Brokoli Hair Scalp Booster Penyelamat Rambut Gugur

September 28, 2018

Assalamualaikum dan Hai. Siapa disini mengalami masalah rambut gugur? Cik Renex adalah seorang mangsa masalah rambut gugur. Pada zaman dahulu kala, rambut CR sangatlah lebat dan berkilat. Dan bila nak buat iklan guna jari pun boleh. Akan tetapi sekarang rambut CR hanya tinggal kenangan. Dah banyak keguguran ke lantai rumah dan bilik air. huhu

CR mengalami masalah rambut gugur ni dah lama dan macam-macam produk dah guna untuk kurangkan masalah rambut gugur tu. Tetapi tulah masalah rambut gugur tetap nak setia dengan CR dan taknak berpisah dengan CR.

Penyelamat Rambut Gugur

Pada suatu hari, CR telah diperkenalkan dengan satu produk ni yang diberi nama Brokoli Hair Scalp Booster, produk keluaran dari Imaan Suci World HQ. Apa lagi, CR pun cuba lah, baru seminggu cuba sebenarnya, kena tunggu seminggu lagi baru tengok result macam mana.


Apa yang seronoknya dengan Brokoli Hair Scalp Booster ni? Produk ni lain daripada produk yang biasa ada di pasaran kerana ia berfungsi 2 dalam 1 dalam merawat rambut. Produk ini adalah kombinasai serum kulit kepala dan mesin urutan kepala. Wah!

Brokoli Hair Scalp Booster Penyelamat Rambut Gugur



Brokoli Hair Scalp Booster Penyelamat Rambut Gugur

Dari gambar diatas kita akan nampak ada macam bebola tu kan. Ia sebenarnya bebola  molekul yang membantu penyapuan serum kita tu lebih mendalam ke dalam kulit kepala kita.  Bila dah sapu serum, kita gunakan pula mesim urutan kepala yang bekas berwarna hijau tu pulak. Ia disertakan sekali dengan portable vibrating massage. Memang terasa vibratenya kat kulit kepala. BEST!


Antara kebaikan dan manfaat yang kita dapat apabila menggunakan produk ini.

  1. Melancarkan peredaran darah di kulit kepala
  2. Merawat kulit kepala untuk mengelakkan risiko kebotakan
  3. Kuasa minyak Jojoba menggalakkan pertumbuhan rambut
  4. Mencegah kelemumur -Kesan dalam masa dua minggu
  5. Alat urutan dengan kuasa gegaran ni betul-betul membantu melancarkan peredaran darah dan berupaya membawa serum tinggi nutrient ini ke folikel rambut.
  6. Boleh juga hilangkan stress dan sakit kepala.


Brokoli Hair Scalp Booster Penyelamat Rambut Gugur

Cara menggunakan Brokoli Hair Scalp Booster.

  1. Putar & buka penutup
  2. Sapukan serum rambut ni pada kawasan bermasalah, Roll-on je
  3. On gajet supaya bergetar
  4. Mulakan urutan pada kawasan yg dah di Roll-on serum
  5. Jika pening atau stress letakan gajet yg bergetar pada kawasan yg berdenyut.
Cik Renex sangat suka gunakan serum ni sebab senang. Hanya tinggal ROLL-ON serum dan urut kulit kepala. Bila pakai tu rasa sejuk je kulit kepala dan baunya juga sangat wangi. Sangat berkesan apabila diguna ketika rambut & kulit kepala dalam keadaan bersih. Nak lagi kesan yang cepat boleh pakai satu set dengan GROW ME Shampoo
dan TREAT ME treatment.


Imaan Suci World Hq

Website rasmi:
http://www.imaanworld.com.my/

Instagram :
https://instagram.com/imaan.suci.world.hq

Email :
inquiry@imaanworld.com

No telefon:
019 286 2828
013 234 4848

OST Bahagia Bukan Bidaan | Sang Pemilik Hati- Ronnie Hussein

September 27, 2018


Sang Pemilik Hati- Ronnie Hussein

Assalamualaikum dan Hai. Siapa disini peminat Nik Zachary dan Aina Farhana a.k.a Anje? Siapa yang layan drama ni memang terbiasa dengan panggilan Anje tu. Cik Renex suka sangat dengan gandingan Hero Heroin drama ni sebab mereka berdua ni sangat serasi berlakon bersama. Teringat pula Filem Aku Terima Nikahnya tu. :) Siapa yang nak layan drama ni boleh la tengok di saluran TV3 setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam.

Dan seperti biasa,CR akan kongsikan satu lagu dalam drama Bahagia Bukan Bidaan yang CR paling suka. Iaitu lagu dari Ronnie Hussein iaitu Sang Pemilik Hati. Jom layan lagu ni di Youtube. Disini CR sertakan sekali lirik lagu nya. 





Sang Pemilik Hati
Penyanyi : Ronnie Hussein 
Komposer : Aepul Roza 
Lirik : Aepul Roza

Wahai sang pemilik hati
Yang selalu aku rindui
Pada setiap senyuman dan sentuhan
Kau ajarkan aku erti bernyawa

Hati ini jiwa ini selalu milikmu
Cinta ini takkan pernah habis
Walau sampai jantung terhenti
Sempurnanya aku 
Bahagia aku kamu

Demi masa
Demi rasa cinta
Seluruh nyawa untukmu

Hati ini jiwa ini selalu milikmu
Cinta ini takkan pernah habis
Walau sampai jantung terhenti
Sempurnanya aku bahagia aku kamu

Hati ini jiwa ini selalu milikmu
cinta ini takkan pernah habis
walau sampai jantung terhenti
sempurnanya aku bahagia aku kamu


Detoks dengan Zero Belly Fruitea Detox

September 10, 2018

Assalamualaikum dan Hai. Sedar tak sedar dah masuk bulan September dah kita dan sedar tak sedar misi diet untuk tahun ni dah menghilang ke dasar laut dalam. haha. Memang azam tahun ni nak misi turunkan berat badan bagi dapat bmi yang normal tapi bila tengok pada lifestyle Cik Renex ni macam jauh sangat nak sampai ke bmi normal ni

Tambahan pulak asyik makan jerrr sejak dua menjak ni. Siapa yang follow Instagram CR mesti tahu CR asyik post makanan je kan. Tak pernah lak post makanan untuk diet yang sihat. haha.

Detoks dengan Zero Belly Fruitea Detox


Tapi nasib baik lah CR jumpa satu produk ini dan CR berharap produk ni sedikit sebanyak dapat membantu CR dalam mencapai azam CR. Siapa pernah dengar produk Zero Belly Fruitea Detox produk keluaran Imaan Suci World HQ?

Sebelum kita cerita lebih lanjut mengenai produk Zero Belly ni CR nak terangkan dulu apa maksud detoks dan kenapa kita perlu detoks? Pada zaman sekarang sebenarnya banyak sumber asli kita dah tercemar. Dan yang itulah yang masuk kedalam badan kita melalui sumber makanan,minuman dan udara.

Kadang kita fikir makanan yang kita ambil sihat tapi sebenarnya ada bahan yang berbahaya. Dan semua ini akan mengumpulkan toksin di dalam badan kita. Nak membuangnya bukan perkara yang senang. Rasa-rasa berapa banyak agaknya toksin dah terkumpul dalam badan kita ni?

Toksin inilah yang membawa penyakit kepada badan kita jadi  kita perlu membuang toksin yang terkumpul dalam badan kita ni. Untuk itu, kita perlu melalui satu proses yang dipanggil Detoks.

Detoks dengan Zero Belly Fruitea Detox


Jadi, bila CR dah jumpa produk Zero Belly Fruitea Detox ni, ia menjadikan kerja detoks CR lebih mudah. Dulu produk dikenali sebagai Imaan Fruitea Daily Detox dan sekarang telah diperbaharui dengan rupa paras yang lebih menarik serta pembungkusan yang jauh lebih berkualiti dan selamat.



Detoks dengan Zero Belly Fruitea Detox

Teh detox ZERO BELLY dibungkus di dalam aluminium foil  yang mengandungi 5 uncang setiap peket yang dimasuk ke dalam tumbler yang menarik dan berteknologi tinggi dengan ciri-ciri berikut;

  • BPA FREE
  • FOOD & DRINK SAFE
  • TAHAN AIR MENDIDIH
  • KUAT & LASAK
  • TAHAN LAMA


Penambahbaikan kualiti untuk satu produk teh detox yang sememangnya terbukti berkesan. Antara kesan baik dalam mengambil Zero Belly Fruitea Detox adalah :

  • Pencernaan
  • Detoxifikasi (nyah toksin)
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Mengawal gula dalam badan
  • Anti Kanser
Nama pun Zero Belly kan, pastinya ianya juga membantu kita mengempiskan perut yang sedia mengembang dengan jayanya ni jugak. hehehe.

Zero Belly Fruitea Detox ini sangat senang untuk disediakan, hanya perlu rendam 1 uncang teh detox dalam tumbler yang berisi air panas. Tunggu beberapa minit dan siap untuk diminum. CR selalu minum sebelum tidur, bila bangun pagi sebelum kerja tu baru la lawas sedikit untuk membuang. :)

imaan world

Rasa Zero Belly ini sangatlah sedap, tak kelat dan berbeza dengan teh detox yang CR pernah rasa. Rasa macam minum air biasa dan bukannya air detox. Walaupun bertukar nama, Imaan Suci World HQ masih mengekalkan formula dan kandungan terbaik untuk teh detox seperti Durian Belanda, Malberi, Markisa, Daun Gelenggang dan Daun Teh. Diproses secara natural, ia tidak mengandungi bahan kimia dan semestinya selamat dan sedap untuk diminum.




Zero Belly Fruitea Detox boleh diminum panas atau sejuk . CR lagi suka minum masa panas-panas tu baru sedap. Dan setiap uncang tu sebenarnya boleh digunakan atau dibancuh sebanyak dua kali. Jimat dah kat situ kan, bancuh pagi kemudian guna uncang yang sama untuk malam pulak.

Kepada yang ada masalah pencernaan digalakkan untuk minum 1 atau 2 uncang setiap hari. Manakala yang nak kurangkan berat badan sesuai  minum 2 uncang 2x sehari. Indvidu yang nak kekalkan berat badan sedia ada disarankan  minum 3x seminggu.


Zero Belly Fruitea ini juga boleh di minum semua orang termasuk;
  • Yang berumur 7 tahun ke atas
  • Wanita menyusu badan
  • Pesakit diabetic &gastrik

Walaubagaimanapun, ia tidak digalakan untuk wanita yang sedang mengandung.



imaan world


Anda jangan risau dan was was untuk mengambilnya. Ini kerana Teh detox ZERO BELLY ini dikilang di premis yang mempunyai GMP & SO (9001 / 22716) dan telah mendapat pensijilan daripada MELAKA BIOTECH CORP yang diiktiraf KKM. Cik Renex dah rasa, korang tak teringin nak cuba ke? Harap-harap masalah perut buncit dan pencernaan CR akan okay sikit selepas pengambilan Zero Belly ni,

Harga Promosi : RM55 Harga Normal : RM60


Cara untuk hubungi 

Imaan Suci World Hq


Website rasmi:
http://www.imaanworld.com.my/

Instagram :

Email :
inquiry@imaanworld.com

No telefon:

019 286 2828
013 234 4848

Alamat :

Wow Mission Sdn Bhd
No 3A-08 , D' Pandan Avenue 3,
Taman Pandan Mesra, 68000
Ampang Selangor.


Makan di Asiana Signature By Row Six Temerloh Pahang

August 30, 2018


Asiana Signature By Row Six Temerloh Pahang

Assalamualaikum dan Hai. Dah dinner ke? Sengaja letak gambar tengah nak makan atas sekali supaya korang rasa lapar dan pergi makan. Semalam Cik Renex dan kawan-kawan ke Temerloh sebab ada seorang kawan CR ni nak belanja makan. Wah, kita ni pantang diajak lagi-lagi bab makan laju je ON. Huhu.

Tak tahu nak makan kat mana just pusing-pusing area Bukit Angin Temerloh tu dan member CR ajak try makan di Asiana Signature by Row Six ni. Selama CR lalu area sini tak perasan pun ada kedai makan situ sebab bayangkan bangunan untuk refleksologi je situ, rupanya ada tempat makan. :)



Review makan di Asiana Signature By Row Six Temerloh Pahang

Keistimewaan Asiana Signature ni ialah mereka menghidangkan 5 jenis hidangan asia iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Fuh, tak payah nak ke negara sana dah, makan kat sini dapat merasa 5 negara terus. Haha. 

Sebelum tunjuk apa yang kami makan, CR akan tunjukkan suasana dalam Asiana Signature ni. Masa kami datang ni kebetulan ada family yang sambut birthday di situ tapi dia x mengganggu sangat sebab dia macam ada ruang khas. 


tempat makan temerloh

Review makan di Asiana Signature By Row Six Temerloh Pahang

Review makan di Asiana Signature By Row Six Temerloh Pahang



Review makan di Asiana Signature By Row Six Temerloh Pahang Tempat makan best di Temerloh

Ini tokey kita pada hari ni. Terima kasih Azuwa sudi belanja. Semoga dimurahkan rezeki. Lama tak dapat lepak dengan dia sejak-sejak dia keje di Kuantan ni. Siapa nak beli rumah di area kuantan boleh roger2 beliau. :)

Sementara tunggu makanan sampai, apa je yang boleh kita buat selain selfie banyak2. Lighting dalam kedai ni pun cantik. Ni geng CR atau sepatutnya lebih dikenali dengan team Bujang sebab kami je yang tinggal tak kawen2 lagi. 


tempat makan best temerloh
Since 1996. Shafik, Azuwa dan Cik Renex


Apa yang kami makan? Masa mula-mula tengok menu tu tak tahu nak pilih apa. Menu banyak sangat-sangat sampai rasa nak order semua. Beberapa kali belek menu sampai kesudah tak tahu nak makan apa. Haha. Nak tengok apa yang kami order? 

Peringata, Cik Renex tak ingat nama makanan yang kami order tu dan lupa nak snap resit. haha. 

Review makan di Asiana Signature By Row Six Temerloh Pahang



Review makan di Asiana Signature By Row Six Temerloh Pahang

tempat makan best di Temerloh

Review makan di Asiana Signature By Row Six Temerloh Pahang
Sedap! CR suka dengan sos dia. Pedas.

Review makan di Asiana Signature By Row Six Temerloh Pahang



Review makan di Asiana Signature By Row Six Temerloh Pahang

Review makan di Asiana Signature By Row Six Temerloh Pahang
Pulut Mangga versi Rowsix. Nama yang betul tak tahu. Yang ni pun sedap tetapi manis sikit.

Review makan di Asiana Signature By Row Six Temerloh Pahang

So, keseluruhannya, Cik Renex dan kawan-kawan sangat berpuas hati dengan menu disini. Sedap. Masing-masing balik dengan perut penuh. Kekenyangan. ALHAMDULILLAH.. Mana-mana yang berdekatan boleh la cuba lak makanan disini. Banyak lagi outlet lain selain ni.


Asiana Signature By Row Six Temerloh Pahang

Lokasi:
1a, Jalan Dagang 2, Kampung Bukit Angin, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu operasi :
10 AM - 11PM

No Telefon:
  09-290 8518


Bermalam di Selesa View Hotel Gambang Pahang

August 29, 2018

Assalamualaikum dan Hai. Dah baca entri Cik Renex mengenai Safari Run 2018 dan Makan di Broasted by Sugarbun? Kalau belum boleh klik link ye. :) Kali ni CR nak kongsikan tempat kami beradu untuk semalam. Wani ditugaskan untuk mencari hotel yang murah dan dekat. Tak sure dia dapat dari apps mana tapi dia cadangkan kami semua bermalam di Hotel Selesa View Gambang.


Selesa View Hotel Gambang Pahang
Hotel Selesa View Gambang


Selesa View Hotel Gambang Pahang

Hotel Selesa View Gambang mudah untuk dicari. Hotel ini bangunan kedai paling belakang sekali. Exit tol Gambang dan terus menghala ke UMP dan u-turn. Anda akan jumpa kedai My Mama dan Broasted By Sugarbun. Hotel ni di bahagian belakangnya. Guna maps atau waze inshaAllah sampai. :)


Bermalam di Selesa View Hotel Gambang Pahang

Sampai-sampai je terus masuk ke dalam dan sedia untuk check-in. Harga bermula dari RM68 sehingga RM250. Banyak jenis bilik yang ditawarkan dari bilik single, queen sehinggalah vip family. Kami sewa dua bilik Queen dengan harga RM88 semalam.  


Bermalam di Selesa View Hotel Gambang Pahang
Sumber gambar : FB Hotel Gambang Selesa View

Keadaan dalam bilik yang kami pilih iaitu bilik Queen. Ruang yang sederhana memamg cukup untuk dua orang. :) Tuala disediakan dan bilik ada penghawa dingin. Kalau bosan-bosan boleh la tengok televisyen. Cuma kalau anda ramai, kena pilih bilik yang lagi luas sebab kami berdua pun da rasa sempit biliknya. hehe.  

Duduk dalam bilik ini pun sekejap je, just untuk tidur beberapa jam je sebab malam tu kami lepak di Balok rumah sahabat zaman sekolah rendah. Sampai hotel dalam jam 12.00 malam terus mandi dan iron baju untuk larian esok paginya. Jam 6 pagi dah gerak ke Bukit Gambang Resort City sebab acara larian mula awal dalam jam 6.30 pagi cam gitu untuk pendaftaran. Cuma beberapa jam je dalam bilik hotel. :)

Sebelum check-out sempat lagi kami berphotoshoot di luar hotel sebab ada pondok dan meja untuk pelawat disediakan di laman luar. 

Bermalam di Selesa View Hotel Gambang Pahang Hotel murah di Gambang Pahang
Termenung apa Wani?

Bermalam di Selesa View Hotel Gambang Pahang Hotel murah di Gambang Pahang
Acah-acah candid. 


Jadi,sesiapa yang nak ke hotel ni boleh la hubungi details di bawah yer. :)


Bermalam di Selesa View Hotel Gambang Pahang

Hotel Selesa View Gambang 

Lokasi

B6 & B8 Jalan Bandar Gambang 3, 
Pusat Komersial Gambang 1
Gambang, Pahang 26300


Untuk tempahan hubungi :

Office : 09-5498330 @ 09-5499330
Whatsapp : 01113112584


Lirik Lagu Bulan Indah ; Zara Ali (Ost Drama Cinta Lemon Madu)

Lirik Lagu Bulan Indah ; Zara Ali

Assalamualaikum dan Hai. Siapa disini layan drama Cinta Lemon Madu? CR baru layan dua episod masa scene yang dia kahwin kali ke dua tu. Kenapa zaman sekarang banyak drama yang berkisarkan kisah bermadu tak pun orang ketiga. huhu



Cik Renex tertarik dengan lagu Ost Cinta Lemon Madu , sangat catchy lagu dia dan macam kena pula dengan situasi Cik Renex. Jadi macam biasa, cari di youtube dan jumpa lah lagunya yang bertajuk Bulan Indah nyanyian Zara Ali. Lagu ni lama da sebenarnya sebab tengok kat situ tarikh publish 19 September 2017.  Hampir setahun baru CR dengar lagu nya. Terus tertarik dengan lagunya.


Penyanyi Lagu Bulan Indah - Zara Ali


Korang dah pernah dengar belum? Boleh tengok di youtube . :)


 

Lirik Lagu Bulan Indah ; Zara Ali

(Ost Drama Cinta Lemon Madu)

COMPOSER - @natasyajanuarry 
LYRICIST - @adi6ixthsense 
DISTRIBUTOR - @indigitalmusic 

Ku mendekat engkau menjauh
Aku ada dan kau tiada
Aku datang dan kau pun pergi
Membiarkan hatiku

Engkau jauh aku mendekat
Engkau tiada aku pun ada
Engkau pergi dan aku datang dan terbiar hatiku

Aku seumpama bulan yang indah
Bersendirian di langit malam
Dihias bintang tanpa kekasih sepi merenung diri



Aku seumpama bulan yang indah
Bersendirian di langit malam
Dihias bintang tanpa kekasih Sepi merenung diri

Ku mendekat engkau menjauh
Aku ada dan kau tiada
Aku datang dan kau pun pergi membiarkan hatiku 

Kau menghancurkan hati ini
Menjadi berkeping keping
Aku ada tapi kau tak pernah
Menganggap diriku ada

Aku seumpama bulan yang indah
Bersendirian di langit malam
Dihias bintang tanpa kekasih sepi merenung diri

Aku umpama tak pernah
Ada dalam hidupmu
Dalam hatimu aku hanyalah seorang
kekasih tak di anggap bagimu

Aku seumpama bulan yang indah
Bersendirian di langit malam
dihias bintang tanpa kekasih sepi merenung diri


Carousell’s “Sayangi Malaysiaku” Lego Art Exhibition In Conjunction With Merdeka

August 28, 2018






LEGO ART EXHIBITION IN CONJUNCTION WITH MERDEKA

Tun Dr. Mahathir Mohamad’s LEGO Murals on display at Sunway Pyramid Mall 



Kuala Lumpur, 27 August 2018 – Carousell, Republic of Bricks (ROB) and Sunway Pyramid Mall will be putting on a LEGO Art exhibition in conjunction with Merdeka. The exhibition is free and open to the public.

Themed “Sayangi Malaysiaku”, murals of Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad, will be among the highlights of the exhibition. Over 20 LEGO mosaics and murals featuring interesting Malaysian moments, culture and sceneries, will be on display, and visitors can also look forward to LEGO-themed activities by ROB, a LEGO builder community.


Event Details: 

Date: 
Thursday, 30 August 2018 - Sunday, 2 September 2018
 
Time:
10:00AM - 10:00PM 

Venue: 
LG2, Central Avenue, Sunway Pyramid 
3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway 
47500 Subang Jaya, 
Selangor 



For more information, visit Carousell on www.facebook.com/carousell.my, or download the Carousell app from the Apple Store or Google Play Store.


For all media inquiries, please contact our Media Centre: 
Sim Teong Eu 
+6016 215 2328 
sim@sneakyzombie.com 


About Carousell 

Carousell is a classifieds app that makes selling as easy as taking a photo, buying as simple as chatting. Launched in August 2012, Carousell began in Singapore and has spread to 19 cities around the world. With over 110 million listings, they are one of the world’s largest and fastest growing marketplaces. Carousell has been ranked as the top Lifestyle and Shopping app in Singapore, Taiwan and Hong Kong, and is backed by leading international Venture Capitalists Sequoia India, Rakuten Ventures, 500 Startups, Golden Gate Ventures, and QuestVC. In Malaysia, Carousell has a diverse range of products in 28 categories, including fashion & beauty, lifestyle gadgets and muslimah fashion. Download the app for iOS or Android, and visit my.carousell.com for more information.


About Sunway Pyramid 

Follow Sunway Pyramid on these social media platforms: 

Facebook – www.facebook.com/sunwaypyramid
Instagram – @Sunway_Pyramid 
Sunway Pyramid Mobile App - http://sunwaypyramid.com/mymallapps.asp

Sunway Malls is gearing to be amongst Malaysia's largest mall owner-operator as existing projects and those in the pipeline now stand at 7.7 million sqft NLA and that figure is planned to be increased to 10.2 million sqft NLA by 2020. The malls are:-

  • Sunway Pyramid, Sunway City 
  • Sunway Velocity Mall, Cheras, Kuala Lumpur 
  • Sunway Big Box Village, Johor Bahru 
  • Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur 
  • Sunway Carnival Mall, Penang 
  • Sunway Giza Mall, Kota Damansara



© Blog Cik Renex