review filem
Showing posts with label review filem. Show all posts

Baru tengok Surga yang tak dirindukan 2.

March 15, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

Sytd2


Akhirnya Cik Renex berjaya tengok Syurga yang tak dirindukan 2 pada 4.3.2017 yg lepas. Orang lain dah tengok lama dah, aku baru nak tengok. Hehe. CR tengok SYTD2 ni kat kluang mall. Kebetulan memang nak g Kluang, suruh akak tengok jadual wayang ada tak filem SYTD2. Nasib ada rezeki kami sebab kebetulan memang ada tiket kul 4 je. Yang lain takde.

Sytd2

Lepas viral SYTD1 baru-baru ni memang semua orang ternanti-nanti dan tak sabar nak tahu kesinambungan kisah Pras , Arini, dan Mei rosesCR tengok dengan family. Dan yang specialnya, ma bersetuju nak tengok wayang. Sebelum2 ni ma memang tak nak g wayang. Dia kata masa muda2 ritu dah selalu tgok. Haha. Tapi filem SYTD2 ni berjaya buat ma tengok wayang. Lepas ni boleh la ajak lagi. Hehe

Best ke filem ni?

Meirose sytd2

Bagi CR sangat2 best. 5/5 .

Filem ni jugak berjaya buat CR mengalirkan air mata. Lagi2 scene last tu. Puas cover dengan orang sebelah. Sedih sebab tengok arini dan sedih teringatkan abah. Meninggal sebab kanser sama macam Arini. Suasana hospital tu memang ingatkan CR dengan situasi 6 tahun lepas. Alfatihah untuk abah.

CR tak reti sangat nak buat review. Kalau nak baca review filem SYTD2 ni boleh tengok BLOG SIQAH . Review yang lengkap. Sediakan tisu sebelum masuk panggung tu yer.

Sytd2

Agak-agak siapa pilihan Meirose. Secara jujurnya aku lagi sokong kalau dia pilih yang sorang lagi. Huhu.

.
.
.
Lamanya tinggal blog. Sori geng2 blogger.  Nanti Cik Renex balas kunjungan. Ni pun update guna bloggeroid. Data nak habis dah. Missing uolsss.

Ber PE 3 - bapak segala gangster

October 24, 2012

PE 3

Hari ni seluruh warga Pahang bersenang lenang dirumah sebabnya cuti sempena Hari keputeraan Sultan Pahang. Tapi tak semuanya cuti kan. Papepun, selamat bercuti pada yang bercuti hari ini.

Dan tadi aku dengan member aku pergi Starmall Mentakab untuk menonoton filem ni. Di tempat aku ni hanya ada satu sahaja pawagam iaitu di Mentakab. Mujur la ada kan, kalau tak kena tunggu pergi Kuantan baru boleh tengok wayang. Sedeh.

PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry.

Movie ni filem aksi komedi. Memang banyak gelak tengok cerita ni. Ketua gangster, tapi asal keluar je banyak kali terjatuh. Lawak2. Siap berkain pelekat la. Adoi. Memang bapak segala gangster la.

Korang nak taw best ke x, pergi la sendiri tengok yer.

Dan ni merupakan filem terakhir Diana Amir tak bertudung. Jangan la pelik pule bila tgok cerita ni. Sebab filem ni dirakam sebelum beliau berhijrah.

:)
KL Gangster time

KL Gangster time

June 15, 2011

ini sambungan entry pergi ke kuantan tu.wa pergi sana menyelam sambil minum air.bukan air sungai tapi air tembikai susu.hehe.:) wa pergi nonton KL GANGSTER.wa cakap lu.


ini movie,wa boleyh bagi tiga satu per dua star.haiya,itu sudah cukup manyak maa..overall movie ni OK.ganas2 gangster itu adalah kan n lawak2 pun ada sebab ada si ZIZAN raja lawak tu.movie ni pun banyak mesej la.takde la cerita zero je kan.yang aku boleh nampak movie ni,ada mesej Persahabatan. persahabatan antara MALEK n AJIT(aku tak ingat ejaan nama dia).bila Malek ada masalah,ajit confirm datang tolong even before ni dieorang laing geng. Persahabatan Malek n Fadil (Abang Dil) pun sangat2 kuat.

Nilai kekeluargaan pun ada juga antara mak n anak. Walau sejahat mana pun anak,mak tetap sayang anak tu.Nilai kesungguhan untuk mencapai sesuatu.Macam Shark sanggup bunuh King sebab nak dapatkan geng tu,padahal King tu ayah tiri dia.tapi nilai ni tak patut untuk dicontohi..hehe.uish,da mcam wat jawapan untuk KOMSAS SPM je.bentuk soalan-apakah nilai dan pengajaran kita perolehi dari cerita ini??,,hehe,,


tetapi yang tak bestnye,cerita ni sekejap sangat,satu jam setengah jam je kot..aish..tetapi cerita ni memang best la.thumbs up untuk Aaron Aziz,Shamsul,Zizan,Adi Putra,Ajit,Kings n semua2 la.Lawak Zizan dalam cerita ni memang besh.semua orang gelak bile die wat lawak je,hehe..Si gangster ajit tu pun lawak,cara cakap pun buat aku gelak.


Kelainan cerita ni,heroin tade,yang ado hanya Hero,Aaron Aziz(Seth Tan :] )Aaron dalam cerita ni memang macho habis la.kalau gaduh pun steady je.badan die memang tough la..sama macam Adi Putra.lari pun ada style.hehehe.bila tengok movie ni rasa macam boleh wat satu kesimpulan - Rokok dan Gangster tak boleh dipisahkan. sebabnya selepas gaduh je,confirm melekat rokok kat mulut,macam Adi Putra tu,cakap sambil letak rokok kat mulut.huuu..maybe tu style kot. ingatlah ROKOK MERBAHAYA UNTUK KESIHATAN.


kerepek:masa tengok cerita ni,ada orang ambil seat kitaorang,macam s*** je kan.rasanya satu geng kot,sebab penuh satu baris untuk dieorang.naseb baik lu orang lelaki.kalau tak dah lama wa bising2 kat situ.huhu.tak pun wa panggil abang Malek stlekan lu owang.tak pun wa panggil Big Brother Dil.huhu.time aku tengok tu memang penuh hall tu.


till then.cik renex.
© Blog Cik Renex