blogger
Showing posts with label blogger. Show all posts

Pertemuan dengan Blogger Hebat Izyan Balqis

November 22, 2019

Pertemuan dengan Blogger Hebat Izyan BalqisAssalamualaikum dan Hai. Tengah makan tengah hari ker tu? Seronoknya jadi anak-anak yang bersekolah sebab cuti persekolahan mereka telah pun bermula pada hari ini. Untung juga pada guru-guru sebab dapat turut cuti sekali, tapi bukan semua lah kan sebab ada jugak cikgu yang terlibat dengan kelas tambahan untuk pelajar SPM. CR masih juga bekerja seperti biasa walaupun CR kerja di sekolah. Sunyi lah sekolah nanti tetapi seronok jugak diaorang ni cuti amannn je sekolah . HAHA.

Macam dah lari point utama entri ni lah pulak. 😜 


Sebenarnya entri kali ini CR nak berkongsi kisah pertemuan CR dengan seorang blogger hebat dan otai ni iaitu Blogger Izyan Balqis atau nama penanya IQ. CR kenal blogger IQ ni pun secara kebetulan dan ada kisah disebaliknya tetapi tak perlu la cerita disini kan. hehe .  IQ pun ex UTM juga cuma tak bertemu je masa tu sebab CR dah habis study. Hampir 9 tahun dah kami kenal di alam maya dan dunia blog ini tetapi tahun ni baru jumpa.

Banyak kali juga plan nak jumpa, tetapi tak menjadi dan tiada rezeki. Ada masa dia datang temerloh Pahang, CR pulak takde. Merancang nak ke kenduri kahwin dia, tapi ada juga kekangan yang menghalang untuk berjumpa. Sedih rasa. 


Dan nak dijadikan cerita, pada 3.10.2019 yang lalu, kami akhirnya dapat berjumpa. Itupun kebetulan IQ ada kerja di Bera dan dekat dengan tempat kerja CR makanya kami pun plan nak jumpa. Selalunya yang last-minute-plan tu memang akan menjadi. 

Abis je kerja ,kami pun berjanji jumpa di McDonalds. Alhamdulillah dapat juga jumpa mak buyung ni, tapi sekejap je lepak sebab IQ kena balik awal ada urusan lain. Yang penting dapat jumpa kan. 

"Seronok dapat jumpa IQ, nanti inshaAllah kita plan hari lain pulak. Reen doakan segala urusan IQ dipermudahkan. Kirim salam pada Qa'id yang comel tuuuuu. Semoga kita dapat berjumpa lagi dan terus berkawan sampai bila-bila."



IQ

Ni link blog IQ. Jemput follow https://www.izyanbalqis.com/

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

April 15, 2018

Ancasa Royale, Pekan

Sedar tak sedar, lebih kurang 30 hari lagi bulan yang kita nanti iaitu Bulan Ramadan akan menjelma. Memang menjadi kebiasaan apabila menjelang bulan Ramadan, setiap hotel-hotel akan memperkenalkan menu ramadan yang terbaik dan istimewa sepanjang bulan Ramadan untuk para pelanggan mereka. Begitu juga dengan AnCasa Royale, Pekan Pahang yang tidak akan melepaskan peluang untuk memperkenalkan menu terbaik mereka. Pada tahun ini AnCasa Royale , Pekan telah memilih tema 'Kampung Boy' bertepatan dengan kempen 'Stay, Dine & Win' yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018 di mana tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018.

Pada tahun lepas, AnCasa Royale, Pekan tetap mengekalkan konsep masakan yang bercita rasa kampung di dalam buffet Ramadan tahun ni seperti mana tahun lepas. Ini kerana citaras kampung mendapat sambutan dan respons yang menggalakkan dari pelanggan hotel.

Sempena tema 'Kampung Boy', gabungan idea chef-chef dari AnCasa Royale, Pekan yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu khususnya masakan tradisional negeri Pahang yang bakal menampilkan kelainan dalam setiap resepi dan menu yang akan disajikan pada tahun ini.

Lebih dari 120 menu sajian masakan Melayu yang akan diperkenalkan. Antara sajian yang akan diperkenalkan adalah 'Seafood Kandar' ala AnCasa Royale, Ikan Patin masak Tempoyak, Gulai Kawah, Daging Opor Pahang, Kambing Golek Chef Pak Tam, satay, pelbagai jenis kerabu, Daging Salai Masak Lemak, Ayam Panggang Madu, Ikan Bawal Berlada, Lala Masak daun Selasih, Sambal tumis ikan bilis, Kailan goreng ikan masin dan pelbagai lagi. Jom kita tengok satu persatu  yang sempat CR ambil gambar.



Ancasa Royale, Pekan


Ancasa Royale, Pekan 
 Ancasa Royale, Pekan

Ancasa Royale, Pekan

Ancasa Royale, Pekan

 Ancasa Royale, Pekan

Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan
Ikan patin tempoyak!

Buffet Ramadhan
Kambing golek adalah salah satu kegemaran CR juga. Alhamdulillah dapat merasa kambing golek ni hari tu sebab memang ianya menjadi pilihan tetamu yang datang.


Nasi kandar
Kalau nak fefeling duk di utara boleh pilih nasi kandar. :)

Ancasa Royale, Pekan
Sedap sangatttttt. Lagi lagi tang petai tu dan sambal tempoyak.

Mee
Kalau dah bosan untuk makan nasi, kita boleh berbuka puasa dengan mee pulak :)



Selain itu, AnCasa Royale, Pekan turut menyajikan pelbagai aneka kuih muih tradisional seperti Sagu Gula Melaka, Kuih Bakar, Kuih Talam, Puding Raja, Lepat Pisang dan Bingka Ubi. Selalu masa berbuka puasa memang CR akan cari kuih sagu gula melaka dan ianya memang menjadi kuih kegemaran CR

Buffet Ramadhan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan


Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan


AnCasa Royale Pekan juga turut menyajikan gerai murtabak, roti canai, pisang goreng, cucur serta 'churros' dan juga pelbagai manisan seperti ais kacang, aneka bubur serta puding. CR memang serang port bahagian manisan dulu lagi-lagi bahagian kek, semua rasa nak rasa tetapi apakan daya perut ni tak mampu nak makan semua banyak2. 

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan



Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan


Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Pencuci mulut yang sangat sedap iaitu buah-buahan tempatan seperti buah mata kucing, buah naga, pisang dan pelbagai lagi untuk dinikmati.

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Sambil kita menikmati hidangan yang sedap , kita akan ditemani dengan nyanyian dari mereka yang sangat sedap suaranya. 

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan

Jangan risau dengan harga pakej buffet ramadan kerana pihak AnCasa Royale, Pekan menawarkan harga yang berpatutan untuk semua pelanggan mereka. Harga yang ditawarkan adalah RM68 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak dengan harga RM40. Tetapi jika anda membeli baucar sebelum 12 Mei 2018, anda akan dapat harga yang murah iaitu RM58. Jadi moh la kita dapatkan baucar tu lebih awal, lebih murah dan jimat kan.
Untuk maklumat lanjut ataupun ingin membuat tempahan boleh layari laman sesawang mereka di www.ancasahotels.com atau hubungi 03 2026 6060 untuk mendapatkan harga yang berbaloi.

AnCasa Royale Pekan Pahang

No 2670, Jalan Pekan - Kuantan. Pahang, Pekan, 26600, Malaysia

Buffet Ramadhan Bertemakan Kampung Boy di Ancasa Royale, Pekan
Kami yang seronok dapat menikmati hidangan buffet ramadan dari Ancasa Royale Pekan. 

Hello Blogger Pantai Timur

September 13, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

blogger

Hello Blogger Pantai Timur | Sebenarnya lama dah Cik Renex mencari group blogger Pantai Timur ni. Sebelum ni CR suka search blogger Pahang. Ada blognya tapi masing-masing semua dah tak aktif. Bila cari di Facebook pun macam tak wujud je team tu. Bukannya apa, saja nak kenal2 lagi rapat dan teringin nak join event. Bila melibatkan pantai timur sahaja,confirm2 lah senang sikit nak jumpa kan. *harapharapmacamtu .


Bila dah tak jumpa, CR pun tamatkan lah pencarian tu. Tapi nak dijadikan cerita,masa tengah scroll timeline Facebook terjumpa status Sis Hawa yang bertanyakan siapa blogger dari pantai timur dan bila CR komen,sis Hawa ada cakap nak join group Blogger Pantai Timur tak. CR apa lagi,teruslah minta nak join. 😘 Terima kasih Sis Hawa sebab wujudkan komuniti baru ni.


Ni logo rasmi team kami. Komuniti yang terdiri daripada Blogger Pahang, Terengganu dan Kelantan. Ada yang berminat nak join tak? Boleh tinggalkan nombor telefon pada emel CR atau terus je whatsapp CR di 0177944891. Nanti CR akan masukkn dalam group.

Sehingga harini baru 15 orang sahaja blogger yang join. Harap lepas ni ada yang berminat nak join lagi ye. Berikut adalah list blogger yang terlibat.

1. www.sishawa.com
2. www.rosbirumuda.blogspot.com
3. www.sisgee.com
4. www.shalimaryusof.com
5. www.leaazleeya.com
6. www.ehbelogaku.blogspot.com
7. www.norminieza.blogspot.com
8. www.akukaudansesuatu.blogspot.com
9. http://www.pokucu.com/
10.www.cikash.blogspot.com
11.http://renex89.blogspot.my/
12.http://masturanasarudin.blogspot.com/
13. http://robiahtul.blogspot.com
14. http://kebaikankeindahan.blogspot.my
15. http://www.zukidin.com



     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">



Blogger dari negeri lain pun CR teringin nak jumpa taw tapi selalu tak berkesempatan. Harap ada rezeki untuk kita berkumpul sama-sama dan share tips dalam dunia berblogging.


"Rumah Reen ada pokok semalu
Jomlah join janganlah malu"



Hadiah Top Commentor dari Blog Starlavenderluna

May 15, 2017

Assalamualaikum dan Hai.



Bulan ni ada rezeki dapat hadiah dari berblog. CR sejak akhir2 ni jarang sikit blogwalking. Line internet makin teruk. Dan akhirnya CR telah tukar telco lain. Nanti CR share CR tukar ke pelan mana ye. Sekarang ni CR nak ucapkan ribuan terima kasih pada Owner Blog Starlavenderluna , Sis Shikin sebab sudi bagi hadiah untuk blogger2 yang mengomen kat belog beliau. Tak sangka terpilih diantara yang bertuah.





Hadiah yang dapat. Suka. 😍❤❤❤


Cantik kan. CR dah lama tak membeli jam sebab dah terbiasa tak pakai jam. Dah dapat hadiah ni,kena pakai selalu la..hee

Terima kak, semoga akak dan keluarga dimurahkan rezeki. Semoga prhbangan kita sesama blogger makin erat dan kekal selamanya. Ada rezeki kita jumpa.

Klik Sini untuk ke Blog Kak Shikin | Blog Starlavenderluna. Kak shikin jugak adalah part time perawat urut terapi buang angin untuk muslimah. Boleh jenguk blog beliau untuk lebih lanjut okay.



**Lepas ni CR blogwalking ye. Bulan ni sibuk siapkan tempahan dari bycikrenex. Wish me luck!

Blog bertukar dari Simple ke Responsive.

January 5, 2017

Assalamualaikum dan Hai.



Permulaan tahun 2017 yang sangat sibuk. Sibuk update stok makmal, kemas2 dan macam2 lagi. Bila balik kerja sibuk dengan menjahit. Walaupun kadang2 aku pilih tidur dari menjahit. PENAT. Tapi sempat la jugak blogwalking beberapa blog. Tengah2 blogwalking nampak la entri Blog Mai. Dia sukarela nak tolong tukarkan template blog dari simple ke responsive template. Wahhhhh, menarik ni. Cepat je aku komen. Tak menyempat tunggu dia balas komen kat blog terus whatsapp dia. Nampak tak semangatnya? ^^v


Lama dah teringin nak tukar sebenarnya ke responsive ni tapi tak sempat nak edit2 lagi. Bila mai dah offer, laju la aku nak mintak tolong.Blogger lain pun dah ramai tukar responsive ni template.

Jom tengok transformasi Blog Cik Renex dari Simple Template ke Responsive.

SIMPLE TEMPLATE


Blog aku dulu sebenarnya berasal dari classic template. Masa zaman mula2 blog, rajin edit guna template blogskin. Ni dah kerja, payah sikit nak main code. Kadang lupa dah. Lepas tu tukar ke simple template. Dan sekarang sempena tahun baru, marilah tukar ke responsive.

RESPONSIVE TEMPLATE


Yang ni setelah ditukar. Taraaaaaaa. Bagi aku kemas dan cantik. Aku suka template baru aku ni. X berani lagi nak edit2 code. Kang jadi lain. Tunggu nanti2 lah.


TERIMA KASIH BANYAK2 kat Mai sebab tolong akk tukar template blog. Dah la PERCUMA je. Sayang lebih lah. Nanti akk bagi hadiah yer. Oh ye, header tu pun Mai yang tolong buatkan. Up lagi graf sayang. Hehehe.


Klik SINI untuk ke blog Mai. ❤ Banyak tips,review dan tutorial. Tak rugi terjah. Oh ya,jangan lupa komen mengenai template baru ni taw. ;)
© Blog Cik Renex