Kamera mini untuk Mikhail dan sambutan hari jadi di tabika
June 29, 2026
Assalamualaikum dan Hai. 11 Jun 2026 baru ni adalah tarikh ulang tahun kelahiran anak CR iaitu Mikhail yang ke 4 tahun. Alhamdulillah dah empat tahun dah Mikhail. https://www.cikrenex.com/2022/09/perasaan-menjadi-ibumommy-nicu.html . Sebak rasanya sebab teringat perjalanan dia dari lahir sehingga sekarang. Anak CR dilahirkan pramatang dengan berat 850gm , dan sebaik sahaja lahir dia perlu ditempatkan di NICU untuk mendapatkan rawatan dan pemantauan rapi. Waktu itu, dunia CR rasa seperti berhenti seketika walaupun memang dah diterangkan awal-awal dengan doktor yang anak CR akan banyak komplikasi. Saat ibu lain dapat terus memeluk bayi mereka, CR pulak hanya mampu melihat anak dari luar inkubator, ditemani pelbagai wayar dan mesin. Dengan sakit kesan czer tetap gagah melangkah perlahan-lahan untuk hilangkan rindu.
Hari-hari di hospital memang bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan. Setiap kali telefon berbunyi atau doktor datang memberi perkembangan, hati berdebar-debar. Punya la takut sampai nampak no telefon hospital naik terus suruh suami jawabkan. Setiap kenaikan berat badan walaupun sedikit, setiap berita yang baik daripada doktor, semuanya menjadi satu kemenangan kecil buat kami sekeluarga. Doa tidak pernah putus. Setiap hari CR hanya berharap agar Allah memberi kesihatan dan kekuatan buat anak kecil ini. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit dia menunjukkan perkembangan yang baik sehingga akhirnya dibenarkan pulang ke rumah selepas hampir 145 hari berada ni NICU dan SCN.
![]() |
| Kek untuk sambut di rumah dengan Tokma |
Hari ini, bila melihat dia berlari, ketawa, bermain dan bergelak dengan kawan-kawan di tabika, CR benar-benar rasa betapa besarnya kuasa Allah. Sukar untuk percaya bahawa bayi kecil yang pernah bertarung di NICU kini sudah membesar menjadi anak yang aktif, ceria dan penuh dengan rasa ingin tahu. Jadi untuk bagi kenangan , CR beli kek ,cheesetart dan sedikit goodies untuk sambutan hari lahir bersama kawan-kawan dan cikgu. Terima kasih juga kepada cikgu dan umi di tabika yang sanggup meluangkan masa menguruskan sambutan kecil ini. Walaupun ringkas, usaha cikgu membuatkan anak-anak rasa dihargai dan mencipta kenangan indah yang pasti akan dikenang. CR tak sempat nak hadir atas kekangan kerja.





Mikhail dan kamera. Suka sangat bila dapat kamera ni , mula-mula risau jugak nak bagi kamera, bukan apa risau sekejap je dapat guna sebab cepat rosak . Mikhail dah la suka campak barang ada masanya bila dia tak puas hati. huhu. Sebelum ni kalau dapat handphone tokma atau tab memang suka dia snap gambar. Penuh galeri dengan macam-macam style gambar ada blur,ada nampak rambut je, ada senget dan pelbagai lagi lah. Kadang-kadang gambar senget, kadang-kadang blur, tapi itulah yang buatkan kenangan itu lebih bermakna kan? Nak tengok dia dengan kamera boleh tengok video di TT CR https://vt.tiktok.com/ZSCUSdBkh/
Link kamera
Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZS96xFtQR3cpH-Mb9gx/
Shopee : https://s.shopee.com.my/3LOqT99ou4
Semoga anak ibu terus membesar dengan sihat, ceria, mudah berkawan dan menjadi anak yang sentiasa membawa kegembiraan kepada orang di sekelilingnya.
Selamat Hari Jadi yang ke-4, sayang. Semoga setiap tahun yang mendatang dipenuhi dengan kasih sayang, doa yang baik-baik dan kenangan indah bersama insan tersayang. Doakan Mikhail sembuh dari hypetiroid dan sihat selalu ye.

