CRJJ
Showing posts with label CRJJ. Show all posts

Pengalaman naik ke Menara Kuantan 188

June 14, 2021


Pengalaman naik ke Menara Kuantan 188︱Assalamualaikum dan Hai. Dah masuk hari kedua kita Duduk di Rumah atas Perintah Kawalan Pergerak 3.0 versi sambungan. Semoga semua yang baca blog cik renex ni dilindungi dari sebarang masalah dari segi masalah kesihatan mahupun kewangan. Bila Malaysia dah umumkan yang akan lakukan 'Total Lockdown' memang ramai yang terkesan tetapi itu yang terbaik buat masa ini sebab kes setiap hari makin lama makin meningkat dan cecah hampir 9k lebih dah. Takut tengok angka setiap kes tu. Memang tak dinafikan, CR rindu zaman sebelum covid 19 dimana kita bebas nak bergerak kemana-mana sahaja dan tidak memerlukan facemask langsung. Tetapi sekarang semua dah berbeza,tak sama dah. Nak tak nak kita kena terima kan. 


Blog pun dah lama CR tak update dan ada yang rindu tak?hehe. Jadi kali ni CR nak berkongsikan pengalaman CR menaiki Menara Kuantan 188 di Bandaraya Kuantan. CR pergi ke Kuantan pada bulan April baru ni tetapi baru sekarang nak update. Biasalah,tak tahu sibuk apa hehe. Asalnya menara ini diberi nama Menara Teruntum tetapi ditukarkan kepada nama Menara Kuantan 188 bersempena ketinggiannya 188meter. Yang paling menariknya, Menara Kuantan 188 adalah kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur dan  menara tinjau tertinggi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Bangga jadi anak Pahang .:)



 
Sebelum nak naik tu kita kenalah beli tiket dahulukan. Masuk je ke ruangan bawah Lobi Utama menara tu, anda akan nampak tempat bayaran tiket ni. Mungkin disebabkan Covid19 dan kita perlu kurangkan contact maka bayaran boleh dibuat melalui Kaunter Tiket Tanpa Tunai ni sahaja. Mudah sangat nak bayar pun dan masa CR datang tu tak ramai orang kat bahagian sini. Laju je proses untuk membeli tiket naik menara.


Harga tiket untuk Hari Biasa dan hari minggu berbeza taw. Untuk jimat baik pergi bukan masa cuti hujung minggu atau cuti sekolah. 

Harga tiket

Isnin-Jumaat/Promosi
Dewasa : RM8
Kanak-kanak/Warga Emas/OKU : RM5
Bukan warganegara : RM30

Sabtu-Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah
Dewasa : RM15
Kanak-kanak/Warga Emas/OKU : Rm10
Bukan warganegara : RM30


Bila dah dapat tiket, kenalah beratur dulu. Lama juga la CR tunggu sebab tak boleh ramai sangat diatas tu untuk satu-satu masa. Kita kan dalam mood PKPB lagi masa tuu dan sekarang dah PKP semula.*Sigh. Bila dah sampai turn kita,maka scan je tiket kita pada skrin kat pintu masuk tu. Jangan risau kalau tak pandai, ada staf mereka yang jaga. Masuk seorang seorang jangan nak masuk melulu ramai terus ye anak-anak. 



Dari atas menara ini kita dapat menikmati pemandangan 360 darjah Bandar Kuantan dan sungai Pahang yang sangat indah menerusimdek tontonan yang terletak 92m dari tanah. CR naik masa malam jadi nampak lampu-lampu yang cantik di setiap bangunan yang indah. Tarikan lain yang terdapat di menara tersebut termasuk sebuah restoran pada ketinggian 98 meter yang akan dibuka kelak, sebuah dek pemerhatian terbuka, jejantas udara dan pelantar terjunan berpandu dari aras 104 meter. Mana-mana yang menggemari aktiviti lasak boleh melakukan pendakian tiang pada ketinggian 160 meter di puncak keluli setinggi 66 meter. Jangkaan siap tidak pasti bila


Antara gambar yang sempat CR ambil semasa berada di bawah dan didalam Menara Kuantan 188. 








Info lain mengenai Menara Kuantan 188.




Menara Kuantan 188 siap dibina pada 3 September 2019 adalah menara ikonik yang tertinggi di Pantai Timur dan kedua tertinggi di Malaysia.

Menara Kuantan 188 ini merupakan sebahagian daripada projek Kuantan Waterfront yang terletak di dalam perkarangan Laman Teruntum di mana ia membolehkan pelawat menikmati pemandangan keseluruhan Bandar Kuantan dari aras 92.0 meter hingga 104.0 meter serta pemandangan panorama Sungai Kuantan.

Konsep reka bentuk Menara Teruntum yang tegak dan profilnya yang tirus merujuk kepada struktur senjata melayu lama, iaitu lembing dan hujung bilah lembing, seperti yang terdapat pada Jata Negeri Pahang Darul Makmur manakala reka bentuk Anjung Menara berdasarkan inspirasi daun dan bunga pokok Teruntum Putih.




Konsep dan Reka Bentuk



  • Anjung Menara melambangkan kepelbagaian rakyat Kuantan dan penduduk Pahang secara amnya. 
  • 5 tiang keluli yang disusun menjulang dan bersatu melambangkan lima teras Rukun Negara yang menyatupadukan lapisan rakyat dengan erat. 5 tiang besi juga melambangkan lima Rukun Islam. 
  • Puncak Menara keemasan melambangkan Kedaulatan Kesultanan dimana rakyat dan agama bersatu dan setia di bawah naungan KDYMM Tuanku. 
  • Reka bentuk Mercu Teruntum yang tegak dan profilnya yang tirus merujuk kepada struktur senjata Melayu lama, iaitu lembing dan hujung bilah lembing, seperti yang terdapat pada Jata Negeri Pahang Darul Makmur. 
  • Reka bentuk Anjung Menara berdasarkan inspirasi daun dan bunga pokok teruntum putih.

Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang

January 29, 2020

Temerloh Titik Tengah Semenanjung

Monemun Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang | Assalamualaikum dan Hai. Seperti yang kita sedia maklum, Temerloh begitu sinonim dengan gelaran Temerloh, Bandar Ikan Patin. Bila sebut je Temerloh memang terus terbayang ikan patin masak tempoyak kan? CR pun tak pernah bercerita lagi tentang ikan patin di blog, inshaAllah next post. Namun kini, Temerloh telah ada lagi satu gelaran iaitu Temerloh Titik Tengah Semenanjung(TTTS). 

Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang
Sumber Gambar : FACEBOOK


Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang

CR berpeluang singgah ke Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung semasa ontheway ke Kuala Lumpur melalui jalan lama. Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung ini terletak di Kampung Paya Siput Lanchang Temerloh Pahang. Tapi kelihatan tempat ini masih belum dibuka untuk orang awam sepenuhnya. Cuma ada yang singgah sebentar untuk bergambar sahaja. Masa CR singgah singgah tu tahun 2019, untuk tahun 2020 CR tak pasti sama ada sudah dibuka sepenuhnya atau belum.

Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang

Kawasan Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung agak luas juga dan sangat la cantik landskapnya. Hijau tenang. Ada tasik di tengah2nya. Nak ke monumen tu pun takde la jauh sangat berjalan kakinya. Hanya perlu singgah di tepi jalan-parking kereta- berjalan kaki sedikit untuk ke monumen tersebut.



KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah berkenan berangkat ke Majlis Persembahan dan Taklimat dan Lawatan Titik Tengah Semenanjung pada 26 Ogos 2019 tahun lalu. Kebawah Duli Tuanku telah dipersembahkan taklimat mengenai monumen tersebut dan kompleks Titik Tengah Semenanjung oleh East Coast Economic Region (ECER) - sumber Instagram House Of Pahang.


6 Fakta Menarik Mengenai Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung

1. Daerah Temerloh bukan sahaja terkenal dengan Bandar Ikan Patin, malah kini mempunyail kedudukan Titik Tengah Semenanjung Malaysia.

2. Terletak di Kampung Paya Siput, Lancang di antara jalan raya lama yang menghubungkan Karak dan Temerloh.

3. Melalui kaedah topografi, kiraan jisim dan kaedah matematik, JUPEM telah memilih utk mengambilkira kiraan matematik sebagai asas penentuan titik tengah tersebut.

4. Titik rujukan peta boleh dirujuk sebagai:

03 29 33U / 102 13 10T
3.4925U / 102.219444T
RSO: X 469519.6934 / Y 386358.7627

5. Titik sebenar jatuh di bawah sebuah madrasah dalam tanah wakaf sekolah pondok dan titik tengah telah dialih sedikit (120m arah bearing 020).

6. Mercu monumen dicondongkan menghala ke arah kiblat dgn pacakan 5 batang buluh mewakili rukun Islam.
Sumber : Facebook

Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang

Temerloh Titik Tengah Semenanjung

Sebelum ini ada yang beranggapan KM 0 di Kuala Lipis adalah titik tengah semenanjung Malaysia tetapi yang sebenarnya, mana-mana kiraan jarak perbatuan antara bandar-bandar atau pekan-pekan adalah berdasarkan kedudukan Pejabat Pos.

Selain monumen tersebut, Temerloh Titik Tengah Semenanjung yang menggunakan konsep hentian sebelah menawarkan plaza komersial iaitu empat gerai, tandas, wakaf, surau, tempat persinggahan bas pelancong, kawasan rekreasi dan permainan kanak-kanak.

Temerloh Titik Tengah Semenanjung

Temerloh Titik Tengah Semenanjung



Jika kebetulan anda ke Temerloh boleh la singgah di monumen titik tengah tersebut. Salah satu mercu tanda yang mesti dilawati oleh setiap rakyat Malaysia terutamanya rakyat Pahang. Untuk mencari lokasi, salin dan tampal pada search Google Map titik ni : 3.4945, 102.2198. Lokasinya senang dicari, di tepi jalan sahaja. :)

Baca ni juga.


Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan

October 1, 2019


Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan

Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak | Assalamualaikum dan Hai. Haus tak bila tengok gambar kat atas ni? Ini adalah satu menu di Loteng Tc. Loteng Tc adalah diantara tempat kegemaran pengunjung yang kebetulan datang ke Teluk Cempedak. Loteng Tc terletak diatas 7eleven. 





Loteng Tc ada 2 aras. Level pertama adalah tempat kita membuat tempahan apa yang kita mahu makan dan minum. Disini juga disediakan meja dan kerusi untuk lepak bersama keluarga , kawan-kawan dan orang tersayang. Level 2 pula  konsep terbuka jadi mungkin akan panas sedikit. Bagi CR, CR lagi suka duduk di level 2 sebab lagi terbuka dan view pantai yang cantik. Sebelum ni CR rasa dia ada sediakan tempat santai2 yang ada bantal beans tu, tapi bila kali terakhir CR pergi dah tak disediakan. Tapi okay je asalkan ada meja kerusi. hehe.



Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan

Ini adalah antara menu yang ada di Loteng tc. Banyak sangat untuk dipilih sampaikan rambang mata tak tahu nak order yang mana satu. hiks. Makanan di Loteng Tc lebih kepada western food tapi kalau nak santai-santai lepak sambil minum air boleh la order keropok lekor cheese. 


Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan
Mocha Shake & Kedondong Shake

Signature drink Loteng Tc. Rasanya kalau siapa2 yang pergi sini mesti order air ni dan akan ambil gambar bekas minuman ni dan upload di Instagram. hehe. Comel cawan air ni, mula-mula ingat tak boleh bawa balik, rupanya boleh je. Boleh la buat koleksi pulak. 


Makanan apa yang kami order? Boleh tengok gambar di bawah yer. Biar gambar berbicara. gituuuuww..

Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan

Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan
Cheezy Lava Fries

Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan
Crispy Nachos

loteng tc
Tempura Mushroom

Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan
Tambahan keropok lekor , cheezy wedges

Antara kesemua menu yang kami order tu , yang paling menjadi kegemaran CR adalah Crispy Nachos. Sampai sekarang macam terbayang-bayang lagi rasa dia. Kepingan nachos bersama sos bolognese dan dua jenis keju. Portion makanan Loteng Tc boleh tahan banyak jugak.  Best kalau santai makan bersama rodong sambil borak-borak dan membawang. hehe


Dannn yang paling CR suka di Loteng Tc ni adalah, view yang cantik. Sini memang tempat yang menarik untuk anda selfie dan ootd ke. View air pantai dari atas sangat cantik dan menenangkan hati bila tengok. Sambil minum air, sambil termenung. Memang 'feel' dia lain macam. ;)


Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan

Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan




Gambar atas pakai baju biru , masa awal tahun kami pergi selepas Amsas Fun Run. Gambar bawah pakai baju hitam semuanya selepas kami join Milo Breakfast Day Run. Lepas lari tambah balik lemak2. hahaha..


Jadi,mana-mana yang berkesempatan ke Kuantan dan berkunjung ke Teluk Cempedak tu, boleh la singgah merasai makanan di Loteng TC ini. Pasti tidak mengecewakan anda. Selamat mencuba.

LOTENG TC.


DIBUKA SETIAP HARI
Ahad - Khamis  :12PM -12AM
Jumaat & Sabtu : 12PM - 1AM
Pertanyaan/ Tempahan :📱016 344 5250

Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh Pahang

September 29, 2019


Tempat menarik Temerloh

Assalamualaikum dan Hai. Kali ni kita akan bercerita salah satu tempat menarik di Temerloh iaitu Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh. Jambatan gantung ini terletak berdekatan dengan Esplanade Temerloh . Sebenarnya jambatan ini dah lama dah beroperasi dan CR pun tak pasti ada ke tak mereka servis baik pulih selepas jambatan ini tenggelam semasa banjir besar di Temerloh pada tahun 2015. 


tempat menarik di temerloh


Sebenarnya risau juga nak naik jambatan ini, tapi disebabkan kawan CR tak pernah lagi naik jambatan ini, CR pun temankan. Padahal diri sendiri pun gayat. Nampak tak amaran yang di papan tanda tu?

"Adalah dimaklumkan bahawasanya titian gantung ini hanya dihadkan kepada dua orang sahaja pada satu masa. Majlis Perbandaran Temerloh tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pengguna titian gantung ini. Harap Maklum."

Jadi, siapa yang naik tu memang tanggungjawab sendiri lah kalau tiba-tiba jambatan gantung ada problem kan.  Jambatan gantung ini sebenarnya menghubungkan Esplanade Temerloh ke Restoran Ikan Patin yang ada di seberang sana. Tapi CR tak pasti masih beroperasi atau tidak restoran tu. Rasa macam dah tutup da sebab laluan ke sana pun dah tutup. 


Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh Pahang

Ketinggian jambatan ini adalah 40.22 meter dan panjangnya adalah 86 meter. Uishh tinggi jugak tu. Bawah tu sungai semantan yang bertembung dengan sungai pahang. Di bawah itu juga ada sangkar ikan .


tempat menarik di temerloh

Gayat jugak la sebab nampak macam 'melendutt' ke bawah. Dengan ade yang menyakat pergi goyangkan jambatan tu pulak. 😂😅 Walaupun dalam papan tanda tu kata 2 orang sahaja dalam satu masa, tapi semacam ramai yang lalu. Nampak tak degilnya. :)



Temerloh pahang

Muka happy sebab dah sampai ke penghujungnya walaupun dalam hati berdebar2. Nampak tak belakang CR tu macam ada pagar. Itu sebenarnya laluan untuk turun ke restoran bawah tu tapi macam dah tak operasi da.


Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh Pahang

Masa gambar ini diambil, Bacaan IPU jerebu di Temerloh agak tinggi juga. Sebab itu lah tak nampak sangat perkataan Temerloh tu kan. Tapi semacam je nak bergambar. 

Mana-mana yang berkesempatan ke Temerloh tu, boleh la datang ke sini untuk bergambar. Kalau berani, boleh la menyeberangi jambatan gantung tu. Kalau tak berani, selfie je la atas tu. hehe..

Sebelum entri ini berakhir, jom layan video yang CR buat. 





Fiesta Lampu Lampu 2018 di Kuantan Pahang (Padang MPK 4 Kemunting)

July 24, 2018

Fiesta Lampu Lampu 2018

Berita baik untuk warga Kuantan dan penduduk yang berhampiran, pada Jumaat ini akan berlangsung Fiesta Lampu Lampu 2018 di Padang MPK4 Kemunting. Fiesta ini akan berlangsung selama 2 minggu bermula 27 Julai 2018 sehingga 5 Ogos 2018.  

Sebelum ini Fiesta Lampu Lampu diadakan di Pasir Gudang Johor pada penghujung April lepas, dan sekarang FIESTA LAMPU-LAMPU 2018 kini meneruskan siri jelajah ke Kuantan, Pahang.


Nak tengok contoh lampu-lampu di Fiesta Lampu Lampu 2018. Disini CR akan kongsikan beberapa gambar. Sumber dari Facebook rasmi Fiesta Lampu Lampu 2018.


Fiesta Lampu Lampu 2018

Fiesta Lampu Lampu 2018

Fiesta Lampu Lampu 2018

Fiesta Lampu Lampu 2018

Cantik kan? Harap ada rezeki nak ke Fiesta Lampu-lampu ni nanti. Korang mana yang dekat tu boleh la pergi. Rugi tak pergi nanti :)

Apa aktiviti-aktivit yang menarik di Fiesta Lampu Lampu 2018?


Fiesta Lampu Lampu 2018

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuklah pameran ribuan bunga mawar berlampu, hiasan dan arca lampu LED, beca LED, permainan “bubble football”, konsert artis terkenal, artis buskers, gerai jualan dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut boleh ke page rasmi di bawah ini

Facebook : 


Instagram : 



Warong Selai Paya Pulai Pahang ; Cafe vintage dan unik :)

July 23, 2018

Tempat makan best di Temerloh Pahang

Assalamualaikum dan Hai. Hari ni Cik Renex ingin berkongsi satu cafe atau kedai makan yang diberi nama Warong Selai. CR tahu mengenai kedai ni melalui Group Facebook Temerloh dimana ada pengguna yang berkongsi di group tu. Masa mula-mula tengok tu memang berkenan terus dengan hiasan dalaman kedai ni. Sangat unik dan vintage. Lain dari yang lain. 

Jadinya, memang terus masuk dalam wishlist tempat makan. Kebetulan Rabu minggu lepas ,CR ada janji dengan kawan dan terus pilih kedai ni untuk lepak. Tak jauh manapun. Warong Selai terletak di Kampung Contoh Paya Pulai Pahang. Kalau dari Hospital Temerloh (Hoshas) hanya ambil masa dalam 10 minit je. Kalau dari bandar Temerloh dalam 20minit macam tu je.


Tempat makan best di Temerloh Pahang

Masa mula-mula sampai dah teruja dengan decoration kedai ni. Masuk masuk je kedai kita akan ditemani musik lagu klasik. Sesuai dengan tema kedai ni. Masa sampai tu ada dua tiga meja yang ada pelanggan. Jangan risau sebab meja makan banyak disediakan. Pilih je nak duduk di mana.

Tempat makan best di Temerloh Pahang

Meja dan kerusi untuk para pelanggan pun sangat klasik. CR suka betul dengan deco dia. Dah macam lepak rumah sendiri bukan kedai makan. :)

Apa menu yang ada di Warong Selai?


Tempat makan best di Temerloh Pahang

Makanan yang CR cuba malam tu adalah Spicy Grilled Chicken.  Puas hati sangat sebab sedap. Juicy! Besar pun besar ayam dia. Cuma kalau ada mayonis lagi best. Hee

Tempat makan best di Temerloh Pahang

Makanan kedua adalah Spaghetti Bolognese. Yang ni pun banyak juga portion dia. CR siap kongsi dengan rakan sebab tak larat nak habiskan. 

Tempat makan best di Temerloh Pahang

Air pula CR order Apple Juice dan Milo. 

Selain dari menu ni, Warong Selai juga ada Spaghetti Aglio Olio, Congo Bar, kek dan Brownies. Kalau tak suka menu western, boleh cuba menu tradisional iaitu Nasi Lemak, Mee Kari dan juga Lontong. Nanti datang lagi sekali CR nak cuba Mee Kari pulak.


Jom kita tengok decoration dalam cafe ni. Sangat CANTIK DAN VINTAGE. Amat sesuai untuk yang gemar bergambar dan selfie.

Review Cafe

CR memang jenis suka bergambar. Jadi layankan je la gambar dari CR ni yer. Belakang tu ada sudut letak buku.

Blogger Review

Belakang tu menu di Warong Selai. Tengok hiasan di belakang tu. Cantikkan? Menambahkan lagi unsur2 vintage di Warong Selai.

Tempat makan best di Temerloh Pahang

Masa ni dah takde customer. Memang tunggu customer smua balik. Sebab nak bergambar. Rugi kalau tak bergambar di tempat cantik kan. Dengan hiasan lampu dan meja kerusi klasik lagi menambahkan keunikan Warong Selai ni.


Tempat makan best di Temerloh Pahang

So, kalau ada berpeluang datang ke Temerloh boleh la makan disini. Hanya guna maps senang je nak jumpa. Warong Selai terletak di tepi jalan utama di Kg. Contoh.

 Untuk maklumat lanjut boleh ke hubungi:

Warong Selai

Facebook :

Instagram : 

Waktu operasi : 
5pm-12am
(Isnin TUTUP)

Lokasi :



© Blog Cik Renex