaya. Kesan sampingan yang disenaraikan di atas akan menjadi semakin buruk. 

Risiko untuk mengalami kemalangan semasa memandu atau melakukan tugasan berbahaya akan meningkat kerana anda cenderung berdepan microsleep. 

Otak akan mula berhenti berfungsi dengan baik dan boleh mengakibatkan kegagalan organ. Dalam kes jarang berlaku, anda berdepan risiko kematian.

Tidur yang mencukupi


Kebanyakan individu dewasa memerlukan tidur antara 7 hingga 9 jam setiap malam. Waktu tidur yang optimum bergantung kepada beberapa faktor termasuk jantina dan usia.

Tidur yang mencukupi penting untuk kesihatan badan secara keseluruhan. 

Jika anda mengalami masalah susah tidur malam, dapatkan pemeriksaan dengan pakar untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hari-Hari Kena Tindih Hantu Masa Tidur? Ini Derita Pesakit Somniphobia

July 18, 2020

Hari-Hari Kena Tindih Hantu Masa Tidur? Ini Derita Pesakit Somniphobia

Hari-Hari Kena Tindih Hantu Masa Tidur? Ini Derita Pesakit Somniphobia | Tahukah anda ada sejenis fobia yang buatkan anda rasa takut dan sukar untuk tidur? Fobia ini merupakan sesuatu yang benar-benar berlaku dan boleh mengancam nyawa penghidapnya.

Fobia ini juga dikenali dengan nama Somniphobia, iaitu fobia untuk tidur

Apa itu somniphobia?

Pernahkah anda dengar mengenai somniphobia? Somniphobia berasal dari perkataan latin somnus yang bermaksud tidur dan phobos yang bermaksud takut.

Somniphobia ialah satu fobia yang mengganggu individu daripada mendapatkan tidur yang berkualiti. Selalunya, individu yang menderita somniphobia akan sengaja mengelak untuk tidur malam.

Mereka alami rasa gelisah yang amat sangat sehingga ia mengacau corak tidur mereka.

Penghidap somniphobia mungkin rasa terlalu penat sebelum tidur, namun mereka masih akan mengalami kesusahan untuk terlelap kerana perasaan resah dan gelisah yang mengganggu mereka.

Walaupun kemudiannya mereka mungkin akan tertidur, penghidap somniphobia akan kerap terjaga dan kitaran ini akan berulang-ulang sehingga keesokan hari.

Individu yang menderita akibat somniphobia tidak mungkin akan mendapat tidur yang berkualiti.

Mereka juga mempunyai kadar hormon kortisol yang tidak normal dalam badan. Ini menyebabkan mereka selalu berada dalam keadaan berjaga-jaga dan risau terhadap sekeliling.

Punca somniphobia

Penghidap somniphobia bukan sengaja tidak mahu tidur. Sebaliknya, mereka mempunyai ketakutan lain yang membuatkan mereka rasa takut untuk tidur.

Namun, gejala yang menjadi punca individu menghidap somniphobia selalunya berkaitan dengan gangguan semasa tidur seperti:

1. Kelumpuhan tidur (sleep paralysis)

Keadaan yang juga dipanggil ‘kena tindih hantu’ ini bukan disebabkan perkara mistik.

Sebaliknya, ia merupakan salah satu bentuk gangguan tidur yang boleh menyebabkan anda rasa seperti lumpuh dan tak boleh bergerak ketika tidur.

Lazimnya, golongan ini akan rasa takut untuk tidur kerana risau ‘ditindih’. Perasaan risau ini pula sebenarnya akan membuatkan sleep paralysis jadi semakin teruk.

Tambah lagi, ada penghidap kelumpuhan tidur yang bukan hanya mengalami kelumpuhan, tetapi turut disertai dengan halusinasi yang boleh menjadikan tidur jadi amat menakutkan.

2. Selalu mendapat mimpi ngeri

Penghidap somniphobia selalu mengalami mimpi ngeri yang seakan-akan nyata dan benar-benar berlaku.

Mereka juga alami mimpi yang berkaitan dengan trauma yang mereka pernah hadapi seperti kematian insan tersayang, kemalangan ataupun berkaitan dengan perkara menakutkan yang mereka pernah lihat.

Pendek kata, perkara ini akan buatkan penghidap sukar untuk lena dan rasa takut untuk tidur kerana bimbang akan mendapat mimpi ngeri yang sama berulang kali.

3. Berjalan semasa tidur (sleepwalking)

Tahukah anda individu yang berjalan semasa tidur boleh mendapat kecederaan yang serius? Mereka boleh terjatuh ataupun bertindak memukul orang lain semasa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Selain itu, orang yang berjalan semasa tidur juga boleh meninggal dunia akibat daripada perbuatan berbahaya yang mereka lakukan ketika tidur!

Oleh itu, mereka takut untuk tidur kerana risau akan keselamatan diri semasa waktu beradu.

Ada banyak lagi punca yang boleh akibatkan somniphobia. Penghidap somniphobia menganggap kematian sebagai tidur besar (big sleep).

Oleh itu, mereka tidak rasa selesa untuk tidur kerana menganggap tidur juga merupakan satu bentuk kematian.


Kesan somniphobia


somniphobia

Penghidap somniphobia sudah pasti akan mengalami rasa mengantuk ketika waktu siang. Oleh itu, mereka akan sukar untuk fokus ketika bekerja.

Selain itu, mereka juga akan mengalami rasa penat yang amat sangat berikutan tidur mereka yang tidak pernah cukup.

Disebabkan mereka sukar untuk tidur, circadian rhythm (jam tidur) mereka juga akan terganggu. Ini akan akibatkan rembesan hormon dalam badan juga menjadi tidak seimbang.

Pesakit somniphobia akan kerap mengalami gangguan mood yang akan membuatkan mereka senang sakit hati ataupun jengkel terhadap orang lain.

Semua kesan ini akan membuatkan hidup pesakit somniphobia jadi sengsara. Mereka mungkin pada akhirnya akan terjerumus di dalam lingkaran depresi jika penyakit ini tidak dirawat oleh pakar.
Apa pesakit somniphobia boleh lakukan?

Pesakit somniphobia perlukan rawatan daripada pihak yang bertauliah untuk mengubat penyakit mereka. Jangan risikokan nyawa anda dan juga kerjaya jika anda mengalami rasa takut dan sukar untuk tidur.

Bukan semua pesakit yang mempunyai fobia memerlukan rawatan. Fobia lain seperti fobia terhadap haiwan ataupun makanan boleh dielakkan dengan mudah, caranya adalah menjauhi objek-objek tersebut.

Namun, penghidap somniphobia tidak dapat lari daripada masa tidur. Malah mereka terpaksa berhadapan dengannya saban malam.

Oleh itu, golongan ini mungkin boleh melakukan terapi sebagai salah satu kaedah rawatan yang berkesan.

Walau bagaimanapun, pesakit somniphobia tidak digalakkan untuk mencari rawatan sendiri. Berhubunglah dengan doktor pakar supaya dapat bina sebuah regimen yang sesuai dengan keadaan kalian.


Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health

January 18, 2020

Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health
Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax presenting a token of appreciation to Dr Muhamad Yazli Yuhana, Consultant Internal Medicine & Infectious Diseases of KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital at Antabax Always Be Clean (ABC) for Health campaign.

Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health︱
Dengan peningkatkan jumlah kes influenza di Malaysia, Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital kini bekerjasama untuk menganjurkan kempen kebersihan ‘Always Be Clean’ (ABC) for Health. Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kebersihan tangan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air atau pembersih tangan (hand sanitizer), mengikuti etika yang betul ketika bersin dan batuk serta menjalani gaya hidup yang sihat.

Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health
Mandy Lee, Senior Product Manager of Antabax, Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax together with Dr Muhamad Yazli Yuhana, Consultant Internal Medicine & Infectious Diseases of KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, taking the participants of Always Be Clean (ABC) for Health on the correct hand wash steps. 

Menurut Pengurus Kanan Jenama Antabax, Vivian Lee, memastikan kebersihan tangan merupakan salah satu langkah paling penting untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit. Sekali gus mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit kepada orang lain.

“Antabax mengambil langkah proaktif sebaik sahaja mendapat tahu jumlah kes influenza kian meningkat. Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menggalakkan tabiat kebersihan selama lebih satu dekad. Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital untuk mendidik orang ramai mengenai langkah mengurangkan risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit berjangkit seperti influenza.”

Data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan bahawa amalan tidak membasuh tangan mengundang bahaya kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Membasuh tangan dengan sabun boleh melindungi 1 daripada 5 kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan seperti pneumonia. Walaupun orang ramai di seluruh dunia membersihkan tangan dengan air, sangat sedikit yang menggunakan sabun untuk membasuh tangan mereka. Membasuh tangan menggunakan sabun boleh menghilangkan kuman dengan lebih efektif.

Mengenai Influenza


Influenza

Influenza biasanya dipindahkan menerusi titisan air yang keluar daripada batuk dan dan bersin apabila mulut tidak ditutup. Jangkitan virus influenza yang dibawa oleh udara dalam jarak pendek mungkin boleh berlaku, terutamanya di kawasan yang sesak. Pencemaran pada tangan juga menjadi satu lagi sumber jangkitan tersebut.


Influenza

Tanda-tanda dan Simptom Influenza

Tanda-tanda dan simptom influenza termasuklah suhu badan yang tinggi melebihi 38 darjah selsius, rasa penat yang lama sehingga dua dan tiga minggu, sakit sendi dan otot, batuk kering, sentiasa bersin, sakit tekak dan kepala. Mereka yang mempunyai tanda-tanda dan simptom ini perlu segera mendapatkan rawatan. Kumpulan berisiko tinggi termasuklah mereka yang berusia 65 tahun ke atas, ibu mengandung, penghidap penyakit-penyakit kronik, masalah pernafasan dan anak-anak kecil.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga mencadangkan kepada orang ramai, terutama mereka daripada kumpulan berisiko tinggi supaya mendapatkan vaksin selsema secara bermusim.


Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health
Mandy Lee, Senior Product Manager of Antabax, Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax together with Dr Muhamad Yazli Yuhana, Consultant Internal Medicine & Infectious Diseases of KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, taking the participants of Always Be Clean (ABC) for Health on the correct hand wash steps. 

Menurut Perunding Dalaman Perubatan dan Penyakit Berjangkit KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Dr Muhamad Yazli Yuhana, hospital telah merawat lebih 50 kes influenza pada minggu ini. Jadi, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan jangkitan.

“Hospital merekodkan lebih banyak kes berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kami harap dengan inisiatif bersama seperti kempen Antabax ABC for Health, orang ramai akan belajar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan demi melindungi diri dan keluarga mereka. Kita perlu lebih proaktif dalam mengambil vaksin, memastikan kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan segera untuk mengurangkan penyebaran influenza,” kata Dr. Yazli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Wabak Infleunza: Kurangkan Penyebarannya!”

Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health
Nurses from KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Infectious Diseases Control teaching the patient at the ward on hand wash steps at Antabax Always Be Clean (ABC) for Health campaign. 

Lagu kebersihan tangan Antabax yang menarik nyata menaikkan semangat kanak-kanak daripada KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital yang turut serta dalam program kesedaran dan pendidikan ini. Ia mampu membantu mereka mengingati langkah-langkah membasuh tangan yang betul sebagaimana yang ditunjukkan oleh para jururawat daripada unit kawalan jangkitan hospital berkenaan.

Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health
Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax, sharing the hygiene tips with the attendees of Antabax Always Be Clean (ABC) for Health campaign

“Penyebaran penyakit berjangkit seperti influenza boleh dikurangnya apabila kita bekerjasama. Langkah penting untuk tidak menyebarkan penyakit ini adalah dengan tidak terkena jangkitannya. Cara utama yang boleh diamalkan oleh setiap orang adalah sentiasa bersih sepanjang masa,” kata Lee.

Kempen ABC for Health dimulakan oleh Antabax pada tahun 2018 untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid pra-sekolah dan sekolah rendah. Ia telah melibatkan lebih 6,000 orang murid di seluruh negara.

Jadilah sebahagian daripada komuniti dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen serta inisiatif terkini dengan melayari laman Facebook rasmi Antabax di www.fb.com/NewAntabax atau Instagram di @antabax.

© Blog Cik Renex