Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah

December 21, 2021

Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah

Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah
 ︱Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


Satu kajian mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad.


Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.


JKM telah menyenarai pendek penerima bantuan kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal yang kini menerima bantuan daripada pihaknya. JKM turut menyenaraikan mereka yang menjadi penjaga bagi ahli keluarga yang terlantar sakit atau golongan Orang Kurang Upaya. Selain daripada itu, Pihak TOP juga mengenalpasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan semasa pandemik melalui Media Massa. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan Tahun Satu pada 2022. TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat.

Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini.


Kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada penerima ini termasuk uniform sekolah baharu, kasut, stoking, alat tulis, kotak pensil, dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg, sementara anak-anak menerima menerima mainan lembut dan buku ilustrasi eksklusif oleh penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emila Yusof. Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother's Garden, My Mother's Kitchen, My Father's Farm dan terbaharu, Dina's Art Class.


TOP akan menghantar pek peribadi kembali ke sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada keluarga ibu tunggal terpilih pada tahun depan, sebelum sesi persekolahan yang baharu bermula.




Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.


Bersempena kempen kembali ke sekolah, jenama itu memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (COVID-19 dan Influenza A) dan bakteriaa


TOP Gentle Care diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit, ia sesuai digunakan untuk penjagaan kulit seluruh keluarga. Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang lembut kepada kulit ini menggunakan 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care menggunakan Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih lama.

Semasa pandemik, TOP telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk ‘Bebas Melangkah’.

“Dalam kesukaran akibat pandemik yang melanda semua, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga untuk turut sama sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang. Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu tunggal, dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri untuk kembali ke sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kebimbangan untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu kami sumbangan kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik oleh artis, penulis dan pengilustrasi buku terkenal Emila Yusof bagi membimbing kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah,” kata Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd.

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, JKM mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan TOP dalam menganjurkan inisiatif Cerah Kehidupan ini yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan semasa pandemik Covid 19.”

Bagi Emila Yusof, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki, yang menceritakan perjalanan hidup sehari-harinya bersama ibunya yang sentiasa berpesan untuk mencuci tangan dan pakaian.

“Kanak-kanak mengingati kisah sebelum tidur yang diceritakan ibu mereka sehingga mereka dewasa, dan ilustrasi bertindak sebagai peringatan visual bagi apa yang perlu mereka lakukan. Saya gembira apabila kerjasama dengan TOP mampu membantu menenangkan dan merapatkan hubungan ibu tunggal dengan anak-anak mereka,” kata Emila.


Buku edisi terhad ‘Kiki Menentang Dunia Kuman’ oleh Emila Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Orang awam boleh mendapatkan buku ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkaian AEON atau Kedai Shopee Southern Lion. Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.


“Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Shopee untuk kempen ini selepas kami menyedari semakin ramai pelanggan membeli produk secara dalam talian. Kami berharap ia akan dapat meningkatkan jumlah kutipan tabung bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dibantu, selain 333 kanak-kanak yang dikenal pasti. Bantu kami untuk membantu lebih ramai ibu tunggal dan anak-anak mereka agar mereka dapat menikmati masa depan yang lebih cerah,” tambah Ling.


Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen ini dengan lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133.

Tips asas untuk kenyang dengan sepinggan nasi (Diet Suku Suku Separuh)

December 7, 2021

Tips asas untuk kenyang dengan sepinggan nasi (Diet Suku Suku Separuh)

Tips asas untuk kenyang dengan sepinggan nasi (Diet Suku Suku Separuh) ︱Assalamualaikum dan Hai. Bila kita dengar perkataan Kurus atau Diet mesti kita akan risau untuk lapar sebab kena kurangkan makanan dalam seharian. Sebenarnya silap apa yang kita fikir tu. Untuk kurus sebenarnya kita tak perlu berlapar tapi kita perlu tahu teknik yang sebetulnya.

Sejujurnya CR pernah buat diet yang memang lapar sangat-sangat dan berat memang turun dalam 3-4 kg. Tetapi selepas seminggu terus naik semula bila tak control makan. Siapa yang pernah kenal CR tahu agaknya dulu CR agak berisi dan sekarang pun masih berisi jugak. hehehe. Tetapi jika dibandingkan dulu dengan sekarang memang jauh la beza sedikit. 

Bila da sedar diri makin gemuk, tu yang CR join aktiviti Fun Run dan joging sekiranya ada masa. Antara diet yang CR pernah buat diet atkins, Intermitten Fasting, General Motors Diet dan Diet Suku Suku Separuh. Memang menjadi semua tu cuma kena kuat semangat melawan nafsu makan. Hehe.

Sekarang CR masih dalam proses untuk dapatkan berat ideal bagi memastikan BMI CR normal. Berat CR kena at least 57kg atau 58kg. Sekarang masih 63kg 62kg. huhu. CR ada tanya juga pada sepupu CR yang merupakan Pegawai Pemakanan (Nutritionist) Sektor Pemakanan Ibu, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Nurul Zaiza tentang diet yang CR amalkan. Beliau berpendapat diet Suku Suku Separuh adalah yang terbaik. Jadi hari tu beliau ada share tips untuk kenyang dengan konsep DSSS. Jom kita amalkan sama-sama.

Tips asas  macamana nak rasa kenyang hanya dengan sepinggan nasi ikut konsep sukusukuseparuh (DSSS):

1.  Sebelum makan , baca bismillah. 

2. Kemudian, minum sedikit air masak (sedikit, maksudnya tak sampai segelas).

3. Mulakan makan sayur yang kita dah sediakan dalam pinggan sss kita. Sesuap. Kunyah sederhana dan tidak terlalu laju

4. Kemudian sesuap/setengah potong buah. Enjoy dlu kunyah sikit2 (Juga yang kita dah sediakan dalam pinggan sss kita).

5. Then rasa sikit lauk protein sesuap yang kita dah pilih tu. Nikmati rasanya  dan kunyah dengan tertib. Mungkin kita boleh berangan masa ni jadi juri masterchef utk mengkritik rasa masakan ituu. Komen dgn gaya sekali. 

6.  Last, baru masukkan satu set nasi+sayur+lauk dlm mulut. Jangan kunyah terlalu laju. Habiskan yg dlm mulut baru tangan kita siapkan set baru utk suapan seterusnya sampai habis. Sopan santun sikit makan, kata nak kurus. 

7. Bila dah habis satu pinggan sss kita, minum skit air (sip). Jangan lupa ucapkan Alhamdulillah.  Sepatutnya masa ni perut kita dh cukup dapat makanan yang badan kita perlukan. 

8. Tapi kalau masih panik smpi nak nangis rasa tak kenyang, sila berborak dgn diri sndiri. Cakap kat diri sendiri untuk bersabar. “Rileks la... 2 jam-3 jam kita akan makan lagi, jangan gelabah sgt perut”... nti perut jawab “ eh, xmemasal nk salahkan aku, aku dh kenyang, mata tu yang buat hal xboleh tgk makanan”. ... maka begitulaaaa pujuk diri sndiri. Kalau xboleh jgk,  

Minum air masak n cuba distract buat perkara lain.

(Point penting kat sini adalah MASA. Ia ambil masa lebih kurang 20 minit utk perut kita bgtau otak yang badan kita dah cukup makan dan kenyang. Jadi jangan makan terlalu laju. Makan dengan tenang, kunyah betul2)

Ini langkah pertama utk kawal nafsu makan.

InsyaAllah 😊

#NutritionistKKM #nutritionistzaiza

Kalau berminat untuk tengok tips lain boleh ke Fb https://www.facebook.com/nurul.zaiza


Pengalaman buat ujian Covid-19 guna Kit Ujian Kendiri Covid-19(Covid-19 Antigen Rapid Self-Test)

Pengalaman buat ujian Covid-19 guna Kit Ujian Kendiri Covid-19(Covid-19 Antigen Rapid Self-Test)

November 30, 2021

Pengalaman buat ujian Covid-19 guna Kit Ujian Kendiri Covid-19(Covid-19 Antigen Rapid Self-Test) ︱Assalamualaikum dan Hai. 


SIAPA YANG PERLU BUAT UJIAN KENDIRI COVID-19

Kit Ujian Kendiri COVID-19 boleh digunakan untuk :
• Saringan kendiri oleh mana-mana individu yang ingin mengetahui status COVID-19;
• Individu yang mempunyai kontak dengan kes COVID-19; ATAU
• Saringan-saringan lain yang bersesuaian (seperti Pintu Masuk Antarabangsa, rentas negeri, saringan pra-pekerjaan, pra-kemasukan ke institusi tinggi dan lain-lain)


PERSEDIAAN DAN PENGUMPULAN SAMPEL DAN PENGENDALIAN UJIAN

Pengumpulan sampel dan pengekstrakan sampel bendalir mulut atau nama lainnya air liur harus digunakan menggunakan tiub pengumpul yang telah disediakan bersama kit. Jangan menggunakan tiub pengumpulan lain. Sampel jugak harus diuji dengan segera.

Harus diingatkan juga, sebelum melakukan ujian, kita tidak boleh memasukkan apa-apa pun ke dalam  mulut termasuk makanan,minuman atau rokok sekurang-kurangnya 10 minit sebelum buat ujian. Disarankan juga lakukan ujian ini pada waktu pagi.

Langkah 1

  • Pasang corong ke tiub pengumpulan sebelum pengambilan sampel.
  • Batuk dengan kuat sebanyak 3-5 kali untuk mengeluarkan bendalir mulut(oral fluid) dan terus masuk ke corong alat pengumpul.
  • Ulangi langkah di atas untuk pengambilan sampel sehingga bendalir mulut mencapai garis skala yang ditunjukkan pada tiub pengumpulan. 
Langkah 2
  • Keluarkan corong dari tiub pengumpulan.
  • Masukkan keseluruhan kandungan buffer ke dalam tiub pengumpulan.
  • Pastikan tiub pengumpulan ditutup dengan ketat. Picit perlahan bahagian bendalir mulut tu selama 10 saat bagi memastikan larutan dah sebati.
Langkah 3 (Pengendalian Ujian)
  • Keluarkan kit ujian dari pek foil(gunakan dalam 1 jam) dan letakkan di permukaan yang rata dan bersih.
  • Titiskan 2 titik sampel yang diekstrak ke dalam lubang sampel pada kit ujian tersebut.
  • Tunggu sehingga garis berwarna muncul. Baca keputusana dalam masa 15 minit. Jangan baca keputusan selepas 20 minit.
  • Buang kit ujian yang telah digunakan ke dalam beg biokeselamatan yang diberikan.


Alhamdulillah, SAH!! Cik Renex dah jadi isteri.

November 13, 2021


Alhamdulillah, SAH!! Cik Renex dah jadi isteri ︱ Pada 12.11.21 baru ni jam 10.13 pagi , Alhamdulillah dengan sekali lafaz , CR sah menjadi isteri kepada Khairul. Orang yang CR dah lama tunggu. Disebabkan masih dalam musim pandemik, upacara akad nikah masih tidak boleh dilakukan dirumah atau masjid. Kena juga buat di Pejabat Agama Daerah. Jadi hanya lima orang sahaja yang dibenarkan masuk masa akad nikah tu. Yang masuk CR, Suami CR , Ma CR, Abah dan Wali. Sedih juga sebenarnya bila macam tu tapi dah nak buat camne kan. Kena ikot SOP yang ditentukan.

Kisah kami pun tak ramai tahu dan CR pun tak bercerita sangat pada orang yang CR nak kahwin. Yang tahu hanya saudara pastu 2 3 orang kawan CR. Yang lain tu sebulan nak kahwin kot baru CR inform. Sebab tu ramai yang terkejut bila CR maklumkan nak bernikah dah. :)

Maaf pada sesiapa yang CR tak jemput dan maklumkan tentang majlis nikah CR. CR tak buat majlis besar pun. Jemput saudara terdekat dan makanan pun CR bungkus untuk beri pada tetamu dan juga hantar pada jiran-jiran terdekat.

Nanti CR akan kongsikan kisah persediaan nak bernikah ni sebab proses CR banyak sedikit disebabkan Abah dah meninggal dan berwalikan dengan Ayah Saudara. CR akan kongsikan pada next entri okay dari bermula isi borang sehingga selamat bernikah.



"Dan aku pinta kau setia denganku
Dan cintamu hanyalah untukku
Dan ku akhiri pencarian cintaku
Dengan kehadiranmu berakhirlah pencarianku

Segalanya kini padaMu ku mohon
Dan aku hanya mampu berdoa
Berdoalah agar cinta kita direstui
Kekal hingga ke syurga"


"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakanlah Pasangan Pengantin ini zuriat yang sempurna, soleh dan solehah. Murahkan rezeki pasangan ini. Semoga rumahtangga yang dibina Sakinah Mawaddah Warrahmah dan bahagia berkekalan hingga ke syurgamu. Amin Ya Rabbal Alamin"


Dah tak boleh panggil Cik Renex kena tukar Cik Puan Renex kot dan ringkasan jadi CPR. hehe. Tapi dah selesa dengan panggilan CR jadi kita maintainkan je la ye.

Menang Tempat Kedua Program Usahawan Digital Anjuran Pusat Internet Komuniti Durian Tawar

November 1, 2021

Menang Tempat Kedua Program Usahawan Digital Anjuran Pusat Internet Komuniti Durian Tawar

Menang Tempat Kedua Program Usahawan Digital Anjuran Pusat Internet Komuniti Durian Tawar ︱ Cik Renex dengan Pusat Internet Durian Tawar memang sinonim dari dahulu lagi. Rasanya CR memang kerap mengunjungi ke Pusat Internet Durian Tawar untuk melayari internet. Di rumah CR tiada line internet jadi memang kerap ke Pusat Internet. Dahulu Pusat Internet ini terletak berhadapan Sekolah Kebangsaan Durian Tawar tetapi dah berpindah ke tempat baru iaitu di Dewan Kampung Durian Tawar. 

Bila diingatkan kembali, CR suka ke Pusat Internet ini sebab nak melayari internet, itu yang paling utama . Zaman sekarang kan nak cari kerja memang perlukan internet jadi senang la bila ada Pusat Internet di kampung sendiri. CR siap jadi ahli Pusat Internet taw sebab banyak kelebihan yang kita akan dapat jika jadi ahli Pusat Internet. Contohnya kita akan dicaj lebih murah berbanding bukan ahli sekiranya kita menggunakan servis mereka seperti melayari internet, print, photostat dan sebagainya.


CR selalu juga menyertai program yang dianjurkan Pusat Internet Komuniti Durian Tawar ni. Dan baru-baru ini CR berpeluang untuk menyertai suatu pertandingan Program Usahawan Digital. CR hanya perlu ada akaun shopee dan perlu memberi report setiap bulan kepada pusat internet. Alhamdulillah CR dapat Tempat Kedua dalam pertandingan ini dan mendapat sejumlah wang seratus lima puluh ringgit. Alhamdulillah.

Menang Tempat Kedua Program Usahawan Digital Anjuran Pusat Internet Komuniti Durian Tawar

Gambar di atas ini semasa CR bersama dengan salah seorang orang kuat Pusat Internet ini. Terima kasih bagi peluang pada CR untuk menyertai program di Pusat Internet dan semoga ada lagi peluang lagi untuk CR sertai. hehehe.

Mana-mana yang nak tengok apa yang CR jual di shopee boleh klik link di bawah okay. jangan lupa follow okay.

Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2021 Menyokong Kehidupan, Menggalakkan Penjagaan Kesihatan dan Membantu Kelangsungan Hidup 3 NGO di Pahang

October 31, 2021


Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2021 Menyokong Kehidupan, Menggalakkan Penjagaan Kesihatan dan Membantu Kelangsungan Hidup 3 NGO di Pahang︱Pandemik COVID-19 merupakan satu tempoh yang amat mencabar kepada semua, dengan organisasi-organisasi kebajikan merupakan antara pihak yang paling terkesan ekoran pengurangan sumbangan daripada sektor korporat dan masyarakat awam.

Ayam Brand™, satu jenama makanan sihat dan mudah dalam tin yang terkenal dengan kualiti, tanpa penggunaan bahan pengawet dan MSG tambahan, terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia dengan penganjuran semula Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021. Bertemakan #AyamBersamaMu, ia menggalakkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat menerusi konsep 3S dalam Pinggan Sihat Malaysia, membantu kelangsungan hidup melalui program #AyamFutureCreator, pada masa sama menyumbang bekalan selama dua bulan produk Ayam Brand kepada rumah-rumah amal yang mengambil bahagian.




Kempen yang diadakan secara maya dan mematuhi SOP bagi memelihara keselamatan dan kesihatan peserta, ini membenarkan pakar pemakanan dari Hospital Pakar KPJ Damansara dan usahawan serta pencipta kandungan terkenal berusia 18 tahun, Arianna Natasha dari Arianna Kitchen, untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di seluruh negeri. CR pun berpeluang untuk bersama-sama dengan mereka.


Usaha ini akan membantu dan mendidik 1,500 kanak-kanak dari 32 rumah amal di seluruh Malaysia, selain turut menyediakan 230,000 hidangan Ayam Brand yang sihat kepada mereka. Antara penerima sumbangan berkenaan adalah 101 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan, Pusat Jagaan Chahaya, dan Pertubuhan Kebajikan Rapha Kuantan.

Ms Chin Lee Foon, Pengurus Besar Ayam Brand


Menurut Pengurus Besar Ayam Brand™, Cik Chin Lee Foon, kempen CSR yang kini memasuki tahun ke-14 itu, telah menyumbang lebih 2 juta sajian sihat kepada lebih 25,000 individu dari 539 rumah amal dan NGO.

“Terdapat penekanan lebih dalam menyediakan makanan kita sendiri, memberi tumpuan kepada kepentingan kesihatan tubuh dan mental. Pasukan Ayam Brand memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor ini dalam membentuk kempen #AyamBersamaMu agar ia bertepatan pada masanya, bersifat relevan dan berguna kepada semua peserta dengan memberikan asas dalam amalan pemakanan yang sihat dan memberikan ilham agar berupaya menjadi pencipta kandungan yang bagus pada masa hadapan dan pada masa sama menyediakan sokongan ketara menerusi sumbangan bekalan selama dua bulan berupa produk Ayam Brand kepada setiap rumah amal yang mengambil bahagian. Tambahan lagi, para peserta #AyamFutureCreator berpeluang untuk memenangi RM6,000 dalam bentuk pelan simpanan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).” ujar Cik Chin.

Setiap rumah amal yang mengambil bahagian menerima kit permulaan #AyamBersamaMu yang terdiri daripada peralatan dapur, aksesori pencahayaan dan rakaman serta produk Ayam Brand untuk membantu permulaan pengalaman mereka menjadi pencipta kandungan. Bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan turut merangkumi pilihan kegemaran kanak-kanak yang kaya dengan protein dan mengandungi Omega-3 khasnya Tuna Mild dan Pedas Ayam Brand, Saba Deli Natural Ayam Brand serta Kacang Panggang Keju Ayam Brand.

Ayam Brand™ menekankan sumbangan produk-produk sardin, mackerel dan tuna memandangkan kebanyakan rumah kebajikan kekurangan sumber yang mencukupi Omega-3 iaitu asid lemak yang penting tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. Omega-3 membantu mencegah penyakit berkaitan jantung; menggalakkan aktiviti saraf yang sihat; menyokong penyerapan vitamin; memelihara sistem imunisasi yang baik dan menggalakkan perkembangan sel- sel di dalam badan termasuk perkembangan penglihatan dan otak kanak-kanak.

Pn Rushda Adiba Ismail, pakar diet dari KPJ Damansara Specialist Hospital 


Pasukan Perkhidmatan Pemakanan KPJ Damansara mengelolakan bengkel maya berkenaan Pinggan Sihat Malaysia, atau lebih dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh, yang mengesyorkan setiap sajian terdiri daripada suku bahagian protein, suku bahagian karbohidrat kompleks dan separuh bahagian sayur-sayuran serta buah-buahan berdasarkan saiz tangan, genggaman dan tapak tangan. Panduan mudah dilihat ini boleh membantu amalan pemakanan sihat individu sepanjang hayatnya.

“Kami sentiasa percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, kami komited dalam mendekati komuniti dan berkongsi pengetahuan kesihatan yang penting. Kita perlu mula mengajar golongan muda berkenaan amalan kehidupan sihat, khususnya ketika pandemik. #SukuSukuSeparuh mudah difahami dan diikuti golongan dewasa mahupun kanak-kanak untuk mereka menjalani hidup yang lebih baik.” kata Cik Rushda Adiba Ismail, Pakar Pemakanan Kanan di Hospital Pakar KPJ Damansara.

Pertandingan Pamerkan Pinggan Sihat Anda telah memperlihatkan pasukan-pasukan dari setiap rumah amal menyediakan hidangan sihat berpandukan konsep #SukuSukuSeparuh. Satu pasukan akan dinobatkan sebagai johan setiap negeri dan akan menerima trofi kemenangan, sijil penyertaan dan cenderahati dari Ayam Brand. Rumah kebajikan lain juga akan menerima sijil penyertaan dan cenderahati.


 Arianna Natasha, usahawan media sosial 
Arianna Natasha, Pengasas Arianna Kitchen dan pencipta kandungan terkenal yang berusia 18 tahun, dan mempunyai hampir 4,000 pengikut atau followers di Instagram telah memastikan bengkel #AyamFutureCreator menarik dan mudah diikuti para peserta muda.



“Saya harap program seumpama ini ada ketika saya mula menjadi pencipta kandungan. Membentuk kandungan yang menarik melibatkan usaha keras yang memerlukan kemahiran, kesabaran dan kreativiti. Program #AyamFutureCreator boleh menjadi permulaan kerjaya dan perniagaan bagi kanak-kanak ini, sekali gus membantu menjana pendapatan kepada mereka.” ujar Arianna sambil memaklumkan bahawa sandwic Ayam Brand merupakan antara snek terawal beliau pelajari semasa kecil. “Ianya amat mengagumkan kerana saya dapat bekerjasama dengan salah satu jenama kegemaran saya dan dapat membimbing yang lain”.



Peraduan #AyamFutureCreator memerlukan kumpulan kanak-kanak menghasilkan sebuah video masakan selama 1 hingga 3 minit dengan menggunakan rangkaian produk Ayam Brand dan prinsip Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh, berdasarkan tutorial oleh Arianna. Kanak-kanak terlibat perlu merakam, edit, tag, meletakkan tanda pagar dan mempromosikan video mereka di laman sosial untuk mengasah kemahiran sebagai pencipta kandungan. Arianna, pasukan Ayam Brand dan Pakar Pemakanan KPJ Damansara akan menentukan para pemenang yang berpeluang memenangi pelan simpanan SSPN PTPTN yang berjumlah RM6,000.


Hidangan makanan daripada Pertubuhan Kebajikan Rapha (Kumpulan C) yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan #SukuSukuSeparuh


“Sebagai langkah mematuhi SOP yang ditetapkan, kami tidak menganjurkan sebarang acara sejak tercetusnya pandemik Covid-19. Tentunya kanak-kanak amat gembira apabila kami mengaturkan acara maya #AyamBersamaMu. Mereka amat menyukai bengkel #SukuSukuSeparuh kerana dapat mempelajari perancangan pemakanan, para dewasa juga menyukainya. Mereka sukakan bengkel #AyamFutureCreator kerana kesemuanya ingin menjadi pencipta kandungan yang terkenal suatu hari nanti. Kami berterima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menyokong pihak NGO bertahun-tahun lamanya. Kami amat gembira kerana terpilih menerima bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan, khasnya pada ketika ini sumbangan adalah amat terhad. Kami amat menghargai Ayam Brand™ kerana sentiasa bersama kami dan menjaga kebajikan komuniti,” jelas Cik Grace daripada Pertubuhan Kebajikan Rapha Kuantan.




“Saya perlu memakan lebih sayur, buah-buahan, protein dan Omega-3 untuk jadi lebih sihat, tinggi dan kuat. Saya rasa saya mampu menang pertandingan #AyamFutureCreator dan memulakan perniagaan macam Kak Ary. Terima kasih Ayam Brand kerana membantu saya menjadi pencipta kandungan!” kata salah seorang peserta.


Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen CSR #AyamBersamaMu dan program #AyamFutureCreator, layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.

Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian.

October 18, 2021





Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian. ︱Assalamualaikum dan Hai. Bila dengar jer perkataan MySejahtera rasanya satu Malaysia dah lali dengan perkataan tu dan dah kenal sangat dengan aplikasi MySejahtera ni. Mana taknya, setiap kali nak masuk kedai mana-mana kita akan buka aplikasi MySejahtera ni dan imbas QR Code yang di pamerkan di setiap kedai atau apa-apa sahaja premis yang kita ingin masuk dan berurusan.

MySejahtera adalah salah satu aplikasi yang WAJIB ada ada dalam telefon bimbit setiap rakyat Malaysia. Selain dari untuk imbas QR code yang dipamerkan , ianya penting untuk kita mendapatkan suntikan vaksin kerana setiap urusan pendaftaran dan maklumat semua perlu di buat di aplikasi MySejahtera ini.



MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.

Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam, majlis keraian dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera. Kita sebagai pengguna  MySejahtera pula boleh menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi tersebut untuk mengimbas Kod QR yang dipamerkan di pintu sesuatu premis tu. Jom tengok cara untuk wujudkan QR Code MySejahtera tu.


Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian



1. Klik https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/ di google chrome. Bila klik akan keluar seperti gambar di bawah. Isi je maklumat yang diperlukan. Kita boleh daftar nenggunakan no telefon atau email. 

Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian.


2. Sekiranya daftar menggunakan No telefon, kita akan dapat sms dr MySejahtera untuk dapatkan OTP code. Jika guna email, kita perlu klik link yang akan dihantar pada email kita. 

Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian.

3. Kemudian terus ke bahagian Pendaftaraa/Registration. Isi semua maklumat yang diminta dan tekan button submit.

Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian.


4. Dah siappp. Akan keluar QR code MySejahtera kita. Boleh la pilih untuk terus print , email me atau download. Senang klik download dulu nanti bila-bila kita boleh print QR code MySejahtera kita.

Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian.

Mudah je kan. Selamat mencuba. Boleh la print dan laminate kemudian tampal di depan premis kita. Kalau nak nampak lain dari yang lain boleh lah tempah QR code MySejahtera dalam bentuk ukiran laser seperti di bawah. Cantik ke cantik sangat? Kalau untuk majlis perkahwinan, pertunangan atau apa-apa bentuk keraian boleh buat macam ni. Nampak lain dari yang lain. Murah je CR jual, hanya RM45 sahaja. Berminat boleh komen di bawah atau whatsapp je CR okay. Klik link whatsapp

qr code mysejahtera

cara buat qr code mysejahtera untuk kedai

cara buat code mysejahtera

 
© Blog Cik Renex