Teka Teki Pertanyaan Imam Al Ghazali

May 19, 2026

Sumber Google


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "


#copypaste



Idea Hadiah Hari Guru

May 5, 2026


Hari Guru memang antara momen paling bermakna dalam setahun. Bagi CR, inilah masa terbaik untuk kita berhenti sekejap, ingat balik jasa cikgu-cikgu yang tak pernah jemu mendidik kita dari kecil sampailah kita besar. Dari ajar ABC, kira 123 , sampai lah nasihat tentang kehidupan. Semuanya datang daripada insan bergelar guru. Jadi, bila tibanya Hari Guru, mestilah kita nak buat sesuatu yang istimewa, walaupun sekadar hadiah kecil tapi penuh makna.

CR tahu, kadang-kadang ramai yang pening nak pilih hadiah Hari Guru. Nak yang simple tapi cantik, nak yang murah tapi nampak eksklusif, dan paling penting nak yang boleh buat cikgu tersenyum bila terima. Sebab tu CR nak kongsikan beberapa idea hadiah yang bukan sahaja comel, tapi juga praktikal dan sesuai untuk semua jenis guru. Kalau ada yang berminat boleh piyem CR yer.

1. PEN POUCH

Hadiah Hari Guru

Pertama sekali, pen pouch dengan sampul khas bertemakan Hari Guru. Yang ini memang antara pilihan favourite ramai. Dalam satu set, ada sampul poket dengan design comel biasanya ada ilustrasi ceria, ucapan “Selamat Hari Guru”, dan warna-warna yang menarik. Dalam sampul tu pula disertakan dua batang pen. Walaupun nampak simple, sebenarnya hadiah ni sangat berguna sebab cikgu memang sentiasa perlukan pen setiap hari lagi2 warna merah. 

2. FRIDGE MAGNET


Mungkin ada yang fikir fridge magnet ni biasa je, tapi sebenarnya kalau design dia menarik dan ada elemen Hari Guru, ia boleh jadi hadiah yang sangat bermakna. Cikgu boleh letakkan pada peti ais di rumah, dan setiap kali nampak magnet tu, mesti akan teringat pada anak murid yang bagi. CR suka idea ni sebab ia sesuatu yang tahan lama, bukan setakat guna sehari dua, tapi boleh jadi kenangan bertahun-tahun.

3. MAGNETIC BOOKMARK 


Seterusnya, magnetic bookmark yang datang sekali dengan cover kad. Yang ini memang sesuai sangat untuk guru-guru yang suka membaca atau sentiasa menggunakan buku dalam pengajaran. Magnetic bookmark ni unik sebab dia boleh tanda pada halaman buku tanpa mudah tercabut. Ditambah pula dengan cover kad yang cantik, terus nampak eksklusif walaupun saiznya kecil. CR rasa hadiah ni sangat thoughtful sebab ia berkait rapat dengan rutin harian seorang guru. Setiap kali cikgu buka buku dan nampak bookmark tu, pasti teringat pada pemberi.

4. SET PEN + MAGNETIC BOOKMARK/MINI BOX CLIP BROOCH/FRIDGE MAGNET



Kalau nak sesuatu yang lebih lengkap, CR cadangkan set pen dan magnetic bookmark. Ini macam set kombo yang menggabungkan dua item berguna dalam satu set. Sesuai sangat untuk yang nak bagi hadiah nampak lebih ‘berisi’ tanpa perlu belanja besar. Pen untuk menulis, bookmark untuk membaca; dua benda yang memang dekat dengan dunia seorang guru. Dengan packaging yang menarik, set ni boleh nampak premium walaupun sebenarnya simple.

Bagi CR, bila pilih hadiah Hari Guru, tak semestinya kena mahal. Yang penting adalah nilai sentimental dan usaha yang kita letakkan dalam pemberian tu. Kadang-kadang benda kecil pun boleh beri impak besar kalau disampaikan dengan ikhlas. Lagi satu, design yang comel dan mesej yang menyentuh hati juga memainkan peranan penting. Guru bukan sahaja menghargai hadiah fizikal, tapi juga perasaan di sebaliknya.

Selain itu, hadiah-hadiah macam ni juga sesuai untuk pelbagai situasi; sama ada untuk seorang guru kesayangan, atau nak beli banyak untuk satu kelas bagi sama-sama. Senang, praktikal, dan tak perlu fikir terlalu rumit. CR faham, bukan semua orang ada masa nak DIY atau cari hadiah yang terlalu fancy. Jadi pilihan yang simple tapi cantik macam ni memang sangat membantu.

Akhir kata, Hari Guru adalah peluang untuk kita ucapkan “terima kasih” dengan cara yang lebih bermakna. Tak kira apa pun hadiah yang dipilih semuanya boleh jadi simbol penghargaan yang indah. CR percaya, sekecil mana pun hadiah itu, ia tetap mampu menyentuh hati seorang guru. Jadi, jom raikan Hari Guru dengan penuh rasa syukur dan kasih sayang, dan jangan lupa pilih hadiah yang boleh buat cikgu tersenyum sepanjang hari 😊 Jika berminat nanti boleh whatsapp 0177944891 sahaja

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 🌙

March 2, 2026


Assalamualaikum dan Hai semua! CR nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua yang mengenali diri CR, yang membaca blog ni, dan juga yang tersinggah secara tak sengaja. Semoga Ramadan kali ni lebih bermakna, lebih tenang, dan penuh dengan keberkatan untuk kita semua.

Macam biasa, bila masuk je Ramadan, suasana dia lain macam sikit kan? Rasa lebih damai, lebih aman, dan hati tu pun automatically jadi lebih lembut. CR sendiri memang suka vibe bulan ni. Walaupun kadang-kadang penat (lagi-lagi bila kerja atau ada banyak komitmen), tapi perasaan dia tetap special. Bangun sahur, dengar azan Subuh, berbuka dengan orang tersayang. Benda simple macam tu pun dah cukup buat hati rasa seronok dan puas.

Ramadan ni sebenarnya bukan sekadar tahan lapar dan dahaga je. Lebih kepada kita “reset” diri. Reset hati, reset niat, reset cara hidup. CR pun cuba untuk improve sikit-sikit. Jaga solat awal waktu, kurangkan benda lagha, dan cuba jadi versi diri yang lebih baik daripada sebelum ni. Tak perlu drastic pun, janji konsisten.

Lagi satu yang di nanti adalah bab makanan. hehe, ni memang tak boleh lari. Bazaar Ramadan memang antara benda yang paling dinanti-nantikan. Dari air balang sampai ke kuih-muih tradisional, semua nampak sedap! Tapi CR cuba jugak control nafsu sikit  walaupun kadang-kadang tewas juga  . Azam tahun ni kononnya nak pantang manis, tapi dah masuk hari ke 12 ni masih ada minum manis. Haihhh..

Selain tu, Ramadan juga masa terbaik untuk kita rapatkan hubungan. Dengan family, kawan, dan juga dengan Tuhan. Kadang-kadang kita terlalu sibuk sampai lupa nak hargai orang sekeliling. So, bulan ni lah peluang untuk kita slow down, luangkan masa sama-sama, dan perbaiki hubungan yang mungkin dah lama renggang. CR tahu, tak semua orang melalui Ramadan dengan cara yang sama. Ada yang gembira, ada juga yang mungkin rasa kosong atau sedih. Itu normal. Apa pun keadaan kita, CR harap kita semua dapat jumpa sedikit ketenangan dalam bulan yang mulia ni.

Akhir kata, CR doakan semoga Ramadan kali ni membawa seribu satu kebaikan dalam hidup kita. Semoga segala amalan kita diterima, dan kita diberikan kekuatan untuk terus istiqamah , bukan setakat dalam bulan Ramadan je, tapi juga selepasnya.

Eh lagi satu, dah ada baju raya kerrr?? 

Salam Ramadan dari CR 🤍

Selamat Tahun Baru Rakan Blogger!!

January 1, 2026




Assalamualaikum dan hai. Selamat datang tahun yang baharu. Tanpa sedar, kita sudah melangkah ke satu lagi fasa masa yang penuh harapan, doa dan juga pelajaran. Tahun ini, CR memilih untuk memulakan langkah dengan lebih tenang, lebih sedar, dan lebih menghargai setiap proses yang dilalui. 


2025, Tahun yang mengajar CR banyak perkara. Tentang sabar, tentang rezeki yang datang tidak selalu seperti yang dirancang, dan tentang diri sendiri yang sebenarnya lebih kuat daripada yang disangka. Ada hari yang penuh senyum, ada juga hari yang berat untuk dilalui. Namun, semuanya menjadi pengalaman yang membentuk CR hari ini. 


Masuk tahun baharu ini, CR tidak meletakkan terlalu banyak azam yang besar. Cukup sekadar niat untuk menjadi versi diri yang lebih baik daripada semalam. CR ingin lebih konsisten, sama ada dalam kerjaya, perniagaan kecil yang dibina, mahupun dalam menjaga hubungan dengan insan sekeliling. Sedikit demi sedikit, asalkan berterusan kan.


Akhir kata, CR ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam perjalanan hidup CR, sama ada singgah seketika atau kekal hingga kini. Semoga tahun ini membawa lebih banyak ketenangan, keberkatan rezeki, dan senyuman yang tulus. 

Selamat datang tahun baru rakan blogger semuanya.
© Blog Cik Renex