Cara nak buang/hilangkan background gambar (Remove Background)︱Assalamualaikum dan Hai. Hari ni Cik Renex nak kongsikan cara untuk buang background pada gambar atau dalam bahasa omputehnya remove background. Sesetengah dari kita kadang nak edit gambar kita atau produk jualan kita dan untuk nampak lebih cantik kadang memerlukan kita untuk buang segala background yang tak sepatutnya.
CR selalu hilangkan background ni bila nak edit poster untuk promo sesuatu barang yang CR jual sebagai contoh baju kurung ker bantal ke. Nak guna background lain yang comel dan masukkan gambar produk kita beserta dengan perkataan yang menarik lagi. Untuk bantal printed yang CR jual ada kalanya CR akan guna untuk buang background gambar mereka dan amik yang sesuai sahaja untuk diedit atas bantal tersebut.
Macam contoh gambar di bawah ni. Si kacak pujaan hati sis. Dari ada background pokok-pokok terus jadi hilang. Tinggallah Lee Min Ho sorang². Hehe. Jom tengok cara-caranya.
Cara nak buang/hilangkan background gambar (Remove Background)
2. Klik UPLOAD IMAGE untuk yang anda masukkan gambar yang anda ingin buang latar belakang dalam gambar tersebut.
3. Pilih gambar yang anda inginkan. Contohnya macam gambar Lee Min Ho oppa di bawah ini. Klik Open.
4. Harap sabar menanti dia upload gambar yang kita pilih tu.
5. Dah siappp. Klik Download dan save di dalam folder yang kita mahu.
Senang je bukann. Cara yang CR ajar diatas menggunakan laptop. Untuk pengguna handphone sama je caranya. Guna link yang sama dan step yang sama. Tetapi perlu diingatkan, tidak semua gambar akan menjadi bila remove background tu, ada kalanya tak menjadi jugak. Jadi cacat gambarnya. Nak hilang background sekali dengan baju2 hilang. hehh.
Ada banyak lagi cara untuk hilangkan background gambar iaitu dengan menggunakan aplikasi Picsart ,canva dan juga guna powerpoint pun boleh tapi leceh la sikit caranya. Canva pula kena berbayar. CR selalu guna website ni dan juga Picsart. Dua itu sahaja. Kalau anda ada cara lain, bolehlah kongsi dibahagian komen di bawah. Thanks.
5 Aplikasi Edit gambar Paling best untuk Pengguna Android | Assalamualaikum dan Hai. Kali ini, Cik Renex ingin berkongsi sedikit info mengenai aplikasi untuk edit gambar. Kelima-lima aplikasi ini adalah aplikasi yang wajib ada didalam telefon CR.
Kebiasaannya, CR akan edit gambar untuk mencantikkan lagi gambar yang CR ambil dan juga untuk edit gambar bagi mempromosikan barangan yang CR jual.
Sebelum menggunakan telefon, biasanya CR akan edit gambar menggunakan software Photoscape. Sekarang, dah ada yang mudah menggunakan aplikasi telefon pintar, makanya teruslah kita menggunakan aplilasi hp sahaja. 😊
5 Aplikasi Edit gambar Paling best
Jadi, 5 Aplikasi Edit Gambar paling best untuk pengguna Android terutamanya adalah :
1. CANVA
Aplikasi paling best dan paling FAVOURITE CR. Senang sangat Aplikasi Canva ni sebab aplikasi ini dah sediakan template yang siap. Kita cuma perlu pilih sahaja yang sedia ada. Canva ini akan memudahkan kita untuk mereka poster, logo,kad jemputan, poster, bisnes card dan pelbagai lagi sebab itu lah CR suka sangat sangat aplikasi ini. Bila kita dah design, kita boleh simpan template kita dan kita boleh guna design tu untuk seterusnya.
Kalau ada yang follow IG bisnes CR, msti perasan layout IG sis yang sama jee tiap kali upload. Sebab sis guna apps canva ni. Hanya perlu tukar gambar atau perkataan je sebab awal2 CR dah edit dan save je template tu. Senang nak guna.
2.Phonto
Aplikasi Phonto ini selalunya CR akan edit untuk tambah text atas gambar dan font yang digunakan senang untuk di edit. CR selalu guna apps ni kalau nak edit gambar letak quotes best2. Takpun untuk edit gambar bagi bisnes keychain sebab senang terus edit guna phone. Ada yang nak tahu cara download font lawa untuk guna dalam apps font? Boleh DM CR yer.
3. PicsArt
Aplikasi yang paling CR suka sebelum beralih arah pada canva. 😁 Picsart ni banyak sangat kegunaan. Kena rajin explore sebab banyak sangat kegunaan dia. Ni contoh CR pernah kongsikan CR edit guna PicsArt. https://www.cikrenex.com/2017/01/edit-gambar-guna-picsart.html
Contoh yang kita boleh buat dengan PicsArt. 😁😍
Hai Paksu Remy.
4. Snapseed
Aplikasi yang banyak sangat kegunaannya juga kalau rajin explore. Nak edit untuk promote barang2 & letak watermark kita pun senang. Yang rendah boleh jadi tinggi. 😁😊 Hehe. Nanti kalau rajin CR akan kongsikan yer.
5. Adobe Lightroom
Aplikasi edit gambar yang Viral sekarang dan instafamous selalu guna aplikasi Lightroom untuk mencantikkan lagi gambar. CR join group di telegram untuk dapatkan preset2 yang cantik. Bila ada preset, senang la kita nak gunakan.
Kesemua aplikasi ni boleh di download melalui Play Store. Anda hanya perlu search je nama aplikasi ini dan terus install. Selamat mencuba.
3 Aplikasi Edit Gambar paling best untuk Android | Siapa disini suka edit gambar? Sebelum ni kita edit gambar dengan software Photoscape atau Adobe Photoshop di laptop kan. Tapi sekarang zaman dan maju dan masing2 nak cepat. Kadang tak sempat nak transfer gambar ke laptop,jadi nak terus edit guna phone je. Lagi mudah. Tapi nak guna apps apa kan?
CR adalah pengguna android makanya hari ni CR akan berkongsi aplikasi edit gambar/foto yang paling best dan popular. Sebenarnya ni adalah aplikasi yang paling CR suka untuk edit gambar dan di dalam Play Store tu banyak lagi aplikasi lain. Pilih je mana yang berkenan dan selesa untuk digunakan.Antara aplikasi untuk edit gambar bagi pengguna Android adalah picsart,photogrid, vsco , snapseed , Pipcamera dan pelbagai lagilah. Tapi hari ni, CR nak kongsikan tiga aplikasi sahaja.
Tiga aplikasit edit gambar yang paling CR suka adalah Picsart, Vsco dan Snapseed. CR suka edit gambar dan selalu guna untuk edit gambar hasil kraftangan yang dah siap untuk produk bycikrenex. Jadinya memang tiga aplikasi ni penting untuk ada dalam handphone CR. Selalu gabungkan tiga2 aplikasi ni untuk jadikan satu gambar yang cantik. CR adalah view-hunting. Pantang nampak tempat lawa,terus nak bergambar. Tapi tahu je lah kalau guna handphone ni,gambar tak memuaskan. Jadi memerlukan aplikasi-aplikasi di bawah ni. 😊
3 Aplikasi Edit Gambar untuk Android
1.PICSART PHOTO STUDIO
Picsart adalah aplikasi yang CR paling paling paling suka. Sebab banyak sangat tools dia. Filters apps ni jugak sangat banyak untuk digunakan. Kena rajin bereksperimen dengan tools dalam tu. CR pun belum habis explore lagi picsart ni. Filter yang selalu guna adalah HDR sebab menjadikan warna dalam gambar kita nampak lagi terang almaklumlah guna kamera hp yang biasa2.
Antara hasil yang di edit oleh CR. Boleh nampak perbezaan dia kan. Gambar yang gelap boleh jadi cerah dengan CR sekali jadi kulit cerah (padahal jenis kulit gelap). Filter picsart sangat-sangat membantu menjadikan gambar cantik. Bagi pandangan CR lah. Hehe
Yang ini pulak hasil edit untuk header blog,cover photo facebook dan macam2 lagi lah. Bila edit header atau logo ,CR suka gunakan sticker yang dah ada dalam picsart ni. Tapi kena rajin explore lah bagi mendapatkan gambar sticker yang cantik. Kalau nak lagi advance dalam mengedit gambar guna picsart boleh tengok tutorial di Facebook dan youtube. Dan kalau anda terer dalam design2 ni memang boleh buat duit okay. Teruskan usaha.
Update Mei 2020. Contoh video hasil edit menggunakan aplikasi Picsart.
2. VSCO
VSCO pulak CR suka sebab filter gambar dia. VSCO mempunyai banyak filter untuk menjadikan gambar nampak lagi menarik dan cantik. Filter yang ditawarkan juga ada yang percuma ada yang perlu dibayar. Yang percuma pun dah sedia cantik taw filter dia. Di facebook dan youtube ada tutorial bagaimana nak cantikkan gambar. Memang superrbb hasilnya kalau pandai main dengan setiap tools dia.
Hasil vsco. Banyak perbezaannya kan.
3. SNAPSEED
Snapseed sangat sesuai untuk edit gambar yang berbentuk promosi barang dan quote2 yang menarik. Snapseed memang da ade template berbentuk dalam bulat camtu . Hanya tinggal kita edit sahaja perkataan apa yang kita mahu letak dan style yang mane. CR selalu edit gambar-gambar background cantik dan di hiasi dengan ayat-ayat jiwang. 😁
Hasil edit guna Snapseed
Itulah antara aplikasi yang menjadi pilihan CR. Mungkin sesetengah orang selesa dengan apps lain kan. Apa kata komen di bawah atau share di blog korang lak, apps yang korang gunakan untuk edit gambar. 🤗😊
Zaman sekarang ni banyak sangat application kat handphone untuk kita install bagi edit gambar kan. Antaranya picsart, vsco, phonto, prisma dan macam2 lagi. Pilih je mana yang berminat. Bagi aku yang paling aku suka ialah picsart dan vsco. Prisma masa mula2 tengah in aku rajin jugak guna tapi sekarang malas da. Yang lain tu tak berapa nak reti sangat.
Senang je nak cari apps ni. Buka play store taip picsart. Tekan install. Selesai download boleh la nak guna. Macam2 efek ade. Rajin2 la explore yer. Aku pun tak habis guna segala efek2 dia. Guna yang basic je.
Nak tengok hasil edit? Aku belanja satu. Tak hebat mana pun. Korang lagi terer wat. Huhu.
GAMBAR SEBELUM EDIT PICSART
GAMBAR SELEPAS EDIT PICSART
Senang je ni. Paling basic. Seram ke idok? Haha.
Nak tengok yang lagi power edit boleh jengah FB page Hafiz Ahmad. Aku banyak belajar dari tutorial dia jugak. Kalau ade masa lapang jenguk tutorial kat youtube. Di youtube banyak sangat tutorial dari picsArt. Memang hebat dieorang guna appa ni.
Update Mei 2020. Video CR edit gambar menggunakan aplikasi Picsart. Jom tengok.
Korang pulak, suka guna apps apa untuk edit gambar?