kecantikan
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

Tahi mata banyak disebabkan celak@eyeliner??

September 16, 2020


Tahi mata banyak disebabkan celak@eyeliner?? | Assalamualaikum dan Hai. Hari ni kebanyakkan dari kita cuti sempena Hari Malaysia bukan? CR pun cuti hari ni dan tidak rancang pun nak kemana. Rasa macam nak berehat sepuas-puasnya di rumah sahaja. Kenapa lah cuti sehari je kan, tengah2 pulak tu. hehe. Kalau Isnin atau Jumaat syok jugak. 

Bosan-bosan di rumah, CR pun membelek-belek majalah lama CR yang pernah dibaca. CR baca Majalah Dara keluaran November 2009. Dulu CR dan kakak memang gemar baca dan beli majalah samada Remaja ataupun Dara. Sebahagian dari majalah tu CR dah bagi pada jiran yang nak membaca. Dari terbiar gitu je kan, baik bagi pada orang yang memang nak baca. Dia pun bosan agaknya.

Masa CR membelek2 majalah tu, tertarik pada sudut Kak Aida Corner yang melibatkan soal jawab dengan pembaca. Ada suatu soalan yang CR tertarik iaitu berkaitan dengan eyeliner dan tahi mata.

Soalannya adalah.

"Betul ke pakai celak akan menyebabkan tahi mata keluar dengan banyak? Yang dia  perasan bila dia pkai celak mata, tahi mata akan keluar banyak, berbeza kalau tidak pakai." 

Jawapannya adalah

"Sebenarnya bahan-bahan yang terdapat dalam celak mata tersebut dikatakan punca utama knapa tahi mata mudah keluar. Celak biasanya mempunyai alkanolamin, alcohol lemak, polivinilpirolidon, eter selulosa, metilparaben, antioksidan ,pewangi dan titanium dioksida yang boleh menyebabkan tahi mata menjadi lebih banyak. Kosmetik mata terutamanya celak harus dibersihkan dan dijaga dgn berhati-hati kerana alis mata mudah menjadi radang atau gatal2"

Oh begitu rupanya, baru lah CR tahu. CR kalau pergi kemana-mana memang akan pakai eyeliner. Rasa tak lengkap muka bila tak pakai eyeliner. So, lepas ni, sebelum keluar atau dah lama sangat pakai, kena periksa lah selalu mata. Takut terselit tahi mata. hehe



Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free keluaran terbaru Safi Malaysia

March 9, 2020

Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free keluaran terbaru Safi Malaysia

Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free keluaran terbaru Safi Malaysia Assalamuaalaikum dan Hai. Selamat kembali bertugas setelah dua hari kita bercuti. Masih terasa mood nak berehat bila masuk kerja di pagi Isnin kan. Pada yang surirumah tu, dah siap mengemas belum tuu. Pasti banyak kerja yang menanti kan. Untuk yang bercuti,selamat menikmati cuti anda. Jaga kesihatan anda lagi-lagi dengan kes wabak covid-19 ni kan.

Entri kali ni CR ingin berkongsi satu pengalaman menggunakan produk terbaru dari Safi Shayla iaitu Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free. Packaging syampu ni CR sangat suka sebab Sejenis Lutsinar. Kita boleh tengok syampu kita tinggal banyak ke sikit. Mudah untuk kita 'Bajet' bila untuk beli seterusnya. hehehe.



Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free

Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free ini adalah 100% mengunakan bahan Botanical Actives dan juga 0% Paraben. Jadi pastinya ianya selamat digunakan. Antara kandungan utama syampu ini adalah Organik Habbatus Sauda, Minyak Argan dan juga Minyak Pokok Teh. Ketiga-tiga bahan utama ini sangat penting dalam membantu membaiki kerosakan rambut kita. 

Kelebihan kandungan bahan di dalam syampu :
  • Organik Habbatus Sauda : Sumber nutrien kaya untuk melindungi dan menyuburkan kulit kepala
  • Minyak Argan : Meninggalkan rambut lebih lembut, sutera, lebih mudah diurus dan menambah bersinar yang sihat dan menarik
  • Minyak Pokok Teh : Berkesan membersihkan folikel rambut yang tersumbat untuk rambut ringan & fleksibel.

Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free

Antara kandungan lain di dalam syampu ini :

Water, Sodium Lauryl Ether Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Fragrance, Sodium Chloride, Decyl Glucoside, Hydrolyzed Corn Starch, PPG-3 Caprylyl Ether, Glyceryl Caprylate/Caprate, Panthenol, Citric Acid, Polyquaternium-10, Sodium Citrate, Menthol, Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride, Disodium EDTA ,Cetanol dan etc.

Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free

CR suka sangat pakai syampu ni rasa macam nak guna setiap kali mandi. Setelah hampir seminggu CR menggunakan syampu Safi Shayla Botanical Silk ni yang paling CR suka adalah bau dia yang wangi dan bertahan sehingga berjam-jam. Masa tengah pakai syampu ni juga kulit kepala akan berasa berangin , segar je rasa. Rambut CR yang sebelum ni macam kering sikit dah kelihatan lebih baik dari sebelumnya. Mungkin kena guna secara berterusan untuk jangka masa yang panjang bagi dapat kesan yang lebih optimum kan.InshaAllah.

Jadi,anda taknak ke mencuba syampu Safi Shayla Botanical Silk ni? Senang je nak cari, boleh cari di watsons, guardian, dan pasaraya yang ada menjual. Harga yang berpatutan untuk size 480gm ni iaitu RM24.90(harga sebelum promosi) sahaja. Murah bukan? Rugi kalau tak mencuba.

Untuk makluman lebih lanjut berkenaan  Safi Shayla Botanical Silk Micellar boleh ke:





Mobile Spa Intania Beauty House.

October 17, 2019



Mobile Spa Intania Beauty House | Assalamualaikum dan Hai. Pernah dengar tak perkataan Mobile Spa? Rasanya memang ramai dah biasa dengar perkataan tu. Mobile spa atau spa bergerak pada zaman kini sangat lah popular kerana kekangan masa. Ramai wanita yang ingin pergi ke Spa tapi tidak berkesempatan dan terlampau sibuk dengan kerja dan keluarga. 

Tapi dengan adanya Mobile Spa dari Intania Beauty House, sesuai dengan taglinenya "Beauty is ready to you" ia akan membantu anda semua. Dengan berkonsepkan spa di bawa ke rumah anda, Intania Beauty House menyediakan pelbagai jenis kelengkapan yang inshaAllah sama seperti di spa. Pelanggan hanya perlu menyediakan ruang dan ruangan "plugged" untuk di gunakan oleh para terapi.

Jadi ianya akan menjimatkan masa anda tanpa perlu bersusah payah untuk keluar dari rumah, cari parking, bayar tol dan sebagainya. Dah ada yang memudahkan, kenapa pilih yang susah. 😊

Senarai servis Mobile Spa Intania Beauty House

Pelbagai servis di sediakan dari Intania Beauty House, antaranya

1) Rawatan Wajah terdiri daripada 2 iaitu
-Normal Facial
-Treatment Facial

2) Urutan Tradisional / Urutan Aromaterapi

3) Bekam Sunnah

4) Rawatan Resdung tanpa asap

Senarai Harga Rawatan Mobile Spa



Dengan harga yang berpatutan, servis yang tiptop, inshaAllah dapat memberi kan anda pengalaman mobile spa NO 1 di Malaysia❤️ Mobile Spa Intania Beauty house cover kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh la terus menghubungi Cik Intan di talian 0139732945



BeauTea | Produk baru dari Safi Malaysia

August 28, 2019

#safibeautea #BeauteabySAFI #safimy #safimalaysia #premiumteacleansers #rm #rushmedia #CRreview #bloggerpahang  #blogcikrenex #malaysianblogger


Assalamualaikum dan Hai. Berita baik untuk pengguna tegar produk penjagaan kulit Safi Malaysia. Safi Malaysia  telah melancarkan satu produk pembersih wajah baru iaitu BeauTea.

Produk pembersih wajah yang berasaskan campuran bahan semulajadi yang terbaik. Beautea oleh pembersih SAFI dengan 100% Pembersih Teh Premium untuk melindungi terhadap Pencemaran, Tekanan dan Kosmetik. Bila kita dengar perkataan semulajadi tu confirm la kita akan lebih yakin nak gunakan dalam kehidupan seharian2 kita kan.



Untuk produk Beautea by Safi Malaysia ni, da 4 jenis yang diperkenalkan oleh iaitu 

1.White Tea & Damask Rose - sesuai untuk kulit kering
2.Green Tea & Neem - sesuai untuk kulit normal
3.Black Tea & Black Orchid - sesuai untuk kulit sensitif
4.Apricot Tea - scrub muka untuk hasil kulit lbih cerah & licin

.
Setiap satu tu ade kegunaan yg tersendiri.,tinggal kita je nak pilih yang mana yg kita perlu dan sesuai dengan kulit kita.

CR tak sempat cari kat watsons. Tapi jangan risau, dunia kan dah maju. Semua di hujung jari. CR tempah online je di website watsons. Tekan-tekan dan bayar je. Pastu tunggu je barang sampai.

Heee. CR beli yang jenis warna pink dan oren iaitu White tea & damask rose dan apricot tea scrub.
.

Apabila kita menggunakan pembersih muka yang salah dan tak sesuai ianya boleh menjadikan kulit kita kering dan tak selesa. Tapi jangan risau kerana Hydrating Gel Cleanser White Tea & Damask Rose membersihkan kulit kita tanpa menanggalkan kelembapan semulajadi kulit kita dan menjadikan ia licin dan lembut.

Seperti yang kita tahu Damask Rose terkenal dengan kepakarannya dalam melembapkan kulit kering.

CR suka guna pembersih yang berasakan gel dan memang lembap kulit kita selepas memakai pembersih muka ni. CR juga suka yg ni kerana ia membantu mengecilkan pori yang memang sedia besar di muka CR ni.


Satu lagi CR beli Skrub wajah Apricot tea ni. Tak rugi beli yang ni sebab skrub dari beautea safi tidak kasar dan bila kita skrub muka kita, takde la kita rasa tak selesa kan.  Skrub Beautea safi ni akan membuang sel-sel kulit mati di muka kita. Jadi selepas itu katakan selamat tinggal kepada kulit kusam. Heee.


Jadi apalagi, jom dapatkan pencuci muka Beautea dekat Watsons berdekatan atau secara online di http://bit.ly/2JTltHO


Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion | 2 in 1 Penyegar + Pelembap

July 12, 2019


Safi Balqis OxyWhite

Assalamualaikum dan Hai. Pada entri kali ni Cik Renex ingin berkongsikan mengenai satu produk yang baru dari Safi Balqis iaitu Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion. Kulit CR sebenarnya jenis berminyak dan ada masa jenis kering juga. Jadi rutin CR sebelum mengenakan makeup di wajah adalah pakai penyegar dan pelembap.

Sebelum ni, CR pakai facemist terus pakai foundation. Tapi ada kawan CR tips dia mekap bagi tak bercapuk adalah dengan pakai pelembap atau primer terlebih dahulu. CR memang noob sikit bab2 makeup ni, yang tahu foundation-bedak-eyeliner. Pastu dahh. Rupanya ada step yang tertinggal patut la bila tengah hari je bedak dah bercapuk. 

Safi Balqis OxyWhite


Kalau sebelum ni kena satu-satu pakai tapi sekarang bila dah diperkenalkan dengan produk Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni, ianya menjimatkan masa CR. Kenapa? Ini kerasa produk ini adalah gabungan formulasi penyegar dan pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum. Jadi jimat la masa sikit kan. Sesuai la untuk CR yang terlebih 'rajin' ni. 



Safi Balqis OxyWhite


Kebaikan  Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion.

• Memberikan 2x penghidratan (berbanding Krim Pelembap Siang Safi Balqis Oxywhite) dan kesegaran dengan satu penggunaan.
• Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid


  • Macro Hyaluronic Acid
  • Nano Hyaluronic Acid
  • Bio-Hyaluronate
  • Oligo-Hyaluronic Acid
  • Super Nano Hyaluronic Acid

Safi Balqis OxyWhite

• Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
• Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.

OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE

Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

Cara menggunakan  Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion.

Safi Balqis OxyWhite


Sebelum pakai sunblock, CR akan gunakan lotion ni dahulu. Picit sedikit atas tangan dan terus sapukan pada keseluruhan muka. Tepuk dengan lembut sehingga produk meresap sepenuhnya. Gunakan dua kali sehari selepas Pembersih Muka Safi OxyWhite untuk kesan yang lebih bagus.


Setelah hampir 2 minggu guna Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni, CR sangat berpuas hati dan kulit pun rasa lembap. Foundation pun senang nak apply bila kita da letak lotion ni..

Mana2 yang berminat nak mencuba tu boleh la dapatkan di Watsons, guardian dan pasaraya yang terpilih. Untuk maklumat lanjut boleh ke maklumat di bawah. 👇


Facebook : https://www.facebook.com/SAFI.MY

Instagram :
https://www.instagram.com/safimalaysia/


3 langkah untuk Kurus dengan Produk Nufiya

February 4, 2019

Assalamualaikum dan selamat pagi? Dah masuk tahun baru 2019 tapi azam Cik Renex yang sebelum2 ni masih belum tertunai. Azam yang mana satu? Azam untuk kurus lahhhh. Kalau siapa yang ada follow SocMed CR mesti perasan yang CR memang tengah dalam proses untuk menurunkan berat badan walaupun nafsu makan membuak-buak.

Jadinya CR perlukan sesuatu untuk membantu proses menurunkan berat badan selain daripada diet dan bersenam.


3 langkah untuk Kurus dengan Produk Nufiya


Nasib lah CR diperkenal dengan produk dari Nufiya ini iaitu SLIMME TEA, KiLOSS FIT LOTION dan SLIMME SHOWER GEL

1. SLIMME TEA NUFIYA


Nufiya

Antara kandungan dalam teh ni adalah Rosselle , Senna Leaf dan dried lemon yang diberi dalam bentuk kepingan siap-siap. Jangan rasa -ragu nak minum air teh ni sebab dalam teh ini tiada bahan pengawet tambahan dan 100% dari bahan-bahan kering. Dan juga 100% natural tanpa bahan kimia.

Nufiya

Satu kotak Slimme tea ada 15 uncang teh dan juga 15 keping lemon kering. Jadinya satu kotak ini sesuai untuk 15 hari. Harga pun mampu milik iaitu RM23 sahaja tidak termasuk postage. Dah alang-alang tu baik beli 2 kotak untuk sebulan  terus. 

Antara kebaikan Slimme Tea Nufyiya adalah membantu melawaskan pencernaan, proses detox, membantu mengurangkan berat badan, mengurangkan lemak berlebihan
dan juga membantu membuang minyak yang terkumpul dalam badan

Nufiya


Cara nak minum pun senang sangat. Ambil 1 tea bag dan 1 keping lemon kering.  Ambil mug tambah air panas dalam 180 ml , biar rendam selama 10minit. Kemudian sedia untuk diminum. CR suka campur dengan madu sebab katanya ianya akan bagi kesan yang lebih efektif. Di galakkan ambil sekali sehari. CR minum teh ni malam selepas makan malam. :)

2. KiLOSS FIT LOTION


Nufiya

Ni details untuk KiLOSS FIT LOTION
( KURUS DENGAN SETIAP SAPUAN khas WANGIAN BOMBSHELL )

Kelebihan :

- membantu membuang angin berlebihan
- membantu mengurangkan lemak-lemak tepu
- membantu turunkan berat badan
- membantu memanaskan badan semasa dalam pantang
- membantu lancarkan peredaran darah
- membantu untuk mengurangkan sengugut
- Mengembalikan bentuk badan yg ideal
- Tidak melekit dan mudah meresap
- Sesuai untuk bawak ke gym dan dimana2
- Lebih peluh lebih terasa panas

- SESUAI UNTUK SEMUA TERMASUK IBU DALAM PANTANG

Nufiya


Kandungan :
Green tea, Tree tea oil , Aloe verra extract , Citrus hystrix extract, Iris Florantina Extract,Zingiber Extract, Glycerine, Capsicum, Fragrance, R.O Water , Wangian Bombshell



Nufiya

Cara guna:

Picit sedikit keatas telapak tangan, dan sapu secara pelahan mengikut arah lawan jam. Seeloknya sebelum memulakan aktiviti. Sesuai untuk seluruh badan.

UNTUK KEGUNAAN LUARAN SAHAJA.

HARGA

WM RM33
EM RM36


3. Slimme Shower Gel



Nufiya


Slimme Shower Gel kini berwajah baru dan diformulasi dengan penambahan bahan terbaru. Tanpa perlu DIET atau PIL, anda boleh buang lemak hanya dengan SSG.

Kandungan 400ml :-

🍵Green tea
Tea tree oil
Halia bara
Lemon
Asam gelugor/keping
Capsicum
Pepermint
Daun gelam

Nufiya


Kelebihan :-

-mampu menghilangkan lemak berlebihan
-mampu hilangkan berat badan dalam masa 1minggu (depends pada badan)
-boleh menghilangkan selulit
-boleh lawaskan pembuangan
-hilangkan sembelit
-membuang angin berlebihan
-melansingkan dan mengecilkan perut yang berlebihan
-membakar dan mengurangkan lemak tepu
- SESUAI UNTUK IBU BERPANTANG


Nufiya

Cara guna :-

Basahkan badan, picit sedikit slimme dan sabun keseluruhan badan atau ditempat yang perlu sahaja. Biarkan dalam 1-2min kemudian Bilas dengan bersih. Guna sehari 2-3 kali.

Harga -;

RM45SM
RM48SS

Pos RM7 SM / RM11 SS

Produk lain yang boleh anda dapatkan.

Nufiya hq

Milkbooster nufiya

Jika berminat boleh la hubungi

Puan Najmi MASTER STOKIS NUFIYA SELANGOR



© Blog Cik Renex