hotel review
Showing posts with label hotel review. Show all posts

Pengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malam

April 17, 2022

Pengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malam

Pengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malam ︱ Assalamualaikum dan hai. Selamat menikmati hujung minggu yang dah hampir ke penghujung. Ke ada yang sambung cuti Isnin sebab Selasa kita kan cuti Hari Nuzul Al-quran. Mungkin ada yang ambil kesempatan untuk berbuka bersama yang tersayang kan? Weekend ni CR tak kemana-mana jadi ada masa free sikit ni cerita tentang pengalaman CR menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang pada minggu lepas. Sebelum ni CR pernah stay selama satu malam di sini pada tahun 2018 tapi kali ni berbeza sedikit sebab CR pergi bersama En. Suami pulak. :)

Ancasa Royale Pekan Pahang merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang telah dibuka sejak Mei 2014. AnCasa Royale Pekan ini adalah salah satu dari Ancasa Hotels & Resort yang merupakan rangkaian hotel milik UDA Holdings Berhad (UDA). Di antara hotel-hotel tersebut adalah Ancasa Hotel & Spa dan Ancasa Express @Pudu di Kuala Lumpur , Ancasa Residences Port Dickson,Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) dan Ancasa Royale Pekan, Pahang. 

Pengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malam
Lobby

Ancasa Royale Pekan ni mempunyai 133 bilik semuanya yang terdiri daripada 22 unit Deluxe Premier Single, 103 unit Deluxe Premier Twin, 2 unit Family Suite, 4 unit Junior Suite, 1 unit Executive Suite and 1 unit Premier Suite. 

Pengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malam

Urusan untuk check-in sangat mudah dan pantas dan staf yang berada disitu juga tidak lokek dengan senyuman. CR tinggal di Deluxe Premier Twin dan biliknya sangat luas dan selesa. Setiap bilik disertakan dengan bathtub dan bilik mandi yang berasingan. Yang paling menarik adalah almari yang berhubung dengan bilik air. Jadi jika anda ada bawa anak kecil dan mereka ingin berendam lama-lama dalam bathtub kita boleh je tengok dr katil luar. :) Bilik ini juga disediakan meja dan kerusi yang empuk dan selesa untuk bersantai-santai tengok tv sambil menikmati pemandangan sungai di luar hotel.

Pengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malam

Antara yang kemudahan lain yang diberikan adalah :

1. Bathrobe/tuala
2. Hair Dryer
3. Wifi
4. Mini Peti ais
5. Sterika
6. Surat Khabar
7. Kit menjahit
8. Pemanas Air

CR juga berkesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar hotel dan melihat sendiri bilik-bilik lain yang ada di Ancasa Royale Pekan Pahang ini. Antaranya adalah.

1. Suite

Pengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malam

Suite ini semalaman berharga RM850 dengan keluasan 69 m². Ruang tamu dan bilik berasingan dan ada meja makan serta ruang pantri yang agak luas. 

2. Junior Suite

Pengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malam

Junior Suite dengan keluasan 81 m² berharga RM1050 untuk satu malam. Ruang untuk bersantai lebih luas dan selesa.

3. Executive Suite

Pengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malam

Pengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malam

Executive Suite yang berharga RM5000 semalaman dengan keluasan bilik 261 m². Nak merasa duduk bilik harga sebegini tak tahu la bila , dapat merasa tengok pun dah okay aritu. hehe.

4. Premier suite

Pengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malamPengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malam

Pengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malam

Pengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malam

Bilik yang selalu para VVIP duduk iaitu Premier Suite. Cuba teka harga semalaman berapa rm? Harganya RM7000 okayy semalam. Memang berbaloi la dengan keluasan bilik  326 m². Ruang untuk bermesyuarat sangat selesa dan luas dan yang paling menarik minat CR adalah bathtub nya. Sambil berendam sambil menikmati view di luar. :)

Antara kemudahan lain di Ancasa Royale Pekan Pahang adalah kolam renang , studio, galeri Tun Abdu Razak dan gymnasium.

Sempena bulan Ramadhan ini juga, Ancasa Royale Pekan turut mengadakan buffet ramadan juga. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasa hidangan berbuka puasa mereka yang sangat sedap dan banyak pilihan. Harga yang ditawarkan adalah RM98 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak dan warga emas. Klik SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai buffet ramadan mereka.

Alamat :
Ancasa Royale Pekan, Pahang
No 2670, Kampung Peramu,
Jalan Pekan - Kuantan,
26600, Pekan,
Pahang Darul Makmur.

Faks
+609-424 6700

Emel untuk tempahan :
ar.reservation@ancasahotels.com

website :

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

April 15, 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022 ︱ Assalamualaikum dan Hai. Sedar tak sedar kita dah masuk Ramadan yang ke-13 kan. Macamana puasa anda setakat ini? Dah ada plan nak berbuka puasa dengan pakej buffet di Hotel atau restoran tak? Hujung minggu yang lepas CR berpeluang berbuka puasa di Ancasa Royale Pekan Pahang. Tahun ini tema buffet ramadan mereka adalah "Poh Paleh Wey".

"Poh Paley Weh" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

Sesuai dengan tema "Poh Paleh Wey" ni, memang poh palehh weyyy banyak betul menu yang disediakan pihak hotel sampai CR dengan en. suami tak tahu nak makan yang mana satu. Dalam gambar ni tengah termenung nak makan apa lagi kejap lagi ni. Hehe. Yang specialnya juga kami dapat merasa Panna Cotta yang disediakan oleh Chef Zamri. Sedap sangat.

Antara menu utama di dalam Buffet Ramadan Poh Paleh Wey ini adalah Nasi Pilaf, Burung Puyuh goreng, Tempe Sambal Jawa, Ikan Patin Tempoyak, Ketam Lemak Cili Api dan pelbagai lagi. Bawah ni antara menu-menu utama di Ancasa Royale Pekan untuk 2022 ini. 

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

Buffet ramadan pahang bawah rm100

Dan kebiasaannya, dimana-mana buffet ramadan mesti orang akan mencari Kambing Golek. Di Buffet Ramadan Ancasa Royale Pekan, kambing golek memang jadi permintaan dan kita boleh tengok sendiri kambing dibakar oleh Chef Ancasa. 

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

Selain daripada itu juga, buka puasa kita akan lebih lengkap bila kita berbuka dengan Ulam Ulam kampung, Tapai Ubi Kayu, Tapai Pulut, Ikan Masin Talang, Ikan Jeruk Gelama dan juga Jantung pisang. Disempurnakan pula dengan Sambal Mangga, Sambal Kicap Manis, Sambal Belacan , Sambal Tempoyak dan Sambal Cincalok. Pehhh, Poh paleh wey, sedap sangattt. CR tidak ketinggalan ambil petai dan ulam dimakan dengan Sambal Belacan. Memang sedap sangattt.

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

Terdapat pelbagai menu air untuk hilangkan dahaga kita sepanjang kita berpuasa seharian. Antaranya adalah air Air Batu Campur, Lai Chi Kang, Nescafe ais, Teh Ais, Sirap Selasih, Bandung Cincau, Lemon Serai, Mango Susu, Sirap Selasih dan Pandan susu. Nak air panas pun ada juga disediakan.

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

Sudut yang menjadi perhatian CR adalah bahagian pemanis mulut. Poh paleh wey, banyok ngat pilihannya sampai tak tahu nak ambil yang mana. Semua nampak menarik dan sedap wehh. Ada kuih muih tradisional, creampuff, churos, Mango puding, pelbagai jenis kek, Puding roti, bubur dan sebagainya. 

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

Jadi, jika anda masih mencari-cari tempat buffet untuk berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan, boleh la cuba buffet di Ancasa Royale Pekan Pahang ini. Harga yang berpatutan dengan menu-menu yang disediakan. Keluasan tempat makan pun agak luas, ada juga bahagian outdoor. 

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paley Weh" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

Harga Buffet Ramadan : 

Dewasa : RM98
Kanak-kanak : RM58
Warga Emas : RM58

untuk tempahan boleh hubungi di talian 09-4246600 atau 018-9161462 

Untuk  lagi jimat , boleh ambil pakej sekali dengan bilik. Dah alang-alang sampai Pekan, terus la menginap di Ancasa Royale Pekan kan. Nanti CR akan cerita pengalaman CR stay di Ancasa Royale Pekan Pahang .

Staycation sekali buffet ramadan

Secara keseluruhannya, CR sangat berpuas hati dengan semua menu di Buffet Ramadan Ancasa Royale Pekan Pahang ni. Bak tema mereka tahun ni, Poh paleh wey, memang sedap amat. Menu pun poh paleh wey banyak sangat sampai tak tahu nak makan yang mana. Sampai tak larat nak naik bilik sebab perut kenyang sangat. hehe. Itupun ada yang CR terlupa nak ambil, bila tengok semula gambar mula rasa teringin nak pergi makan sini lagi. Huhu. So, anda semua jangan lepaskan peluang untuk merasa buffet ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang yer. 

Hotel Murah di Bandar Kuantan - Kompo Villa

July 7, 2020

Hotel murah di kuantan

Hotel Murah di Bandar Kuantan - Kompo Villa | Assalamualaikum dan Hai. Sebelum ini, CR pernah kongsikan satu hotel murah berdekatan dengan exit Tol Gambang iaitu Selesa View Hotel . Boleh KLIK SINI untuk baca :) Untuk kali ini, CR nak berkongsikan satu hotel yang lokasinya sangat strategik dan berdekatan dengan bandar Kuantan iaitu Kompo Villa Guest House. Harga bilik di Kompo Villa ini serendah RM60 dan keatas untuk semalam

CR sangat suka bermalam disini kerana lokasinya sangat senang untuk cari dan bila kita ingin bergerak kemana-mana pun mudah. Dari Kompo Villa ke Pantai Teluk Cempedak hanya lebih kurang 6.4km(15 minit) sahaja. Manakala kalau ada ingin ke Mall di bandar sebagai contoh Kuantan City Mall hanya sejauh 5-10 minit (2km) sahaja dan jika ingin makan ikan bakar segar di Restoran Ana Pantai Tanjung Lumpur hanya mengambil masa lebih kurang 4.6km ,10minit. Itu bergantung juga pada keadaan jalan raya samada jammed ataupun tidak. Tahu je la Kuantan kan. 

Untuk yang ingin menginap atas urusan kerja atau solo traveller, CR sangat syorkan hotel ini kerana ianya murah ,selesa dan juga privasi walaupun terletak dalam taman perumahan. Tapi hotel ini dibahagian hujung sekali ,jadi memang privasi lah. 
Hotel dekat bandar kuantan
LOKASI KOMPO VILLA

Hotel ini CR pernah menginap buat pertama kali semasa larian Milo pada tahun lepas. Untuk kali pertama CR menginap, kami ambil set yang dua katil Queen sebab kami berempat tapi gambar lupa pulak nak snap. :) Ini sahaja gambar yang sempat CR ambil semasa menginap untuk kali kedua bersama dengan blogger Zaza.

Kompo villa

Hotel di kuantan

Untuk bilik yang ada satu katil Queen atau dua katil Single, harganya sangat lah murah dan berbaloi. Hanya RM60 sahaja sebilik. Murah kan.

Bilik murah kuantan

Hotel murah kuantan

Bilik mandi dan tandas yang bagi CR selesa dan sesuai dengan harganya. Kalau nak mandi air panas pun boleh,manalah tahu tak tahan sejuk2 kan. Hehe

Hotel murah di kuantan pahang

Hotel bajet di kuantan

Hotel ini juga menyediakan televisyen untuk anda tonton kalau bosan dan sempat. Takut sampai bilik terus je tidur. TV yang tengok korang nanti.

Hotel murah kuantan

Untuk urusan check out pun sangat mudah, hanya perlu tinggal kunci di bekas yang disediakan ini sahaja dan whatsapp owner. :) 

Sesetengah orang inginkan keselesaan dan kemudahan yang lebih lagi seperti kolam renang untuk anak-anak mandi kan, jadi tidak sesuai la untuk menginap di sini. Untuk CR hotel sebegini sudah cukup jika CR ada urusan di Kuantan yang perlu bermalam dan CR pun bujang jadi sesuai la untuk stay disini. 

Hotel murah kuantan
Jadi, jika anda berminat untuk menginap di Kompo Villa ini boleh la menghubungi  nombor yang tertera di gambar ini. 
© Blog Cik Renex