Pengalaman naik ke Menara Kuantan 188

June 14, 2021


Pengalaman naik ke Menara Kuantan 188︱Assalamualaikum dan Hai. Dah masuk hari kedua kita Duduk di Rumah atas Perintah Kawalan Pergerak 3.0 versi sambungan. Semoga semua yang baca blog cik renex ni dilindungi dari sebarang masalah dari segi masalah kesihatan mahupun kewangan. Bila Malaysia dah umumkan yang akan lakukan 'Total Lockdown' memang ramai yang terkesan tetapi itu yang terbaik buat masa ini sebab kes setiap hari makin lama makin meningkat dan cecah hampir 9k lebih dah. Takut tengok angka setiap kes tu. Memang tak dinafikan, CR rindu zaman sebelum covid 19 dimana kita bebas nak bergerak kemana-mana sahaja dan tidak memerlukan facemask langsung. Tetapi sekarang semua dah berbeza,tak sama dah. Nak tak nak kita kena terima kan. 


Blog pun dah lama CR tak update dan ada yang rindu tak?hehe. Jadi kali ni CR nak berkongsikan pengalaman CR menaiki Menara Kuantan 188 di Bandaraya Kuantan. CR pergi ke Kuantan pada bulan April baru ni tetapi baru sekarang nak update. Biasalah,tak tahu sibuk apa hehe. Asalnya menara ini diberi nama Menara Teruntum tetapi ditukarkan kepada nama Menara Kuantan 188 bersempena ketinggiannya 188meter. Yang paling menariknya, Menara Kuantan 188 adalah kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur dan  menara tinjau tertinggi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Bangga jadi anak Pahang .:)



 
Sebelum nak naik tu kita kenalah beli tiket dahulukan. Masuk je ke ruangan bawah Lobi Utama menara tu, anda akan nampak tempat bayaran tiket ni. Mungkin disebabkan Covid19 dan kita perlu kurangkan contact maka bayaran boleh dibuat melalui Kaunter Tiket Tanpa Tunai ni sahaja. Mudah sangat nak bayar pun dan masa CR datang tu tak ramai orang kat bahagian sini. Laju je proses untuk membeli tiket naik menara.


Harga tiket untuk Hari Biasa dan hari minggu berbeza taw. Untuk jimat baik pergi bukan masa cuti hujung minggu atau cuti sekolah. 

Harga tiket

Isnin-Jumaat/Promosi
Dewasa : RM8
Kanak-kanak/Warga Emas/OKU : RM5
Bukan warganegara : RM30

Sabtu-Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah
Dewasa : RM15
Kanak-kanak/Warga Emas/OKU : Rm10
Bukan warganegara : RM30


Bila dah dapat tiket, kenalah beratur dulu. Lama juga la CR tunggu sebab tak boleh ramai sangat diatas tu untuk satu-satu masa. Kita kan dalam mood PKPB lagi masa tuu dan sekarang dah PKP semula.*Sigh. Bila dah sampai turn kita,maka scan je tiket kita pada skrin kat pintu masuk tu. Jangan risau kalau tak pandai, ada staf mereka yang jaga. Masuk seorang seorang jangan nak masuk melulu ramai terus ye anak-anak. 



Dari atas menara ini kita dapat menikmati pemandangan 360 darjah Bandar Kuantan dan sungai Pahang yang sangat indah menerusimdek tontonan yang terletak 92m dari tanah. CR naik masa malam jadi nampak lampu-lampu yang cantik di setiap bangunan yang indah. Tarikan lain yang terdapat di menara tersebut termasuk sebuah restoran pada ketinggian 98 meter yang akan dibuka kelak, sebuah dek pemerhatian terbuka, jejantas udara dan pelantar terjunan berpandu dari aras 104 meter. Mana-mana yang menggemari aktiviti lasak boleh melakukan pendakian tiang pada ketinggian 160 meter di puncak keluli setinggi 66 meter. Jangkaan siap tidak pasti bila


Antara gambar yang sempat CR ambil semasa berada di bawah dan didalam Menara Kuantan 188. 








Info lain mengenai Menara Kuantan 188.




Menara Kuantan 188 siap dibina pada 3 September 2019 adalah menara ikonik yang tertinggi di Pantai Timur dan kedua tertinggi di Malaysia.

Menara Kuantan 188 ini merupakan sebahagian daripada projek Kuantan Waterfront yang terletak di dalam perkarangan Laman Teruntum di mana ia membolehkan pelawat menikmati pemandangan keseluruhan Bandar Kuantan dari aras 92.0 meter hingga 104.0 meter serta pemandangan panorama Sungai Kuantan.

Konsep reka bentuk Menara Teruntum yang tegak dan profilnya yang tirus merujuk kepada struktur senjata melayu lama, iaitu lembing dan hujung bilah lembing, seperti yang terdapat pada Jata Negeri Pahang Darul Makmur manakala reka bentuk Anjung Menara berdasarkan inspirasi daun dan bunga pokok Teruntum Putih.




Konsep dan Reka Bentuk



  • Anjung Menara melambangkan kepelbagaian rakyat Kuantan dan penduduk Pahang secara amnya. 
  • 5 tiang keluli yang disusun menjulang dan bersatu melambangkan lima teras Rukun Negara yang menyatupadukan lapisan rakyat dengan erat. 5 tiang besi juga melambangkan lima Rukun Islam. 
  • Puncak Menara keemasan melambangkan Kedaulatan Kesultanan dimana rakyat dan agama bersatu dan setia di bawah naungan KDYMM Tuanku. 
  • Reka bentuk Mercu Teruntum yang tegak dan profilnya yang tirus merujuk kepada struktur senjata Melayu lama, iaitu lembing dan hujung bilah lembing, seperti yang terdapat pada Jata Negeri Pahang Darul Makmur. 
  • Reka bentuk Anjung Menara berdasarkan inspirasi daun dan bunga pokok teruntum putih.

Komitmen TOP untuk Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen yang Menyingkirkan 99.9% Virus Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pandemik

June 7, 2021


Komitmen TOP untuk Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen yang Menyingkirkan 99.9% Virus Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pandemik ︱Wabak COVID-19 masih berada dalam kalangan kita. Sementara pelaksanaan program imunisasi sedang berjalan, rakyat Malaysia juga bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut seruan kerajaan untuk lindung diri, lindung semua, dengan mengambil berbagai langkah berjaga-jaga untuk mengawal penularan virus COVID-19 ini.



Sementara duduk di rumah, mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, mencuci atau sanitasi tangan, pemeriksaan suhu badan adalah sebahagian daripada norma baharu kita, Malaysia yang bersemangat #kitajagakita menyukai inovasi teknologi pencuci pakaian terbaru TOP yang terbukti menyingkirkan 99.9% virus termasuk virus SARS-CoV-2 yang mengakibatkan COVID-19, dan Influenza A2.

Pautan di media sosial dengan hashtag (#TOPcaresforYOU #TOPsayangisemua #TOPneversettles) telah membanjiri laman media sosial setelah orang ramai kembali ke tempat kerja, sekolah dan berada di luar rumah berkongsi cara menangani norma baharu iaitu membersihkan baju dengan pencuci pakaian anti-virus TOP untuk melindungi mereka yang berada di rumah.

TOP, jenama pencuci pakaian No 13 di seluruh Malaysia, memperkenalkan “Advanced Micro-Clean TechTM” sebagai respon secara langsung kepada kebimbangan pengguna terhadap kemungkinan virus berbahaya yang masih melekat pada baju yang telah dicuci, dan seterusnya membawa risiko kepada mereka yang tersayang. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP mampu untuk menanggalkan 99.9% virus, bukan sekadar bakteria.

“Advanced Micro-Clean TechTM” TOP menerusi revolusi “Anti-Microbial Tech” daripada Lion Jepun menggunakan teknologi pencuci pakaian generasi baru yang berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria2. Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.

“Advanced Micro-Clean Tech” TOP mempertingkatkan prestasi rumusan yang tersedia dengan semua fungsi TOP yang terkenal termasuk anti-sebum, anti bau hapak, anti-debu hama, ditambah dengan keberkesanan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya dan bakteria untuk perlindungan optimum. Ia juga menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap, disamping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan berbau segar.

1. Anti-Microbial



Menyingkirkan 99.9% Virus Berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan Bakteria2 untuk Perlindungan Optimum.

2. Anti-Sebum

A picture containing text

Description automatically generated
Menarik keluar Kesan Peluh, Minyak Badan dan Kotoran Terperangkap untuk Pembersihan Menyeluruh.

3. Anti-Malodour

Logo

Description automatically generated
Mencegah Bau Hapak walaupun Dikeringkan di Dalam Rumah.

4. Anti-Mite Dust

A picture containing text, vegetable

Description automatically generated
Menyingkirkan 99.9% Debu Hama2 yang Menyebabkan Alahan.


“Advanced Micro-Clean Tech” TOP dengan Anti-Microbial Tech telah dilancarkan tepat pada masa kepada mereka yang inginkan ketenangan minda dan memastikan telah mengambil langkah untuk mengurangkan risiko daripada menyebarkan virus kepada orang tersayang dan masyarakat secara tidak sengaja.

Menurut Southern Lion Sdn Bhd, Pengurus Besar Kanan, Cik Carmen Foo, pelanggan Malaysia telah membuat pilihan bijak dengan memilih “Advanced Micro-Clean Tech” TOP untuk fungsi penyingkiran 99.9% anti-virus, yang dapat menanggalkan virus COVID-19 dari fabrik, di mana ia pilihan yang penuh tanggungjawab untuk mereka sendiri, ahli keluarga dan masyarakat. Rumusan ini telah diuji oleh makmal bebas di Jepun dan terbukti berkesan menanggalkan virus sehingga 99.9% terutamanya COVID-19 & Influenza A.

“Bahkan sebelum wabak ini, Lion Corporation di Jepun telah mengkaji teknologi pencuci pakaian anti-virus untuk memberi gaya hidup yang lebih bersih menyeluruh kepada pengguna kami. Kami memperkenalkan teknologi pencuci pakaian yang inovatif dan penting ini kepada Malaysia hanya selepas memastikan rumusan yang lengkap supaya ia berkesan melawan virus, terutamanya SARS-CoV-2. Rakyat Malaysia menghargai tawaran produk inovatif kami kerana ia sesuai dengan norma baharu kita, dan memberi ketenangan minda kepada mereka. Untuk TOP, kami berasa bangga kerana menyumbang kepada #kitajagakita dengan menawarkan rangkaian pencuci pakaian inovatif ini.”

“Kepercayaan dan keyakinan para pengguna telah mendorong TOP untuk menjadi jenama pencuci pakaian nombor satu di Malaysia selama bertahun-tahun. Kami berterima kasih kepada mereka melalui komitmen kami untuk terus berinovasi berdasarkan pandangan pengguna dengan tujuan menjadikan kehidupan dan gaya hidup mereka lebih baik dan bersih,” jelas Cik Foo.

“Kami berasa bangga dapat meningkatkan kesedaran warga Malaysia dari peringkat masyarakat untuk mengambil berat melalui inovasi termaju TOP. Kita masing-masing dapat memainkan peranan penting dengan mengambil langkah-langkah kecil seperti memakai pelitup muka, membersihkan tangan dan mencuci baju dengan pencuci yang boleh menyingkirkan virus.”

“Sejak saya kembali bekerja, saya bimbang sekiranya ada terbawa balik virus bersama pakaian, sebab nenek saya tinggal bersama kami. Oleh itu, kami harus berhati-hati. Bila saya mendapati TOP dapat menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19, terus saya mendapatkannya untuk keluarga saya. Kami sudah biasa dengan menanggalkan baju kotor dan meninggalkannya dalam bakul baju yang tertutup sebaik sahaja sampai di rumah, sebelum mandi. Kami akan mencuci baju setiap petang untuk mengurangkan risiko penularan. Saya berasa senang hati menggunakan TOP sebab ia menyingkirkan 99.9% virus,” kata Wenny Soong, ibu kepada dua anak.


Muhammad Syahidee, pemandu e-hailing berasa bertanggungjawab untuk menggunakan pencuci pakaian yang boleh menyingkirkan 99.9% virus dan bakteria sebagai usahanya untuk mengurangkan risiko penularan.

“Sebelum wabak ini saya tidak tahu perbezaan antara virus dan bakteria. Saya risau akan menyebarkan penyakit ini kepada keluarga, kawan-kawan, pelanggan dan rakan sekerja secara tidak sengaja kerana saya pekerja barisan hadapan. Saya mendapati TOP menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19 dari pakaian saya, dan ia memberi jaminan dan ketenangan minda kepada saya. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab kita semua. Inilah #kitajagakita. Kini saya lebih pentingkan kebersihan berbanding dengan masa lalu. Tiada seorang yang harus menjadi penyebar virus,” jelasnya.


Pengguna TOP setia sejak sekian lama, Syakirah Yusof, rangkaian baru Antivirus 99.9% Advanced Micro-Clean Tech TOP adalah tepat pada masanya.

“Ibu bapa saya guna TOP, saya pun guna TOP untuk banyak tahun sebab fungsi anti bau hapak dan anti-sebum amat berkesan pada baju berbau peluh dan tiada bau semasa pengeringan dalam rumah. Saya amat gembira kerana TOP masih mengekalkan kesemua fungsi yang saya gemari dan berkesan menyingkirkan 99.9% virus termasuk penyebab COVID-19. TOP memang berkesan membersihkan kotoran biarpun yang dapat dilihat ataupun yang tidak kelihatan dan saya boleh merasainya. Saya juga suka bau wangi pada baju selepas mencuci dengan TOP,” kata Syakirah Yusof, peguam.




“Advanced Micro-Clean Tech” TOP 99.9% Antivirus terdapat dalam bentuk serbuk, cecair dan rendah buih untuk pilihan anda. Para pelanggan serbuk pencuci TOP boleh menikmati faedah “Advanced Micro-Clean Tech” melalui pilihan Super White, Super Colour, Super Hygienic, Blooming Freshness dan Silky Miracle. Untuk pelanggan rangkaian cecair TOP, mereka boleh memilih dari rangkaian Brilliant Clean, Colour Protect, Odour Buster, Stain Buster, Blooming Pleasures dan Silky Miracle. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP juga terdapat dalam Super Low Suds dan Super Low Suds Blooming Garden (serbuk) serta Smart Clean (cecair) dalam rumusan rendah buih yang direka khas untuk mesin basuh muatan hadapan, demi cucian yang cekap dan berkesan. Pencuci pakaian TOP boleh didapati di peruncit seluruh negara dan atas talian melalui Kedai Rasmi Shopee dan LazMall.



Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.



Perdebatan Hebat Rendang Raya Santan Ayam Brand™ Menyerlahkan Keenakan Rasa Tradisi

May 16, 2021

Perdebatan Hebat Rendang Raya Santan Ayam Brand™ Menyerlahkan Keenakan Rasa Tradisi ︱ Apakah memori Raya yang paling manis anda? Bagi anak-anak kampung, kemeriahan bergotong-royong memasak rendang, ketupat dan dodol mungkin antara kenangan Raya paling awal mereka. Dengan bau semerbak santan yang kian masak di atas kayu api, serta kehingaran ruang yang diisi dengan irama Hari Raya daripada radio berhampiran dan gelak-tawa jiran tetangga yang sibuk memasak, pastinya akan menggamit ingatan kemeriahan sambutan.

Bagi keluarga dengan ibu bapa mereka yang berasal dari negeri yang berbeza, Perdebatan Hebat Rendang Raya pasti muncul menjelang berakhirnya Ramadan. Setiap pihak akan mempertahankan mengapa sajian rendang dari negeri mereka adalah lebih hebat, baik dari segi rasa, aroma, tekstur, tahap kepedasan sehinggalah keenakan baki rendang yang ada.

Ada keluarga yang akan memilih untuk menyediakan rendang daging, ayam, kerang, kambing mahupun makanan laut dalam pelbagai cara bagi menenangkan kedua-dua pihak, dan menggembirakan tetamu mereka. Pilihan ini juga akan mencetuskan lagi perdebatan tentang rendang mana yang lebih enak, sekali gus membuktikan tiada pihak yang menang mahupun kalah dalam Perdebatan Hebat Rendang Raya ini. Sebaliknya, ia mampu menggembirakan selera dan perut yang lebih kenyang.

Terdapat empat komponen untuk menghasilkan rendang yang hebat: rempah, pes, daging atau makanan laut, serta santan yang lemak berkrim. Chef, tukang masak di rumah mahupun connoisseur rendang bersetuju bahawa santan berkualiti merupakan ramuan utama bagi rendang yang enak.

Ayam Brand™ memahami cabaran yang dihadapi dalam menghidupkan resipi-resipi tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke generasi lain, serta keperluan gaya hidup hari ini seperti kebimbangan terhadap pemakanan yang berkaitan kesihatan dan masa terhad untuk masak.

Sejak berdekad lamanya, Ayam Brand™ menyediakan rasa hebat dan manfaat kesihatan santan dalam pek mudah. Dalam persekitaran yang bersih, Santan Ayam Brand™ diperah daripada kelapa-kelapa terpilih dengan santan yang terhasil kemudiannya dimasukkan dalam pek tetra menggunakan teknologi ultra tinggi (UHT). Kaedah yang digunakan adalah sama baik dengan perahan menggunakan tangan. Bezanya, anda tidak perlu berhadapan dengan kerja-kerja membersih perkakas selepas santan diperoleh. Penstandardan kualiti, kepekatan dan kuantiti dalam setiap pek akan memudahkan individu yang memasak, menyingkirkan kaedah agak-agak yang sebelum ini diamalkan.

Terdapat pelbagai pilihan Santan Ayam Brand™ bagi memenuhi segenap cita rasa. Anda boleh memilih, Santan Trim Ayam Brand (45% kurang lemak) atau Santan Super Light Ayam Brand (hanya 5% kandungan lemak!).

Bersempena sambutan Hari Raya ini, Ayam Brand™ telah memperkenalkan pek edisi terhad Santan Ayam Brand™ 200ml dengan penutup senang dibuka - agar anda dapat menggunakan santan mengikut keperluan dan menyimpan baki yang ada dengan mudah di dalam peti sejuk sebelum digunakan lagi. Walaupun pek santan baharu ini ditawarkan dalam tempoh yang terhad, namun rasa dan resipi Santan Ayam Brand™ yang dikenali ramai masih lagi sama.

Bekerjasama dengan tiga tukang masak di rumah yang berpengalaman, Ayam Brand™ membawakan anda tiga resipi rendang yang unik. Setiap resipi merupakan khazanah keluarga yang telah dicuba dan disempurnakan oleh turun-temurun dengan penuh kasih-sayang.

Sekiranya anda masih belum memutuskan pilihan rendang bagi Hari Raya ini, masih ada masa untuk mencuba resipi-resipi ini untuk mengetahui yang manakah rendang kegemaran anda. Adakah ia Rendang Kerang, Rendang Ayam Cili Padi dengan Puluh Kuning atau Rendang Daging Pedas Perak?

Hidangan Rendang Kerang ini merupakan sajian tradisi bagi Wana Kamal (@wanakamal_79) dan membawanya ke zaman silam kerana ia merupakan rendang kegemaran arwah ayah beliau setiap kali sambutan Hari Raya. Wana masih ingat memori ketika kecil. Beliau akan memetik cili padi yang ditanam di rumah dan mengupas kerang bersama saudara perempuannya sebelum rendang dimasak.

“Bagi memudahkan kerja, saya akan merebus kerang terlebih dahulu agar kulit kerang akan terbuka dan menyenangkan isi dikeluarkan. Namun, saya perlu peka dengan masa merebus kerana kerang yang direbus terlalu lama akan menjadi keras dan liat. Bagi menyediakan rendang yang enak, anda memerlukan dua genggam cili padi dan Santan Ayam Brand™,” kata Wana yang amat merindui masa yang dihabiskan bersama keluarga untuk menyediakan hidangan istimewa tersebut.


Rendang Ayam Cili Padi by @mira.sofia.saufi



Walaupun banyak pihak yang berpendapat bahawa daging merupakan ramuan paling sempurna bagi rendang yang lazat, namun Amirah (@mira.sofia.saufi) merasakan rempah dan santan yang digunakan dalam Rendang Ayam CIli padi menyerlahkan lagi rasa sedap ayam kampung, terutamanya apabila ia dipadankan dengan pulut.

“Ketika membesar saya didedahkan dengan pelbagai jenis hidangan Rendang tetapi bagi Hari Raya, Rendang Ayam Cili Padi wajib ada. Ibu telah mengajar saya cara untuk menyediakannya, dan saya akan meneruskan tradisi ini. Beliau akan menggunakan banyak cili padi berbanding saya kerana sememangnya suka pedas. Bagi menyediakan masakan ini, saya gemar menggunakan Santan Ayam Brand™, lebih-lebih lagi ia didatangkan dengan penutup yang mudah dibuka. Tekstur santan ini juga lebih pekat dan berkrim, berpadanan dengan tahap kepedasan ramuan. Rendang ini sesuai dipadankan dengan pulut kerana ia mempunyai kuah. Ia juga enak dimakan bersama lemang mahupun ketupat!” tambah Amira.

Mereka yang berasal dari Perak memang dikenali sebagai pengemar makanan pedas. Rendang kegemaran Zarra (@zarra.riana) adalah Rendang Daging Pedas yang disediakan keluarganya kerana tekstur rendang yang memuaskan rasa.

“Sementara Rendang Tok menggunakan kerisik, Rendang Daging Pedas menggunakan kelapa parut bagi mendapatkan tekstur lembut yang serupa dengan Serunding. Bagi mendapatkan daging yang empuk bersama rasa sempurna rempah dan herba serta ‘berkawan’ dengan Santan Ayam Brand™, hidangan ini dimasak di atas api yang perlahan untuk tempoh yang lama,” jelas Zarra.

Oleh itu, siapakah bakal menjadi pemenang Perdebatan Rendang Hebat Raya ini? Keputusannya di tangan anda - sediakan ketiga-tiga resipi warisan ini dan jadikan ia kegemaran anda.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemudahan Santan Ayam Brand™ dengan penutup edisi terhad ini dan menyertai peraduan Masak dan Menang Ayam Brand™. Anda hanya perlu memasak rendang atau hidangan-hidangan lain dengan menggunakan santan Ayam Brand™, ambil gambar dan memuat naik ke laman Facebook atau Instagram anda dengan menggunakan tanda pagar #santanayambrand. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM17,200 dari innochef! Untuk butiran lanjut, layari laman https://www.ayambrand.com.my/masakdanmenang.


Dapatkan resipi-resipi ini dan pelbagai maklumat lain di www.ayambrand.com.my.

Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang

April 28, 2021


Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang


Cara Bayar Zakat Fitrah secara dalam talian (Online) Negeri Pahang ︱Assalamualaikum dan Hai. Lama sangat tak kongsi cerita di blog, rindu. Sedar tak sedar kita dah masuk ke pertengahan Ramadan dah. Bagaimana Ramadan kali ni? Sama seperti tahun lepas atau lebih bermakna? Tahun lepas CR sempat juga berbuka dengan akak CR sebab masa PKP tahun lepas dia ada di rumah. Tahun ni kami bertiga je la berbuka puasa. Nak buat macam mana kan, REDHA. 



Bagi umat Islam yang sedang menunaikan ibadah puasa, adalah disunatkan untuk mereka yang berkewajipan untuk membayar Zakat Fitrah 2021 dalam bulan Ramadhan ini. Anda da bayar zakat fitrah belum?CR dah bayar baru ini tetapi bayar secara Online sahaja. Selalunya akan ada wakil Amil datang ke tempat kerja CR, jadi mudah la nak bayar pada amil sahaja. Tetapi tahun ni macam tak ada je, jadi CR bayar je la secara dalam talian.

Sebelum tu , anda tahu tak apa itu Zakat Fitrah? Zakat fitrah adalah zakat yang wajib ke atas lelaki dan perempuan muslim, tua dan muda untuk dirinya, keluarga dan orang lain yang menjadi tanggungannya berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh syara’

Antara syarat Zakat Fitrah ialah:

I. Individu merupakan seorang muslim.
II. Hidup sehingga terbenam matahari akhir Ramadhan atau meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
** Bayi yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadhan atau meninggal dunia sebelum terbenam matahari akhir Ramadhan tidak wajib zakat fitrah.
III. Memiliki harta lebih untuk dirinya sendiri dan keluarganya pada hari raya dan malamnya.

Kewajipan berzakat telah dinyatakan di dalam surah al-Baqarah ayat 110 yang bermaksud: “dan dirikanlah solat serta keluarkanlah zakat.” Serta dalil daripada surah Ibrahim ayat 31 yang bermaksud: “hendaklah mereka mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka”. Berdasarkan dalil tersebut dapat disimpulkan bahawa mengeluarkan zakat sama ada zakat harta atau zakat fitrah adalah kewajipan yang telah ditetapkan kepada seluruh umat Islam dan kita dilarang untuk mengingkarinya apabila mencukupi syarat wajib.

 Waktu mengeluarkan zakat fitrah adalah seperti berikut:

I.    Waktu harus: iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
II.   Waktu wajib: iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
III.  Waktu afdhal: iaitu selepas solat subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum
mengerjakan solat sunat Aidil Fitri.
IV.  Waktu makruh: iaitu selepas solat sunat Aidil Fitri sehingga terbenam matahari.
V.   Waktu haram: iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Penerima Zakat

Penerima Zakat telah ditetapkan kepada 8 golongan asnaf (fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharimin, fisabilillah, ibnu sabil). Namun ulama mengutamakan penerima zakat fitrah adalah asnaf fakir, miskin, amil dan muallaf.




Hikmah mengapa Allah mensyariatkan zakat adalah supaya hamba-hambaNya dapat menyucikan harta daripada hak orang lain dan diri daripada sifat bakhil dan menjadi hambaNya yang bersyukur terhadap nikmat yang telah dikurniakan kepada mereka serta dapat berkongsi kegembiraan bersama golongan fakir miskin.
(Sumber : Website MUIP)


Bila dah ada cara mudah untuk bayar, maka kita bayar je la guna online. Tetapi kalau anda senang jumpa amil, boleh je bayar direct pada amil okay. Ini untuk mana-mana yang tak sempat. Jom tengok step-by-step bayar zakat online untuk negeri Pahang sahaja iaitu sebanyak RM7.00 seorang.

Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang


1. Masuk website https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/  dan pilih BAYARAN ZAKAT FITRAH.

Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang

2. Lengkapa maklumat yang diminta.

Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang

3. Kemudian klik pada BUTIRAN PEMBAYARAN dan akan keluar macam gambar di bawah ini dan klik simbol '+'.

Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang

4. Untuk ruangan ini anda pilih la berapa orang yang anda ingin bayarkan zakat fitrah pada tahun ini. Bila dah siap klik SIMPAN.

Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang

5. Bila dah betul jumlah bayaran klik SETERUSNYA UNTUK BAYAR.

Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang

6. Baca dulu lafaz niat bayaran Zakat Fitrah , kemudian baru klik di bahagian bawah sekali untuk pilih bank yang anda ingin . Dah siappppp. 

Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang


Mudah je kan. Tapi ada caj 50sen la untuk servis fpx tuu. 

Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang

Kalau nak resit macam resit CR di atas ni, pergi semula ke website Muip yang CR share diatas tadi dan klik bahagian RESIT ZAKAT FITRAH dan masukkan no IC dan juga no rujukan anda. Jangan salah daftar IC yer nanti tak boleh nk detect dah. huhu. 

Selamat berpuasa semuanya!!
 

Bio-Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength - Makanan tambahan wajib untuk kesihatan yang lebih baik

March 27, 2021

Bio-Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength

Bio-Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength- Makanan tambahan wajib untuk kesihatan yang lebih baik︱Assalamualaikum dan Hai. Siapa di sini wajib ada lauk ikan setiap kali anda makan?Jika tak ambil rasa macam tak lengkap pulak menu hari tu. CR gemar juga makan ikan tapi bukan lah kerap sangat, dan lebih kepada penggemar lauk berasakan ayam. 

Sebenarnya banyak sangat kebaikan mengambil ikan dalam diet pemakanan seharian kita. Ikan sangat kaya dengan asid lemak Omega-3 yang sangat penting untuk badan kita dan kita perlu makan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Tapi,mampu ke kita nak ambil secara kerap begitu? Oleh yang demikian, kita perlu ambil makanan tambahan iaitu minyak ikan untuk memastikan kesihatan badan kita dalam tahap optimum.

Kawal Kesihatan Diri dengan Pengambilan Bio-Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength

Untuk CR yang jarang makan ikan ni, memang kena cari makanan tambahan lain dan mujurlah jumpa satu makanan tambahan dari BioLife iaitu MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength. Ia merupakan minyak ikan dos berganda yang membekalkan asid lemak poli tak tepu omega-3, iaitu asid eikosapentaenoik (EPA) dan  asid dokosaheksaenoik (DHA) untuk menyokong fungsi-fungsi badan yang sihat. Asid lemak omega-3 ini telah diekstrak daripada ikan kecil laut dalam (ikan bilis) dan ditapis dengan proses penyulingan molekul taw.



Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai MaxX Fish Oil ini, jom kita baca apa lagi kebaikan mengambil minyak ikan.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Mengawal paras kolestrol
  • Meningkatkan kesihatan mata
  • Mengatasi kemurungan
  • Mengurangkan keresahan
  • Mencegah penyakit Alzheimer
  • Mengubati dan mencegah kanser
  • Mencegah penyakit kardiovaskular

Bio-Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength


Kandungan MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength.
  • Minyak ikan (dalam bentuk trigliserida)
  • Membekalkan asid lemak omega-3 1000mg 1000mg
  • Asid Eikosapentaenoik acid (EPA) 360mg 360mg
  • Asid Dokosaheksaenoik acid (DHA) 240mg

Bagaimanakah MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength dapat membantu menyokong kesihatan optimum badan kita? Untuk pengetahuan anda, EPA and DHA merupakan asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, ia perlu diperolehi daripada diet harian kita. EPA dan DHA membentuk struktur penting dalam membran sel yang membantu fungsi-fungsi badan. Setiap kapsul MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength membekalkan asid lemak poli tak tepu omega-3 berkonsentrasi tinggi, 360mg EPA dan 240mg DHA



kebaikan minyak ikan


Kebaikan lain MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength.
  • Terdiri daripada omega-3 dalam bentuk trigliserida yang senang diserap dan digunakan dalam badanDiproses dengan penyulingan molekul demi menyingkirkan hampir semua kotoran dan bahan cemar yang terdapat dalam minyak ikan.
  • Berasaskan sumber daripada ikan bilis, salah satu ikan laut yang kecil yang kaya dengan asid lemak omega-3.
  • Mengandungi 2x omega-3 EPA dan DHA

Banyak kebaikkan yang kita akan dapat jika kita amalkan makanan tambahan MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength ni. Terutamanya pada golongan yang kurang pengambilan ikan dalam harian dan juga orang yang ingin kekalkan kesihatan mereka. Tak banyak pun kita perlu makan setiap hari, cuma Ambil 1 kapsul, 2 kali sehari selepas makan atau seperti yang disyorkan oleh doktor atau ahli farmasi. Harga BioLife MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength ni pun juga sangat berpatutan. Hanya RM190 untuk tiga botol dan satu botol tu ada 100pil. Jimat sangat kan. Boleh dapatkan di farmasi seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman utama Bio-Life di https://biolife.com.my/



Lagu Loghat Pahang , Apa Kabo Oghang Bera #4

February 9, 2021

Lagu loghat negeri pahang

Lagu Loghat Pahang | Apa Kabo Oghang  Bera - Mas Sabray #4 | Assalamualaikum dan Hai. Kembali semula kita di segmen Lagu Loghat Pahang, lama sangat dah tinggal segmen lagu loghat Pahang ni. Kali ni CR nak kongsikan lagu yang berkaitan dengan daerah kelahiran CR iaitu Bera tercinta. CR memang anak jati Bera Pahang dan bila orang tanya Bera tu kat mana, dekat Tasek Bera ker? Sebenarnya Bera ni luas jugak taw yang terdiri dari kampung tradisional ,gugusan felda dan juga taman perumahan.



Sempena Bera juga dah menjadi salah satu daerah yang kembali ke zon Hijau Covid19, jadi CR nak kongsikan lagu orang Bera pulak. Tahniah orang Bera dan Lipis, dua daerah yang Zero kes. Harapnya kekal sampai bila-bila zero kes tu. Risau kadang-kadang tu. 

Tapi sebelum tu, ada tak yang tak tahu maksud "Loghat" tu apa? Loghat (loghat daerah atau dialek) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial (Wikipedia)

Pahang adalah sebuah negeri yang luas dan loghatnya bergantung pada daerah bukan pada negerinya jadi memang ada pelbagai loghat di negeri Pahang. Sesuatu perkataan mungkin berbeza sebutannya mengikut daerah masing walaupun mempunyai maksud yang sama. Sebagai contoh perkataan SAYA , di Temerloh & Bera menyebut KOI , Lipis Jerantut menyebut KAS manakala Pekan pula menggunakan perkataan KAWAN.

Antara keunikan lain loghat Pahang adalah istilah atau kelajuan pertuturan loghat Pahang itu dikatakan mengikut aliran sungai iaitu dari hulu ke hilir, pertuturan daerah terletak di hulu dikatakan lebih laju berbanding daerah di hilir.

Jadi hari ni CR nak kongsikan Lagu yang bertajuk Ape Khabor Oghang Bera nyanyian dari Mas Sabary. Jom kita dengarkan. Video lagu credit untuk Youtube.



Lirik Lagu Apa Kabo Oghang Bera

Penyanyi : Mas Sabray 
Lagu/Lirik/: Mas Sabray 
Susunan Muzik: Mas Sabray & Ridzuan Talib 


Ape kabo Oghang Bera
Moge sihat sejahtera
Apo Kabo Oghang Bera
Anok cucu sedare kita

Ape kabo Oghang Bera
Rodong kome sedare kome
Apa Kabo Oghang Bera
Moga aman bahagia

Oghang Bera hai oghang Bera
Oghang Bera baik hatinya
Oghang Bera hai oghang Bera
Oghang Bera Baik budinya

Oghang Bera hai oghang Bera
Rodong kome sedare kome
Oghang Bera hai oghang Bera
Oghang Bera di hati kome

Kenduri kendara tak pernah lupe
Bergotong royong sesama kita
Tolong-menolong amalan mulia
Amalan mulia budaya kita

Salam rindu salam bahagia
Ku kirim rindu buat orang Bera
Salam rindu salam bahagia
Buat oghang ,oghang Bera




Maksud loghat negeri Pahang : 

Kabo - Khabar
Oghang - Orang
Rodong - Kawan
Kome - Saya

Best tak lagunya? Siapa sini orang Bera yang dah lama tak balik Bera? Jom la hilangkan sedikit rasa rindu tu dengar lagu ni. :)



Cara Aktifkan Vacation Mode di Shopee.

January 8, 2021

Cara aktifkan vacation mode


Cara Aktifkan Vacation Mode di shopee | Assalamualaikum dan Hai. Ada tak pembaca blog cik renex ni seorang peniaga di Shopee? Rasanya bila kita sebut Shopee semua kenal dengan apps tu kan? Salah satu platform yang terkenal untuk kita membeli dan juga menjual. CR merupakan salah seorang peniaga di Shopee. Jika nak tengok barang apa yang CR jual boleh klik link di bawah yer. 😁


Sebagai seorang peniaga, ada masa kita perlukan cuti jugak untuk melepaskan segala penat lelah berniaga. Jadi ada waktu kita perlu tutup sekejap kedai di Shopee. Jika tak tutup, sekiranya ada tempahan masuk kita perlu siapkan dan pos dalam masa yang ditetapkan bukan? Jika lambat, nanti mula la dapat bad review dan 1 star je dari customer. Takpun pihak shopee akan cancelkan order kita sekiranya melebihi masa yang ditetapkan. 

Jadi untuk mengelakkan berlaku kejadian tersebut, kita perlu aktifkan Vacation Mode di kedai kita agar pelanggan tahu dan tidak dapat membuat tempahan. Macam kes CR sekarang ni pulak, bukan sebab CR pergi bercuti tetapi disebabkan masalah banjir. Jalan utama dah dinaiki air sungai jadi dah terputus hubungan untuk ke J&T bagi pos barang2 anda semua. 

Oleh itu, terpaksalah CR letak kedai shopee CR dalam Vacation Mode sehingga banjir surut. Doakan banjir di Bera Pahang surut dan kembali pulih. Aminnn. 

Ini kali kedua CR aktifkan Vacation Mode dan yang pertama kali masa PKP tahun lepas. Jom tengok cara bagaimana nak aktifkan Vacation Mode. 

Cara Aktifkan "Vacation Mode" di Shopee 


1. Buka aplikasi Shopee anda dan klik My Shop. Kemudian klik Seller Assistant. 


Cara Aktifkan "Vacation Mode" di Shopee

2. Pilih Shop Setting


Cara Aktifkan "Vacation Mode" di Shopee

3. Klik di bahagian Vacation Mode. 


Cara Aktifkan "Vacation Mode" di Shopee

4. Pilihlah Turn On untuk aktifkan

Cara Aktifkan "Vacation Mode" di Shopee

5. Dah Siappppp.. 

Cara Aktifkan "Vacation Mode" di Shopee

Dan ini akan muncul di Shopee anda bila customer tengok kedai anda. Jadi anda tidak perlu risau jika terlambat siapkan tempahan semasa anda bercuti. Jika anda dah kembali dari bercuti, boleh offkan semula Vacation Mode guna steps yang sama juga. 

Cara Aktifkan "Vacation Mode" di Shopee

Info tambahan untuk anda2 selepas dah aktifkan Vacation mode ni. 

Cara Aktifkan "Vacation Mode" di Shopee

Selamat mencuba!! Semoga urusan anda dan saya dipermudahkan. Aminnn. 




© Blog Cik Renex