instagram
Showing posts with label instagram. Show all posts

5 Aplikasi Best untuk Template Instagram Story bagi pengguna Android

April 10, 2020

Template insta story

5 Aplikasi Best untuk Template Instagram Story bagi pengguna Android | Assalamualaikum dan Hai. Sebelum ini Cik Renex (CR) pernah kongsikan aplikasi edit gambar yang menarik dan kali ini CR ingin berkongsi 5 Aplikasi yang ada di Play Store yang memudahkan anda untuk update Insta Story anda. Rasanya Insta Story memang tidak asing lagi untuk pengguna Instagram yang hanya membenarkan kita post video hanya untuk beberapa saat sahaja.

Sesetengah pengguna Instagram lebih gemar post di Insta Story berbanding di feed sendiri kerana selepas 24 jam, post tersebut akan hilang. Jika anda masih ingin menyimpan, kita boleh save di highlight yang kita cipta sendiri. Berkenaan highlight itu, CR akan kongsikan di entri lain pula yer kerana kita akan fokus pada Insta Story terlebih dahulu.

Untuk penjual barang secara online di Instagram,bagi CR ianya sangat penting untuk anda menghasilkan insta story yang menarik dan cantik. Bila followers anda melihat Insta Story anda yang menarik, mereka akan lebih tertarik untuk tengok yang seterusnya. 


Yang pastinya, Instagram sendiri mempunyai cara yang mudah untuk kita post Instagram Story. Sebagai contoh ambil gambar dan tambah beberapa ayat , location dan juga GIF. Tetapi, aplikasi di Play Store telah memudahkan kerja kita. Kita hanya perlu pilih Template yang berkenan kemudian tambah gambar atau ayat yang kita perlukan. Bila dah siap edit, save dan post gambar tersebut di Instagram Story.

Ada sesetengah apps itu akan menyimpan draf gambar yang kita edit. Jadi ianya akan memudahkan kerja kita jika ingin guna design yang sama tetapi perlu ubah gambar atau ayat sikit. CR selalu guna apps ini untuk kongsikan testimoni pelanggan. Jadi design yang sama, gambar testimoni yang berbeza. 

Jom kita lihat 5 contoh aplikasi Instastory yang ada di Play Store. Untuk pengguna ios , CR rasa boleh juga guna. 

5 Aplikasi Best untuk Template Instagram Story bagi pengguna Android

1. CANVA

Template Instagram Story bagi pengguna Android


Canva adalah salah satu aplikasi kegemaran CR untuk edit gambar selain daripada PicsArt. Banyak sangat template yang disediakan oleh Canva. Untuk memudahkan kerja anda, hanya letak apa tema yang anda nak, kemudian search. Pilih lah mana yang berkenan di hati.

2. STORY ART

5 Aplikasi Best untuk Template Instagram Story bagi pengguna Android

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ryzenrise.storyart

Pelbagai template yang disediakan di aplikasi Story Art mengikut tema yang anda inginkan. Aplikasi ini juga menyediakan kategori setiap template samada Classic, Fresco, Plog, Food dan pelbagai lagi. Yang CR sebutkan itu adalah contoh template percuma. Ada template yang perlu di bayar untuk digunakan tetapi CR guna yang percuma je dah memadai dan cantik.

3. STORY CHIC

Story chic edit instagram story

https://play.google.com/store/apps/details?id=instagramstory.maker.unfold

Template yang disediakan oleh Story Chic boleh tahan memuaskan hati dan cantik. Selain dari gambar, aplikasi ini menawarkan story yang animated tetapi untuk yang percuma tak banyak. 

4. STORY MAKER

Story maker

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.gongadev.storymaker

Template yang disediakan sangat cantik akan tetapi apabila gunakan aplikasi ini pastikan anda ada kesabaran. Ini kerana setiap kali nak edit, akan ada pop-up iklan. Huhu.

5. UNFOLD

5 Aplikasi Best untuk Template Instagram Story bagi pengguna Android

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.moonlab.unfold

Untuk pengguna yang sukakan design minimal atau less is more, boleh la gunakan aplikasi Unfold ini. Aplikasi ini juga menawarkan template yang percuma dan juga berbayar.


Baiklah, ini sahaja yang CR boleh kongsikan buat masa ini. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi aplikasi di Play Store untuk anda edit template Insta story anda. Yang CR kongsikan diatas ini adalah apps yang memang ada di telefon CR dan CR pernah guna. 


"Jadi, antara 5 aplikasi diatas ini, anda pernah gunakan yang mana satu? Atau mungkin anda ada gunakan aplikasi lain? Sudilah berkongsi di bahagian komen di bawah yer. Terima kasih."



Cara padam/delete akaun Instagram bagi pengguna yang sudah meninggal dunia

September 19, 2019


Cara delete akaun Instagram bagi pengguna yang sudah meninggal dunia


Assalamualaikum dan Hai. Sebelum ni Cik Renex pernah berkongsi tentang cara untuk padam akaun instagram kita. Tapi sebenarnya bukan padam terus tapi pihak Instagram disable akaun kita sahaja. Bila kita log in semula dia akan jadi aktif semula.

Untuk baca boleh klik link di bawah.



Untuk kes  ini,kita nak melaporkan pengguna akaun instagram tersebut sudah meninggal dunia pada pihak Instagram.  Kadang-kadang tu kita perlu padam akaun sebab mungkin ada gambar yang tak sesuai untuk ditayangkan dan juga mungkin sesetengah waris tak nak akaun tersebut masih aktif.


Tapi ada sesetengah orang dia akan membiarkan sahaja akaun Instagram tersebut tu aktif sebagai kenangan mereka. Terpulang pada diri masing-masing.

Jika anda sebagai waris nak melaporkan akaun arwah/simati pada instagram caranya mudah sahaja. Tetapi laporan ini hanya boleh dilakukan oleh waris atau orang terdekat sahaja sebab kita perlukan maklumat berkaitan dengan arwah/simati.

Langkah untuk alih keluar/ delete akaun instagram.


1. Klik link ini.



2. Isi maklumat yang diperlukan

Delete acc instagram orang yang dah meninggal dunia


Ahli keluarga terdekat yang disahkan boleh meminta pengalihan keluar akaun orang yang disayangi daripada Instagram. Apabila anda menyerahkan permintaan untuk pengalihan keluar, kami memerlukan bukti bahawa anda ialah ahli keluarga terdekat bagi si mati, seperti:
  • Sijil kelahiran si mati 
  • Sijil kematian si mati 
  • Bukti daripada pihak berkuasa di bawah undang-undang tempatan bahawa anda ialah wakil yang sah bagi si mati atau bagi harta pusakanya
Sumber : https://en-gb.facebook.com/help/instagram/264154560391256?helpref=hc_fnav


3. Tunggu maklum balas dari  pihak instagram 

Cara delete akaun Instagram bagi pengguna yang sudah meninggal dunia
Sumber : https://help.instagram.com/231764660354188



Okay. Itu sahaja. CR tak pernah mohon untuk delete akaun instagram. Cuma kongsikan info bagaimana sahaja. Bagi siapa2 yang pernah buat, boleh la kongsikan pengalaman anda. 






Instagram Feed yang menarik

December 31, 2017

Instagram Feed yang menarik Assalamualaikum dan Hai! Ada tak disini jenis yang menjaga feed instagram masing-masing. Sesungguhnya aku memang suka jaga Feed Instagram tapi apakan daya, aku tak berjaya nak kekalkan untuk masa yang lama untuk Instagram Personal aku. Tapi, untuk Instagram bisnes,aku berjaya kekalkan dari bulan Februari lagi. Kadang-kadang cemburu tengok Instagram sesetengah orang yang cantik sangat. 

Mungkin ada sesetengah orang tak kisah feed instagram, tapi aku kisah sebab mata sendiri yang memandang. Hehe. Aku ada cuba beberapa patern tapi semua sekerat jalan. Disini aku kongsikan 3 feed yang aku pernah buat di Instagram aku.

1. Vertical lines

Yang ni adalah Instagram Bisnes Cik Renex iaitu @bycikrenex ; jemput singgah kalau rajin. hee. Instagram ni CR buat tema Vertical lines. Di tengah-tengah setiap line CR akan letakkan quotes dan kadang-kadang letak info mengenai bisnes CR. Yang ni CR mula buat style ni since Februari lagi dan mungkin akan kekalkan sehingga tahun depan dan seterusnya kot. 

2. White border

Yang ni CR buat untuk Instagram personal CR. Setiap gambar CR akan letakkan border putih bagi nampakkan gambar dalam petak2 kecil, yang ni CR screenshoot guna laptop jadi tak nampak sangat border tu. :) Yang ni rasanya sampai tahun ni je CR buat, tahun depan macam malas dah. 

3. Puzzle 

Sytle ni dua kali je buat sebab rasa tak syiok sangat dan leceh sikit nak edit dan crop. Lepas crop pun kena make sure quality gambar still okay dan tak pecah. Sebenarnya ada je apps ni di Playstore tapi CR lagi suka edit sendiri. Mana-mana yang nak try boleh cari di playstore appsnya ye.



Sebenarnya banyak lagi Idea Instagram feed yang menarik orang buat. CR akan kongsikan beberapa feed, sumber dari google.

1. The Checkerboard Theme


2. Black and White

3. Patterns 

4. Black Borders

5. Line by line


Jadi ada tak tema instagram feed yang korang berkenan ataupun semua tak berkenan? Hehe. CR kalau rajin baru lah jaga feed instagram,kalau malas biarkan je gambar tu upload macam mana pun. Anda jenis yang jaga  instagram feed atau tak? Kalau yer, mana pilihan anda?







Cara buat 2017 Best nine on Instagram

December 12, 2017



Cara buat 2018 Best nine on Instagram

Cara buat 2017 Best nine on Instagram | Feed Instagram awak ada tak dipenuhi dengan hashtag 2017 Best Nine. #2017bestnine? Feed instagram CR ada yang dah buat dah. Sebelum ni CR pernah update mengenai bestnine ni untuk tahu 2016. Baca SINI.  Jadi tahun ni apa kata kita buat lagi.

Mana yang masih belum tahu mengenai best nine ,meh CR nak ajarkan cara nak buat dia. Website ni akan generated SEMBILAN gambar terbaik di instagram kita sepanjang tahun 2017 ni. Saja seronok2 nak buat kan. Pastikan akaun Instagram anda public baru boleh buat. Kalau private tu, public kan sekejap kemudian da dapat gambarnya, tukar la private semula. hehehe.




Cara buat 2017 Best nine on Instagram



1. Pergi ke website https://2017bestnine.com

2. Taip nama Instagram kita di ruang Instagram ID dan klik GET.

bestnine instagram 2018



3. Tunggu dia generated dulu.

Cara buat 2018 bestnine on Instagram


4. Taraa dah siap! Senang kan. Boleh la share di Instagram masing-masing.

Cara buat 2018 Best nine on Instagram

Jadi ini adalah cara mudah nak tengok gambar yang paling banyak Like sepanjang tahun 2017. Nak buat sendiri pun boleh. Pilih je gambar yang anda rasa paling menarik dan edit collage dengan menggunakan PicsArt ke PhotoCollage ke dan lain-lain apps di Play Store. 

Selamat mencuba!


Cara delete akaun Instagram

November 24, 2017

Assalamualaikum dan Hai

instagram

Cara delete account Instagram | Instagram adalah salah satu apps yang aku paling suka layari. Instagram juga boleh dikatakan sebagai diari bergambar online. Aku memang lagi suka instagram berbanding facebook dan twitter. 

Aku bukan nak delete akaun personal instagram tetapi untuk satu instagram private yang konon-konon di buat untuk feed puisi sahaja. Tapi tulah,tak terlayan nak update di instagram tu. Makanya aku pun try lah godek-godek setting dan jumpa la button untuk delete. Sebenarnya bukan lah delete atau padam akaun instagram tapi dengan kata lain disable atau diactivated jer. Bila terasa nak tengok instagram , rindu nak stalk boleh activekan semula akaun kita dengan login seperti biasa.

Mudah je caranya tetapii kena menggunakan laptop atau pc. Guna apps tu takde untuk setting disable nih. Eh guna handphone pun boleh, buka chrome dan request as a dekstop. Baru boleh disable akaun kita.

Cara delete akaun Instagram 

instagram
1. Buka website http://www.instagram.com/ dan log in ke akaun kita seperti biasa.


instagram
2. Tekan simbol profile yang aku bulatkan tu.


instagram
3. Kemudian  akan keluar profile Ig kita. Klik edit profile seperti dalam bulatan tu


cara delete instagram
4. Pergi kebahagian bawah sekali akan nampak perkataan ni "Temporarily disable my account". Klik disitu.




cara delete instagram
5.  Isi ruangan kenapa kita hendak tutup akaun kita dan masukkan password. Kemudian klik di no 3 . Selesai.


You can disable your account instead of deleting it. This means your account will be hidden until you reactivate it by logging back in.

You can only disable your account once a week.

Selamat mencuba yer. Harap menjadi.

**UPDATE 05.05.2020**

CR dah jumpa cara untuk Delete Permanently Account Instagram. Cara diatas untuk disable je kan, cara yang baru ni terus delete selama-lamanya. CR kongsikan di bawah ini bagaimana cara-caranya. Selamat mencuba.

© Blog Cik Renex