• Home
  • About
  • Bycikrenex
    • Bantal
    • Hari Guru
    • Bantal Printed
    • Keychain
    • Photobook
  • Info
    • Buku
    • Event
    • Fashion
    • Hotel/Homestay
    • Kdrama
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Kedai Makan/Cafe
    • LirikLagu
    • Loghat Pahang
    • Makanan
    • Produk
    • Resepi
  • Malaysia
    • Pahang
    • Johor
    • Melaka
    • Terengganu
    • Negeri Sembilan
    • Perak
    • Kuala Lumpur
  • Tutorial
  • Tips&Trick
    • Aplikasi Hp
    • Edit Gambar
    • Edit Video
    • Instagram
  • Freebies
    • Bubble talk
  • FunRun
  • Disclaimer
facebook instagram Youtube Email

Blog Cik Renex

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.





Alkisah di suatu pulai kecil,tinggallah berbagai macam benda2 abstrak:ada CINTA,KEKAYAAN,KECANTIKAN,KESEDIHAN,KEGEMBIRAAN,dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi.Namun suatu ketika,datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba2 naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu.Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu.Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan.Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA.Tak lama kemudian CINTA melihat kekayaan sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN!!KEKAYAAN!!Tolong aku!"teriak CINTA.

Lalu KEKAYAAN menjawab,"Aduh!Maaf Cinta!.Perahuku telah penuh dengan harta bendaku.Aku tidak dapat membawamu serta,nanti perahu ini tenggelam.Lagi pula tidak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."

Lalu KEKAYAAN cepat2 mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.CINTA sedih sekali namun kemudian dilihatnya,KEGEMBIRAAN datang dengan perahunya.

"KEGEMBIRAAN!Tolong aku!",teriak CINTA.

Namun apa yang terjadi,KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia menemukan perahu sehingga ia tuli untuk mendengar teriakan CINTA.Air semakin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.Tak lama kemudian KECANTIKAN lalu didepannya.

"KECANTIKAN!Bawalah aku bersamamu!",teriak CINTA.

Lalu KECANTIKAN menjawab,"Wah,CINTA,kamu basah dan kotor.Aku tidak boleh membawamu ikut.Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini,"Sahut KECANTIKAN.

CINTA sedih sekali mendengarnya.CINTA mula menangis terisak2.Apa kesalahanku,mengapa semua orang melupakan aku.Saat itu,lewatlah KESEDIHAN.Lalu CINTA bertanya.

"Oh,KESEDIHAN,bawalah aku bersamamu",Kata CINTA.

KESEDIHAN menjawab,"Maaf,Cinta.Aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian sahaja..",kata KESEDIHAN sambil mengayuhkan perahunya.

CINTA putus asa.Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya.CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan.Lalu ia berdoa,"Oh tuhanku,tolonglah aku,apa jadinya dunia tanpa aku,tanpa CINTA?".

Pada saat kritis itulah tiba2 terdengar suara,"CINTA!Mari cepat naik ke perahuku!".CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya.Lalu cepat2 CINTA naik ke perahu itu,tepat sebelum air menenggelamkannya.Kemudian di pulau terdekat,orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi.Pada saat itu barulah CINTA sedar bahawa ia tidak sama sekali mengetahui siapa orang tua yang baik hati itu.CINTA segera menanyakan kepada seorang penduduk tua di pulau itu.

"Oh,orang tua tadi?Dia adalah "WAKTU".kata orang itu.

Lalu CINTA bertanya,"Tapi,mengapa ia menyelamatkanku?Aku tak mengenalinya.Bahkan teman yang mengenaliku pun enggan menolongku."tanya CINTA hairan.

Penduduk tua itu menjawab."Sebab,hanya WAKTUlah yang mengetahui berapa nilai harga sebuah CINTA itu...."



the end.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


cover photo for facebook timeline aku :)


Sometimes I feel like we're FRIENDS,
sometimes I feel like we're M0RE THAN FRIENDS,
but sometimes I feel like I'm just STRANGERS to you





Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.




Minesweeper

Tahu tak game ni?kalau tak tahu memang pelik la tuh sebab dalam setiap komputer/laptop memang wajib ada minesweeper nih.

game ni senang je main,tapi memerlukan perancangan dan strategi semasa main.Kalau salah klik,akan menyebabkan ia meletup.

Ni masa mula-mula game.


Separuh jalan.


The End.



salah tekan.Ini la jadinya kan.Malas nak printscreen gambar yang menang.HAHA.dulu semangat main game ni sampai berlawan ngan member.Siap send gambar MMS kat dia bukti sape lagi cepat kan.


tapi sekarang orang dah tak layan game ni.tak mencabar kan.Sekarang orang layan ANGRY BIRDS,ZOMBIES vs PLANTS,Need for speed dan macam2 lagi la..zaman da maju,game pun maju la kan

kerepek:kadang-kadang main game minesweeper ni seronok jugak kan!



Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


[source]





10 soalan itu adalah:


1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?


fully copy from ILUVISLAM


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Penulis Blog

"Saat Suara Tidak Mampu Berkata,
Biar Saja Aksara Yang Berbicara"

Cik Renex 1989, BERA PAHANG
Blogger Pahang Malaysia

Hubungi email di bawah ini untuk sebarang kolaborasi, review dan pertanyaan.
saidatulazreen@gmail.com

Contact Form

Name

Email *

Message *

HANDMADE BYCIKRENEX

"Sedia Menerima Tempahan Bantal Hiasan (Kahwin, Hari Jadi, Konvo , Hari Guru dan lain-lain) , Printed Pillow , Keychain Badge, Button Badge , Magnet Badge, Thermos/Tumbler Bernama, Mug"

WHATSAPP : +60177944891
[BLOG] [FACEBOOK] [INSTAGRAM]

Baju Kurung Murah Jer

Hasnuri Trusted Seller

Baju kurung CANTIK , MURAH dan BERKUALITI
WHATSAPP : +60177944891
[FACEBOOK] [INSTAGRAM]

MY FOLLOWERS

Hasil Tulisan

  • ►  2021 (1)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2020 (45)
    • ►  December 2020 (3)
    • ►  November 2020 (2)
    • ►  October 2020 (1)
    • ►  September 2020 (4)
    • ►  August 2020 (4)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (3)
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  April 2020 (5)
    • ►  March 2020 (6)
    • ►  February 2020 (2)
    • ►  January 2020 (6)
  • ►  2019 (64)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (7)
    • ►  October 2019 (8)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (12)
    • ►  July 2019 (4)
    • ►  May 2019 (2)
    • ►  April 2019 (5)
    • ►  March 2019 (6)
    • ►  February 2019 (7)
    • ►  January 2019 (5)
  • ►  2018 (76)
    • ►  December 2018 (2)
    • ►  November 2018 (5)
    • ►  October 2018 (5)
    • ►  September 2018 (3)
    • ►  August 2018 (13)
    • ►  July 2018 (10)
    • ►  June 2018 (3)
    • ►  May 2018 (6)
    • ►  April 2018 (7)
    • ►  March 2018 (5)
    • ►  February 2018 (6)
    • ►  January 2018 (11)
  • ►  2017 (93)
    • ►  December 2017 (9)
    • ►  November 2017 (11)
    • ►  October 2017 (11)
    • ►  September 2017 (6)
    • ►  August 2017 (8)
    • ►  July 2017 (7)
    • ►  June 2017 (7)
    • ►  May 2017 (5)
    • ►  April 2017 (8)
    • ►  March 2017 (6)
    • ►  February 2017 (4)
    • ►  January 2017 (11)
  • ►  2016 (38)
    • ►  December 2016 (10)
    • ►  November 2016 (5)
    • ►  October 2016 (8)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (5)
    • ►  July 2016 (2)
    • ►  May 2016 (1)
    • ►  April 2016 (1)
    • ►  March 2016 (2)
    • ►  February 2016 (2)
  • ►  2015 (10)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  August 2015 (1)
    • ►  July 2015 (1)
    • ►  May 2015 (1)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  March 2015 (2)
    • ►  February 2015 (2)
    • ►  January 2015 (1)
  • ►  2014 (10)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  September 2014 (1)
    • ►  August 2014 (1)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  February 2014 (1)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (3)
    • ►  March 2013 (1)
    • ►  January 2013 (2)
  • ▼  2012 (23)
    • ►  November 2012 (1)
    • ►  October 2012 (4)
    • ►  September 2012 (3)
    • ►  August 2012 (2)
    • ►  April 2012 (2)
    • ►  March 2012 (4)
    • ►  February 2012 (3)
    • ▼  January 2012 (4)
      • kisah dan tauladan : Cinta,Kekayaan,Kecantikan,Kes...
      • Sometimes I feel like we're FRIENDS,but..
      • Minesweeper..Ingatkah anda lagi?
      • 10 Soalan Sebelum Bertunang
  • ►  2011 (23)
    • ►  December 2011 (3)
    • ►  October 2011 (3)
    • ►  September 2011 (3)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (7)
    • ►  June 2011 (3)
    • ►  February 2011 (1)
    • ►  January 2011 (2)
  • ►  2010 (16)
    • ►  December 2010 (3)
    • ►  May 2010 (1)
    • ►  April 2010 (3)
    • ►  March 2010 (5)
    • ►  February 2010 (3)
    • ►  January 2010 (1)
  • ►  2009 (19)
    • ►  December 2009 (1)
    • ►  October 2009 (3)
    • ►  August 2009 (1)
    • ►  July 2009 (6)
    • ►  May 2009 (1)
    • ►  April 2009 (3)
    • ►  February 2009 (3)
    • ►  January 2009 (1)

Popular Minggu Ini

  • Tahi mata banyak disebabkan celak@eyeliner??
    Tahi mata banyak disebabkan celak@eyeliner??
  • Cara Scan QR code menggunakan aplikasi Facebook
    Cara Scan QR code menggunakan aplikasi Facebook
  • Mencuba Menu Dulang Korean Platter di D'Mukmin Cafe Temerloh Pahang
    Mencuba Menu Dulang Korean Platter di D'Mukmin Cafe Temerloh Pahang
  • Pengalaman kena Kayap di bulan Ramadhan | Punca dan cara rawatan kayap
    Pengalaman kena Kayap di bulan Ramadhan | Punca dan cara rawatan kayap
  • Cara Aktifkan Vacation Mode di Shopee.
    Cara Aktifkan Vacation Mode di Shopee.
  • Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou,  Bantu Komuniti Kuantan
    Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Kuantan
  • Lirik Lagu Pencinta Setiamu- Usop
    Lirik Lagu Pencinta Setiamu- Usop
  • Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe Menggalakkan Penjagaan Kesihatan
    Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe Menggalakkan Penjagaan Kesihatan
  • Lirik Lagu Ku Tak Rela - Danial Zaini
    Lirik Lagu Ku Tak Rela - Danial Zaini
  • Year End Sales di PG Mall
    Year End Sales di PG Mall

Ohsem Blogger

  • Blog Wani Sukarno
  • Blog Sihatimerahjambu
  • Kasihku Amani Imani
  • Jurnal Shikin Razali
  • ABAM KIE : Man of The House
  • Blog by Ana Suhana
  • The Pawsome Lion
  • www.rodiahamir.com ~ Lifestyle Blogger
  • Lulu Si Peniaga Online
  • BUSYRA TAKIYUDIN
  • CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY
  • HASRULHASSAN.COM™
  • Ciktie Dot Com
  • sweetsour journal of Fuzy
  • Blog Cik Ash
  • Zaza Iman
  • SHALIMAR YUSOF
  • Lady In Red Planner
  • ! Arnamee Blogspot .
  • MRS.A my blog my stori
  • Blog Lea Azleeya
  • ✿ Cik Cappuccino Latte ✿
  • Husniey Husain
  • A box of Crayon
  • Marshalizadotcom
  • Blog Cik Renex
  • Sis Gee
  • Dunia Blog IQ
  • Yuyu Zulaikha
  • Mayy Jie
  • f l a w s o m e
  • Ucing Kadayan
  • From View of My Eyes
  • NURRUL ツ
  • Chapters
  • Irisdamia
  • AIRA
  • Kisah Seorang "Aku"
  • D A Y A H F I R D S
  • QueenBee by Mek
  • Ezy.xixii
  • Zie Madini's Territory [[Personal Blog]]
  • Sharifah Aida Hana
  • Azah Rahaman
  • Fatin Liyana
  • Irine Nadia
  • Namee Roslan
  • Keep Growing Eni
  • h e l l o a i n
  • Cik Epal
  • SIQAHIQA
  • Kayu manis semanis hidupku
  • zahiril adzim
  • Handmade With Love
Show 10 Show All

ADS



Kontraktor Rumah Murah


Kontraktor Rumah Murah

Kategori

CRreview CRJJ Travel pahang bycikrenex product review event food review cr run cafe review Terengganu bantal keychain hotel review bubble talk Hadiah hari guru hari guru Kuantan bantal printed freebies

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates| ReEdit by Cik Renex