zalora
Showing posts with label zalora. Show all posts

Slingsbag dari Zalora

January 18, 2018

Slingsbag dari Zalora  | Perempuan dan handbag mana boleh dipisahkan. Rasa macam tak lengkap bila kita keluar tanpa bawa handbag,paling kurang pun kena bawa purse juga. Seperti yang kita tahu banyak jenis beg untuk wanita ni. Antaranya adalah handbag,purse,clutches,sling bag,backpack dan macam-macam lagi lah.

Banyak-banyak pilihan beg, Cik Renex lagi gemar dengan slingsbag berbanding handbag yg kena pegang ala2 mak datin tu. CR pernah beli dua je handbag sebegitu yang lain semua sling bag. 

Jadi baru ni CR telah berjaya merembat dua slingsbag dari Zalora. Bila dah buka website tu memang rambang mata weh,terus rasa nak beli semua tapi bajet kita hanya RM100 jer. Nak dekat beberapa hari juga CR survey dalam website Zalora tu baru lah jumpa yang berkenan di hati.



Slingsbag zalora

Nama pun blogger kan. Sebelum buka parcel kena ambil gambar dulu. Nasib la ada ma yang sudi snapkan gambar. Baru balik kerja terus semangat bila tahu barang dari Lazada dah sampai. Nak tahu apa yang CR beli,sambung baca di bawah ni lagi.


Slingsbag zalora

Tadaa,CR beli slingbag ni yang harganya sangat murah okay. RM25 sahaja. CR ada beli satu lagi slings bag tapi tak rasmikan lagi,nanti la CR revealkan bila dah pakai yer.




zalora

Cantik tak? Siapa cakap tak cantik,denda 50sen. huhu. CR pakai beg ni bila keluar jalan-jalan jer,tak bawa pergi kerja sebab ruang dia tak berapa besar sangat. Tak muat untuk segala barang CR yang biasa di bawa pergi kerja. Satu je slack beg ni,tak boleh buka luas2 bahagian atas tu ,yang lain ok. CR puas hati sebab muat untuk masukkan purse,handphone,power bank dan charger. Beg alat makeup je tak muat letak dalam ni.

Kalau berminat untuk tengok design yang lain,jangan lupa klik website dibawah ini ya. Happy Shopping!



Jadi anda pula bagaimana? Lebih suka beg style slingsbag atau yang lain? 

Tips membeli Sandals untuk wanita

December 28, 2017


Tips membeli Sandals untuk wanita | Assalamualaikum dan Hai. Pemilihan kasut yang betul dan sesuai akan mempengaruhi keselesaan serta kesihatan kaki. Pada masa yang sama, kasut yang baik akan menjadikan setiap langkah yang diatur nampak yakin dan lebih bergaya. Dan siapa kata sandals atau selipar tidak dapat melengkapkan gaya kita. Bagi Cik Renex, selain kasut atau heels, sandals juga memainkan peranan yang sangat penting dan menjadi dambaan setiap wanita. 


Dengan memakai sandal kita akan lebih selesa untuk berjalan yang jaraknya jauh. Sebagai contoh semasa membeli-belah di pasaraya pastinya kita akan gunakan masa yang lama dan pastinya kita memerlukan sandal yang selesa dan tidak menyakitkan kaki kita semasa berjalan bukan? 


Jangan risau kalau anda merasakan sandal tidak mempunyai banyak pilihan ataupun design yang kurang cantik. Kerana di laman web Zalora pelbagai design yang sangat menarik untuk di jadikan sebagai koleksi kita. Rugi kalau kita tidak sambar di Zalora. Sebelum anda ingin memilih sandals yang berkenan di hati tu jom baca dulu beberapa tips untuk memilih sandals. 


Tips memilih sandals for women 


  • Pilih sandals for women yang berkualiti tinggi, diperbuat daripada material yang lembut untuk mengelakkan kaki kita iritasi ataupun melepuh. Petua orang-orang untuk mengelakkan kaki kita melepuh , diaorang suruh kita gigit sandal baru tu dulu. Tapi sanggupkah kita untuk gigit kasut?hehe

  • Bengkokkan sandals untuk memastikan ia mampu membengkok di bahagian bawah tapak kaki berdekatan dengan jari. Ingat! Selipar yang baik tidak boleh dilipat. Tetapi masalahnya kita beli secara online kan, jadi tak dapatlah nak bengkokkan, tunggu barang sampai dulu. 

  • Pakai kasut dan pastikan jari tidak terjojol keluar. Kalau terkeluar jugak, pilih saiz lain. Kalau tak jalan jugak. Next kasut, please. Elak juga yang over ketat. Tak masal dapat cagu nanti. 

  • Tengok elok-elok selipar tu. Nampak kukuh ke tak. Pastikan boleh tahan lama. Selipar yang kukuh penting untuk mengelakkan tapak kaki nampak kasar seperti kaki atlet. 

  • Jangan pakai selipar yang sama lama sangat. Tapi CR jenis yang suka pakai sesuatu barang tu lama sehingga barang tu rosak. Hehe. Tapi untuk kes sandals ni rasanya kalau dah Nampak tapak sandal tu makin lama makin nipis, better pergi beli baru terus. 



Jadi dah tahu dah tips pilih sandals kan, jadinya boleh la kita ke website Zalora untuk pilih mana yang berkenan. Berikut adalah tiga sandals yang menjadi pujaan Cik Renex. 






Cantik dan simple. Itu yang memang Cik Renex cari sebab tak suka sangat dengan design yang sarat. CR akan pakai sandals ni bila keluar jalan-jalan ke mall ataupun ke kenduri. Senang tak payah nak heels2 bagai sebab sesungguhnya CR memang tak reti pakai heels. Lagi selesa dengan sandals dan kasut. :)

Jadi, apa pilihan sandals anda pulak? Suka atau tidak pakai sandal kalau keluar berjalan?


Mango Tops untuk Wanita

December 1, 2016

Assalamualaikum dan Hai.

Mango tops

Wanita dan Fesyen memang tak dapat dipisahkan. Memang akan di kaitkan bersama-sama. Seperti yang kita sedia maklum dunia fesyen mempunyai antara pasaran yang paling kompetitif dan cukup mencabar. Ia mempunyai trend yang sentiasa berubah-ubah dan seringkali bertukar. Disebabkan itulah saban tahun kita akan dapat lihat banyak tren fesyen terkini yang diketengahkan mempamerkan gaya yang sedang popular dan menjadi pilihan pencinta fesyen. Kadang tu tak sempat nak pakai fesyen tu,dah muncul fesyen lain.

Mango tops

Di luar sana terdapat banyak jenama fesyen yang kita boleh dapatkan. Namun tidak semuanya menawarkan produk ataupun koleksi yang sama kerana setiap fashion brand itu sendiri mempunyai ciri-ciri ataupun sifatnya yang tersendiri. Ia juga bergantung kepada koleksi, nilai dan populariti jenama itu sendiri dalam dunia fesyen.

Mango tops

Jadi apa pilihan jenama fesyen kegemaran korang?Kalau Cik Renex seharusnya Mango. Mango merupakan antara jenama fesyen yang sering mendapat perhatian ramai pencinta fesyen. Ini kerana popularitinya telah menjangkau banyak negara di seluruh dunia sebagai antara jenama fesyen yang menjadi pilihan ramai fashionista. Koleksi Mango tops Malaysia misalnya sentiasa ditunggu-tunggu oleh wanita urban yang sukakan gaya fesyen terkini yang boleh didapati dengan kualiti premium terbaik.

Mango tops

Pakaian rangkaian jenama Mango mempunyai pilihan yang banyak untuk wanita bergaya termasuk para wanita Muslimah yang ingin mencuba stail hijabista. Bagi wanita Muslimah, pilih Mango tops yang berlengan panjang. Tapi kalau dah berkenan yang lengan pendek  tu pun takpe sebab sekarang kan ade cardigan or inner. Sekiranya top itu diperbuat daripada kain jenis jarang, pakailah innerwear untuk kekal bergaya dengan sopan dan hipster. ☺


Jika anda mahukan jenama yang mampu memberikan anda semua yang dicari maka ini adalah brand terbaik buat anda. Mango Malaysia ada pelbagai koleksi fesyen yang menarik terdiri daripada rangkaian produk yang cukup meluas. Jadi marilah kita ramai-ramai klik website Mango. Kot nanti ada yang berkenan. 

Bye.
© Blog Cik Renex