End of September

September 28, 2016



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Hari ni 28 September 2016. Penghujung bulan September dah pun. Rasa macam baru lagi. Tak sempat nak up status " Wake me up when September ends". Tengok2 dah nak masuk Oktober dah oii. Masa sangat2 cepat berlalu tanpa kita sedar. Umur pun tak lama lagi nak meningkat setahun lagi.

Bulan ni banyak sangat hal berlaku. Tak tahu nak share kat blog citer yang mana satu. Senang2 tak yah tulis terus. HAHA. Bulan ni jugak banyak kenduri kahwin. Ada yang sempat pergi ada yang tak sempat nak pergi. Tahniah Syakila. Tahniah Senget. Tahniah Udin. Tahniah semua2 lah. Tak ingat siapa yang kahwin bulan ni.

Bulan 10 ni ade lah dua tiga kenduri. InshaAllah kalau berkesempatan CR pergi kenduri.


Bila up gambar kahwin,mulalah orang tanya

"Asyik kenduri orang je, bila kenduri sendiri"

sabar lah. Nanti guwa jemput k. Hehe. 😀

Pantai Air Papan Mersing

September 21, 2016

Alkisah cuti sekolah sempena Hari Raya Aidiladha. Sekolah cuti seminggu ,jadi aku pun mohon gak cuti sebab nak bawak ma n cha ke Kluang. Cuti tahunan dah tinggal sikit sebenarnya tapi biarkan. Gerak ke Kluang hari Isnin sebab raya Aidiladha kat sini dulu. Gerak sekali ngan abang lee & akak. Dalam pukul 11 baru sampai. PENAT. Penat drive ke Lipis pun tak habis lagi tambah dengan drive ke Kluang plak. REDHA.

Esoknya memang rehat jer kat rumah. Petang tu je pergi poslaju Kluang sebab nak pos bantal customer. Alhamdulillah sempat sampai sebelum big day nya.

Rabu baru lah plan ke Mersing. Mula akak ajak pergi Forest City tapi risau pulak dengan wabak zika. So better kita berjaga-jaga dari jadi pape kan. Tu pergi ke Mersing tu. Lagi satu cha tu memang tak sabar nak mandi pantai. -.-'


Sampai dalam pukul 5. Cantik jugak pantai nya. Tak ramai orang sangat sebab bukan weekends. Tapi cuti sekolah ,ada lah orangnya jugak. Rasa kalau sabtu ahad penuh kot pantai ni.


Mula2 harus lah bergambar ngan perkataan dia ni. Haha. Angin kuat sangat.


Aku tak mandi pun. Akak abg lee n cha je mandi. Ma ngan aku duk lepak atas kerusi layan angin sepoi2 tak reti bahasa dan bunyi deruan ombak.



Tenang. Ya,tenang sangat duduk tepi pantai. Rasa macam nak buat rumah tepi pantai. Hiks.

Taman Tasik Maran

September 4, 2016

Maran. Bandar Ayam Kampung. Salah satu daerah dalam Pahang jugak. Kalau pergi Kuantan memang akan lalu daerah ni. Tapi jarang sangat singgah bandar Maran ni. Cuma lalu jer. Selalunya kalau tengah berhenti kat Traffic light selalu perasan satu taman ni dan selalunya akan cakap kat ma

"Ma,nanti kita singgah situ la. Jalan2 tengok taman orang"


Jadinya,semalam barulah berkesempatan singgah situ. Kebetulan je. Tak plan awal2 pun. Cuma rasa nak berjalan. Nama pun perempuan,nak berjalan kuar aje. Tak kisah tak beli barang pape yang penting jenjalan. Tu aku lah. Korang tak taw lag. Lain orang lain caranya.


Ni masa mula2 sampai. Singgah kat kedai beli makanan nak makan tepi tasik tu. Banyak chalet kat sini. Tapi aku xpasti rate harganya. Chalet2 ni untuk orang yang nak memancing. Sebab ada pakcik sorang ni cakap tempat ni tempat orang memancing. Kadang tu dapat ikan patin. Kebetulan masa aku sampai tu pun ada lah beberapa orang memancing.




Ni salah sebuah chalet tu. Cantik kan.


Cantik kan. Taman Tasik Maran. Belakang tu Padang Golf Maran.



Acah2 feeling la tu.hahaha. Mendamaikan sungguh. Ramai orang jogging jugak mase ni. Iols nk jogging tapi pakai skirt lak. Hahaha #alasan



Kat Taman Tasik Maran ni jugak ada di sediakan pondok kecil. Boleh la kalau nak bawak bekal makanan dari umah ataupun beli kat kedai makan kat sini. Sampah jangan lupa buang dalam tong sampah. :)



Taman ni jugak dekat ngan masjid As-Syakirin. Ni view dari atas bukit masjid tu. Cantik.


Ok lah. Itu saja nak share. Nanti kita g terjah tempat lain pulak.

Kenduri + Ikea

August 29, 2016

27.8.2016. Sepupu belah abah aku kawen kat Putrajaya. Lama tak pergi putrajaya sebenarnya. Last mase tapey tunang ritu. 4 tahun lepas kot.


Tahniah Amer & Syasya. Semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat.


Hajat di hati nak jumpa tapey n twins. Tapi pergi umah sepupu aku. Tak sempat lah.



Sebelum balik tu akk nak singgah Ikea Cheras. Layankan je la. Aku takde ape nak beli sangat pun. Ma ngan akk je la.


Bestnya kalo dapat set tidur cam gini. Tenang.


Sebelum balik minum kopi dulu yer. 
Nak jumpa Humaira pun x sempat dah sebab kiteorg balik awal. Next time pulak.

Air Terjun Chamang Bentong

August 15, 2016

Semalam aku ke Bentong. Lama dah plan nak ke sana sebenarnya tapi selalu ade je plan lain datang mencelah. So semalam baru decide nak ke Bentong. Gerak lambat jugak dalam pukul 12lbih dari rumah.

Sebelum pergi bentong tu, singgah Dr. FONE dulu sebab nak beli tempered glass untuk handphone farisha. Kenapa pilih Dr. Fone? Sebab harga kat kedai tu lagi berbaloi dari kedai lain. Hehe. Ikot highway je. Senang cepat dan jalan sedikit lengang. Exit Bentong. Tak lama tu sampai la umahnya.

Mak long tanya nak pergi jalan mana. Nak g Chamang ke? Aku laju je la setuju sebab tak pernah pergi situ. Senang je nak g sana sebab ade orang tunjuk arah jalan. Hahaha. Tapi rasanya memang senang pun sebab ada signboard. Jangan risau.


Masa pergi ni ramai orang mandi2. Bayaran nak masuk sini Dewasa RM2 manakala kanak-kanak RM1. Kat sini ade gerai2 air ,aiskrim ,keropok lekor dan macam-macam lagi.


Ni dia air terjun Chamang Bentong. Subhanallah. Cantik sangattt. Air kat kawasan ni macam laju sikit,agak bahaya la sikit untuk anak-anak kecil.



Untuk kawasan ni macam okay sikit. Landai dan air tak laju. Tapi kami tak mandi pun sebab aku memang jenis tak minat mandi air terjun. Just rendam kaki je. Next time datang bawa bekal makanan baru best sikit.



Jambatan gantung yang separuh je aku jalan. Tak berani sampai ke hujung. Haha.



Next time kena repeat datang lagi.

Lirik Lagu Wahai kekasih - Katahati (OST) #lelakimacamdia

August 11, 2016


Fahmi vs Husna. 
Lelaki macam dia.

Siapa layan drama ni?Sep sikit. Drama ni di adaptasi dari novel Mamat Muka Selenga. Best citernya. Lakonan Azrel Ismail dan Izreen Azmida. Suka dengan watak dalam drama ni. 

Lagu2 pun best. Semangat aku google Ost drama ni. Yang bawah ni lagu favourite aku. Penat menyoutube cari lagu ni. Huhu.


Meh hakak belanja lirik lagu nya.

Cinta ini hanya untukmu
Cinta ini hanya milikmu
Takkan mungkin aku bertahan
Bila berpisah dengan kamu

Maafkanlah aku kasihku
Bila ada luka dariku
Ku berjanji demi hidupku
Ku akan menjaga hatimu

Wahai kekasih pujaanku
Terimalah cintaku, ku ingin memilikimu
Wahai kekasih impianku
Terimalah diriku, apa adanya aku

Family Day 2016 The Grand Beach Resort Port Dickson

August 4, 2016

Tahun ni sekolah aku anjurkan Family Day kat The Grand Beach Port Dickson. Asalnya nak buat kat De Rhu Beach Resort tapi dah fully booked pulak. Jadinya 30hb Julai 2016 ,Sabtu gerak la kami berkonvoi ke Port Dickson. Ni la first time aku drive hala ke Port Dickson. Cuak jugak sebab memikirkan tak tahu jalan,takut kena tinggal konvoi. Almaklumlah,aku pakai kancil je dieorang semua cc besor2. Tapi yang lawaknya,aku orang terawal sampai. Hahahaha.


Sampai2 pergi cari kedai dulu. Kami lunch kat RnR Seri Bayu kalau tak silap lah. Lapar giler weh. Dari pagi aku tak sarapan sebab xde selera. Huhu. Siap2 makan, pergi The Grand Beach Resort untuk check in.

Kami dapat bilik yang menghala ke pantai sedikit. Nampak lah matahari terbit. Huhu . Jiran hotel sebelah pun nampak.

The Grand Beach Resort Port Dickson

Aktiviti Family Day kami mula dalam jam 430petang. Jadinya sementara tu boleh la kami rehat2 kan badan. Penat weh drive, kira jauh juga la tu dengan tak tahu jalannya. 




Dalam jam 5petang mula lah aktiviti Family Day kami. Acara untuk kanak-kanak cam biasa lah, mewarna. Untuk wanita lak boling kelapa dan lelaki main bola tampar pantai. Mula nak buat acara membina istana pasir tapi tak sempat dah.



Ni kolam kat hotel ni. Boleh tahan la best. Aku tak berendam pun. Malas.


Lokasi Hari Keluarga Port Dickson Negeri Sembilan The Grand Beach Resort Port Dickson
Esoknya sebelum balik,g mandi pantai. Bukan aku lah mandi, cha and the gang je mandi. Aku rendam kaki jer. Hahaha


Sebelum check out 12 tengahhari tu aku ajak ma jenjalan pantai. Seronok sebab tak ramai dan tak serabut. Sebab pantai ni untuk penghuni hotel je. So da jadi macam private beach. 

The Grand Beach Resort Port Dickson

Lokasi Hari Keluarga Port Dickson Negeri Sembilan The Grand Beach Resort Port Dickson

Cantikkan. Tenang sangat bila duk kat pantai. Hilang sekejap masalah2 yang serabut dalam kepala tu.

I am a thalassophile. ❤
© Blog Cik Renex