kedai makan review
Showing posts with label kedai makan review. Show all posts

Makan Roti Nan Cheese padu di Eat Me Seberang Temerloh

October 27, 2022

Makan Roti Nan Cheese padu di Eat Me Seberang Temerloh

Makan Roti Nan Cheese Padu di Eat Me Seberang Temerloh | Assalamualaikum dan Hai.  Setiap tiga hari memang CR akan berulang ke Seberang Temerloh untuk melawat buah hati pengarang jantung CR di Hoshas. Selalu pergi seorang jer tapi kalau hujung minggu suami CR ada untuk teman hantar CR. Dah alang-alang keluar berdua tu sempat lah nak berdating sekejap dengan dianya. Itu je la masa yang ada sebelum masing-masing sibuk bekerja semula. Dulu masa dating pun dating makan kat sini. hehe

Eat Me cafe ni terletak di Seberang Temerloh dan kedainya pun dah renovate jadi lawa lebih aestatic katanya. Dah ada tempat makan baru yang bertingkat pula sekarang. Jadi dah kebetulan lalu tu ajak la en suami ni singgah makan roti nan cheese Eat Me dan harus la pilih makan kat tempat baru.

Cara untuk membuat pesanan pun dah lain,punya la lama CR tak pergi makan sini. Kalau dahulu untuk membuat pesanan , staf akan datang ke kita dan bagi menu,sekeping kertas dan pensel. Jadi kita tulis je apa yang kita nak makan dan bagi semula pada staf. Untuk yang sekarang ni pulak, kita perlu Scan QRcode yang ada di atas meja kita dan kita perlu order secara online. Dunia makin maju kan, maka cara nak order pun makin maju. 


Makan Roti Nan Cheese padu di Eat Me Seberang Temerloh

CR order roti nan biasa dan roti nan cheese bersama-sama dengan kari ayam. Kari kambing pun ada cuma CR tak berapa gemar sangat dengan kambing jadi order ayam sahaja. CR order satu sahaja kari ayam sebab tahu memang cukup untuk dua orang.

Makan Roti Nan Cheese padu di Eat Me Seberang Temerloh

En Suami yang dah tak sabar nak makan roti nan. Lama sangat menunggu isteri dia ambil gambar. hehe. Biasa lah nama pun perempuan kan, sebelum makan ambil gambar banyak-banyak dulu baru boleh makan. :)

Makan Roti Nan Cheese padu di Eat Me Seberang Temerloh
Gambar blur pun tetap nak share. haha

 Kafe EatMe

MENU SPECIAL:

❤Nan cheese
❤Tortilla Dgg Harimau Menangis
❤Milo Larva Caramel 
❤Caramel Macchiato
❤Chicken Burger Crispy (3layer chicken)
❤Chef Mix Grilled
❤Miangpla daging harimau menangis
❤Nasi Gepuk Talapia

Business Hours:
5:00 Petang - 12:00 Malam
waze:
Eatme Cafe
Simpang Tg Batu
Seberang Temerloh

Mencuba Menu Dulang Korean Platter di D'Mukmin Cafe Temerloh Pahang

November 29, 2020

Mencuba menu dulang "Korean Platter" di D'Mukmin Cafe Temerloh

Mencuba menu dulang "Korean Platter" di D'Mukmin Cafe Temerloh︱Assalamualaikum dan Hai. Selamat menikmati hujung minggu bersama yang tersayang. Buntu bila orang tersayang ajak keluar makan tapi tak tahu nak makan dimana? Lepas tu pulak dia request nak makan ala-ala korea? Jangan risau, kali ini CR nak berkongsi satu kedai makan di area Temerloh Pahang yang menyajikan makanan ala-ala korea gitu. Boleh la bawa yang tersayang ke sana.

Rasanya orang sekitar sini mesti tahu Restoran Terapung yang terletak di belakang Cowboy tu kan. Pastinya ingat sebab itu satu-satunya tempat makan di atas air di Temerloh ini. CR pun pernah berkunjung dan merasa makan diatas air. Restoran tu dah bertukar lokasi sejak awal tahun kalau tak silap lah dan diberi nama baru iaitu D'Mukmin Cafe.

Lokasi D'Mukmin Cafe (aras atas)
 
D'Mukmin Cafe terletak di tengah-tengah bandar Temerloh iaitu di Dynaton Bukit Angin Temerloh Pahang. Lokasi yang sangat strategik kerana bila dengar perkataan Dynaton Bukit Angin, orang dah tahu situ memang banyak cafe dan butik pakaian. D'Mukmin Cafe terletak di bahagian atas yer dan kemudahan untuk letak kereta pun mudah. Cuma kena berjalan kaki sedikit untuk ke kedainya. Meja kerusi yang disediakan juga banyak jadi jangan risau tidak ada tempat untuk makan. 

CR dan oppa Lee Min Ho :)
  
D'Mukmin Cafe menyajikan pelbagai jenis menu antaranya menu Western dan Korean Platter. Disebabkan CR die-hard-fan Lee Min Ho oppa makanya CR pilih untuk merasa Korean Platter dari D'Mukmin Cafe. Makan korean Platter baru leh fefeling duk korea kan.



Ada 3 jenis Korean Platter yang Mukmin Cafe sediakan iaitu Nami Platter, Jeju Platter dan Gangnam Platter. Tak tahu nak pilih yang mana , jadi CR pun pilih ketiga-tiga menu tu. Jom kita tengok setiap satu-satu menu tu.

1.Nami Platter (RM29)


Yang pertama adalah Nami Platter. Nami platter ada 6 ketul Sweet & Spicy Fried Chicken, 5 ketul Honey Butter Fried Chicken dan 5 ketul Soy Garlic Fried Chicken. Untuk yang penggemar pedas boleh la makan yang sweet spicy tu tapi tahap kepedasannya tidaklah melampau sangat . Kalau tidak tahan pedas, boleh cuba makan yang honey butter dan soy garlic. CR suka dengan honey butter tu sebab ada manis-manis madu. Yang specialnya platter ini ada Seaweed Wedges. 

2. Jeju Platter (RM29)


Menu kedua adalah Jeju Platter. Dulang ini ada menyediakan Meat Bulgogi, 4 ketul Korean Fried Chicken dan juga Spicy Ramen dan Wedges. yang paling CR suka adalah Meat Bulgogi dia. Daging Bulgogi kedai ni BEST dengan rasa sos yang berbeza!! Kalau tak silap CR kedai ni mengunakan sos bulgogi yang diimport bukannya kicap biasa dari Malaysia. Patut lahhh sedap lagi2 makan daging bulgogi tu dengan balutan salad tu. Spicy Ramen tu memang pedas macam ramen biasa kita makan tu tapi sedap. Makan ramen dulu baru makin daging. Takdelah rasa pedas sangat nanti. :)

3. Gangnam Platter (RM39)



Menu yang seterusnya adalah Gangnam Platter. Dulang ini ada 8 ketul Korean Fried Chicken, Chicken Grill, Mac & Cheese, Seaweed Fries, dan Blackpepper Sauce. Mac & Cheese dia Daebak!! Dah pedas-pedas makan Korean chicken, cover balik pedas tu dengan makan Mac Cheese. Sos Blackpepper dia pun sedap sangat untuk makan dengan chicken grill tu.


Satu platter ni sangat sesuai untuk 2 hingga 3 orang. Menjimatkan bukan?? Memang kenyang sangat dah bila makan ni. Antara 3 platter nih, CR paling suka Jeju Platter sebab jatuh hati dengan daging bulgogi dia. Rasanya teringat-ingat sampai sekarang.


Oh terlupa pulak yang baru-baru ni D'Mukmin Cafe ada perkenalkan menu baru iaitu Honeycomb Icecream. Ada seketul sarang madu, golden boba, cornflakes dan Vanila Ice Cream. Sedap sangat lagi-lagi bila aiskrim tu dah cair. Boleh la cuba bila datang ke D'Mukmin cafe nanti.

Lokasi Mukmin Cafe | Restoran Terapung D Mukmin
NO 49 DYNATON BUKIT ANGIN
( Hujung sekali, sebaris Sidin Cafe )
Hari : Selasa - Ahad ( Cuti Isnin sahaja melainkan diberitahu )
Waktu operasi : 5 petang - 12 malam ( last order 11.30 malam )


Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan

October 1, 2019


Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan

Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak | Assalamualaikum dan Hai. Haus tak bila tengok gambar kat atas ni? Ini adalah satu menu di Loteng Tc. Loteng Tc adalah diantara tempat kegemaran pengunjung yang kebetulan datang ke Teluk Cempedak. Loteng Tc terletak diatas 7eleven. 





Loteng Tc ada 2 aras. Level pertama adalah tempat kita membuat tempahan apa yang kita mahu makan dan minum. Disini juga disediakan meja dan kerusi untuk lepak bersama keluarga , kawan-kawan dan orang tersayang. Level 2 pula  konsep terbuka jadi mungkin akan panas sedikit. Bagi CR, CR lagi suka duduk di level 2 sebab lagi terbuka dan view pantai yang cantik. Sebelum ni CR rasa dia ada sediakan tempat santai2 yang ada bantal beans tu, tapi bila kali terakhir CR pergi dah tak disediakan. Tapi okay je asalkan ada meja kerusi. hehe.



Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan

Ini adalah antara menu yang ada di Loteng tc. Banyak sangat untuk dipilih sampaikan rambang mata tak tahu nak order yang mana satu. hiks. Makanan di Loteng Tc lebih kepada western food tapi kalau nak santai-santai lepak sambil minum air boleh la order keropok lekor cheese. 


Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan
Mocha Shake & Kedondong Shake

Signature drink Loteng Tc. Rasanya kalau siapa2 yang pergi sini mesti order air ni dan akan ambil gambar bekas minuman ni dan upload di Instagram. hehe. Comel cawan air ni, mula-mula ingat tak boleh bawa balik, rupanya boleh je. Boleh la buat koleksi pulak. 


Makanan apa yang kami order? Boleh tengok gambar di bawah yer. Biar gambar berbicara. gituuuuww..

Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan

Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan
Cheezy Lava Fries

Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan
Crispy Nachos

loteng tc
Tempura Mushroom

Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan
Tambahan keropok lekor , cheezy wedges

Antara kesemua menu yang kami order tu , yang paling menjadi kegemaran CR adalah Crispy Nachos. Sampai sekarang macam terbayang-bayang lagi rasa dia. Kepingan nachos bersama sos bolognese dan dua jenis keju. Portion makanan Loteng Tc boleh tahan banyak jugak.  Best kalau santai makan bersama rodong sambil borak-borak dan membawang. hehe


Dannn yang paling CR suka di Loteng Tc ni adalah, view yang cantik. Sini memang tempat yang menarik untuk anda selfie dan ootd ke. View air pantai dari atas sangat cantik dan menenangkan hati bila tengok. Sambil minum air, sambil termenung. Memang 'feel' dia lain macam. ;)


Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan

Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan




Gambar atas pakai baju biru , masa awal tahun kami pergi selepas Amsas Fun Run. Gambar bawah pakai baju hitam semuanya selepas kami join Milo Breakfast Day Run. Lepas lari tambah balik lemak2. hahaha..


Jadi,mana-mana yang berkesempatan ke Kuantan dan berkunjung ke Teluk Cempedak tu, boleh la singgah merasai makanan di Loteng TC ini. Pasti tidak mengecewakan anda. Selamat mencuba.

LOTENG TC.


DIBUKA SETIAP HARI
Ahad - Khamis  :12PM -12AM
Jumaat & Sabtu : 12PM - 1AM
Pertanyaan/ Tempahan :📱016 344 5250

Tempat makan best di Mentakab Pahang Tuned Up Cafe

September 9, 2019

tempat makan hipster temerloh

Assalamualaikum dan Hai. Masih mood bercuti ke tu? Untung bulan ni sebab tiga kali berturut-turut Isnin cuti. Jadi cuti hujung minggu jadi panjang la dari biasa kan. Kali ni Cik Renex nak berkongsi satu tempat makan atau cafe yang hipster dan sedap di Mentakab Pahang.  Mana lah tahu, dah bosan-bosan makan kat rumah nak cuba makan di cafe ala-ala hipster pulak. 

Tuned Up cafe ni terletak di Mentakab Pahang. Kena ikut jalan bypass lama dan jalan jpj baru la jumpa cafe ni. Sebab bukan terletak jalan utama jadi macam payah juga nak bagi landmark pada kawan-kawan cafe ni. hiks.

tempat makan hipster temerloh
Frappe Oreo


tempat makan hipster temerloh
Chicken Chop

tempat makan hipster temerloh
Chicken Grilled

Apa yang CR order? CR order Chicken Grilled, Chicken Chop , Frappe Oreo dan Epal Asam Boi. Bagi CR, Chicken grilled dia sedap, sos dia pun okay. CR tak makan sangat mashed potato sebab tak kena selera tapi sayur Coeslow cafe ni sedap. 

Portion ayam pun boleh tahan sizenya dan cukup la untuk seorang makan kenyang. :) 


tempat makan hipster

tempat makan hipster temerloh mentakab

 tempat makan hipster temerloh

Bagi CR lah kan, sesuatu cafe tu kalau nak viral dan nak tarik lebih ramai pelanggan adalah dengan hiasan cafe tu cantik. Bila deko cantik, mesti pelanggan ramai datang. Selain makan, boleh selfi puas-puas lak kan.

Decoration Tuned Up cafe bagi CR cantik dan ada tempat yang boleh snap gambar. Suasana dalam cafe tu pun tenang je. Kalau nak sambut birthday atau anniversary pun boleh jugak kat sini. Sebab kawasan dalam tu luas juga. Staf-staf pun boleh tolong untuk suprisekan orang yang tersayang tu. hehe

Jadi, kalau ada pembaca yang tetiba sampai ke Mentakab, boleh la singgah cafe ni dan mencuba menu di sini. 


Tempat makan best di Mentakab Pahang Tuned Up Cafe

TUNED UP CAFE



12. Jalan Bukit Keramat 8, Taman Bukit Keramat
28400 Mentakab

011-1460 9500



Tempat makan best di Kuantan Pahang Kula Cakes

August 2, 2019

Kula Cakes Kuantan tempat makan hispter Kuantan

Assalamualaikum dan Hai. Ini kisah awal tahun tapi baru letak kat blog. Nampak tak lama sangat tak cerita pasal personal kat blog ku ini. :) Kali ni CR nak kongsikan satu tempat makan viral kalau kita berkunjung ke Kuantan Pahang. Tak sah rasanya kalau ke Kuantan tapi tak singgah ke Cafe  ni. 

Cafe tersebut adalah Kula Cakes dan rasanya rata-rata semua dah familiar dengan cafe ni. Selalunya bila CR ke Kuantan dan lalu depan kedai ni, memang selalu ramai pelanggan beratur. Sampai keluar beraturnya punya la ramai.

Tapi nak dijadikan cerita, masa kami datang tu tak ramai sangat lagi pelangganya. Beruntung la kami tak perlu nak beratur lama. :)




Kula Cakes Kuantan tempat makan hispter Kuantan

Kek paling popular dan memang menjadi tarikan utama di Kula Cakes ini adalah Mango cheese cake. Tapi aku pun tak sure kenapa kami tak order Mango cheese cake tu. Terorder kek lain. Mungkin sebab bila tengok kek yang display tu jadi terlupa nak order 'trademark' Kula Cakes ni. Takpe, next time pulak rasa. 

Kula Cakes Kuantan tempat makan hispter Kuantan

Tak ingat nama-nama kek ni. Pilihan Syafiq macam biasa, Pavlova. Yang dua lagi tak ingat dah nama kek tu. Sebenarnya sebelum kami ke sini, kami dah isi perut kami dengan sata, udang tepung, keropok lekor dan macam-macam lagi lah. Tapi dah teringin nak ke sini singgah la jugak. 

Kula Cakes Kuantan tempat makan hispter Kuantan

Bila perut dah kenyang, mood makan pun jadi perlahan sikit lah. Tapi lama-lama habis jugak. Makan sambil membawang, memang best lah. 

Kula Cakes Kuantan tempat makan hispter Kuantan
Tempat wajib ambil gambar bila datang Kula Cakes.

Kula Cakes ni selain terkenal dengan Mango Cheese cake dia, cafe ni sangat la cantik decoration dia. Sesuai untuk orang yang suka bergambar dan letak di feed instagram. Kula Cakes berkongsepkan cafe hispter dan taman. Memang cantik. Tapi satu je masalah kalau nak kesini iaitu masalah parking. :)



Kula Cakes 

Alamat :

Jalan Besar
96 A, Jalan Besar
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur

Facebook : 


Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

January 9, 2019

Assalamualaikum dan Hai. Bila bercakap mengenai Murtabak mesti kita akan membayangkan suasana di Bazar Ramadhan sebab murtabak memang sinonim dengan bulan puasa. Tapi tidak dengan Murtabak Mengkasar. Murtabak ini sentiasa ada dan kedai pun sentiasa beroperasi melainkan Hari Raya Aidilfitri dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Rasanya semua memang tak asing lagi dengan Murtabak Mengkasar ini yang kedai asalnya beroperasi di Pekan Pahang. Bila berkunjung ke Pekan memang tak lengkap kalau tak singgah merasa murtabak ini. Tapi baru-baru ni Cik Renex berpeluang merasa Murtabak Mengkasar ini tapi bukan kedai di Pekan tapi di Bukit Sekilau Kuantan Pahang. Rugi rasanya baru tahu yang kat Bukit Sekilau ada kedai ini sebab selalu membayangkan murtabak ini ada di Pekan sahaja. Terlepas kapal terbang betul. hikss.

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan
Pemilik Murtabak Mengkasar, Tuan Ahmad Tajuddin Abdul Hamid.


Menurut pemilik Murtabak Mengkasar ini, murtabak mengkasar ini merupakan juadah  kegemaran keluarga diraja.  Sultan Pahang , Sultan Ahmad Shah meminati murtabak mengkasar ini dan sering menjadi juadah dalam majlis-majlis keramaian baginda. Resepi asal murtabak ini pula diperoleh dari rakan bapa pada tahun 1970-an iaitu Arwah Dato Awang Rashid. Beliau yang bertanggungjawab mewariskan resepi ini kepada pemiliknya.  Arwah telah berkongsi cara membuat murtabak ini dan yang paling utama sekali berkongsi resepi rempah yang diletakkan dalam murtabak ini.


Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan


Murtabak Mengkasar memang lain dari yang lain dan paling terbaik kerana menggunakan rempah-ratus rahsia dan rasanya tidak berubah sejak dahulu kerana mereka masih mengekalkan resepi yang diturunkan sehingga sekarang. Mereka hanya menambahkan jenis-jenis murtabak sahaja tanpa mengubah resepi asal rempahnya.


Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Bentuk asal murtabak juga memang lain dari yang supaya orang akan kenal murtabak ini lain dari yang lain iaitu bentuk segi empat tepat berbanding bentuk biasa iaitu segi empat sama. Kelainan murtabak ini juga adalah ia berlapis-lapis dari segi kulit luar dan juga isi dalam. Inti dalam dan inti luar juga berbeza bagi mencipta rasa yang berbeza.

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan


Biasanya, bila kita makan murtabak kita akan ada selapis sahaja. Berbeza dengan Murtabak Markisar sebab ianya i tiga lapisan tebal berinti daging dan pelbagai jenis rempah-ratus berkualiti yang menjadikan rasa murtabak ini lebih sedap berbanding murtabak yang lain. Dari gambar yang CR ambil tu pun dah nampak kelainan murtabak ini dari segi lapisan kan.


Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Hidangan satu keping ini sesuai untuk dimakan dua ke tiga orang. Sebab intinya sangat padat dan tebal. Biasa kalau beli murtabak mesti penuh dengan bawang jer tapi tidak di Murtabak Mengkasar. Murtabaknya memang padat dengan isi daging atau ayam. Makan dua potong pun da rasa kenyang lagi-lagi dicicah dengan kuah kari atau jeruk bawang. Nyummy.

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Harga murtabak mengkasar juga sangat berpatutan bagi CR berbanding tempat lain. Berikut adalah harga murtabak mengikut jenis2 nya.

Murtabak Mengkasar
Mix Special RM12
Daging Special RM10
Ayam Special RM10
Daging Biasa RM8
Ayam Biasa RM8
Menu Sampingan
Roti Canai, Roti Telur, Roti Telur Bawang, Roti Planta, Roti Bawang dan Roti Boom

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Bagi yang duduk jauh da teringin merasa Murtabak Mengkasar bolehlah membeli Murtabak yang telah disejuk bekukan. Murtabak Sejuk Beku (frozen) sebenarnya dah dibuat sejak lama dah tapi dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Murtabak Frozen ini kemudian mendapat tempahan dari Jeddah yang basednya di Food Market KL. Packaging juga akan diupgrade dari masa ke semasa. 


Cik Renex pun berpeluang merasa murtabak frozen yang biasa. Menurut Hj Din, murtabak frozen ini boleh tahan lama sehingga sebulan. Sesuai untuk di bawa ke tempat yang jauh. Harga murtabak frozen juga sangat berpatutan iaitu yang biasa RM12 dan yang special RM15.

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Murtabak Frozen ini juga disertakan sekali dengan Bawang Jeruk. Kita hanya tinggal goreng diatas kuali ataupun guna microwave. Tinggal hidangkan dan makan jer. Rugi kalau tak merasa.

Jadi, mana-mana yang tak pernah merasa lagi boleh la ke Bukit Sekilau Kuantan untuk merasa sendiri kenikmatan murtabak mengkasar ini. Memang kalau dah sekali cuba, akan datang makan sekali. CR bagi 4.5/5 bintang untuk Murtabak Mengkasar ini. 

Bersama pemilik Murtabak Mengkasar , Tn Hj Din

Murtabak Mengkasar

FACEBOOK


ALAMAT
Gerai Murtabak Mengkasar
Pusat Jaja UiTM,
Jalan Bukit Sekilau,
26060 Kuantan, Pahang

WAKTU OPERASI
3.00 Petang - 1.00 Pagi



© Blog Cik Renex