product review
Showing posts with label product review. Show all posts

Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox

March 12, 2022

Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox


Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox ︱Pandemik Covid-19 telah membuatkan kita lebih peka terhadap kehadiran serta jangkitan virus dan kuman. Ekoran varian Omicron yang mudah merebak berbanding varian-varian lain sebelum ini, seluruh dunia kini bertarung dalam menangani gelombang keempat pandemik tersebut. Di Malaysia, kes-kes yang melibatkan varian Omicron juga kian meningkat.


Bagaimanakah kita dapat melindungi diri dan insan tersayang daripada jangkitan virus dan kuman, pada masa sama menjadikan ruang kediaman, kerja atau belajar satu zon bersih?


Pertama sekali, ketahui apakah elemen yang sedang anda depani. Covid-19 adalah satu virus pernafasan yang boleh tersebar menerusi titisan cecair daripada tubuh. Ini berlaku apabila penghidap virus berkenaan batuk, bersih atau menyentuh muka mereka dan seterusnya memegang suatu permukaan. Oleh itu, anda disarankan menggunakan disinfektan. Sebelum itu, pastikan anda sentiasa sentiasa mematuhi arahan pada label produk bagi penggunaan yang betul.


Memperkenalkan rangkaian disinfeksi Clorox Expert yang membantu anda mendisinfeksi kediaman, tempat kerja, sekolah atau universiti secara profesional. Dihasilkan dengan komponen-komponen yang digunakan dalam rangkaian Clorox bagi kegunaan hospital dan perkhidmatan perubatan, rangkaian terbaharu, yang menerima pengiktirafan EPA, ini membunuh 99.9% virus dan bakteria dalam masa 1 minit. Ia juga dapat menyingkirkanvirus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19. Menberikan hasil profesional dan pembersihan yang rapi, Clorox Expert adalah pilihan terbaik untuk mengekalkan kebersihan ruang anda daripada kuman dan virus termasuk COVID-19.


Clorox telah berada dalam bidang solusi pembersihan dan disinfektan sejak tahun 1913. Clorox Bleach merupakan jenama peluntur nombor satu di dunia dan kemampuannya untuk membunuh 99.9% kuman telah dipercayai selama bergenerasi. Kenyataan ini telah dibuktikan menerusi data dengan produk-produk Clorox telah dicuba dan diuji oleh golongan profesional dan pengguna sebelum pandemik melanda.


“Varian Omicron amat mudah merebak, menjadikan disinfeksi permukaan keras dengan lebih kerap menjadi satu keutamaan. Pastikan anda selalu menyahjangkit permukaan yang kerap disentuh seperti kunci, tombol dan pemegang pintu, telefon, komputer riba dan meja, ruang dalaman kenderaan serta bungkusan dan penghantaran. Adalah lebih baik mengambil langkah berwaspada agar kekal selamat,” kata Paulo Lao, Pengarah Jualan dan Pemasaran Clorox Asia Tenggara.


Beliau menambah, “Penyebaran varian Omicron bermakna kita berpotensi menjadi pembawa virus tersebut ke rumah dan menyebarnya kepada insan tersayang. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita disinfek item-item yang sering disentuh bagi menjamin kebersihan, keselamatan dan ketenangan minda.”


Clorox ingin berkongsi beberapa tip bagaimana anda boleh menjaga ruang dan melindungi diri dan insan tersayang dalam menghadapi peningkatan kes Omicron:

Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox

Memastikan Keselamatan Ruang Kerja, Sekolah dan Kolej

Kolaborasi merupakan sebahagian besar daripada sesi penting di tempat kerja, sekolah ataupun kolej. Sungguhpun kita berhasrat untuk mengekalkan penjarakan fizikal, namun masih terdapat kemungkinan bahawa kita menyentuh item-item yang telah disentuh pihak lain. Tidak salah untuk menjadi ‘pembersih’ atau ‘clean freak’ dengan menyahjangkit ruang kerja atau belajar anda apabila anda tiba atau kembali ke ruang tersebut selepas waktu makan tengah hari.


Buatkan Satu Pek Pencegahan

Pastikan anda mempunyai item-item pencegahan jangkitan (seperti pelitup muka, topeng muka, pensanitasi tangan, sarung tangan pakai buang serta pengelap dan penyembur pembasmi kuman) di lokasi tumpuan kediaman, konsol pusat kereta, di tempat kerja atau meja belajar, mahupun di dalam beg tangan atau beg galas anda untuk kegunaan jika anda berada di luar.

Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox

Membasmi Kuman Pada Peranti dan Barangan Bawaan Harian

Item bawaan harian seperti beg tangan, beg galas, komputer riba dan telefon mudah alih berpotensi untuk terkena titisan cecair tubuh - daripada diri atau individu sekeliling anda. Setibanya di rumah, pastikan anda mengelap item-item ini dengan rapi. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk memastikan item peribadi anda selamat dan mengelak anda dari menyebarkan virus secara tidak sengaja.

Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox

Disinfeksi Kenderaan Anda

Kita menghabiskan banyak masa dalam kenderaan dan pada kebiasaannya tanpa memakai pelitup muka. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Spray untuk membasmi kuman pada permukaan keras pada kadar segera atau guna Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk mengelap permukaan keras dengan lebih rapi. Jangan lupa untuk mengelap bahagian dalam dan luar lubang pendingin hawa dan pemegang pintu.

Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox


Singkir Kuman Melalui Semburan

Sebelum membawa masuk pembelian barangan keperluan atau bungkusan ke dalam rumah, sembur terlebih dahulu permukaan barangan tersebut. Letakkan Clorox Expert Disinfecting Spray di pintu masuk rumah untuk segera menyahjangkit item-item terlibat bagi menyingkirkan virus yang ada dan memastikan keselamatan diri dan insan tersayang terus terpelihara.

Disinfeksi Permukaan Kerap Disentuh

Susur tangan, suis lampu, pemegang dan tombol pintu adalah antara permukaan yang dipenuhi kuman. Seperti juga item-item yang sering dipegang dan sentuh seperti telefon, papan kekunci komputer dan alat kawalan jauh televisyen. Kami mengesyorkan Clorox Expert Disinfecting Wipes bagi membersihkan permukaan item-item ini kerana ia mampu membunuh 99.9% virus dan bakteria termasuk Covid-19 hanya dalam 15 saat9. Bersihkan permukaan ini dengan rapi sekurang-kurangnya sekali sehari.


Jangan leka dan lalai dalam memastikan keselamatan. Ikuti tip-tip mudah ini bagi membantu anda kekal selamat dan sihat serta mampu bertahan dalam mendepani cabaran yang dibawa varian Omicron.


Rangkaian Clorox Expert termasuk Clorox Expert Disinfecting Wipes dengan pek 15 dan 30 helaian kain pengelap; dan Clorox Expert Disinfecting Spray. Produk-produk Clorox boleh didapati di peruncit-peruncit terkemuka di seluruh negara.


Dapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti dan perkara berkaitan pembersihan serta sebagainya di laman web Clorox Malaysia di https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti laman media sosia Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan https://www.instagram.com/cloroxmalaysia/.

Komitmen TOP untuk Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen yang Menyingkirkan 99.9% Virus Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pandemik

June 7, 2021


Komitmen TOP untuk Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen yang Menyingkirkan 99.9% Virus Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pandemik ︱Wabak COVID-19 masih berada dalam kalangan kita. Sementara pelaksanaan program imunisasi sedang berjalan, rakyat Malaysia juga bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut seruan kerajaan untuk lindung diri, lindung semua, dengan mengambil berbagai langkah berjaga-jaga untuk mengawal penularan virus COVID-19 ini.



Sementara duduk di rumah, mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, mencuci atau sanitasi tangan, pemeriksaan suhu badan adalah sebahagian daripada norma baharu kita, Malaysia yang bersemangat #kitajagakita menyukai inovasi teknologi pencuci pakaian terbaru TOP yang terbukti menyingkirkan 99.9% virus termasuk virus SARS-CoV-2 yang mengakibatkan COVID-19, dan Influenza A2.

Pautan di media sosial dengan hashtag (#TOPcaresforYOU #TOPsayangisemua #TOPneversettles) telah membanjiri laman media sosial setelah orang ramai kembali ke tempat kerja, sekolah dan berada di luar rumah berkongsi cara menangani norma baharu iaitu membersihkan baju dengan pencuci pakaian anti-virus TOP untuk melindungi mereka yang berada di rumah.

TOP, jenama pencuci pakaian No 13 di seluruh Malaysia, memperkenalkan “Advanced Micro-Clean TechTM” sebagai respon secara langsung kepada kebimbangan pengguna terhadap kemungkinan virus berbahaya yang masih melekat pada baju yang telah dicuci, dan seterusnya membawa risiko kepada mereka yang tersayang. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP mampu untuk menanggalkan 99.9% virus, bukan sekadar bakteria.

“Advanced Micro-Clean TechTM” TOP menerusi revolusi “Anti-Microbial Tech” daripada Lion Jepun menggunakan teknologi pencuci pakaian generasi baru yang berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria2. Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.

“Advanced Micro-Clean Tech” TOP mempertingkatkan prestasi rumusan yang tersedia dengan semua fungsi TOP yang terkenal termasuk anti-sebum, anti bau hapak, anti-debu hama, ditambah dengan keberkesanan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya dan bakteria untuk perlindungan optimum. Ia juga menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap, disamping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan berbau segar.

1. Anti-Microbial



Menyingkirkan 99.9% Virus Berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan Bakteria2 untuk Perlindungan Optimum.

2. Anti-Sebum

A picture containing text

Description automatically generated
Menarik keluar Kesan Peluh, Minyak Badan dan Kotoran Terperangkap untuk Pembersihan Menyeluruh.

3. Anti-Malodour

Logo

Description automatically generated
Mencegah Bau Hapak walaupun Dikeringkan di Dalam Rumah.

4. Anti-Mite Dust

A picture containing text, vegetable

Description automatically generated
Menyingkirkan 99.9% Debu Hama2 yang Menyebabkan Alahan.


“Advanced Micro-Clean Tech” TOP dengan Anti-Microbial Tech telah dilancarkan tepat pada masa kepada mereka yang inginkan ketenangan minda dan memastikan telah mengambil langkah untuk mengurangkan risiko daripada menyebarkan virus kepada orang tersayang dan masyarakat secara tidak sengaja.

Menurut Southern Lion Sdn Bhd, Pengurus Besar Kanan, Cik Carmen Foo, pelanggan Malaysia telah membuat pilihan bijak dengan memilih “Advanced Micro-Clean Tech” TOP untuk fungsi penyingkiran 99.9% anti-virus, yang dapat menanggalkan virus COVID-19 dari fabrik, di mana ia pilihan yang penuh tanggungjawab untuk mereka sendiri, ahli keluarga dan masyarakat. Rumusan ini telah diuji oleh makmal bebas di Jepun dan terbukti berkesan menanggalkan virus sehingga 99.9% terutamanya COVID-19 & Influenza A.

“Bahkan sebelum wabak ini, Lion Corporation di Jepun telah mengkaji teknologi pencuci pakaian anti-virus untuk memberi gaya hidup yang lebih bersih menyeluruh kepada pengguna kami. Kami memperkenalkan teknologi pencuci pakaian yang inovatif dan penting ini kepada Malaysia hanya selepas memastikan rumusan yang lengkap supaya ia berkesan melawan virus, terutamanya SARS-CoV-2. Rakyat Malaysia menghargai tawaran produk inovatif kami kerana ia sesuai dengan norma baharu kita, dan memberi ketenangan minda kepada mereka. Untuk TOP, kami berasa bangga kerana menyumbang kepada #kitajagakita dengan menawarkan rangkaian pencuci pakaian inovatif ini.”

“Kepercayaan dan keyakinan para pengguna telah mendorong TOP untuk menjadi jenama pencuci pakaian nombor satu di Malaysia selama bertahun-tahun. Kami berterima kasih kepada mereka melalui komitmen kami untuk terus berinovasi berdasarkan pandangan pengguna dengan tujuan menjadikan kehidupan dan gaya hidup mereka lebih baik dan bersih,” jelas Cik Foo.

“Kami berasa bangga dapat meningkatkan kesedaran warga Malaysia dari peringkat masyarakat untuk mengambil berat melalui inovasi termaju TOP. Kita masing-masing dapat memainkan peranan penting dengan mengambil langkah-langkah kecil seperti memakai pelitup muka, membersihkan tangan dan mencuci baju dengan pencuci yang boleh menyingkirkan virus.”

“Sejak saya kembali bekerja, saya bimbang sekiranya ada terbawa balik virus bersama pakaian, sebab nenek saya tinggal bersama kami. Oleh itu, kami harus berhati-hati. Bila saya mendapati TOP dapat menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19, terus saya mendapatkannya untuk keluarga saya. Kami sudah biasa dengan menanggalkan baju kotor dan meninggalkannya dalam bakul baju yang tertutup sebaik sahaja sampai di rumah, sebelum mandi. Kami akan mencuci baju setiap petang untuk mengurangkan risiko penularan. Saya berasa senang hati menggunakan TOP sebab ia menyingkirkan 99.9% virus,” kata Wenny Soong, ibu kepada dua anak.


Muhammad Syahidee, pemandu e-hailing berasa bertanggungjawab untuk menggunakan pencuci pakaian yang boleh menyingkirkan 99.9% virus dan bakteria sebagai usahanya untuk mengurangkan risiko penularan.

“Sebelum wabak ini saya tidak tahu perbezaan antara virus dan bakteria. Saya risau akan menyebarkan penyakit ini kepada keluarga, kawan-kawan, pelanggan dan rakan sekerja secara tidak sengaja kerana saya pekerja barisan hadapan. Saya mendapati TOP menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19 dari pakaian saya, dan ia memberi jaminan dan ketenangan minda kepada saya. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab kita semua. Inilah #kitajagakita. Kini saya lebih pentingkan kebersihan berbanding dengan masa lalu. Tiada seorang yang harus menjadi penyebar virus,” jelasnya.


Pengguna TOP setia sejak sekian lama, Syakirah Yusof, rangkaian baru Antivirus 99.9% Advanced Micro-Clean Tech TOP adalah tepat pada masanya.

“Ibu bapa saya guna TOP, saya pun guna TOP untuk banyak tahun sebab fungsi anti bau hapak dan anti-sebum amat berkesan pada baju berbau peluh dan tiada bau semasa pengeringan dalam rumah. Saya amat gembira kerana TOP masih mengekalkan kesemua fungsi yang saya gemari dan berkesan menyingkirkan 99.9% virus termasuk penyebab COVID-19. TOP memang berkesan membersihkan kotoran biarpun yang dapat dilihat ataupun yang tidak kelihatan dan saya boleh merasainya. Saya juga suka bau wangi pada baju selepas mencuci dengan TOP,” kata Syakirah Yusof, peguam.




“Advanced Micro-Clean Tech” TOP 99.9% Antivirus terdapat dalam bentuk serbuk, cecair dan rendah buih untuk pilihan anda. Para pelanggan serbuk pencuci TOP boleh menikmati faedah “Advanced Micro-Clean Tech” melalui pilihan Super White, Super Colour, Super Hygienic, Blooming Freshness dan Silky Miracle. Untuk pelanggan rangkaian cecair TOP, mereka boleh memilih dari rangkaian Brilliant Clean, Colour Protect, Odour Buster, Stain Buster, Blooming Pleasures dan Silky Miracle. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP juga terdapat dalam Super Low Suds dan Super Low Suds Blooming Garden (serbuk) serta Smart Clean (cecair) dalam rumusan rendah buih yang direka khas untuk mesin basuh muatan hadapan, demi cucian yang cekap dan berkesan. Pencuci pakaian TOP boleh didapati di peruncit seluruh negara dan atas talian melalui Kedai Rasmi Shopee dan LazMall.



Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.



Perdebatan Hebat Rendang Raya Santan Ayam Brand™ Menyerlahkan Keenakan Rasa Tradisi

May 16, 2021

Perdebatan Hebat Rendang Raya Santan Ayam Brand™ Menyerlahkan Keenakan Rasa Tradisi ︱ Apakah memori Raya yang paling manis anda? Bagi anak-anak kampung, kemeriahan bergotong-royong memasak rendang, ketupat dan dodol mungkin antara kenangan Raya paling awal mereka. Dengan bau semerbak santan yang kian masak di atas kayu api, serta kehingaran ruang yang diisi dengan irama Hari Raya daripada radio berhampiran dan gelak-tawa jiran tetangga yang sibuk memasak, pastinya akan menggamit ingatan kemeriahan sambutan.

Bagi keluarga dengan ibu bapa mereka yang berasal dari negeri yang berbeza, Perdebatan Hebat Rendang Raya pasti muncul menjelang berakhirnya Ramadan. Setiap pihak akan mempertahankan mengapa sajian rendang dari negeri mereka adalah lebih hebat, baik dari segi rasa, aroma, tekstur, tahap kepedasan sehinggalah keenakan baki rendang yang ada.

Ada keluarga yang akan memilih untuk menyediakan rendang daging, ayam, kerang, kambing mahupun makanan laut dalam pelbagai cara bagi menenangkan kedua-dua pihak, dan menggembirakan tetamu mereka. Pilihan ini juga akan mencetuskan lagi perdebatan tentang rendang mana yang lebih enak, sekali gus membuktikan tiada pihak yang menang mahupun kalah dalam Perdebatan Hebat Rendang Raya ini. Sebaliknya, ia mampu menggembirakan selera dan perut yang lebih kenyang.

Terdapat empat komponen untuk menghasilkan rendang yang hebat: rempah, pes, daging atau makanan laut, serta santan yang lemak berkrim. Chef, tukang masak di rumah mahupun connoisseur rendang bersetuju bahawa santan berkualiti merupakan ramuan utama bagi rendang yang enak.

Ayam Brand™ memahami cabaran yang dihadapi dalam menghidupkan resipi-resipi tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke generasi lain, serta keperluan gaya hidup hari ini seperti kebimbangan terhadap pemakanan yang berkaitan kesihatan dan masa terhad untuk masak.

Sejak berdekad lamanya, Ayam Brand™ menyediakan rasa hebat dan manfaat kesihatan santan dalam pek mudah. Dalam persekitaran yang bersih, Santan Ayam Brand™ diperah daripada kelapa-kelapa terpilih dengan santan yang terhasil kemudiannya dimasukkan dalam pek tetra menggunakan teknologi ultra tinggi (UHT). Kaedah yang digunakan adalah sama baik dengan perahan menggunakan tangan. Bezanya, anda tidak perlu berhadapan dengan kerja-kerja membersih perkakas selepas santan diperoleh. Penstandardan kualiti, kepekatan dan kuantiti dalam setiap pek akan memudahkan individu yang memasak, menyingkirkan kaedah agak-agak yang sebelum ini diamalkan.

Terdapat pelbagai pilihan Santan Ayam Brand™ bagi memenuhi segenap cita rasa. Anda boleh memilih, Santan Trim Ayam Brand (45% kurang lemak) atau Santan Super Light Ayam Brand (hanya 5% kandungan lemak!).

Bersempena sambutan Hari Raya ini, Ayam Brand™ telah memperkenalkan pek edisi terhad Santan Ayam Brand™ 200ml dengan penutup senang dibuka - agar anda dapat menggunakan santan mengikut keperluan dan menyimpan baki yang ada dengan mudah di dalam peti sejuk sebelum digunakan lagi. Walaupun pek santan baharu ini ditawarkan dalam tempoh yang terhad, namun rasa dan resipi Santan Ayam Brand™ yang dikenali ramai masih lagi sama.

Bekerjasama dengan tiga tukang masak di rumah yang berpengalaman, Ayam Brand™ membawakan anda tiga resipi rendang yang unik. Setiap resipi merupakan khazanah keluarga yang telah dicuba dan disempurnakan oleh turun-temurun dengan penuh kasih-sayang.

Sekiranya anda masih belum memutuskan pilihan rendang bagi Hari Raya ini, masih ada masa untuk mencuba resipi-resipi ini untuk mengetahui yang manakah rendang kegemaran anda. Adakah ia Rendang Kerang, Rendang Ayam Cili Padi dengan Puluh Kuning atau Rendang Daging Pedas Perak?

Hidangan Rendang Kerang ini merupakan sajian tradisi bagi Wana Kamal (@wanakamal_79) dan membawanya ke zaman silam kerana ia merupakan rendang kegemaran arwah ayah beliau setiap kali sambutan Hari Raya. Wana masih ingat memori ketika kecil. Beliau akan memetik cili padi yang ditanam di rumah dan mengupas kerang bersama saudara perempuannya sebelum rendang dimasak.

“Bagi memudahkan kerja, saya akan merebus kerang terlebih dahulu agar kulit kerang akan terbuka dan menyenangkan isi dikeluarkan. Namun, saya perlu peka dengan masa merebus kerana kerang yang direbus terlalu lama akan menjadi keras dan liat. Bagi menyediakan rendang yang enak, anda memerlukan dua genggam cili padi dan Santan Ayam Brand™,” kata Wana yang amat merindui masa yang dihabiskan bersama keluarga untuk menyediakan hidangan istimewa tersebut.


Rendang Ayam Cili Padi by @mira.sofia.saufi



Walaupun banyak pihak yang berpendapat bahawa daging merupakan ramuan paling sempurna bagi rendang yang lazat, namun Amirah (@mira.sofia.saufi) merasakan rempah dan santan yang digunakan dalam Rendang Ayam CIli padi menyerlahkan lagi rasa sedap ayam kampung, terutamanya apabila ia dipadankan dengan pulut.

“Ketika membesar saya didedahkan dengan pelbagai jenis hidangan Rendang tetapi bagi Hari Raya, Rendang Ayam Cili Padi wajib ada. Ibu telah mengajar saya cara untuk menyediakannya, dan saya akan meneruskan tradisi ini. Beliau akan menggunakan banyak cili padi berbanding saya kerana sememangnya suka pedas. Bagi menyediakan masakan ini, saya gemar menggunakan Santan Ayam Brand™, lebih-lebih lagi ia didatangkan dengan penutup yang mudah dibuka. Tekstur santan ini juga lebih pekat dan berkrim, berpadanan dengan tahap kepedasan ramuan. Rendang ini sesuai dipadankan dengan pulut kerana ia mempunyai kuah. Ia juga enak dimakan bersama lemang mahupun ketupat!” tambah Amira.

Mereka yang berasal dari Perak memang dikenali sebagai pengemar makanan pedas. Rendang kegemaran Zarra (@zarra.riana) adalah Rendang Daging Pedas yang disediakan keluarganya kerana tekstur rendang yang memuaskan rasa.

“Sementara Rendang Tok menggunakan kerisik, Rendang Daging Pedas menggunakan kelapa parut bagi mendapatkan tekstur lembut yang serupa dengan Serunding. Bagi mendapatkan daging yang empuk bersama rasa sempurna rempah dan herba serta ‘berkawan’ dengan Santan Ayam Brand™, hidangan ini dimasak di atas api yang perlahan untuk tempoh yang lama,” jelas Zarra.

Oleh itu, siapakah bakal menjadi pemenang Perdebatan Rendang Hebat Raya ini? Keputusannya di tangan anda - sediakan ketiga-tiga resipi warisan ini dan jadikan ia kegemaran anda.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemudahan Santan Ayam Brand™ dengan penutup edisi terhad ini dan menyertai peraduan Masak dan Menang Ayam Brand™. Anda hanya perlu memasak rendang atau hidangan-hidangan lain dengan menggunakan santan Ayam Brand™, ambil gambar dan memuat naik ke laman Facebook atau Instagram anda dengan menggunakan tanda pagar #santanayambrand. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM17,200 dari innochef! Untuk butiran lanjut, layari laman https://www.ayambrand.com.my/masakdanmenang.


Dapatkan resipi-resipi ini dan pelbagai maklumat lain di www.ayambrand.com.my.

Bio-Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength - Makanan tambahan wajib untuk kesihatan yang lebih baik

March 27, 2021

Bio-Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength

Bio-Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength- Makanan tambahan wajib untuk kesihatan yang lebih baik︱Assalamualaikum dan Hai. Siapa di sini wajib ada lauk ikan setiap kali anda makan?Jika tak ambil rasa macam tak lengkap pulak menu hari tu. CR gemar juga makan ikan tapi bukan lah kerap sangat, dan lebih kepada penggemar lauk berasakan ayam. 

Sebenarnya banyak sangat kebaikan mengambil ikan dalam diet pemakanan seharian kita. Ikan sangat kaya dengan asid lemak Omega-3 yang sangat penting untuk badan kita dan kita perlu makan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Tapi,mampu ke kita nak ambil secara kerap begitu? Oleh yang demikian, kita perlu ambil makanan tambahan iaitu minyak ikan untuk memastikan kesihatan badan kita dalam tahap optimum.

Kawal Kesihatan Diri dengan Pengambilan Bio-Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength

Untuk CR yang jarang makan ikan ni, memang kena cari makanan tambahan lain dan mujurlah jumpa satu makanan tambahan dari BioLife iaitu MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength. Ia merupakan minyak ikan dos berganda yang membekalkan asid lemak poli tak tepu omega-3, iaitu asid eikosapentaenoik (EPA) dan  asid dokosaheksaenoik (DHA) untuk menyokong fungsi-fungsi badan yang sihat. Asid lemak omega-3 ini telah diekstrak daripada ikan kecil laut dalam (ikan bilis) dan ditapis dengan proses penyulingan molekul taw.



Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai MaxX Fish Oil ini, jom kita baca apa lagi kebaikan mengambil minyak ikan.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Mengawal paras kolestrol
  • Meningkatkan kesihatan mata
  • Mengatasi kemurungan
  • Mengurangkan keresahan
  • Mencegah penyakit Alzheimer
  • Mengubati dan mencegah kanser
  • Mencegah penyakit kardiovaskular

Bio-Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength


Kandungan MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength.
  • Minyak ikan (dalam bentuk trigliserida)
  • Membekalkan asid lemak omega-3 1000mg 1000mg
  • Asid Eikosapentaenoik acid (EPA) 360mg 360mg
  • Asid Dokosaheksaenoik acid (DHA) 240mg

Bagaimanakah MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength dapat membantu menyokong kesihatan optimum badan kita? Untuk pengetahuan anda, EPA and DHA merupakan asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, ia perlu diperolehi daripada diet harian kita. EPA dan DHA membentuk struktur penting dalam membran sel yang membantu fungsi-fungsi badan. Setiap kapsul MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength membekalkan asid lemak poli tak tepu omega-3 berkonsentrasi tinggi, 360mg EPA dan 240mg DHA



kebaikan minyak ikan


Kebaikan lain MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength.
  • Terdiri daripada omega-3 dalam bentuk trigliserida yang senang diserap dan digunakan dalam badanDiproses dengan penyulingan molekul demi menyingkirkan hampir semua kotoran dan bahan cemar yang terdapat dalam minyak ikan.
  • Berasaskan sumber daripada ikan bilis, salah satu ikan laut yang kecil yang kaya dengan asid lemak omega-3.
  • Mengandungi 2x omega-3 EPA dan DHA

Banyak kebaikkan yang kita akan dapat jika kita amalkan makanan tambahan MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength ni. Terutamanya pada golongan yang kurang pengambilan ikan dalam harian dan juga orang yang ingin kekalkan kesihatan mereka. Tak banyak pun kita perlu makan setiap hari, cuma Ambil 1 kapsul, 2 kali sehari selepas makan atau seperti yang disyorkan oleh doktor atau ahli farmasi. Harga BioLife MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength ni pun juga sangat berpatutan. Hanya RM190 untuk tiga botol dan satu botol tu ada 100pil. Jimat sangat kan. Boleh dapatkan di farmasi seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman utama Bio-Life di https://biolife.com.my/



Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free keluaran terbaru Safi Malaysia

March 9, 2020

Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free keluaran terbaru Safi Malaysia

Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free keluaran terbaru Safi Malaysia Assalamuaalaikum dan Hai. Selamat kembali bertugas setelah dua hari kita bercuti. Masih terasa mood nak berehat bila masuk kerja di pagi Isnin kan. Pada yang surirumah tu, dah siap mengemas belum tuu. Pasti banyak kerja yang menanti kan. Untuk yang bercuti,selamat menikmati cuti anda. Jaga kesihatan anda lagi-lagi dengan kes wabak covid-19 ni kan.

Entri kali ni CR ingin berkongsi satu pengalaman menggunakan produk terbaru dari Safi Shayla iaitu Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free. Packaging syampu ni CR sangat suka sebab Sejenis Lutsinar. Kita boleh tengok syampu kita tinggal banyak ke sikit. Mudah untuk kita 'Bajet' bila untuk beli seterusnya. hehehe.



Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free

Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free ini adalah 100% mengunakan bahan Botanical Actives dan juga 0% Paraben. Jadi pastinya ianya selamat digunakan. Antara kandungan utama syampu ini adalah Organik Habbatus Sauda, Minyak Argan dan juga Minyak Pokok Teh. Ketiga-tiga bahan utama ini sangat penting dalam membantu membaiki kerosakan rambut kita. 

Kelebihan kandungan bahan di dalam syampu :
  • Organik Habbatus Sauda : Sumber nutrien kaya untuk melindungi dan menyuburkan kulit kepala
  • Minyak Argan : Meninggalkan rambut lebih lembut, sutera, lebih mudah diurus dan menambah bersinar yang sihat dan menarik
  • Minyak Pokok Teh : Berkesan membersihkan folikel rambut yang tersumbat untuk rambut ringan & fleksibel.

Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free

Antara kandungan lain di dalam syampu ini :

Water, Sodium Lauryl Ether Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Fragrance, Sodium Chloride, Decyl Glucoside, Hydrolyzed Corn Starch, PPG-3 Caprylyl Ether, Glyceryl Caprylate/Caprate, Panthenol, Citric Acid, Polyquaternium-10, Sodium Citrate, Menthol, Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride, Disodium EDTA ,Cetanol dan etc.

Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free

CR suka sangat pakai syampu ni rasa macam nak guna setiap kali mandi. Setelah hampir seminggu CR menggunakan syampu Safi Shayla Botanical Silk ni yang paling CR suka adalah bau dia yang wangi dan bertahan sehingga berjam-jam. Masa tengah pakai syampu ni juga kulit kepala akan berasa berangin , segar je rasa. Rambut CR yang sebelum ni macam kering sikit dah kelihatan lebih baik dari sebelumnya. Mungkin kena guna secara berterusan untuk jangka masa yang panjang bagi dapat kesan yang lebih optimum kan.InshaAllah.

Jadi,anda taknak ke mencuba syampu Safi Shayla Botanical Silk ni? Senang je nak cari, boleh cari di watsons, guardian, dan pasaraya yang ada menjual. Harga yang berpatutan untuk size 480gm ni iaitu RM24.90(harga sebelum promosi) sahaja. Murah bukan? Rugi kalau tak mencuba.

Untuk makluman lebih lanjut berkenaan  Safi Shayla Botanical Silk Micellar boleh ke:





Cara cuci Sinki tersumbat dengan Soda Kuda Api

January 28, 2020

Cara selesaikan masalah Sinki tersumbat

Masalah sinki tersumbat selesai dengan Soda Kuda Api | Assalamualaikum dan Hai. Selamat kembali bertugas pada yang dah mula bekerja hari ni. Lama cuti Tahun Baru Cina kan rasa macam nak cuti lama lagi. Huhu. Cuti-cuti ni mesti ramai family datang berkunjung ke rumah kita dan kalau boleh kita nak rumah kita kelihatan Perfect di mata mereka. Malulah kalau tiba-tiba orang datang, rumah kita ada masalah sinki tersumbat tak pasal-pasal je kena mengata dengan tetamu nanti.

Kes sebegini pernah terjadi pada kawan CR. Rumah dia mengalami masalah sinki tersumbat. Dah pelbagai cara dia guna untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat termasuklah menggunakan air panas,cuka, garam dan asid. Semua tak berhasil , siniki masih tersumbat dan rasa nak give up dah. Terus rasa nak panggil tukang paip datang dah.

Pembekal Soda kuda api

Tetapi kawan CR ni nak cuba juga selesaikan sendiri juga masalah sinki tersumbat rumah dia dengan sendiri. Jadi sambil2 dia online Facebook tu dia search "Sinki tersumbat" di ruangan search Facebook dan keluarlah iklan Soda Kuda Api. Dia cuba beli satu pek dan bila Soda Kuda Api tersebut dah sampai terus dia cuba buat ikut arahan penggunaan. Dan alhamdulillah, masalah sinki tersumbat terus hilang dan lancar je air mengalir turun tanpa ada masalah. Jimat duit. :)


Kawan CR ni juga ada beli satu rumah. Biasa lah rumah baru mesti kita kena bersihkan dahulu sebelum di sewakan untuk penyewa lain. Tengah bersihkan bilik air, tengok-tengok air bertakung dan melimpah ke ruangan bilik. Dia teringat pada Soda Kuda Api yang sebelum ni dia beli.


Keesokkan harinya, dia cuba pakai soda tersebut ke dalam lantai lubang bilik air , jirus air panas . Selepas 2jam dia check semula dan tengok air bertakung sebelum ni dah tiada dan bila pasang air laju-laju pun dah tak bertakung. Selesai masalah.

Selepas dari kes tu, kawan CR terdetik hati nak menjual juga soda kuda api bagi membantu kawan-kawan yang ada masalah sinki tersumbat ni.

Berikut adalah testimoni mereka yang dah pernah guna Soda kuda api ni.




Pembekal soda kuda api sinki problem
(TESTIMONI)

Pembekal Soda Kuda Api
(TESTIMONI)

Sinki masalah
(TESTIMONI)

Soda Kuda Api
(TESTIMONI)



sinki tersumbat

Jadi, kalau anda ada masalah sinki tersumbat, aliran air perlahan atau sebagainya  boleh la cuba Soda Kuda Api ni juga.  


Harga?

1kg RM40 
(harga tidak termasuk postage)
Boleh hubungi En Rasyid untuk COD
di kawasan-kawasan tertentu sekitar KL dan Selangor.

Cara untuk tempahan

Boleh melalui whatsapp En Rasyid . Klik link ni

Atau melalui Facebook beliau.

Selamat mencuba. 


Ayam Brand™ Memperkenalkan Tiga Pilihan Saba Mackarel Flakes Dalam Sajian Sedia-Untuk-Dimakan Yang Menyihatkan, Mudah & Enak

December 8, 2019

Resepi Ayam Brand Saba Mackerel

Ayam Brand™ Memperkenalkan Tiga Pilihan Saba Mackarel Flakes Dalam Sajian Sedia-Untuk-Dimakan Yang Menyihatkan, Mudah & Enak ︱Ayam Brand™, satu jenama sardin yang sinonim di Malaysia dengan tin ikonik berwarna kuning dan merah serta kepelbagaian sajian tuna di pasaran, kini menambah Saba Mackerel Flakes dalam senarai hidangan sedia-untuk-dimakan yang juga menyihatkan, mudah dan enak.

Saba merupakan ayat dalam bahasa Jepun yang memberi makna Mackerel Pasifik. Ia merupakan hidangan ruji masyarakat Jepun, popular kerana nilai khasiat, harga yang berpatutan dan kekayaan rasa. Manakala di Malaysia, ikan saba panggang menjadi hidangan kegemaran di restoran-restoran Jepun.

Resepi Ayam Brand Saba Mackerel
Anda kini berpeluang untuk menikmati keenakan rasa eksotik ikan saba mackerel di rumah, tempat kerja atau ketika beriadah dengan Ayam Brand™ Saba Mackerel Flakes yang didatangkan dalam tiga pilihan rasa iaitu Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones. Ayam Brand™ telah memastikan ketiga-tiga pilihan berkenaan menepati cita rasa tempatan, tanpa berkompromi terhadap kehebatan rasa dan kualiti kepingan ikan saba mackerel.

Saba mackerel dikenali ramai kerana memiliki rasa yang enak tetapi tahukah anda bahawa ia merupakan sejenis ikan yang kaya dengan khasiat? Ia mempunyai kandungan tinggi protein, vitamin, mineral dan asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.

Berdasarkan sebuah artikel dari Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, amalan pemakanan yang kaya dengan omega-3 mempunyai hubungan dengan proses penuaan yang sihat, seperti di Jepun yang mempunyai jangka hayat terpanjang di seluruh dunia.

Sungguhpun demikian, tubuh kita tidak menghasilkan asid lemak Omega-3. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan nutrien ini daripada sumber-sumber semulajadi seperti makanan laut. Saba mackerel mempunyai hampir 50% lebih kandungan Omega-3 berbanding hidangan tuna yang serupa. Hakikatnya, satu tin Chilli Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ mempunyai kandungan Omega-3 yang serupa dengan lapan biji kapsul softgel minyak ikan, sekali gus memenuhi keperluan mingguan Omega-3 anda.

Manfaat Omega-3

Omega-3 boleh mendorong kesihatan otak semasa kehamilan dan kitaran awal janin kerana ia amat penting untuk pertumbuhan otak dan perkembangan bayi. Mendapatkan kandungan Omega-3 yang mencukupi semasa kehamilan dikaitkan dengan pelbagai manfaat kepada anak anda, termasuk kepintaran yang lebih tinggi, komunikasi dan kemahiran sosial yang lebih baik, kurangnya masalah tingkah laku dan pengurangan risiko pembantutan tumbesaran.

Asid Lemak Omega-3 juga memperbaiki kemahiran membaca dan sikap dalam kalangan kanak-kanak yang paling memerlukan - golongan yang mencatatkan keputusan ujian 20% paling rendah dalam kelas di peringkat sekolah rendah - menurut satu percubaan kawalan yang telah dilaksanakan.

Mata kita sering terdedah daripada sinar biru yang terhasil daripada skrin-skrin elektronik dan digital. Ini seterusnya akan meningkatkan risiko kerosakan mata yang kekal, malah kebutaan. Mendapatkan kandungan Omega-3 DHA, juga komponen struktur utama bahagian retina dalam mata, yang mencukupi mungkin penting dalam memastikan kesihatan mata dan mengekalkan penglihatan yang baik bagi tempoh yang lebih lama.

Kajian juga mendapati Omega 3 boleh memberi kebaikan kepada penyusutan kognitif berkaitan usia seperti penyakit Alzheimer. Golongan dewasa yang lebih berusia yang mendapatkan sumber Omega-3 daripada makanan laut menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian kemahiran pemikiran, seterusnya mencadangkan bahawa Omega 3 berupaya mengurangkan risiko penyakit Alzheirmer.


Menariknya, pelbagai penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan Omega-3 yang didapati secara semulajadi dalam sumber makanan memberikan lebih banyak manfaat berbanding mengambilnya sebagai suplemen minyak ikan. Oleh demikian, terdapat banyak sebab untuk menambah Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ ke dalam pemakanan anda sebagai sumber yang kaya dengan Omega-3, pada setiap peringkat kehidupan anda.

Sungguhpun saba mackerel segar tidak dapat diperoleh secara meluas di pasar-pasar dan pasar raya tempatan, namun ia boleh dijumpai di restoran-restoran Jepun tetapi pada harga yang premium. Namun, Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ membawakan kesemua manfaat nutrisi, khasnya Omega-3, dengan menyediakan kemudahan sajian sedia-untuk-dimakan dalam pilihan yang memenuhi cita rasa rakyat Malaysia termasuk Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones.

Kini anda mengetahui bahawa adalah mudah untuk mendapatkan kebaikan Omega-3 daripada Ayam Brand ™ Saba Mackerel Flakes. Hanya tarik penutup tin dan ia tersedia untuk dimakan. Ia juga boleh dijadikan lauk bersama hidangan nasi panas atau digulung bersama nasi dan membalutnya dengan rumpai laut kering bagi menghasilkan Onigiri. Ayam Brand ™ Saba Mackerel Flakes juga hebat dalam sajian wrap, inti sandwic, digaul bersama pasta mahupun ditabur di atas piza.

Ayam BrandTM Saba Mackerel Flakes dalam Chilli (160gm) dan dalam Mayonnaise(160gm) ditawarkan pada harga RM6.20 setin, sementara dalam Minyak Zaitun Dara (150gm) dijual pada harga RM6.50 setin. Rangkaian lengkap produk-produk Ayam Brand™’s yang menyihatkan dan memudahkan boleh didapati di pasar raya di seluruh Malaysia.

Sebelum entri tamat, CR nak berkongsi satu resepi dengan menggunakan Ayam Brand Saba Mackerel Flakes.

Resepi SABA


1. Sushi Saba 


Ayam Brand™ Memperkenalkan Tiga Pilihan Saba Mackarel Flakes Dalam Sajian Sedia-Untuk-Dimakan Yang Menyihatkan, Mudah & Enak  Resepi Ayam Brand Saba Mackerel


Bahan-Bahan  (Untuk 4 Hidangan)


1/2 timun, dihiris memanjang 
1/2 sudu kecil garam 
1 bawang, dihiris nipis 
2 cawan nasi Jepun, ataupun basmati 
1 sudu besar bijan, dipanggang 2 minit. 
1 kepingan nori 
1 tin Ayam Brand Saba Mackerel in Mayonis 


Cara Penyediaan 

  1. Campurkan stok ikan, mirin, air, kicap cair dan gula dalam mangkuk.
  2. Kita mesti mengacaunya sehingga kesemua gula larut sepenuhnya.
  3. Kemudian, tuangkannya diatas nasi dan campurkan. Nasi sushi telah sedia.
  4. Letakkan kepingan nori diatas tikar penggulung buluh.
  5. Ambilkan sedikit nasi dan letakkan disebelah kepingan nori.
  6. Letakkan timun dan ketulan saba secara memanjang. Kita tambahkan sedikit hirisan bawang dan bijan.
  7. Gulungkan menggunakan tikar dan basahkan penghujung kepingan nori dengan sedikit air supaya ia dapat ditutup sepenuhnya. Ia sebenarnya senang setelah anda mencubanya beberapa kali.


2. Kek Ubi Keledek


Ayam Brand™ Memperkenalkan Tiga Pilihan Saba Mackarel Flakes Dalam Sajian Sedia-Untuk-Dimakan Yang Menyihatkan, Mudah & Enak  Resepi Ayam Brand Saba Mackerel



Bahan-Bahan (Untuk 4 hidangan)

 1 tin Ayam Brand Saba Mackerel Chilli
 400 g ubi keledek dikupas (dikukus atau dibakar)
 100 g kubis, dihiris nipis
 100 g bawang, dihiris
 100 g lobak merah, parut
 2 tangkai daun bawang, dihiris
 3 telur
 1 sudu tepung jagung


Cara Penyediaan

1. Lenyekkan saba, keledek, kubis, lobak merah, bawang kuning dan daun bawang.
2. Di mangkuk yang asing, kacau telur bersama tepung jagung.
3. Bentukkan campuran saba menjadi 4 keping kek bulat. Ratakan sehingga dalam
ketebalan 2cm.
4. Gris kuali. Pada kepanasan sederhana.
5. Celupkan ‘kek’ ke dalam campuran telur dan goreng sampai kuning keemasan.
6. Hidangkan kek dengan sos cili.


Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

November 3, 2019

Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan︱Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pencegahan dan kawalan terhadap jangkitan perlu untuk kekal sihat. Di seluruh dunia, seramai 30,000 wanita dan bayi maut setiap tahun akibat jangkitan yang biasanya disebabkan oleh kekurangan air, sanitasi dan amalan membasuh tangan yang tidak sempurna. 

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC), kira-kira 80 peratus penyakit berjangkit disebarkan menerusi sentuhan. Kanak-kanak perlu dididik mengenai kebersihan untuk mengurangkan risiko mereka menyebar dan mendapat penyakit berjangkit daripada batuk, selsema, Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut, Influenza serta banyak lagi. 

Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan Antabax, jenama rangkaian penjagaan diri antibakteria Halal nombor satu menjalin kerjasama untuk mengadakan kempen demi meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah di kawasan Ampang. 

Kempen dengan tema Antabax Always Be Clean (ABC) for Health yang akan bermula dari Oktober hingga November itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah. 

Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

Enam buah sekolah di Ampang dengan anggaran 600 orang murid dan ibu bapa dijangka mengambil bahagian dalam bengkel amali yang dijalankan oleh pasukan perubatan profesional KPJ Ampang Puteri. Ia memberi fokus kepada langkah-langkah membasuh dan membersihkan tangan dengan betul. 

Antabax pula akan menyumbang produk-produk seperti krim mandian, sabun tangan dan pembersih tangan kepada murid serta guru. 


“Kami percaya bahawa mendidik tabiat kesihatan yang baik perlu bermula dari usia muda. Objektif kami menerusi acara ini adalah untuk mencipta satu budaya dalam kalangan kanak-kanak dan berharap apa yang dipelajari hari ini akan diamalkan sepanjang hidup mereka. Ini merupakan sebahagian daripada program jangkauan komuniti dan kami berbangga kerana Antabax turut sama dalam usaha ini dengan menyediakan produk-produknya,” kata Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dato Dr Abdul Wahab Abdul Ghani.

Pengurus Kanan Produk Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mandy Lee memberitahu jenama ini komited untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan masyarakat melalui program interaktif.


Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

“Antabax mendidik tentang amalan kebersihan yang baik menerusi pelbagai kempen yang kreatif. Kami dapati asas mengenai amalan kebersihan perlu dipupuk sejak kecil kerana kanak-kanak ini akan mengamalkannya sehingga mereka dewasa. Kempen Antabax Always Be Clean (ABC) for Health dibangunkan untuk membuatkan konsep kebersihan tangan lebih mudah buat kanak-kanak, terutama kenapa dan bagaimana mereka patut membasuh tangan. Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan KPJ Healthcare serta melibatkan pelatih dan jururawat mereka untuk sama-sama mendidik kanak-kanak tentang teknik membasuh tangan yang betul,” kata Mandy Lee. 

Cuka Organik dari Alce Nero untuk memenuhi permintaan tahap kesihatan dan tenaga optimum dalam kalangan rakyat Malaysia

October 31, 2019

Cuka Organik dari Alce Nero


Cuka Organik dari Alce Nero untuk memenuhi permintaan tahap kesihatan dan tenaga optimum dalam kalangan rakyat Malaysia | Assalamualaikum dan Hai. Alce Nero, peneraju makanan organik di Itali, memperkenalkan Cuka Cider Epal Organik (Organic Apple Cider Vinegar) dan Cuka Balsam Organik Modena (Organic Balsamic Vinegars of Modena) yang diperbuat daripada musta anggur bagi memenuhi permintaan tahap kesihatan dan tenaga optimum dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Di Malaysia, pengguna biasanya mengambil cuka bagi menyejukkan badan, untuk mempertingkatkan aliran darah, mengurangkan simptom sakit tekak dan untuk membantu mengurangkan berat badan. Di sesetengah negara, terdapat amalan budaya dan tradisi yang menggunakan cuka sebagai penahan selera makan, seterusnya membantu dalam usaha mengurangkan berat badan. 

Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa punca utama kematian di Malaysia adalah penyakit kardiovaskular. Cuka dapat membantu mengurangkan tekanan darah dan mengawal atur peredaran darah yang mungkin berkait untuk meningkatkan risiko penyakit jantung.

Sejak sekian lama cuka dipercayai untuk menurunkan suhu badan, di samping itu, ia juga diambil untuk mengurangkan simptom-simptom sakit tekak. Manfaat pengambilan cuka ini khasnya berguna semasa cuaca panas, seperti gelombang haba yang dialami Malaysia baru-baru ini. 

Cuka Cider Epal Organik dan Cuka Balsam Organik Modena Alce Nero menerima pensijilan 100% organik oleh European Union Law dan Standard Pertanian Jepun (JAS). Pengiktirafan berkenaan turut merangkumi kesemua hasil terlibat, tanah penanaman buah-buahan, kilang pemprosesan serta prosedur dan ramuan yang digunakan untuk kesemua item. 

Faktor yang membezakan cuka yang baik di pasaran adalah asalan ramuan mentah dan bagaimana ia diproses. Khasnya bagi produk yang ingin dinikmati tanpa memanaskannya mahupun dimasak, adalah lebih baik untuk memilih ramuan organik yang dipercayai dan ini termasuk pemilihan cuka. 

Cuka Cider Epal Organik Alce Nero ~ versatil dan menyihatkan


Cuka Organik dari Alce Nero


Cuka Cider Epal Organik Alce Nero adalah organik sepenuhnya, memberikan pengguna keyakinan kukuh tanpa perlu bimbang tentang sebarang kandungan pestisid, bahan tambahan atau bahan awet. Disediakan dalam dua varian, Ditapis dan Tidak Ditapis, cuka cider epal premium ini kaya dengan manfaat kesihatan. 

Kandungan asid asetik di dalam cuka ini mungkin membantu menurunkan kandungan gula dalam darah dengan menghalang penyerapan kanji dan menggalakkan sensitiviti insulin secara terus selepas pengambilan makanan dalam kalangan individu yang mengalami keadaan ketahanan insulin atau yang menghidapi Diabetes Jenis 2. 

Asid Asetik menahan selera, meningkatkan metabolisme dan mengurangkan retensi air, seterusnya menjadikan ia berguna bagi usaha penurunan berat badan. 

Cuka Cider Epal Alce Nero mengandungi kalium dan enzim-enzim yang membantu meningkatkan kadar tenaga serta elemen antimikrob yang sekian lamanya telah digunakan dalam langkah menyembuhkan luka dan jangkitan. Ia juga kaya dengan bahan-bahan bioaktif yang membantu menentang tekanan oksidatif dan memperkukuhkan imuniti tubuh.    

Cuka Cider Epal Alce Nero juga amat versatil. Ia boleh dinikmati sebagai minuman, sos salad ataupun sebagai tambahan rasa kepada masakan masam manis. Ia menjadi satu minuman yang menyegarkan apabila dicampur bersama Madu Alce Nero.

Selain itu, nilai keasidan yang rendah dalam cuka-cuka ini juga membenarkan jangka hayat yang panjang tanpa perlu disejukkan di dalam peti. 

Cuka Balsam Organik Modena Alce Nero ~ pekat dan kaya dengan rasa 

Cuka Organik dari Alce Nero

Cuka Balsam Organik Modena Alce Nero adalah cuka yang berwarna gelap, pekat dan kaya dengan rasa yang dihasilkan daripada musta anggur yang ditapaikan dengan baik dan lama. Ia berkongsi manfaat kesihatan yang sama dengan Cuka Cider Epal Alce Nero, dengan perbezaan kecil dalam nilai kalori dan tahap keasidan. 

Ia sesuai dinikmati sebagai minuman, bersama salad, sos dan perapan atau untuk menambah keenakan rasa sajian ayam, stik dan ikan. 

Penawaran 

Kedua-dua varian Cuka Cider Epal Organik Alce Nero dijual pada harga RM12.50 setiap botol, sementara Cuka Balsam Organik Modena Alce Nero ditawarkan pada harga RM13 sebotol. 

Rangkaian cuka Alce Nero ini juga telah menerima pengiktirafan Halal

Cuka dan makanan organik mewah Alce Nero boleh didapati di sudut makanan organik AEON, Cold Storage, Ben’s Independent, Jason’s Food Hall, Jaya Grocer dan Village Grocer. Jangan lupa dapatkan.

© Blog Cik Renex