Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan︱Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pencegahan dan kawalan terhadap jangkitan perlu untuk kekal sihat. Di seluruh dunia, seramai 30,000 wanita dan bayi maut setiap tahun akibat jangkitan yang biasanya disebabkan oleh kekurangan air, sanitasi dan amalan membasuh tangan yang tidak sempurna. 

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC), kira-kira 80 peratus penyakit berjangkit disebarkan menerusi sentuhan. Kanak-kanak perlu dididik mengenai kebersihan untuk mengurangkan risiko mereka menyebar dan mendapat penyakit berjangkit daripada batuk, selsema, Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut, Influenza serta banyak lagi. 

Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan Antabax, jenama rangkaian penjagaan diri antibakteria Halal nombor satu menjalin kerjasama untuk mengadakan kempen demi meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah di kawasan Ampang. 

Kempen dengan tema Antabax Always Be Clean (ABC) for Health yang akan bermula dari Oktober hingga November itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah. 

Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

Enam buah sekolah di Ampang dengan anggaran 600 orang murid dan ibu bapa dijangka mengambil bahagian dalam bengkel amali yang dijalankan oleh pasukan perubatan profesional KPJ Ampang Puteri. Ia memberi fokus kepada langkah-langkah membasuh dan membersihkan tangan dengan betul. 

Antabax pula akan menyumbang produk-produk seperti krim mandian, sabun tangan dan pembersih tangan kepada murid serta guru. 


“Kami percaya bahawa mendidik tabiat kesihatan yang baik perlu bermula dari usia muda. Objektif kami menerusi acara ini adalah untuk mencipta satu budaya dalam kalangan kanak-kanak dan berharap apa yang dipelajari hari ini akan diamalkan sepanjang hidup mereka. Ini merupakan sebahagian daripada program jangkauan komuniti dan kami berbangga kerana Antabax turut sama dalam usaha ini dengan menyediakan produk-produknya,” kata Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dato Dr Abdul Wahab Abdul Ghani.

Pengurus Kanan Produk Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mandy Lee memberitahu jenama ini komited untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan masyarakat melalui program interaktif.


Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

“Antabax mendidik tentang amalan kebersihan yang baik menerusi pelbagai kempen yang kreatif. Kami dapati asas mengenai amalan kebersihan perlu dipupuk sejak kecil kerana kanak-kanak ini akan mengamalkannya sehingga mereka dewasa. Kempen Antabax Always Be Clean (ABC) for Health dibangunkan untuk membuatkan konsep kebersihan tangan lebih mudah buat kanak-kanak, terutama kenapa dan bagaimana mereka patut membasuh tangan. Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan KPJ Healthcare serta melibatkan pelatih dan jururawat mereka untuk sama-sama mendidik kanak-kanak tentang teknik membasuh tangan yang betul,” kata Mandy Lee. 

7 comments

  1. Program yang bagus dianjurkan untuk educate kanak-kanak tentang kebersihan dari peringkat awal

    ReplyDelete
  2. Nampak seronok anak-anak tu sambil belajar jaga kebersihan sambil bersosial.

    ReplyDelete
  3. Bagus adakan program mcm ni untuk kanak2. Mereka akan sedar kepentingan membasuh tangan dan jaga kebersihan.

    ReplyDelete
  4. tringt time kecik2 dulu bila ade program mcm ni. it left a meaning message and memories sbnrnya. smpi besar igt

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex