visitbeautifulTerengganu2017
Showing posts with label visitbeautifulTerengganu2017. Show all posts

Lorong Seni Kampung Cina Kuala Terengganu

December 4, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Lorong Seni Kampung Cina Kuala Terengganu | Ada yang merindui kemerepekan Cik Renex tak? Takde? Its okay. Sobs. Kali ni aku nak ceritakan tentang kunjungan aku ke Kuala Terengganu dan sambungan kepada entri sebelum ini. Selepas ke Pasar Payang, aku ke Kampung Cina yang bersebelahan pasar Payang je. Sebelum tu baca dulu apa itu Kampung Cina?


Berusia lebih 300 tahun, Kampung Cina pernah menjadi tempat tinggal pedagang dari Selatan China. Kawasan ini menempatkan kedai lama yang kini telah banyak diubahsuai untuk menjadi restoran, kafe dan rumah tumpangan dengan ciri moden. Generasi baru penduduk asal di kawasan kampung ini kini dikenali sebagai Peranakan.
Kampung Cina terdiri daripada dereten kedai-kedai lama, dari Pasar Besar Kedai Payang sehingga pintu gerbang naga Hotel Seri Malaysia, menampilkan kebudayaan Peranakan dengan lorong-lorong yang dilukiskan dengan graffiti dan seni moden.
Pada setiap tahun, penduduk di sini meraikan Pesta Peranakan Terengganu di mana pelbagai aktiviti diadakan seperti persembahan kebudayaan, pameran gambar, seni jalanan, demo masakan, dan pasar malam. Pada masa ini jugalah mek atau kaum wanita akan memakai sarung kebaya, yang diilhamkan daripada pakaian tradisional Melayu. Majoriti masyarakat Cina di Terengganu fasih berbahasa Melayu dalam loghat Terengganu, dan masakannya turut mendapat pengaruh tradisi Terengganu seperti dimasak bersama budu. Masakan Peranakan di sini juga adalah unik dan mungkin tidak ditemui dalam komuniti Peranakan yang lain, seperti keropok lekor yang dikukus, ceranang, serta jeruk betik.

Tahun lepas aku pernah ke sini juga dengan kawan baik aku iaitu Intan dan Ecah. Jadi tak teruja sangat lah nak bergambar lagi-lagi sebab pipi aku bengkak kan. Jadi mood tak beria sangat. Layankan akak dan ma je. Huhuhu. 


A post shared by C i k R e n e x | CR (@saidatulazreen) on

Mac 2016 bersama Intan dan Ecah


Untuk ke sini, aku sarankan agar menapak je sebab senang nak ke setiap lorong. Ada lorong macam dah terabai tak dijaga dan ada yang masih cantik. Kalau berjalan di Kampung Cina ni kita akan nampak pelbagai jenis kedai di kawasan ni. Ada kedai barang antik, cafe hipster dan juga kedai yang menjual kain pasang dan kain batik. 

Lorong Seni Kampung Cina

Masa aku pergi hari tu payung di atas kotor dengan najis burung sekarang dah tukar baru lagi cantik dan bersih. Dan ada hiasan ketupat mungkin sebab hiasan untuk aidilfitri. Dulu aku pergi hiasan tanglung sebab baru lepas Tahun Baru Cina kan. 

Lorong Seni Kampung Cina
Merenung nasib. 

Lorong Seni Kampung Cina
Buat apa kat atas tu awak? Dah la cekci.hahaha

Lorong Seni Kampung Cina

Kisah di sebalik gambar ni amatlah memenatkan. Puas berjalan sampai ke atas  nuu tapi tak jumpa jumpa vespa ni. Bila dah gerak nak balik baru ternampak. Terus singgah nak bergambar. huhu.


Jadi, sesiapa yang berpeluang ke Kuala Terengganu boleh la singgah ke Lorong Seni Kampung Cina untuk meninjau2 dan mengambil gambar sebagai kenangan.




Cantiknya Masjid Kristal Kuala Terengganu

November 11, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Cantiknya Masjid Kristal Kuala Terengganu | Masjid Kristal adalah salah satu tempat tarikan pelancong ke Kuala Terengganu yang wajib dilawati. Masjid Kristal ini terletak di Pulau Wan Man dan berhampiran dengan Taman Tamadun Islam. Untuk masuk ke Taman Tamadun Islam perlukan bayaran tiket masuk, tapi untuk ke Masjid Kristal ini, adalah percuma sahaja. Dan kita patut tak lepaskan peluang untuk bersolat disini. 


Tahun lepas Cik Renex pernah ke Masjid Kristal bersama dengan kawan baik Cik Renex iaitu Intan dan Ecah. Baca entri ini  http://renex89.blogspot.my/2016/05/cr-ke-masjid-kristal-kuala-terengganu.html . 


Cantik bukan? Senibina dan rekabentuk Masjid Kristal ini sangat-sangat cantik dan unik. Ia dibina daripada kaca, kristal dan keluli. Ianya di bina diatas pelantar besar di muara Sungai Kuala Terengganu. Apabila air pasang, masjid ini seolah-olah kelihatan terapung. :)



Tahun ni pula CR pergi bersama family cr pula. Tapi kali ni kami pergi masa malam pula. Masa malam pun ramai juga orang sebab masing-masing taknak terlepas peluang solat di masjid ini.




Tambah lagi menarik, bila malam rupa-rupanya ada pancaran lampu yang berwarna-warni yang menjadikan pemandangan di Masjid Kristal makin cantik dan indah. Teruja masing-masing.



Sebelum balik ke Homestay, kami ambil gambar di depan Masjid Kristal sebagai tanda kenangan. Jadi mana-mana yang tak pernah melawat kesini, boleh la datang nanti.





Pasar Payang Kuala Terengganu

November 7, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Pasar Payang Kuala Terengganu | Pada hujung bulan september baru ni Cik Renex sekeluarga telah ke Kuala Terengganu sempena cuti saja-saja. Kami menginap di Falah Guest House yang sangat strategik tempatnya sebab berdekatan dengan tempat-tempat yang kami ingin lawati. Mana yang belum baca entri mengenai homestay kami duduki tu boleh klik sini

Hari pertama kami telah ke Pantai Batu Buruk dan Tasik Kenyir kan. Jadi kemana destinasi seterusnya? Bila dah jejak ke tanah Kuala Terengganu orang kata tak sah kalau tak ke Pasar Payang kan? Masa kali pertama CR ke KT tak sempat singgah Kuala Terengganu, jadinya kali ni memang kena pergi. Dekat je dari homestay CR ke Pasar Payang ni , setkan di Maps maka nanti sampai lah kita. 
Kuala terengganu
Cantik dah cat baru

Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu. 
  Sumber 


Kami pergi pada hari Jumaat lepas sembahyang Jumaat. Mula risau juga buka ke tak hari Jumaat rupanya buka cuma tak banyak kedai buka. Sebabnya bila CR pergi keesokkan harinya banyak pula kedai yang buka. Orang pun ramai, bersesak-sesak di bahagian tingkat satu. Berbeza bila pergi hari Jumaat tu, orang lengang sedikit.

kuala terengganu

Pasar Payang mempunyai dua aras sahaja. Aras bawah adalah tempat jualnya perkakas dapur seperti periuk, kuali dan sebagainya. Aras bawah ni juga tempat orang menjual makanan-makan tradisional Terengganu, keropok keping , keropok lekor, dodol dan pelbagai lagi. Yang paling CR terkejut ada orang menjual telur penyu dan itu adalah kali pertama CR tengok telur penyu. Mohon kesian sbb CR jakun first time tengok. CR dan akak beli kain pasang yang bercorak batik manakala ma pula beli kain batik. Murah-murah kain batik disini.

CR dan akak siap ambil  no telefon orang kedai yang menjual kain pasang sebab murah sangat. RM50 sehelai , kalau kat tempat  CR tak dapat dah harga tu. Kalau ada kawan-kawan blogger yang ke sana, CR nak kirim ye. hehe


kuala terengganu

Untuk bahagian atas pula adalah tempat menjual kain sutera, kain batik, baju batik, kain songket, tudung dan pelbagai lagi lah. Kain sutera yang dijual memang sangat cantik dan harga pun kita kena pandai tawar menawar. Di bahagian atas juga ada menjual barangan kraftangan , tembaga dan juga makanan seperti kacang ,asam pelbagai jenis dan rasa dan lain-lain lagi. Adik CR beli patung penyu untuk dijadikan kenangan.

kuala terengganu
Tertarik dengan lukisan di dinding salah satu kedai di Pasar Payang ni. Comel dah macam sailormoon , kartun superhero masa zaman kanak-kanak.


Jadi, mana-mana yang berkesempatan ke Terengganu boleh la singgah ke Pasar Payang yer. Next entri CR akan sambung pula ke destinasi lain yang menarik di Kuala Terengganu.

Beli coklat di Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir

October 3, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Beli coklat di Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir | Selepas berjalan-jalan dan bergambar sakan di buaian viral Pantai Batu Buruk , kami sekeluarga bercadang ke Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir  Kakak CR yang semangat nak perginya sebab nak beli coklat katanya. Pada mana yang belum tahu, awal bulan Ogos baru ni, Tasik Kenyir dijadikan salah satu zon bebas cukai seperti Langkawi, Padang Besar, dan Rantau Panjang. Sebab tu lah kakak CR beriya-iya nak ke sana tapi kami tak bagi kata putus samada nak pergi ke tak dan masa hari kejadian akhirnya pergi juga. hehe. Dari Kuala Terengganu lebih kurang 55km , tak jauh mana jugalah. Kami pergi kesana dengan khidmat Waze. Terima Kasih waze dan maps yang sangat membantu.  

Tasik Kenyir sebenarnya salah salah satu tempat pelancongan yang terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir ini merupakan tasik buatan manusia diantara yang terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil dari Empangan Kenyir pada tahun 1985.

Terdapat 340 buah pulau buatan manusia di tasik ini. Pulau-pulau ini asalnya adalah bukit, tetapi kini telah ditenggelami oleh air disekelilingnya sehingga membentuk pulau.
Selain pulau, ada 30 batang sungai mengalir di Tasik Kenyir dengan 25 jeram dan air terjun yang didiami lebih 25 spesies ikan air tawar.
Tasik ini juga menyimpan 8000 spesies bunga, 2500 spesies tumbuhan, 1000 spesies burung dan 800 spesies rama-rama.

Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Kuala Terengganu
[ Ruang parkir kenderaan yang luas]




Kuala Berang

Disini ada perkhidmatan bot untuk bersiar-siar menikmati keindahan di sekitar Tasik Kenyir ni.  Menurut apa yang CR baca, di Tasik Kenyir ni banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati dan memerlukan beberapa hari jika hendak meneroka semua tempat tu. Dalam gambar diatas juga kedai menjual cenderamata yang boleh dibeli sebagai kenangan seperti tshirt,beg dan pelbagai lagi.


Kuala Berang
[ Kedai Coklat ]

Tujuan utama adalah kedai ini sebenarnya. Kami kesini pada hari jumaat dan sampai dalam jam 11.30. Masa CR masuk tu ramai sangat orang tempatnya kecil jadi memang sesak lah. Masa tengah nak membeli tu nampak pekerja dia macam nak tutup kedai dah. Lupa yang hari tu hari Jumaat dan mereka perlu tutup kedai jam 12.30 untuk menghormati masa sembahyang Jumaat. Nasib la cepat kami datang sini kalau tak kena tunggu lama sampai dibuka semula.

Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir
[ Hasil tangkapan dalam masa beberapa minit ]

CR tak sempat tengok sangat coklat apa yang dijual lagi sebab nak cepat dan ramai sangat orang. Dah la tak sempat nak pergi ke kedai satu lagi yang jual telekung, pinggan mangkuk, dan minyak wangi. Kecewa jugak. Datang jauh-jauh tapi sempat ke kedai coklat je. Dengar2 cerita ,kedai ni nanti akan dipindahkan ke bahagian lain. Tak tahu la mana tapi still dalam Tasik Kenyir lagi lah. Mungkin dipindahkan ke lain tempat yang menggunakan perkhidmatan bot. Mungkin dengan itu akan memajukan lagi perkhidmatan bot. CR pun tak sure betul ke tak ditukarkan. Dengar2 je orang cakap.


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">



Kuala Berang
[ Sempat posing dulu ]
Sebelum balik, harus lah posing dulu dengan air Tasik Kenyir di belakang tu. Cantik sangat tempat ni sebenarnya. Selain kedai coklat ni ada juga Waterpark Kenyir tapi masa kami datang tu waterpark tersebut dalam proses renovation. Mungkin lain kali kalau ada rezeki, CR datang ke sini semula.  CR sekeluarga juga sempat makan tengahhari kat sini. Sedap dan murah makanan di Terengganu ni. Nama kedai yang CR makan tu  dah lupa sebenarnya tapi ada tulis Mr. Baung. Boleh la makan disitu nanti yer.

Sebelum tamat, CR ingin kongsikan tempat-tempat menarik yang ada di Tasik Kenyir. Manalah tahu kot2 ada yang berminat nk bercuti di Tasik Kenyir kan. 😊

 Tempat-tempat menarik yang ada di Tasik Kenyir


Santuari Kelah di Sungai Petang
Santuari Kelah Sungai Petang adalah tempat pemuliharaan ikan kelah yang terletak di dalam kawasan Tasik Kenyir. Jarak perjalanan ke santuari ini dari Pengkalan Gawi mengambil masa 40 minit menggunakan bot laju.

Air Terjun
Antara tarikan utama juga di Tasik Kenyir adalah air terjun air terjun. Ada 5 lokasi air terjun yang popular disini iaitu Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Sungai Buweh dan Lata Terap.
Air Terjun Lasir adalah salah satu air terjun paling terkenal, kerana ketinggiannya mencecah 500 kaki.

Gua Bewah dan Gua Taat
Selain itu ada juga beberapa gua yang menjadi tarikan di Tasik Kenyir. Antaranya Gua Bewah dan Gua Taat. Di sini, para pengkaji sejarah telah menemui tinggalan sejarah dari zaman pra sejarah seperti rangka manusia, senjata dan peralatan memasak purba.

Gunung Gagau
Jika anda suka mendaki, Gunung Gagau mungkin tempat sesuai untuk anda melepaskan ketagihan. Apabila tiba di puncak, anda dapat menikmati pemandangan tiga buah negeri –Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Taman Herba di Pulau Sah Kecil
Jika anda sukakan sayuran serta herba, anda boleh ke Taman Herba Tasik Kenyir. Terletak di Pulau Sah Kecil, anda perlu menaiki bot laju selama 15 minit dari Pengkalan Gawi.
Tapi awas. Bersedialah dengan kasut yang baik kerana taman ini luasnya lebih 15 hektar, dan terdapat lebih 26,000 pokok herba untuk anda lihat dan kaji.

Memancing
Untuk kaki pancing, Tasik Kenyir adalah syurga ikan air tawar. Antara spesies ikan air tawar yang boleh dipancing disini adalah toman, baung, sebarau, sehinggalah kepada kelisa.
Dan lokasi terkenal kaki pancing adalah di kawasan Sungai Cacing, Sungai Tembat dan Sungai Leban.

Taman Burung
Terdapat juga disini Taman Burung yang dihuni oleh pelbagai spesies burung dengan berkonsepkan langit terbuka tanpa jaring. Anda berpeluang untuk memberi makan kepada burung-burung disini.

Aktiviti Berkhemah
Di Tasik Kenyir juga sesuai dijalankan aktivti perkhemahan. Berikut adalah beberapa tapak perkhemahan yang disediakan disini.
Tapak perkhemahan Gunung Lawit
Tapak Perkhemahan Pulau Poh
Tapak Perkhemahan Pengkalan Gawi
Tapak Perkhemahan Lasir
Tapak Perkhemahan Saok
Tapak Perkhemahan Pulau Petang
Tapak Perkhemahan Tanjung Bewah
Tapak perkhemahan Sg. Cicir/ Perpek

Sukan Air
Jika anda sukakan aktiviti lasak, atau sukan air, jangan risau. Di sini anda juga boleh menunggang jet ski, kayak, kenu, bersampan atau berakit. Untuk menginap, anda boleh tidur di rumah bot.


Buaian Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu

October 2, 2017

Assalamualaikum dan Hai

kuala terengganu
Buaian Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu | Rasanya tak perlu kenalkan lagi dengan buaian viral ni sebab di Facebook dah kerap kali orang share kan. Setiap kali datang Kuala Terengganu rasanya tidak lengkap kalau tak bergambar di buaian viral ala Lombok ni. Cik Renex pergi ke Pantai Batu Buruk dekat dengan Homestay yang Cik Renex menginap. Mana yang belum baca entri mengenai homestay , boleh klik sini    Homestay Kuala Terengganu Falah Guest House 

CR datang ke sini dalam jam 10pagi dan orang pun dah ramai kat situ. Buaian pun penuh dan masing2 semua berposing sakan atas buaian. Lama jugak nak tunggu buaian tu kosong. Di sini jugak sepatutnya ada jual layang-layang tapi mungkin Cik Renex datang pagi , tiada orang mula menjual lagi. Gerai-gerai tepi jalan jugak baru tengah bersiap-siap nak buka.
 

visit beautiful terengganu

Buaian tu belah hadapan sana. Pantai ini mendapat namanya bukan disebabkan ianya tidak cantik dan buruk tetapi nama Batu Buruk merujuk kepada batu-batu yang membentuk pulau kecil yang timbul di dalam laut bertentangan dengan pantai. Batu-batu inilah yang digelar Batu Buruk (atau Burok). Pantai ini juga ada nilai sejarah penting. Ini kerana di sinilah Gendang Gangsa atau Gendang Dong-Son ditemui. Penemuan ini amat bersejarah kerana ia membuktikan negara kita tidak melalui zaman Mesolitik.

terengganu
Masih kosong di sebelah. Bila entah nak ada orang sebelah. 😅

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, pembinaan buaian bukan sahaja menjimatkan kos, malah menjadikan tarikan pengunjung sekali gus mampu mempromosi pusat riadah itu secara percuma.
Katanya, kos yang digunakan hanyalah RM200 bagi menyediakan tali buaian berikutan bahan binaan yang lain seperti batang nibong dan kayu cengal diperoleh daripada penduduk kampung.



terengganu
#sistersgoals

Berjaya jugak ambil gambar berdua macam ni sebab selalu ada orang lain kat sebelah. Lama juga nak tunggu orang lain beredar. Kalau perasan, di bahagian belakang berhampiran dengam air pantai tu ada jugak satu buai. Tapi CR tak pergi pun buaian situ sebab malas nak basah2. Hehehe. Puas hati bila dapat bergambar dengan buaian viral ni..


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">

Cik Renex ada baca jugak di Pantai Batu Buruk ada aktiviti kereta kuda pada belah petang. Plan asal memang nak pergi semula ke Pantai Batu Buruk ni tapi bila tengok dari atas rumah,jalan jem gila menghala ke pantai tu. Terus CR batalkan niat nak pergi tengok tapi akak dengan cha tetap bersemangat nak pergi. Tapi tak kesampaian juga sebab hari hujan. Kesiannn. 😆

Jadinya duduk je la dalam homestay. Lepas maghrib baru kami keluar semula. Kemana destinasi kami? Nanti CR kongsikan dalam entri selepas ini yer.


© Blog Cik Renex