template
Showing posts with label template. Show all posts

Blog ada masalah lambat loading.

October 10, 2021


Blog Ada Masalah Lambat Loading ︱Assalamualaikum dan Hai pada yang tengah baca blog cik renex ni. Masih ada pembaca atau dah tiada ya. Maklum lah, makin lama makin sedikit CR update blog. Sebenarnya dalam draft tu ada je cerita yang ingin di tulis tapi itu lah, bila mood rajin menaip tu makin merundum, jadi hanya tinggal tulis tajuk sahaja dan masukkan gambar. Bila nak bercerita dalam entri terus blank tiba-tiba. Sekarang cuba nak ambil mood semula sempena pahang dah masuk Fasa ke empat , jadi harapnya mood rajin CR pun beralih fasa. :)

Sebenarnya, blog CR ada masalah sedikit ,tapi rasanya bukan sedikit sebab memberi kesan kepada blog CR. Masalah apa tu? Masalahnya bila CR klik link blog CR , blog CR mengambil masa yang agak lama untuk loading sampai habis. Ada masa tu terus tak boleh buka blog CR. Jadi blank page-suci putih blog CR.



Macam mana CR boleh perasan? CR dapat tahu dari Blogger Zaza sebab blog dia mengalami masalah yang sama. Zaza cadangkan pada CR untuk tukar template kerana mungkin faktor template yang menyebabkan blog kami tidak boleh dibuka homepage nya. Bila jadi macam ni, pembaca yang singgah di blog kita akan terasa bosan sebab perlu menunggu masa yang lama untuk baca info di blog kita.


Jadinya, kelmarin baru CR tukar template secara rasminya dan perasaan sayang nak tukar tu tetap ada sebab penat rasanya tukar template, tukar code ni, tambah code ni dan sebagainya. Kemudian kena test dulu template tu okay atau x dengan mobile view sebab yang menjadi masalah sekarang apabila kita buka blog guna hp. Bila CR guna laptop okay je laju loading. 


Jadinya, pada pendapat korang, okay tak template yang sekarang ni? Laju atau tak? CR ada berminat satu template ni kat etsy tapi kena bayar guna paypal. CR takde akaun paypal. Ada yang sudi nak tolong bayarkan guna acc dia tak? Nanti CR transfer bayar semula😊😁. Buat sementara waktu ni memang guna yang ni je dulu. Simple kan? 


Blog bertukar dari Simple ke Responsive.

January 5, 2017

Assalamualaikum dan Hai.



Permulaan tahun 2017 yang sangat sibuk. Sibuk update stok makmal, kemas2 dan macam2 lagi. Bila balik kerja sibuk dengan menjahit. Walaupun kadang2 aku pilih tidur dari menjahit. PENAT. Tapi sempat la jugak blogwalking beberapa blog. Tengah2 blogwalking nampak la entri Blog Mai. Dia sukarela nak tolong tukarkan template blog dari simple ke responsive template. Wahhhhh, menarik ni. Cepat je aku komen. Tak menyempat tunggu dia balas komen kat blog terus whatsapp dia. Nampak tak semangatnya? ^^v


Lama dah teringin nak tukar sebenarnya ke responsive ni tapi tak sempat nak edit2 lagi. Bila mai dah offer, laju la aku nak mintak tolong.Blogger lain pun dah ramai tukar responsive ni template.

Jom tengok transformasi Blog Cik Renex dari Simple Template ke Responsive.

SIMPLE TEMPLATE


Blog aku dulu sebenarnya berasal dari classic template. Masa zaman mula2 blog, rajin edit guna template blogskin. Ni dah kerja, payah sikit nak main code. Kadang lupa dah. Lepas tu tukar ke simple template. Dan sekarang sempena tahun baru, marilah tukar ke responsive.

RESPONSIVE TEMPLATE


Yang ni setelah ditukar. Taraaaaaaa. Bagi aku kemas dan cantik. Aku suka template baru aku ni. X berani lagi nak edit2 code. Kang jadi lain. Tunggu nanti2 lah.


TERIMA KASIH BANYAK2 kat Mai sebab tolong akk tukar template blog. Dah la PERCUMA je. Sayang lebih lah. Nanti akk bagi hadiah yer. Oh ye, header tu pun Mai yang tolong buatkan. Up lagi graf sayang. Hehehe.


Klik SINI untuk ke blog Mai. ❤ Banyak tips,review dan tutorial. Tak rugi terjah. Oh ya,jangan lupa komen mengenai template baru ni taw. ;)
© Blog Cik Renex