printcious
Showing posts with label printcious. Show all posts

Photo Canvas & Ceramic Tiles dari Printcious da sampai.

August 6, 2018

Assalamualaikum dan Hai.  Hari ni Cik Renex nak kongsikan mengenai hasil tangkapan CR di Printcious. Haish, dah lama sebenarnya tapi baru sempat nak update di blog. Kalau ada yang masih ingat, CR pernah update di blog mengenai printcious iaitu di link bawah ni. Mana yang tak sempat baca boleh baca . Thanks.


Dah alang-alang cerita mengenai printcious, CR terus la rembat dua barang dari Printcious iaitu Photo Canvas dan Ceramic Tiles. Lama juga sebenarnya nak pilih nak beli yang mana dalam Printcious tu, sebab semua rasa nak beli. Nak tengok hasilnya, sambung baca di bawah.

1. Photo Canvas


printcious

Canvas yang CR design sendiri di website Printcious. Senang je terus upload gambar , bayar dan tak lama tu terus tunggu posmen hantar di rumah. :) Tak lama pun tunggu sebab CR hantar order 2/7/2018 , dan sampai di tangan CR pada 7/7/2018. Lebih kurang Lima hari sahaja nak tunggu. Pantas printcious siapkan tempahan. :)

photo canvas

  • High Color Accuracy
  • String Hanger
  • High Density Wooden Frame

Size canvas yang CR pilih adalah size 30cm x 30cm. Size standard canvas.

printcious

Yeay, dah bertambah koleksi photo canvas raya family CR. 


2. Ceramic Tilesprintcious

Ceramic tiles atau nama melayunya Jubin Seramik yang di print dengan gambar yang kita design. CR pilih size 11cmx11cm dan sizenya takde la kecil mana. Just nice. CR letak gambar raya juga sebab mood raya lagi kan. Senang je nak guna website printcious ni, dia akan tunjuk step by step dan kita hanya perlu ikot je step yang di berikan. MUDAH sangat.

Printcious is also available in Singapore, Australia, Hong Kong, Canada, Philippines & Taiwan

Untuk lebih lanjut boleh ke website printcious yer.

Printcious



Idea untuk hadiah hari jadi

July 2, 2018


Assalamualaikum dan Hai. Pada kali ini Cik Renex ingin berkongsi kepada anda semua dengan satu laman web untuk memudahkan anda membeli hadiah pada yang tersayang. Kadang tu ada masa kita akan blank nak hadiahkan apa pada hari istimewa yang tersayang. 

Jangan risau, kita hanya perlu ke website Printcious dan terus pilih sahaja hadiah apa yang kita mahu. Printcious dilengkapo dengan pelbagai jenis hadiah yang luar biasa dan pastinya mereka akan terpaku kerana hadiah yang menarik ni.

 
Jom kita tengok apa birthday gift ideas dan best friend gift ideas yang sesuai untuk kita hadiahkan.

Idea Untuk Hadiah Hari Jadi






Antara hadiah yang paling menarik untuk kita tempeh di Printcious adalah Mug yang kita boleh design letak gambar atau ucapan. Bukankah ianya Nampak lain dari yang lain? Setiap kali orang tersayang kita menggunakan mug ni pastinya mereka akan ingat kita. Jika taknak letak gambar kita boleh tulis mesej yang bermakna pada mug tersebut. 




Selain daripada mug bewarna ni, Printcious juga menawarkan Magic Mug. Kenapa panggil magic mug? Sebab bila kita letak air panas sahaja baru gambar atau tulisan pada mug tersebut akan muncul. Menarik bukan?




Selain daripada itu, kita juga boleh dapatkan bantal untuk anak-anak anda pada hari istimewa mereka dan untuk menambah keseronokan dan merasai ke hari mereka, anda boleh memperibadikan kusyen yang selesa ini dengan gambar-gambar yang menarik dan mengejutkan mereka seperti tidak pernah sebelum ini. Jangan risau dengan design, kalau takde idea boleh je guna design yang dah ada, Cuma tukar gambar atau ucapan sahaja.




Yang ni CR rasa jarang orang hadiahkan iaitu Jubin Seramik (Tiles). Kita boleh letak gambar kegemaran dan ucapan hari jadi pada mereka.



Kanvas ni CR rasa kalau CR dapat pun seronok sebab cantik kan. Zaman sekarang memang orang lagi suka print kanvas dari print biasa dan framekan kayu.



Sekiranya orang tersayang anda bekerja banyak menggunakan desktop dan laptop, CR rasa anda patut beli mouse pad ni. Jadi, setiap masa dia akan ingat kita walaupun di tempat kerja. Nak lagi best, letak gambar anda dengan caption “You are Mine!” baru takde orang mengorat nanti. Hehehe. Kalau nak hadiahkan pada bos pun okay juga ni.



 Sekiranya orang tersebut minat memasak, boleh dapatkan apron ni. Pilih je design yang ada sekiranya tak tahu nak letak ape. heee. Mesti mereka lagi bersemangat nak memasak selapas memakai apron istimewa ni.


Tshirt mungkin nampak biasa je bagi sesetengah orang. Tapi bila kita design sendiri dengan usaha kita , tshirt  tersebut akan nampak lebih istimewa dan lain daripada lain. 

Idea seterusnya adalah puzzle. Hadiah ini sesuai untuk diberikan pada mereka yang sukakan cabaran. pastikan bagi pada mereka yang dah terlerai puzzle. Biar mereka yang mencantumkan sendiri. Baru teruja sikit nak tahu gambar apa atas puzzle tu kan.


Okay, itu sahaja idea untuk dijadikan hadiah sempena hari jadi orang tersayang. Pastikan anda membeli di laman web Printcious yer. 

Don’t miss to click here too Button Badges MalaysiaBulk Order Color MugBulk Order Magic MugBulk Order LanyardBulk Order Mousepad
We also welcomed any sponsorship to get sponsor for their event. Don’t miss out to grab this big opportunity by click here Sponsorship for Event “
If you are looking for best bulk order for mug, don’t forget to contact them.
Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, party photo booth is your best entertainment.”


Printcious


Idea hadiah untuk hari pertunangan sahabat

November 30, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Idea hadiah untuk hari pertunangan sahabat Cuti sekolah telah bermula, pastinya hujung minggu kita akan dipenuhi dengan jemputan kenduri sama ada sempena hari pertunangan atau perkahwinan. Sememangnya cuti sekolah akan menjadi pilihan untuk membuat majlis keraian kerana pada ketika itu sanak saudara mempunyai masa terluang sikit berbanding hari biasa.

Hujung tahun ni juga aku juga menerima beberapa jemputan kenduri dan ada salah seorang sahabat aku akan bertunang. Jadi, dalam fikiran aku nak hadiahkan apa ye sempena hari bahagia sahabat aku ni? Eh ingat kahwin je ke boleh bawa hadiah, masa tunang pun boleh jugak. Mesti sahabat kita akan teruja dengan hadiah yang kita bagi selain dari doa.

Jadi aku mencari-cari juga idea hadiah apa yang nak hadiahkan pada sahabat aku yang sorang tu. Aku teringat mengenai satu website ni iaitu Printcious yang memudahkan kita untuk mereka hadiah khas dan boleh customize sendiri design apa yang kita nak.

printcious
https://www.printcious.com/my ]


Mana-mana yang belum tahu apa itu Printcious meh sini aku nak kongsikan sedikit. Ianya satu website yang membolehkan kita mereka pelbagai hadiah untuk dijadikan hadiah mahupun untuk kegunaan diri sendiri. Pelbagai barang yang kita boleh buat seperti contoh di gambar atas. Antaranya adalah Grafik Tshirt,  Mug, Magic Mug, Bantal , Casing handphone, puzzle gambar, keychain, kanvas, tote bag dan pelbagai lagi.

printcious


Printcious juga telah memudahkan kerja kita dengan memberi contoh design untuk setiap majlis keraian sebagai contoh majlis hari jadi, perkahwinan , pertunangan, hari kekasih, Hari Ibu, Hari bapa dan sebagainya.

printcious
https://www.printcious.com/my/gifts/occasions/engagement

Jadinya, aku ingin mencari hadiah sempena pertunangan sahabat, jadi aku hanya tinggal klik bahagian engagement occasion. Klik Gift-Occasion- Engagement. Bila kik engagement (pertunangan) , akan keluar idea untuk contoh hadiah yang paling terbaik untuk kita hadiahkan pada sahabat kita.

CONTOH HADIAH DARI PRINTCIOUS UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN

1. PUZZLES/CANVAS/BANTAL

printcious

2. TSHIRT (GRAPHIC TEE)

printcious

3. MUGS

printcious
Untuk setiap barangan tu kita boleh customize design apa yang kita nak.  Aku ingin hadiahkan puzzle kepada sahabat baik aku tu. Nampak lain dari yang lain sikit , hehe. Bosan-bosan boleh leraikan puzzle tu dan cantum semula.  

Langkah pertama adalah kita klik size yang kita nak tempah untuk puzzle kita tu samada size A5 ke A4 ke. Dan kemudian kita akan klik "Start Designinng". 


Akan keluar macam ni, jadi kita hanya perlu tambah gambar dan ayat-ayat yang kita nak letak diatas puzzle tu. Aku akan letak gambar kawan aku dan tunang dia, baru lah cantik puzzle tu nanti. Kalau bosan-bosan tengah dating boleh la mereka main puzzle tu.


Mudahkan? Jadi,kalau nak tempah boleh ke website Printcious. Selamat mereka hadiah yang cantik2.

“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”


Selain itu juga, anda boleh hadiahkan bantal customade dari bycikrenex. Jika berminat boleh whatsapp 0177944891.






Bantal design sendiri dari Printcious!

September 26, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

Bantal


Bantal design sendiri dari Printcious! | Siapa yang belum kenal dengan website printing Printcious? Serius rugi. Sebab dengan website ni, macam-macam kita boleh tempah dengan design kita sendiri pulak tu. Tak tahu jugak? Takpe boleh baca disini  CIPTA HADIAH DARI HATI DENGAN PRINTCIOUS sebab dalam entri ni Cik Renex ada bercerita tentang step by step untuk menempah setiap barangan dalam printcious tu. Senang sangat caranya.

Jadi dalam banyak2 barang dalam tu CR telah tempah throwpillow dari printcious. Kenapa throwpillow? Sebab bantal ni kita boleb print depan belakang bantal. CR tak berapa nak kreatif sangat maka gunakan design yang sedia ada je. Design yang sedia ada ni pun cantik2 taw, sehinggakan CR pun tak tahu nak guna design mana. Hehe. Nak tengok bantal yang CR design??
.
.
.
.
.
.


Pillow
Best dipeluk!
Taraaaa. Cantik ke tidak? Teruja gila masa dapat bantal ni taw.  Mula2 sampai tu ma ingatkan CR order fiber tapi kenapa sikit lak,selalu berkilo2. Hehe. Rupanya bantal dalam tu, dah lah cantik pulak tuuuuu. *pujidesignsendiri .haha  .


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">




Bantal ni size 42cm×42cm. Sangat besar dan sesuai untuk dipeluk semasa tidur dan juga di jadikan hiasan di sofa atau diletakkan dalam kereta. Hasil printing dia sangat memuaskan hati. Warna sama dengan apa yang kita edit dan kualiti sarung bantal dia sangat bagus iaitu jenis polyester.  Sarung bantal ini disekalikan dengan zip,jadi bila dah lama sangat sarung ni,boleh la kita basuh nanti.
Throwpillow
Bahagian depan
Throwpillow
Bahagian belakang


Untuk bahagian depan bantal, CR letak gambar CR sendiri tapi yang tak nampak muka dan pilih gambar ni sebab suka dengan view gambar tu. Yang ni,CR tak edit sangat ,cuma letak Gambar je dalam ruangan bulat tu. Untuk bahagian belakang pula, CR sengaja selitkan quote ni sebab sukaaa sangat2 quote ni. Sangat berkait dengan life kita. Untuk bahagian ni, CR edit tulisan dan warna untuk quote dan tambah sedikit bunga dia bahagian bawah bagi menambahkan seri bantal. Senang je nak edit. Ikut je step yang ditunjukkan.



Bila dah confirm dengan design bantal kita,bolehlah kita terus proceed ke step seterusnya untuk check outkan barang kita ni. Prosesnya sangat mudah dan bila dah siap bayar,tunggu lebih kurang 5 ke 10 hari barang tempahan kita akan sampai ke depan pintu rumah kita. Pihak printcious akan emel kepada kita untuk maklumkan order kita diterima dan akan diproses. Bila dah siap dan pos,pihak printcious akan maklum kepada kita semula. Sememangnya,printcious memang tidak mengecewakan kita. InshaAllah. Sebab CR sangat berpuas hati dengan bantal yang CR dapat ni. 


Jadi, mana-mana yang teringin nak jugak ada bantal macam ni boleh terus ke website printcious seperti di bawah ini. Kalau tak nak tempah bantal,boleh tempah mug,tshirt, gambar, gambar dalam puzzle,keychain dan macam-macam lagi lag. Selamat mereka hadiah. 😊


Website

https://www.printcious.com/

Facebook

https://www.facebook.com/printcious

Instagram

https://www.instagram.com/printcious


Printcious.com - "Precious Gift From Your Heart"



Cipta hadiah dari Hati dengan Printcious

August 10, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Hadiah dari Hati dengan Printcious | Pernah dengar tak website Printcious. Sejujurnya Cik Renex baru tahu website ni.Kuno lak rasa. Nasib la ada Umi Fuzy yang share mengenai website ni. Ruginya lambat tahu mengenai Printcious ni. Nak tahu kenapa rugi? Kejap lagi CR akan kupaskan satu persatu. Hiks.



APA TU PRINTCIOUS?

"Printcious is a play on word “Printing” and “Precious” which is where our catch phrase “Print Your Precious Gifts”. We hope that our customers are happy no matter they are giving our customised gifts to someone or receiving customised gifts from someone, as we always believe that "Giving with Art is Giving with Heart”!" -  source

Website Printcious ni adalah satu medium yang membolehkan kita menggunakan kreativiti kita sendiri dalam mereka sendiri rupa hadiah kita tu. Samada nak letak gambar yang bermakna atau pun kata-kata yang memberi semangat pada penerima. Jadi ini adalah masanya untuk anda menunjukkan bakat dan kreativi yang lama tersimpan dalam diri tu. Eh,tapi jangan risau,kalau anda rasa anda tiada masa untuk design sendiri, boleh je terus pilih dari template yang memang dah ada dalam web tu. Pilih je design mana yang berkenan.Jadi jangan pulak cakap "Sy tak kreatif tak boleh lah tempah".Kreatif atau tak yang penting bila kita design dari hati ,orang yang menerima hadiah kita tu pasti gembira.

Produk-produk dari Printcious?


Banyak sangat yang boleh kita tempah dari website ni. Antaranya adalah Tshirt, Mugs, bantal cushion, beg, Kanvas, Gambar berbentuk puzzle dan macam-macam lagi lagi. Anda pasti rambang mata kalau tengok katalog tu. Rasa macam semua nak beli. Cara nak tempah pun mudah je.

Cara untuk menempah Printcious



Dalam banyak-banyak barang dalam tu, CR paling berkenan nak beli bantal cushion. Size bantal tu jugak agak besar sebab 40cmx40cm. Memang best sangat di peluk masa nak taip entri kat blog masa guna netbook kan. Bantal ni jugak kita boleh letak gambar atau pun letak ayat motivasi sikit. Meh CR kongsikan cara nak buat tempahan okay



Plump and fluffy, this Square Cushion makes a perfect companion when lounging on a sofa. Be comforted by its silky smooth cover, perfect for any man, woman or child.Explore the complete range of customisable collection by adding text or photos of your choice

  • Comes with a hidden zipper enclosure.
  • High durability machine washable cover and inner micro fiber cushion included. 
  • Printing Method: Sublimation
  • Printing area: 20cm x 20cm printable area in the middle of one side of the cover
  • Cover Material: 100% Polyester
  • Dimensions : 40cm x 40cm.
  • Weight: Approximately 350g



Jom tengok step by step cara nak tempah dengan printcious. Mari mulakan.


1. Pilih nak beli yang mana satu. CR pilih Cushion dan ambil yang motivational quotes. Klik Je situ.
2. Kalau nak edit2 boleh tekan kotak biru tu yang ada tertulis "Customize It". Kalau tak nak boleh terus klik Add to Cart.




3. Masa step ni, sebelum Klik Check out, kalau ada voucher ke boleh gunakan kat step ni. Secara automatik harga akan didiskaun mengikut voucher kita tu. Kemudian baru klik Check Out.
4. Step seterusnya kena isi details alamat untuk pos barang tu- pilih cara penghantaran-cara bayaran-dan akhir sekali review order. Akhir sekali klik Confirm Order. (takdegambarnaktunjuk)


Setel. Mudah je kan cara nya.tunggu dalam 3 hingga ke 6 hari untuk proses penghantaran ke rumah kita.  Kos penghantaran adalah percuma jika kita membeli melebih RM70. Dan sekarang tengah ada promo diskaun sehingga 30% sempena YOUTH DAY.  Promosi ni berakhir pada 12 Ogos 2017 ni. Jadi,cepat2 lah order yer.

Untuk details, boleh klik link di bawah

© Blog Cik Renex