tempat makan
Showing posts with label tempat makan. Show all posts

Mencuba Menu Dulang Korean Platter di D'Mukmin Cafe Temerloh Pahang

November 29, 2020

Mencuba menu dulang "Korean Platter" di D'Mukmin Cafe Temerloh

Mencuba menu dulang "Korean Platter" di D'Mukmin Cafe Temerloh︱Assalamualaikum dan Hai. Selamat menikmati hujung minggu bersama yang tersayang. Buntu bila orang tersayang ajak keluar makan tapi tak tahu nak makan dimana? Lepas tu pulak dia request nak makan ala-ala korea? Jangan risau, kali ini CR nak berkongsi satu kedai makan di area Temerloh Pahang yang menyajikan makanan ala-ala korea gitu. Boleh la bawa yang tersayang ke sana.

Rasanya orang sekitar sini mesti tahu Restoran Terapung yang terletak di belakang Cowboy tu kan. Pastinya ingat sebab itu satu-satunya tempat makan di atas air di Temerloh ini. CR pun pernah berkunjung dan merasa makan diatas air. Restoran tu dah bertukar lokasi sejak awal tahun kalau tak silap lah dan diberi nama baru iaitu D'Mukmin Cafe.

Lokasi D'Mukmin Cafe (aras atas)
 
D'Mukmin Cafe terletak di tengah-tengah bandar Temerloh iaitu di Dynaton Bukit Angin Temerloh Pahang. Lokasi yang sangat strategik kerana bila dengar perkataan Dynaton Bukit Angin, orang dah tahu situ memang banyak cafe dan butik pakaian. D'Mukmin Cafe terletak di bahagian atas yer dan kemudahan untuk letak kereta pun mudah. Cuma kena berjalan kaki sedikit untuk ke kedainya. Meja kerusi yang disediakan juga banyak jadi jangan risau tidak ada tempat untuk makan. 

CR dan oppa Lee Min Ho :)
  
D'Mukmin Cafe menyajikan pelbagai jenis menu antaranya menu Western dan Korean Platter. Disebabkan CR die-hard-fan Lee Min Ho oppa makanya CR pilih untuk merasa Korean Platter dari D'Mukmin Cafe. Makan korean Platter baru leh fefeling duk korea kan.



Ada 3 jenis Korean Platter yang Mukmin Cafe sediakan iaitu Nami Platter, Jeju Platter dan Gangnam Platter. Tak tahu nak pilih yang mana , jadi CR pun pilih ketiga-tiga menu tu. Jom kita tengok setiap satu-satu menu tu.

1.Nami Platter (RM29)


Yang pertama adalah Nami Platter. Nami platter ada 6 ketul Sweet & Spicy Fried Chicken, 5 ketul Honey Butter Fried Chicken dan 5 ketul Soy Garlic Fried Chicken. Untuk yang penggemar pedas boleh la makan yang sweet spicy tu tapi tahap kepedasannya tidaklah melampau sangat . Kalau tidak tahan pedas, boleh cuba makan yang honey butter dan soy garlic. CR suka dengan honey butter tu sebab ada manis-manis madu. Yang specialnya platter ini ada Seaweed Wedges. 

2. Jeju Platter (RM29)


Menu kedua adalah Jeju Platter. Dulang ini ada menyediakan Meat Bulgogi, 4 ketul Korean Fried Chicken dan juga Spicy Ramen dan Wedges. yang paling CR suka adalah Meat Bulgogi dia. Daging Bulgogi kedai ni BEST dengan rasa sos yang berbeza!! Kalau tak silap CR kedai ni mengunakan sos bulgogi yang diimport bukannya kicap biasa dari Malaysia. Patut lahhh sedap lagi2 makan daging bulgogi tu dengan balutan salad tu. Spicy Ramen tu memang pedas macam ramen biasa kita makan tu tapi sedap. Makan ramen dulu baru makin daging. Takdelah rasa pedas sangat nanti. :)

3. Gangnam Platter (RM39)



Menu yang seterusnya adalah Gangnam Platter. Dulang ini ada 8 ketul Korean Fried Chicken, Chicken Grill, Mac & Cheese, Seaweed Fries, dan Blackpepper Sauce. Mac & Cheese dia Daebak!! Dah pedas-pedas makan Korean chicken, cover balik pedas tu dengan makan Mac Cheese. Sos Blackpepper dia pun sedap sangat untuk makan dengan chicken grill tu.


Satu platter ni sangat sesuai untuk 2 hingga 3 orang. Menjimatkan bukan?? Memang kenyang sangat dah bila makan ni. Antara 3 platter nih, CR paling suka Jeju Platter sebab jatuh hati dengan daging bulgogi dia. Rasanya teringat-ingat sampai sekarang.


Oh terlupa pulak yang baru-baru ni D'Mukmin Cafe ada perkenalkan menu baru iaitu Honeycomb Icecream. Ada seketul sarang madu, golden boba, cornflakes dan Vanila Ice Cream. Sedap sangat lagi-lagi bila aiskrim tu dah cair. Boleh la cuba bila datang ke D'Mukmin cafe nanti.

Lokasi Mukmin Cafe | Restoran Terapung D Mukmin
NO 49 DYNATON BUKIT ANGIN
( Hujung sekali, sebaris Sidin Cafe )
Hari : Selasa - Ahad ( Cuti Isnin sahaja melainkan diberitahu )
Waktu operasi : 5 petang - 12 malam ( last order 11.30 malam )


Tempat makan best di Mentakab Pahang Tuned Up Cafe

September 9, 2019

tempat makan hipster temerloh

Assalamualaikum dan Hai. Masih mood bercuti ke tu? Untung bulan ni sebab tiga kali berturut-turut Isnin cuti. Jadi cuti hujung minggu jadi panjang la dari biasa kan. Kali ni Cik Renex nak berkongsi satu tempat makan atau cafe yang hipster dan sedap di Mentakab Pahang.  Mana lah tahu, dah bosan-bosan makan kat rumah nak cuba makan di cafe ala-ala hipster pulak. 

Tuned Up cafe ni terletak di Mentakab Pahang. Kena ikut jalan bypass lama dan jalan jpj baru la jumpa cafe ni. Sebab bukan terletak jalan utama jadi macam payah juga nak bagi landmark pada kawan-kawan cafe ni. hiks.

tempat makan hipster temerloh
Frappe Oreo


tempat makan hipster temerloh
Chicken Chop

tempat makan hipster temerloh
Chicken Grilled

Apa yang CR order? CR order Chicken Grilled, Chicken Chop , Frappe Oreo dan Epal Asam Boi. Bagi CR, Chicken grilled dia sedap, sos dia pun okay. CR tak makan sangat mashed potato sebab tak kena selera tapi sayur Coeslow cafe ni sedap. 

Portion ayam pun boleh tahan sizenya dan cukup la untuk seorang makan kenyang. :) 


tempat makan hipster

tempat makan hipster temerloh mentakab

 tempat makan hipster temerloh

Bagi CR lah kan, sesuatu cafe tu kalau nak viral dan nak tarik lebih ramai pelanggan adalah dengan hiasan cafe tu cantik. Bila deko cantik, mesti pelanggan ramai datang. Selain makan, boleh selfi puas-puas lak kan.

Decoration Tuned Up cafe bagi CR cantik dan ada tempat yang boleh snap gambar. Suasana dalam cafe tu pun tenang je. Kalau nak sambut birthday atau anniversary pun boleh jugak kat sini. Sebab kawasan dalam tu luas juga. Staf-staf pun boleh tolong untuk suprisekan orang yang tersayang tu. hehe

Jadi, kalau ada pembaca yang tetiba sampai ke Mentakab, boleh la singgah cafe ni dan mencuba menu di sini. 


Tempat makan best di Mentakab Pahang Tuned Up Cafe

TUNED UP CAFE



12. Jalan Bukit Keramat 8, Taman Bukit Keramat
28400 Mentakab

011-1460 9500



Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan Pahang

January 4, 2019

Assalamualaikum dan Hai. Kuantan merupakan ibu negeri Pahang dan menjadi tempat kegemaran Cik Renex untuk melepaskan kebosanan tatkala di hujung minggu. Jarak Kuantan dari rumah CR dalam 2 jam juga sebenarnya tapi CR memang selesa berjalan ke Kuantan dari tempat lain. Sebab banyak lokasi menarik di Kuantan dan banyak lagi tempat yang tak sempat lagi CR untuk singgah. 

 tempat makan menarik di Kuantan
Salah pulak arah tangan tu, *abaikan* ^^v

Jadi, hujung minggu baru-baru ni CR berpeluang ke Kuantan bersama rakan-rakan blogger pantai timur yang lain. Jumpa pulak waktu makan tengahhari jadi kami semua ke satu restoran yang terletak di Batu 3 iaitu Restoran Bummbu Nasi Singgey. CR pernah singgah ke kawasan sini sebab pergi ke kedai Eco RM2 di kawasan situ juga tapi tak berpeluang pula ke restoran ini. Jadi ini kali pertama CR cuba makan disini.

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Restoran Bummbu terletak di hujung lot kedai dan bersebelahan dengan MR DIY. Jadi bila dah penat shopping di Mr DIY boleh la hilangkan penat lelah dengan mencuba menu-menu disini. Part yang paling CR suka adalah tempat parking yang banyak dan tidak menyusahkan untuk kita pusing2 mencari parking. Tapi kalau datang time weekend mungkin payah sikit sebab masa tu ramai yang datang ke kawasan situ kan.


Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Kami sempat berjumpa dengan isteri pemilik restoran ini  dan menemuramah sedikit sejarah penubuhan Restoran Bummbu ini. Restoran ini sebenarnya dah beroperasi hampir 5 bulan sejak bulan Ogos 2018. Lama juga dah sebenarnya tapi CR je tak berkesempatan datang. Chef restoran ini pun bukan calang-calang orang kerana chefnya  mempunyai pengalaman di Melbourne selama dua tahun dalam bidang masakan. 

Ada yang tertanya-tanya tak apa maksud "Bummbu" tu? Rupanya maksud dia adalah rempah atau perencah dalam Bahasa Jawa. Dan Singgey itu pula datang dari perkataan singgang yang dikomersial dalam loghat kelantan jadi lah Singgey. Kelainan restoran ini dari restoran yang lain adalah rempah turun temurun yang digunakan untuk masakan singgang tersebut. Kalau nak rasa apa kelainannya, kena la cuba nanti yer.

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Menu utama restoran ini adalah Nasi dan lauk singgang sama ada singgang daging,ayam ataupun ikan yang lengkap dengan pakej Nasi dan Air sirap atau Teh O Beng. Jangan risau, ada lagi menu lain selain dari lauk singgang antaranya adalah set Ayam, daging, lemak dan kambing bakar. Selain dari itu juga ada juga menu lain yang boleh dipilih sebagai contoh Nasi Lemak, Laksa, Lempeng dan sebagainya. Menurut sumber , kadang-kadang ramai yang datang lepak di restoran ini pada waktu petang untuk makan laksa dan lempeng. :)

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
Menu Makanan Restoran Bummbu Nasi Singgey


Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
SET F Singgang Daging

Apa menu pilihan CR? Tadaaa, menu yang menjadi pilihan CR adalah Set F iaitu Set Nasi Singgang Daging. Dalam set ini juga ada sambal belacan dan timun yang dibungkus sekali dengan nasi. Pendapat CR tentang singgang daging ini memang sedap dan rasa kuah singgang dia lain dari yang lain. Tak reti nak terangkan kelainannya tapi memang sedap dan berbaloi dengan harganya.

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
SET D Ikan Bakar

Ikan bakar menjadi pilihan Husniey dan CR sempat merasa sedikit ikan bakar ini. Hmm, memang sedap sangat sambal ikan bakar ni. Secukup rasa. 

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
SET C Kambing Bakar

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Pada tahun ini juga mereka akan memperkenalkan menu baru iaitu Bummbu Plate yang terdiri daripada Ayam Plate, Daging Plate, dan Kambing Plate yang bermula dari harga RM13.50.  CR sempat juga merasa hidangan ini dan rasanya jugak boleh tahan dengan portion ayam yang banyak dan fries. Jadi penggemar masakan Western boleh mencuba plate ini nanti.

Kalau jemu dah nak makan nasi atau western, boleh la mencuba menu-menu yang lebih ringan seperti Laksa, Lempeng , Roti bakar ke atau pun Kepok cheezy. Gambar di bawah ini antara menu makanan lain yang boleh diorder di restoran ini.

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
Kepok Cheezy yang sedap rangup dan penuh dengan isi ikan. :)

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
Chicken Ball 

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
Tuna Sandwich sesuai untuk kanak-kanak sebab tak pedas sangat.

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Selain dari menu makanan yang sedap, antara tarikan restoran ini adalah air Bummbu Blend ini. Ada tiga jenis airnya iaitu Kopi Bummbu Blend, Jagung Bumbbu Blend dan Milo Bummbu Blend yang berharga RM4.50 sahaja. Selain dari minuman sejuk ada juga minuman panas seperti Kopi Bummbu dan pelbagai lagi.


Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Yang menjadi pilihan CR adalah Kopi Bummbu Blend. Memang sedap air ni sebab ada letak sekali aiskrim dan juga nata de coco. 

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Yang paling menarik bagi CR untuk restoran ini adalah harga air Sirap Beng dan Teh O Beng hanya RM0.50 sahaja. Murah yang amat weh, tempat lain rasanya takde letak harga murah macam ni. :)

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Kalau tak sempat nak datang, mana-mana yang duduk berhampiran dengan kawasan restoran ini boleh la membuat tempahan dalam talian dan mereka akan COD ke rumah anda. Jimat masa kan. Hanya perlu whatsapp/call nombor 013 7924812.


Oh ya, lupa pula CR nak terangkan konsep kedai ini. CR berkenan dengan dekorasi dalaman kedai ini yang berkonsepkan pallet kayu. Sekarang kan memang tengah in perabot yang dibuat dari pellet. Kalau nak bergambar macam CR di atas ni, boleh la datang ke Restoran Bummbu Nasi Singgey ini ye. Rugi kalau tak merasa makanan disini :)

Keseluruhannya, CR sangat berpuas hati dengan menu makanan yang CR, harga yang berpatutan dan suasana kedai yang selesa. Waktu operasi Restoran Bummbu Nasi Singgey bermula dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Kata pemilik restoran ini, kalau mendapat sambutan, waktu operasi  mungkin akan dipanjangkan sehingga malam. 


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi di bawah ini.
Facebook : 

Instagram :

Lokasi :

RESTORAN BUMMBU NASI SINGGEY
A25, Jalan Kurnia Jaya 3, Perkampungan Belukar Maju, 25150 Kuantan, Pahang

Pertama kali makan makanan korea di DubuYo dan kek Second Cup di Sunway Putra

November 25, 2018


DubuYo

Assalamualaikum dan Hai. Sebelum cerita panjang Cik Renex belanja dulu sekeping gambar di depan DubuYo sebab itu cerita utama entri kali ini. Awal bulan baru ni iaitu 10 November 2018 , CR dan kawan-kawan plan nak ke rumah kawan kami di Kajang untuk melawat baby Amina Saffiya. CR naik bas ke sana dan bila sampai pekeliling ,kawan kami Intan ambil kami dan terus ke rumah member CR.



Tadaaa, perkenal baby Amina yang suka bergambar. Pantang nampak handphone , terus je pandang dan get ready untuk selfie. Akan tetapi cuba tengok gambar Amina kat atas tu, dia dah bosan melayan auntie2 n uncle yang giler bergambar ni. hee. Sorry Amina, awak comel sangat dan kami ni memang jenis teruja dan gila bergambar. haha. Thanks Yusyi, sedap nasi ayam aok masak. Next time kami datang lagi.


Selepas siap berborak kami pun menuju ke Sunway Putra Mall untuk mengisi perut yang memang dah sedia penuh tapi still ada ruang lagi. Bila lepak dengan mereka ni, misi diet memang terpaksa dilupakan. Sapik ajak makan makanan korea dan bila diajak sebegitu rupa memang CR teruja lah sebab first time nak cuba merasa makanan korea ni. Jadi kami semua ke DubuYo Sunway Putra Mall.





Sebenarnya tujuan lepak kali ni pun nak celebrate birthday kawan kami yang sepatutnya esok tarikh birthdaynya. Tetapi dah alang-alang datang KL kan terus je la sambut  walaupun awal sehari. Belon tu pun beli last minute. Oklah dari takde kan. DubuYo terletak aras 4 Sunway Putra Mall dan kami memilih ruang makan di bahagian luar. Di bahagian dalam ada juga tetapi lebih selesa di bahagian luar. 

Disebabkan first time makan disini memang tak tahu nak order apa. Jadinya Sapik lah yang orderkan. Nak tengok apa yang kami order? Jom.

Pertama kali makan makanan korea di DubuYo
Kimbap Beef

Pertama kali makan makanan korea di DubuYo
Dak Galbi


Pertama kali makan makanan korea di DubuYo
1. Korean Spicy Wings
2. Honey Mustard Wings

Pertama kali makan makanan korea di DubuYo
Golden Crispy Beoseot


Pertama kali makan makanan korea di DubuYo
Maandu

Antara kesemua makanan tu, CR paling suka Honey Mustard Wings tu. Rasa dia Kawww sangat. Yang korean spicy tu kurang sikit bagi CR, dia pedas tapi bila makan rasa lambat je nak habiskan. :) Dak Galbi pula ada campuran ayam dan rasa manis pedas yang tak pelik sangat dan boleh diterima tekak ini. Dan secara keseluruhannya CR suka dan berpuas hati makan disini. Maybe boleh repeat lagi di lain waktu untuk rasa menu yang lain pulak. Ada yang nak belanja?? 



Second Cup Sunway Putra Mall

Lepas dah makan kenyang2 di DubuYo, Sapik ajak beli Kek lak di Second Cup. Tak ingat Intan order air perisa apa tapi rasanya sedap walaupun dah makan banyak tadi. 





Second Cup Sunway Putra Mall
Hasil tangkapan di Second Cup



Oklah sekian kisah pertama kali mencuba makanan korea dan sesi lepak bersama kawan-kawan. InshaAllah ada rezeki kita jumpa lagi. 


Broasted by SugarBun Gambang Kuantan

August 28, 2018

Assalamualaikum dan Hai. Sebelum ni Cik Renex ada update mengenai program yang CR join iaitu Safari Run di Gambang kan. Mana yang belum baca boleh klik link ni https://renex89.blogspot.com/2018/08/safari-run-2018-bukit-gambang-resort.html . CR sampai di Gambang pada Sabtu petang. Lepas je ambil Race Kit di Bukit Gambang Resort City, kami ke hotel dan terus mencari tempat makan sebab dah lapar. Padahal rasanya baru lepas makan. Kalau dengan budak dua orang ni memang akan rasa lapar selalu kot. hahaha

Broasted by SugarBun Gambang Kuantan

Kebetulan ada Broasted By SugarBun berhampiran dengan hotel kami stay tu. Memang nak cari yang dekat je, makanya kami pun pilih kedai ni untuk makan. Ni adalah pertama kali CR makan di kedai ni sebelum ni lalu je depan tak pernah singgah kalau ke Kuantan. 



Broasted by SugarBun Gambang Kuantan

Konsep dapur terbuka kedai ni. Nampak tak dia ada tulis "Come Take A look". Tapi CR tak pergi tengok pun, jeling dari jauh je. 

Broasted by SugarBun Gambang Kuantan

Kami bertiga sepakat order set C4 Dua ketul ayam roasted dengan harga RM11.30.  Set ni juga ada kentang goreng dan kentang putar. Ayam Broasted SugarBun tu bagi pendapat CR sedap dan size dia memang besar , makan seketul pun dah kenyang. Tapi berjaya jugak habiskan dua ketul. :) Kentang goreng pun banyak  dan kentang putar tu CR tak berapa suka sangat. Tapi dua lagi kawan CR berjaya habiskan kentang putar tu maksudnya sedap la kan. Selera masing-masing lain. :)



Broasted by SugarBun Gambang Kuantan

Banyak lagi menu lain yang ada di Broasted SugarBun ni. Pilih je mana yang berkenan di hati.  Memang semua berasaskan ayam roasted. 

Broasted by SugarBun Gambang Kuantan
SUMBER FB


Broasted by SugarBun Gambang Kuantan

Broasted by SugarBun ni juga ada buat combo untuk student yang pasti harganya lebih murah. Kalau ada kad student boleh la tunjuk kat cashier masa order makanan nanti. Untung la student UMP Gambang dapat merasa set student combo meal sebab kedai ni memang berhadapan dengan UMP Gambang. :)



Broasted by SugarBun Gambang Kuantan

LOKASI

No.25 Jalan Bandar Gambang 1, 
Pusat Komersial Bandar Gambang
26300 Kuantan 
Pahang Darul Makmur


WAKTU OPERASI

10:30AM - 10:30PM


© Blog Cik Renex