Lirik Lagu Kau Bilang - Rubisa Tiasin

November 27, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Lirik Lagu Kau Bilang - Rubisa Tiasin  |  Sesungguhnya sejak dua menjak ni emosi tak stabil sangat. Haha. Jadinya, mood untuk blogwalking dan tingglkan jejak tak mampu berjalan seperti biasa. Siaran tergendala untuk sementara Tengah layan-layan youtube terjumpa lagu ni pulak. Jom layan lagu ni.

Nyanyian Rubisa Tiasin yang merupakan peserta Akademi Fantasia 7. Aku tak berapa ingat sangat sebab memang tak layan Akademi Fantasia tapi lagu ni best. Huhu. Jom dengar lagu ni.


Lirik Lagu Kau Bilang - Rubisa Tiasin


Tak tahu mengapa
Kau buat aku begini
Meninggalkan ku
Tanpa alasan yang kukuh

Aku bertanya apa salahku
Kau diam membisu

Kau biarkan aku sendiri
Menahan rindu yang berat di hati
Apa kau sudah tak cinta
Cepat benar kau berubah

Dulu kau bilang sayang padaku
Namun semuanya palsu
Dulu kau bilang aku segalanya
Kini ku tiada harga

Mana janjimu dulu
Mana semuanya
Mana kau yang dulu
Aku rindu padamu

Jika benar aku bersalah
Mati pun aku rela





Cara delete akaun Instagram

November 24, 2017

Assalamualaikum dan Hai

instagram

Cara delete account Instagram | Instagram adalah salah satu apps yang aku paling suka layari. Instagram juga boleh dikatakan sebagai diari bergambar online. Aku memang lagi suka instagram berbanding facebook dan twitter. 

Aku bukan nak delete akaun personal instagram tetapi untuk satu instagram private yang konon-konon di buat untuk feed puisi sahaja. Tapi tulah,tak terlayan nak update di instagram tu. Makanya aku pun try lah godek-godek setting dan jumpa la button untuk delete. Sebenarnya bukan lah delete atau padam akaun instagram tapi dengan kata lain disable atau diactivated jer. Bila terasa nak tengok instagram , rindu nak stalk boleh activekan semula akaun kita dengan login seperti biasa.

Mudah je caranya tetapii kena menggunakan laptop atau pc. Guna apps tu takde untuk setting disable nih. Eh guna handphone pun boleh, buka chrome dan request as a dekstop. Baru boleh disable akaun kita.

Cara delete akaun Instagram 

instagram
1. Buka website http://www.instagram.com/ dan log in ke akaun kita seperti biasa.


instagram
2. Tekan simbol profile yang aku bulatkan tu.


instagram
3. Kemudian  akan keluar profile Ig kita. Klik edit profile seperti dalam bulatan tu


cara delete instagram
4. Pergi kebahagian bawah sekali akan nampak perkataan ni "Temporarily disable my account". Klik disitu.




cara delete instagram
5.  Isi ruangan kenapa kita hendak tutup akaun kita dan masukkan password. Kemudian klik di no 3 . Selesai.


You can disable your account instead of deleting it. This means your account will be hidden until you reactivate it by logging back in.

You can only disable your account once a week.

Selamat mencuba yer. Harap menjadi.

**UPDATE 05.05.2020**

CR dah jumpa cara untuk Delete Permanently Account Instagram. Cara diatas untuk disable je kan, cara yang baru ni terus delete selama-lamanya. CR kongsikan di bawah ini bagaimana cara-caranya. Selamat mencuba.

Sudah Sembilan Tahun Usia Blog

November 16, 2017

Assalamualaikum dan Hai
happy birthday

Sudah Sembilan Tahun Usia Blog  Selamat Hari Ulang Tahun Diari Online Cik Renex. Dah Sembilan tahun dah usia kamu yer maksudnya dari umur 19 tahun aku mula berkecimpung dunia blog ni. Sebenarnya lupa dah birthday blog sendiri. Entri pertama yang aku publish adalah mengenai laptop aku yang rosak sebab kena virus. Update pun beberapa ayat je macam update status di Friendster dan Facebook. Tapi sekarang pun aku update sikit2 jugak ayat, tak berubah pun. *mohonberubahyeCR.  Walaupun usia blog Cik Renex dah sembilan tahun, blog ni masih dikira blog biasa2 sahaja sebab blog ini pada asalnya memang diwujudkan untuk berkongsi kisah, pengalaman dan info sahaja. 


blog cik renex


Ni entri yang aku tulis sempena usia blog sudah mencecah usia setahun. Weh, kelakar gila bila baca. Dan yang paling sendu bila ada followers 37 je, nampak sangat blog ni dari dulu sehingga kini sendu jer. Dalam entri ni juga aku ada ceritakan bagaimana mulanya aku menulis blog. 

Mula-mula blog aku ni aku beri nama Jom Baca Apa yang Aku merepek Nih. Kenapa merepek? Sebab semua cerita merepek2 je. Awal-awal blog ni memang aku ceritakan mengenai life aku di Utm Skudai sepanjang tempoh forecast dan degree disana. Cerita pergi dinner akhir tahun kolej, program tahunan kolej, jalan-jalan Taman U skudai , pergi JB dan masalah konflik jiwa remaja. Jadi memang kerap jugak lah aku update dan masa tu nuffnang pun rajin menempek di blog cik renex ni.

Bila ada masa free,aku rajin baca entri lama sebab mengenang zaman dulukala. Tapi, banyak yang aku dah draftkan sebab segan nak baca. Banyak sangat konflik cinta remaja dalam ni. Haha. 

Dalam tahun 2009 2010 tu , para blogger tengah rancak membuat giveaway dan jugak beri award untuk blog yang kita ingin berikan. Seronok sangat dan zaman sekarang dah takde sangat award2 bagai ni. Tetapi giveaway dan contest masih diteruskan.

Antara rakan blogger yang aku kenal dari awal2 berblog adalah Suesue, Sis Zie, Sis Intan. Sue dah tutup blog dia dan dia adalah blogger yang rajin bagi award dan tag entri kat aku. Sis Zie masih aktif berblog dan aku dulu selalu guna tutorial dari blog beliau.  Sis intan pun sama rajin share tutorial dan blog dia sekarang dah tukar ke blog untuk bisnes. 

IQ, kita kenal dari blog since bila? Lupaaaa. huhu. IQ juga antara rakan blogger yang rapat dengan reen dari dulu lagi tapi tak berpeluang nak jumpa. harap ada rezeki kita berjumpa.


Dan sekarang, dengan follower seramai 637 orang ni, diharapkan perkenalan kita sebagai rakan blogger akan berkekalan selamanya. 


*segandenganbloggerotaikitabloggersenduje

Cantiknya Masjid Kristal Kuala Terengganu

November 11, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Cantiknya Masjid Kristal Kuala Terengganu | Masjid Kristal adalah salah satu tempat tarikan pelancong ke Kuala Terengganu yang wajib dilawati. Masjid Kristal ini terletak di Pulau Wan Man dan berhampiran dengan Taman Tamadun Islam. Untuk masuk ke Taman Tamadun Islam perlukan bayaran tiket masuk, tapi untuk ke Masjid Kristal ini, adalah percuma sahaja. Dan kita patut tak lepaskan peluang untuk bersolat disini. 


Tahun lepas Cik Renex pernah ke Masjid Kristal bersama dengan kawan baik Cik Renex iaitu Intan dan Ecah. Baca entri ini  http://renex89.blogspot.my/2016/05/cr-ke-masjid-kristal-kuala-terengganu.html . 


Cantik bukan? Senibina dan rekabentuk Masjid Kristal ini sangat-sangat cantik dan unik. Ia dibina daripada kaca, kristal dan keluli. Ianya di bina diatas pelantar besar di muara Sungai Kuala Terengganu. Apabila air pasang, masjid ini seolah-olah kelihatan terapung. :)



Tahun ni pula CR pergi bersama family cr pula. Tapi kali ni kami pergi masa malam pula. Masa malam pun ramai juga orang sebab masing-masing taknak terlepas peluang solat di masjid ini.




Tambah lagi menarik, bila malam rupa-rupanya ada pancaran lampu yang berwarna-warni yang menjadikan pemandangan di Masjid Kristal makin cantik dan indah. Teruja masing-masing.



Sebelum balik ke Homestay, kami ambil gambar di depan Masjid Kristal sebagai tanda kenangan. Jadi mana-mana yang tak pernah melawat kesini, boleh la datang nanti.





Pasar Payang Kuala Terengganu

November 7, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Pasar Payang Kuala Terengganu | Pada hujung bulan september baru ni Cik Renex sekeluarga telah ke Kuala Terengganu sempena cuti saja-saja. Kami menginap di Falah Guest House yang sangat strategik tempatnya sebab berdekatan dengan tempat-tempat yang kami ingin lawati. Mana yang belum baca entri mengenai homestay kami duduki tu boleh klik sini

Hari pertama kami telah ke Pantai Batu Buruk dan Tasik Kenyir kan. Jadi kemana destinasi seterusnya? Bila dah jejak ke tanah Kuala Terengganu orang kata tak sah kalau tak ke Pasar Payang kan? Masa kali pertama CR ke KT tak sempat singgah Kuala Terengganu, jadinya kali ni memang kena pergi. Dekat je dari homestay CR ke Pasar Payang ni , setkan di Maps maka nanti sampai lah kita. 
Kuala terengganu
Cantik dah cat baru

Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu. 
  Sumber 


Kami pergi pada hari Jumaat lepas sembahyang Jumaat. Mula risau juga buka ke tak hari Jumaat rupanya buka cuma tak banyak kedai buka. Sebabnya bila CR pergi keesokkan harinya banyak pula kedai yang buka. Orang pun ramai, bersesak-sesak di bahagian tingkat satu. Berbeza bila pergi hari Jumaat tu, orang lengang sedikit.

kuala terengganu

Pasar Payang mempunyai dua aras sahaja. Aras bawah adalah tempat jualnya perkakas dapur seperti periuk, kuali dan sebagainya. Aras bawah ni juga tempat orang menjual makanan-makan tradisional Terengganu, keropok keping , keropok lekor, dodol dan pelbagai lagi. Yang paling CR terkejut ada orang menjual telur penyu dan itu adalah kali pertama CR tengok telur penyu. Mohon kesian sbb CR jakun first time tengok. CR dan akak beli kain pasang yang bercorak batik manakala ma pula beli kain batik. Murah-murah kain batik disini.

CR dan akak siap ambil  no telefon orang kedai yang menjual kain pasang sebab murah sangat. RM50 sehelai , kalau kat tempat  CR tak dapat dah harga tu. Kalau ada kawan-kawan blogger yang ke sana, CR nak kirim ye. hehe


kuala terengganu

Untuk bahagian atas pula adalah tempat menjual kain sutera, kain batik, baju batik, kain songket, tudung dan pelbagai lagi lah. Kain sutera yang dijual memang sangat cantik dan harga pun kita kena pandai tawar menawar. Di bahagian atas juga ada menjual barangan kraftangan , tembaga dan juga makanan seperti kacang ,asam pelbagai jenis dan rasa dan lain-lain lagi. Adik CR beli patung penyu untuk dijadikan kenangan.

kuala terengganu
Tertarik dengan lukisan di dinding salah satu kedai di Pasar Payang ni. Comel dah macam sailormoon , kartun superhero masa zaman kanak-kanak.


Jadi, mana-mana yang berkesempatan ke Terengganu boleh la singgah ke Pasar Payang yer. Next entri CR akan sambung pula ke destinasi lain yang menarik di Kuala Terengganu.

Akhirnya barang Chilindo sampai

November 6, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Akhirnya barang Chilindo sampai | Ada yang masih belum kenal apa itu Chilindo tak? Rasanya rata-rata semua dah kenal dan tahu kewujudan website Chilindo ni. Satu website yang membolehkan kita membuat bidaan serendah RM0.01. Terpulanglah kepada kita nak letak harga bidaan berapa yang penting lebih tinggi dari yang pembida yang lain.  

Penghantaran barang-barang anda akan dimulakan sebaik sahaja kita telah membuat pembayaran samada bayar secara online banking atau pun semasa barang dah sampai baru kita bayar. Jangkaan masa untuk penghantaran adalah 15-20 hari bekerja. Selepas Chilindo telah menghantar pesanan kita, kita akan menerima nombor pengesanan melalui e-mel, jadi kita boleh mengikuti perkembangan penghantaran tersebut.

Tapi entahlah, mungkin nasib Cik Renex tak begitu baik, lambat jugak lah dapat barang hasil bidaan ni. Lebih kurang tiga bulan sebenarnya. Terima kasih pada customer service yang sudi menjawab pertanyaan CR di emel, facebook dan juga Instagram. Terpaksa 'push' macam tu sebab nak hak kita sebagai pengguna. :) 

Nak tengok barang yang berjaya di bida oleh CR? Jom sambung baca di bawah.

BARANG BIDAAN CHILINDO MALAYSIA


chilindo

Tiga barang yang berjaya di bida oleh Cik Renex. Sepatutnya ada empat barang tetapi Mp3 tiada stok. Tapi okaylah dia dah refund duit kita. 

CHILINDO MALAYSIA

Red Backpack atau beg galas. Nasib warna merah ada stok kalau tak keciwa jugak. Merah kan memang warna kegemaran CR. Suka sangat dengan beg ni sebab design beg ni ala-ala Kanken Bag. Nak beli yang tu tak dapat lagi kan, beli je la design macam ni dulu. Beg ini sangat besar dalam dia, macam-macam boleh letak. Sesuai untuk travel letak baju, seluar, shawl dan macam-macam lagi lah. Memang berpuas hati. 

CHILINDO MALAYSIA

Jam tangan ini pula CR bida untuk dihadiahkan pada adik CR. Dia memang suka warna ungu, jadi memang rezeki dia lah untuk dapat jam ni. Sampai dalam keadaan baik dan sehingga sekarang masih boleh digunakan lagi.

CHILINDO MALAYSIA

Pisau ni pula untuk Mak CR. Mula ingatkan ada banyak mata pisau tu rupanya satu je. Tapi oklah, sangat membantu semasa masak. Kerja memotong bawang menjadi mudah gituu. Potong epal pun senang. 



Jadi, siapa yang nak mencuba boleh lah cuba daftar di http://www.chilindo.com/my/ dan terus membuat bidaan. :)

5 kelebihan berdoa

November 4, 2017

Assalamualaikum dan Hai

[sumber]

5 kelebihan berdoa : Dalam kehidupan harian kita pasti tidak akan pernah lari dari masalah dan rintangan. Ini semua adalah cabaran hidup kita dan cabaran ini akan mengajar kita erti kehidupan dan juga menguji kekuatan iman seseorang itu terhadap Allah swt. Cabaran itu kadang menjadikan kita lemah, hilang keceriaan hidup dan mudah berputus asa.


     style="display:block"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9748974771">



Dalam menghadapi cabaran hidup,selain kita memerlukan kekuatan fizikal kita juga memerlukan spiritual yang lebih kuat untuk menjadikan jiwa kita tabah , lebih bersemangat dan tidak mudah mengalah dengan segala cabaran dan rintangan. Salah satu caranya adalah dengan berdoa kerana doa adalah senjata bagi orang beriman. Banyak kelebihan berdoa antaranya adalah:

KELEBIHAN BERDOA


1. Dapat memberi ketenangan kepada seseorangg yang menghadapi masalah kerana segala kekusutan dan kepayahan yang ditempuhinya boleh disuarakan secara langsung kepada Allah swt. Doa akan lebih berkesan sekiranya dilakukan pada tengah malam yang sunyi atau ketika orang lain sedang nyenyak tidur, lebih-lebih lagi pada waktu malam Jumaat. Pada waktu malam yang bening itu, kita dapat menghayati suara hati sendiri serta menyusun keinsafan dan rasa rendah diri kepada yang Maha Esa.

2. Doa yang diucapkan dengan penuh khusyuk dan pasrah sepenuhnya kepada Allah inshaAllah akan dimakbulkan sebagaimana firman Allah swt : “Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu. (Surah al-mukmin 40:60)

3. Orang yang tidak mahu berdoa kepada Allah memiliki ciri-ciri seorang yang sombong dan akan dimasukkan ke dalam neraka sebagaimana firman Allah swt. “Sesungguhnya orang-orang yang sombong(takbur) daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina (Surah al-mukmin 40:60)

4. Amalan berdoa sewaktu mengalami kesusahan merupakan amalan yang diajar oleh Rasulullah saw : sebuah hadis yang diriwayatkan kepada Ibn’ Abbas berkata “Adalah nabi apabila menghadapi kesusahan akan berkata ‘Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, Tiada Tuhan melainkan Allah TUhan semesta alam dan Tuhan Arasy yang tinggi’.

5. Berdoa dapat menginsafkan diri betapa kerdilnya diri kita di hadapan Allah swt.

Nur :2009


Banyak kelebihan kita menadah tangan berdoa kepada Allah. Kita sebagai hambaNya perlu sedar yang kita tidak akan Berjaya menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran hidup jika kita tidak mendapat pertolongan dari Allah swt. Diingatkan supaya janganlah kita menjadi sombong sehingga payah nak berdoa memohon kepada yang Maha Esa.

Perlu diingatkan juga, sentiasalah berdoa kepada Allah dalam keadaan apa sekalipun samaada ketika susah mahupun senang. Jangan jadi jadi orang yang ingat Allah ketika susah dan melupakanNya ketika senang. Yakinlah hanya pada Dia tempat terbaik untuk kita mengadu dan memohon pertolongan.



© Blog Cik Renex