fishing bay resort
Showing posts with label fishing bay resort. Show all posts

Hari Keluarga KGK2017 di Fishing Bay Resort Mersing Johor (Part 1)

July 25, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

Mersing
View dari bilik resort
Hari Keluarga KGK2017 di Fishing Bay Resort Mersing Johor (Part 1) | Sabtu dan Ahad baru-baru ni tempat kerja Cik Renex telah adakan aktiviti tahunan Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) iaitu Hari Keluarga. Memang tiap-tiap tahun KGK akan anjurkan hari keluarga. Masa tahun 2013 kami ke Pulau Tioman ,seronok sangat sebab memamg tak pernah ke Tioman kan. Masa ni pergi sorang je tak bawa ma lagi. Tahun 2014 ke Perak tapi CR tak join sebab jauh sangat dan CR malas nak drive. Tahun 2015 ke Janda Baik Pahang dan CR masih tak join lagi sebab risau nak drive ke situ. Lagi2 dengan kereta manual. Hikhik. 2016 lak KGK membawa kami ke Port Dickson dan CR bawa sekali mak n cha join. Seronok sebenarnya join Hari Keluarga ni. Baru lah kita kenal suami isteri rakan2 tempat kerja kita kan. Kalau tak masa bila nak jumpanya.


CR gerak dari rumah dalam jam 11.00 pagi. Orang lain gerak awal sebab nak berkonvoi,CR lagi prefer pergi sendiri sebab dieorang ni tahu jela drive camne. Lajuuu giler. Huhu. CR tak tahu sangat jalan hala ke sana. Sebelum ni pergi Mersing dari Kluang dan tak drive sendiri. Jadi bila kena drive sendiri dan gerak dari Bera memang kena minta tolong google maps lah. Nasib betul arah jalannya kalau silap haruuu lah. CR sampai resort tu dalam jam 2.30 petang ,orang lain dah tidur rehat2 pun. Hehe. Sampai2 je terus pergi ambil kunci bilik pada A.fairuz.


Ada tempat untuk lepak kat balkoni bilik.

CR ambil bilik yang standard je sebab CR bertiga je kan. Cukuplah tu. Harga untuk bilik standard RM200 untuk semalam. Ada dua katil single dan CR rapatkan jadi lah size Queen. Hahaha. Bilik dia okay dan luas lah. Ada disediakan tv tapi tv xde channel. Nama pun bercuti kena lah bercuti dari tengok tv. Yedok? Padahal stress jugak rasa bila buka tv keluar skrin biru je. Mujurlah line internet kat situ sangat okay. Rasanya kalau line internet sama geng dengan channel tv ada rasanya main nama negeri dengan cha dalam bilik tu sebelum tidur. View dari bilik sangat2 cantik. Maaflah memori hp full lupa nak transfer gambar makanya memang trip kali ni kurang gambar. 😂😭



Mersing
Istana Pasir Puteri Terbuang. ^^v

Aktiviti pertama untuk Hari Keluarga 2017 adalah pertandingan membina istana pasir. CR tak pernah buat istana pasir ni sebab tak suka main kotor2 macam tu. *kononnya lah. Tapi bila ada pertandingan ni teruja la jugak nak membinanya. Dua hari sebelum tu beli barang-barang nak buat istana pasir. CR beli barang tu dekat Mr. DIY je. Ada yang kecil dan besar ,CR beli yang sederhana besar je. Bukan nak menang sangat pun,saja2 nak seronok je. Tengok hasil dalam gambar kat atas tu pun dah tahu memang tak berseni. Lepas pertandingan istana pasir,semua terjun kolam . Berendam la puas2 korang ye.


Aktiviti malam pulak adalah Makan Malam KGK2017. Takdelah pulak gambar masa makan tu sebab sibuk nak makan kan. Ada cabutan bertuah jugak tapi malam tu CR tak bertuah. 😑 Kebetulan pulak ada game bola Pahang lawan Melaka. Stay la lama sikit kat cafe resort tu sampai bola habis. Tahniah Pahang menang 2-0. Hehehe. CR naik bilik tidur tapi geng2 lelaki tengah bersiap2 nak pergi memancing. Tak tahu la balik kul berapa diaorang ni dan dapat banyak ke tak ikan. Kot dapat bawa balik nyamuk je. Hahahaha


Ok lah. Sekian untuk Hari Pertama. Untuk hari kedua akan bersambung next entry. Kbai.😙
© Blog Cik Renex