hashtag S A Y A N G

May 25, 2015


Sayang itu--
Bukan hanya omongan di mulut.

Sayang itu--
Bilamana awak dekati dia kerana Allah.

Sayang itu--
Apabila awak ambil berat tentang kondisi hati dia.
kalau dia masih sebati dengan kemungkaran,
Maka--awak pimpinlah tangan dia ke majlis-majlis ilmu untuk membangkitkan rasa cinta pada tuhan (Allah SWT)

Sayang itu--
Tak cukup dengan "relationship goals".
Tapi,
Dengan ukhwahfillah yang sebenar-benarnya kerana Allah.

Sayang itu--
Bukan dengan hanya menghadiahkan hadiah yang mahal-mahal pada hari lahirnya.
Tapi,
Dengan hadiahkan doa-doa yang manis dan cantik untuk dia dalam setiap akhir solatmu.

Terlalu banyak kita salurkan kasih sayang kita ke saluran yang salah.

Awak,
Mari kita ubah ya?

OP: @aqoimran
#pahalaproject #dakwahmudah #thedaiegraphy #Aqo_FreeForAll

Copy from IG @adshf_

Ke Kuantan lagi.

May 14, 2015

Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Selamat datang bulan Mei.

Dari tajuk pun boleh tahu nak cerita mengenai apa kan. Minggu lepas, Cik Renex ke Kuantan. Bila letak gambar kat moment mula orang cakap. Ouh.dating yer? Aah, cik renex dating. Date dengan ma tersayang dan si mulut becok Cha. :) Sebenarnya lama dah nak g Kuantan sebab rindu dengan Pantai. So, kebetulan ada hal nak jumpa mak long,memang peluang yang terbaik untuk lepak² di pantai.
So.marilah Cbx kita bergerak ke kuantan. 




Bera ke Kuantan dalam 2 jam lebih je. Sampai² ke sana g rumah mak long dulu kat Taman Kubang Buaya. #tiadabuayaharapmaklum . Lama jugak lepak sana. Pas Asar baru gerak ke Teluk Chempedak. Hmm. Sampai2 ramainyaaaaa orang. Lupa yang pergi hari Ahad,memang confirm ramai orang. :)  



Hajat di hati nak singgah ke Beach market kat Taman Gelora tapi terkilan sebab nak masuk ke Taman Gelora  tu pun puas. Jalan jem. So patah balik lepak tepi sungai pahang. ESPLANADE KUANTAN ajerr. Tapi seronok la gak ,tercapai jugak hajat Cha nak main giant ballon tu. #yekenamagiantballon . Ngan cikrenex sekali join main. Hikssss..






Lepas ni kemana pulak?

Ke Kuala Lipis ke kita

April 23, 2015

Haih entah bila la nak ada semangat satu hari satu post. Dah penghujung bulan April dah kan.
K lah. Cik Renex nak cerita yang baru² ni CR ke Kuala Lipis bagi menyertai satu kursus di Kem Bina Negara Kuala Lipis Pahang selama tiga hari dua malam.


Memang seronok pergi KBN ni walaupun pada awalnya rasa terpaksa nak g.hikss. Banyak pengalaman baru dan dapat kenal ramai kawan dari daerah² lain.

CR drive ke KBN Kuala Lipis sebab malas nak bas. Taw² je la kan,perempuan. Mesti banyak barang nak bawak. Haha. Lebih kurang 3 jam lebih gak la nak sampainya. First time g lipis ikot jalan Sg Jan tu selalu Benta. Thanks Nurul sebab tolong tnjukkan jalan ke Sg Jan tu. Muahh ciked.

Hmm.nak cerita tu je boleh tak. Lain kali CR sambung cerita lain.







#quote Lang Leav

March 24, 2015

"I dont know if I want you.
But I do know I don't want anyone else to have you"Lang Leav

Cik Renex Ke Zoo Johor.

March 23, 2015

Assalamualaikum. Lamanya tak hupdate belog. Ghindu pulak.*poyo. Untuk menghilangkan rindu menaip,marilah kita hupdate belog ni. Baiklah, Cik Renex nak bercerita pengalaman ke Zoo Johor. Musim² cuti sekolah ni kena la bawak si budak kecik tu tengok haiwan. Takkan nak bawak g Mall je kan. Takde life betul kan. Baik g tengok haiwan. Hahaha. 'Penyayang' betul mak ngah reen ni kan cha?

Zoo Johor ni aku rasa zoo termurah kemasukannya di Malaysia.Dewasa cuma RM2 dan kanak-kanak RM1 sahaja. Kawasannya tidak lah sebesar dan seluas Zoo Negara Malaysia ke Zoo Melaka.Tetapi tetap seronok untuk dilawati dan bawa si budak kecik mengenali haiwan-haiwan.

Banyak juga haiwan-haiwan dan spesis yang ada di Zoo Johor ini.Ada beberapa spesis burung kakaktua,monyet,chimpanzi, buaya,unta,singa, harimau,rusa,badak air,kura-kura dan macammm-macam lagi. Ada jugak spesis ular-ular seperti ular sawa batik dan ular tedung selar (King Cobra).Pendek kata, berbaloilah juga dengan harga tiketnya yang murah dan keseronokan untuk melihat haiwan-haiwan di Zoo Johor ini.

Selain tu ada Taman Arnab Zoo Johor jugak tapi macam tengah renovation je.so tak pergi la jengah. Taman Tasik Mini untuk sewaan ‘paddle boat’ bersama keluarga ngan kuda padi (pony horse)untuk tungangan kanak-kanak pun ada jugak.

Tapi nasib kami tak baik. Hari hujan pulak dah la lebat. Terpaksa la lupakan niat nak bagi unta makan dan menunggang kuda. Lain kali la yer kita pergi pulak.




So itu sahaja laporan Cik Renex ke Zoo Johor. Lain kali Cik Renex cerita ke Pandan Uptown JB lak.

Meh follow InstaShop Cik Renex.

February 26, 2015

Assalamualaikum.

Siapa² yang ada Instagram tu mai la follow guwa punye InstaShop.

Tak kena bayar pun. Just klik Follow. Boleh tak kawan² semua??
Guwa sebenarnya ada menjual barangan dari kain felt. Contohnya keychain nama,carcharm, Bantal hiasan, bookmark,handmade makeup bag, dll. Untuk lebih lanjut boleh la terjah ke Instagram guwa tu yer.

Selain barang felt,guwa ade jual bubble talk atau orang panggil photostick. Ala yang trend sekarang tu. Kita tulis ayat contohnya 'Saya nak Kawen'. Haha.
Nak tengok contoh boleh g ke Instagram guwa yer. Search @bycikrenex @bycikrenex atau whatsApp je 0177944891 untuk sebarang pertanyaan.
Free COD untuk kawasan Bera, Temerloh dan Mentakab.


Happy Birthday!

February 24, 2015

Thank you, Allah, for giving me another year of life.
Thank you for all the people who remembered me by sending good wishes. (Especially about  'Jodoh')
Thank you for all the experience of this past year;
for times of success which will always be happy memories,
for times of failure which reminded me of my own weakness and of my need for you,
for times of joy when the sun was shining,
for times of sadness which drove me to you.


Forgive me
for the hours I wasted,
for the chances I failed to take,
for the opportunities I missed this past year.


Help me in the days ahead to make this the best year yet,
and through it to bring good credit to myself,
happiness and pride to my loved ones, and joy to you. Aminn.





#duapuluhenam
#18february1989
#cikrenexturns26
© Blog Cik Renex