Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2021 Menyokong Kehidupan, Menggalakkan Penjagaan Kesihatan dan Membantu Kelangsungan Hidup 3 NGO di Pahang

October 31, 2021


Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2021 Menyokong Kehidupan, Menggalakkan Penjagaan Kesihatan dan Membantu Kelangsungan Hidup 3 NGO di Pahang︱Pandemik COVID-19 merupakan satu tempoh yang amat mencabar kepada semua, dengan organisasi-organisasi kebajikan merupakan antara pihak yang paling terkesan ekoran pengurangan sumbangan daripada sektor korporat dan masyarakat awam.

Ayam Brand™, satu jenama makanan sihat dan mudah dalam tin yang terkenal dengan kualiti, tanpa penggunaan bahan pengawet dan MSG tambahan, terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia dengan penganjuran semula Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021. Bertemakan #AyamBersamaMu, ia menggalakkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat menerusi konsep 3S dalam Pinggan Sihat Malaysia, membantu kelangsungan hidup melalui program #AyamFutureCreator, pada masa sama menyumbang bekalan selama dua bulan produk Ayam Brand kepada rumah-rumah amal yang mengambil bahagian.




Kempen yang diadakan secara maya dan mematuhi SOP bagi memelihara keselamatan dan kesihatan peserta, ini membenarkan pakar pemakanan dari Hospital Pakar KPJ Damansara dan usahawan serta pencipta kandungan terkenal berusia 18 tahun, Arianna Natasha dari Arianna Kitchen, untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di seluruh negeri. CR pun berpeluang untuk bersama-sama dengan mereka.


Usaha ini akan membantu dan mendidik 1,500 kanak-kanak dari 32 rumah amal di seluruh Malaysia, selain turut menyediakan 230,000 hidangan Ayam Brand yang sihat kepada mereka. Antara penerima sumbangan berkenaan adalah 101 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan, Pusat Jagaan Chahaya, dan Pertubuhan Kebajikan Rapha Kuantan.

Ms Chin Lee Foon, Pengurus Besar Ayam Brand


Menurut Pengurus Besar Ayam Brand™, Cik Chin Lee Foon, kempen CSR yang kini memasuki tahun ke-14 itu, telah menyumbang lebih 2 juta sajian sihat kepada lebih 25,000 individu dari 539 rumah amal dan NGO.

“Terdapat penekanan lebih dalam menyediakan makanan kita sendiri, memberi tumpuan kepada kepentingan kesihatan tubuh dan mental. Pasukan Ayam Brand memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor ini dalam membentuk kempen #AyamBersamaMu agar ia bertepatan pada masanya, bersifat relevan dan berguna kepada semua peserta dengan memberikan asas dalam amalan pemakanan yang sihat dan memberikan ilham agar berupaya menjadi pencipta kandungan yang bagus pada masa hadapan dan pada masa sama menyediakan sokongan ketara menerusi sumbangan bekalan selama dua bulan berupa produk Ayam Brand kepada setiap rumah amal yang mengambil bahagian. Tambahan lagi, para peserta #AyamFutureCreator berpeluang untuk memenangi RM6,000 dalam bentuk pelan simpanan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).” ujar Cik Chin.

Setiap rumah amal yang mengambil bahagian menerima kit permulaan #AyamBersamaMu yang terdiri daripada peralatan dapur, aksesori pencahayaan dan rakaman serta produk Ayam Brand untuk membantu permulaan pengalaman mereka menjadi pencipta kandungan. Bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan turut merangkumi pilihan kegemaran kanak-kanak yang kaya dengan protein dan mengandungi Omega-3 khasnya Tuna Mild dan Pedas Ayam Brand, Saba Deli Natural Ayam Brand serta Kacang Panggang Keju Ayam Brand.

Ayam Brand™ menekankan sumbangan produk-produk sardin, mackerel dan tuna memandangkan kebanyakan rumah kebajikan kekurangan sumber yang mencukupi Omega-3 iaitu asid lemak yang penting tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. Omega-3 membantu mencegah penyakit berkaitan jantung; menggalakkan aktiviti saraf yang sihat; menyokong penyerapan vitamin; memelihara sistem imunisasi yang baik dan menggalakkan perkembangan sel- sel di dalam badan termasuk perkembangan penglihatan dan otak kanak-kanak.

Pn Rushda Adiba Ismail, pakar diet dari KPJ Damansara Specialist Hospital 


Pasukan Perkhidmatan Pemakanan KPJ Damansara mengelolakan bengkel maya berkenaan Pinggan Sihat Malaysia, atau lebih dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh, yang mengesyorkan setiap sajian terdiri daripada suku bahagian protein, suku bahagian karbohidrat kompleks dan separuh bahagian sayur-sayuran serta buah-buahan berdasarkan saiz tangan, genggaman dan tapak tangan. Panduan mudah dilihat ini boleh membantu amalan pemakanan sihat individu sepanjang hayatnya.

“Kami sentiasa percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, kami komited dalam mendekati komuniti dan berkongsi pengetahuan kesihatan yang penting. Kita perlu mula mengajar golongan muda berkenaan amalan kehidupan sihat, khususnya ketika pandemik. #SukuSukuSeparuh mudah difahami dan diikuti golongan dewasa mahupun kanak-kanak untuk mereka menjalani hidup yang lebih baik.” kata Cik Rushda Adiba Ismail, Pakar Pemakanan Kanan di Hospital Pakar KPJ Damansara.

Pertandingan Pamerkan Pinggan Sihat Anda telah memperlihatkan pasukan-pasukan dari setiap rumah amal menyediakan hidangan sihat berpandukan konsep #SukuSukuSeparuh. Satu pasukan akan dinobatkan sebagai johan setiap negeri dan akan menerima trofi kemenangan, sijil penyertaan dan cenderahati dari Ayam Brand. Rumah kebajikan lain juga akan menerima sijil penyertaan dan cenderahati.


 Arianna Natasha, usahawan media sosial 
Arianna Natasha, Pengasas Arianna Kitchen dan pencipta kandungan terkenal yang berusia 18 tahun, dan mempunyai hampir 4,000 pengikut atau followers di Instagram telah memastikan bengkel #AyamFutureCreator menarik dan mudah diikuti para peserta muda.



“Saya harap program seumpama ini ada ketika saya mula menjadi pencipta kandungan. Membentuk kandungan yang menarik melibatkan usaha keras yang memerlukan kemahiran, kesabaran dan kreativiti. Program #AyamFutureCreator boleh menjadi permulaan kerjaya dan perniagaan bagi kanak-kanak ini, sekali gus membantu menjana pendapatan kepada mereka.” ujar Arianna sambil memaklumkan bahawa sandwic Ayam Brand merupakan antara snek terawal beliau pelajari semasa kecil. “Ianya amat mengagumkan kerana saya dapat bekerjasama dengan salah satu jenama kegemaran saya dan dapat membimbing yang lain”.



Peraduan #AyamFutureCreator memerlukan kumpulan kanak-kanak menghasilkan sebuah video masakan selama 1 hingga 3 minit dengan menggunakan rangkaian produk Ayam Brand dan prinsip Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh, berdasarkan tutorial oleh Arianna. Kanak-kanak terlibat perlu merakam, edit, tag, meletakkan tanda pagar dan mempromosikan video mereka di laman sosial untuk mengasah kemahiran sebagai pencipta kandungan. Arianna, pasukan Ayam Brand dan Pakar Pemakanan KPJ Damansara akan menentukan para pemenang yang berpeluang memenangi pelan simpanan SSPN PTPTN yang berjumlah RM6,000.


Hidangan makanan daripada Pertubuhan Kebajikan Rapha (Kumpulan C) yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan #SukuSukuSeparuh


“Sebagai langkah mematuhi SOP yang ditetapkan, kami tidak menganjurkan sebarang acara sejak tercetusnya pandemik Covid-19. Tentunya kanak-kanak amat gembira apabila kami mengaturkan acara maya #AyamBersamaMu. Mereka amat menyukai bengkel #SukuSukuSeparuh kerana dapat mempelajari perancangan pemakanan, para dewasa juga menyukainya. Mereka sukakan bengkel #AyamFutureCreator kerana kesemuanya ingin menjadi pencipta kandungan yang terkenal suatu hari nanti. Kami berterima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menyokong pihak NGO bertahun-tahun lamanya. Kami amat gembira kerana terpilih menerima bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan, khasnya pada ketika ini sumbangan adalah amat terhad. Kami amat menghargai Ayam Brand™ kerana sentiasa bersama kami dan menjaga kebajikan komuniti,” jelas Cik Grace daripada Pertubuhan Kebajikan Rapha Kuantan.




“Saya perlu memakan lebih sayur, buah-buahan, protein dan Omega-3 untuk jadi lebih sihat, tinggi dan kuat. Saya rasa saya mampu menang pertandingan #AyamFutureCreator dan memulakan perniagaan macam Kak Ary. Terima kasih Ayam Brand kerana membantu saya menjadi pencipta kandungan!” kata salah seorang peserta.


Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen CSR #AyamBersamaMu dan program #AyamFutureCreator, layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.

Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian.

October 18, 2021





Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian. ︱Assalamualaikum dan Hai. Bila dengar jer perkataan MySejahtera rasanya satu Malaysia dah lali dengan perkataan tu dan dah kenal sangat dengan aplikasi MySejahtera ni. Mana taknya, setiap kali nak masuk kedai mana-mana kita akan buka aplikasi MySejahtera ni dan imbas QR Code yang di pamerkan di setiap kedai atau apa-apa sahaja premis yang kita ingin masuk dan berurusan.

MySejahtera adalah salah satu aplikasi yang WAJIB ada ada dalam telefon bimbit setiap rakyat Malaysia. Selain dari untuk imbas QR code yang dipamerkan , ianya penting untuk kita mendapatkan suntikan vaksin kerana setiap urusan pendaftaran dan maklumat semua perlu di buat di aplikasi MySejahtera ini.



MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.

Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam, majlis keraian dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera. Kita sebagai pengguna  MySejahtera pula boleh menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi tersebut untuk mengimbas Kod QR yang dipamerkan di pintu sesuatu premis tu. Jom tengok cara untuk wujudkan QR Code MySejahtera tu.


Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian



1. Klik https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/ di google chrome. Bila klik akan keluar seperti gambar di bawah. Isi je maklumat yang diperlukan. Kita boleh daftar nenggunakan no telefon atau email. 

Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian.


2. Sekiranya daftar menggunakan No telefon, kita akan dapat sms dr MySejahtera untuk dapatkan OTP code. Jika guna email, kita perlu klik link yang akan dihantar pada email kita. 

Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian.

3. Kemudian terus ke bahagian Pendaftaraa/Registration. Isi semua maklumat yang diminta dan tekan button submit.

Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian.


4. Dah siappp. Akan keluar QR code MySejahtera kita. Boleh la pilih untuk terus print , email me atau download. Senang klik download dulu nanti bila-bila kita boleh print QR code MySejahtera kita.

Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian.

Mudah je kan. Selamat mencuba. Boleh la print dan laminate kemudian tampal di depan premis kita. Kalau nak nampak lain dari yang lain boleh lah tempah QR code MySejahtera dalam bentuk ukiran laser seperti di bawah. Cantik ke cantik sangat? Kalau untuk majlis perkahwinan, pertunangan atau apa-apa bentuk keraian boleh buat macam ni. Nampak lain dari yang lain. Murah je CR jual, hanya RM45 sahaja. Berminat boleh komen di bawah atau whatsapp je CR okay. Klik link whatsapp

qr code mysejahtera

cara buat qr code mysejahtera untuk kedai

cara buat code mysejahtera

 

Blog ada masalah lambat loading.

October 10, 2021


Blog Ada Masalah Lambat Loading ︱Assalamualaikum dan Hai pada yang tengah baca blog cik renex ni. Masih ada pembaca atau dah tiada ya. Maklum lah, makin lama makin sedikit CR update blog. Sebenarnya dalam draft tu ada je cerita yang ingin di tulis tapi itu lah, bila mood rajin menaip tu makin merundum, jadi hanya tinggal tulis tajuk sahaja dan masukkan gambar. Bila nak bercerita dalam entri terus blank tiba-tiba. Sekarang cuba nak ambil mood semula sempena pahang dah masuk Fasa ke empat , jadi harapnya mood rajin CR pun beralih fasa. :)

Sebenarnya, blog CR ada masalah sedikit ,tapi rasanya bukan sedikit sebab memberi kesan kepada blog CR. Masalah apa tu? Masalahnya bila CR klik link blog CR , blog CR mengambil masa yang agak lama untuk loading sampai habis. Ada masa tu terus tak boleh buka blog CR. Jadi blank page-suci putih blog CR.



Macam mana CR boleh perasan? CR dapat tahu dari Blogger Zaza sebab blog dia mengalami masalah yang sama. Zaza cadangkan pada CR untuk tukar template kerana mungkin faktor template yang menyebabkan blog kami tidak boleh dibuka homepage nya. Bila jadi macam ni, pembaca yang singgah di blog kita akan terasa bosan sebab perlu menunggu masa yang lama untuk baca info di blog kita.


Jadinya, kelmarin baru CR tukar template secara rasminya dan perasaan sayang nak tukar tu tetap ada sebab penat rasanya tukar template, tukar code ni, tambah code ni dan sebagainya. Kemudian kena test dulu template tu okay atau x dengan mobile view sebab yang menjadi masalah sekarang apabila kita buka blog guna hp. Bila CR guna laptop okay je laju loading. 


Jadinya, pada pendapat korang, okay tak template yang sekarang ni? Laju atau tak? CR ada berminat satu template ni kat etsy tapi kena bayar guna paypal. CR takde akaun paypal. Ada yang sudi nak tolong bayarkan guna acc dia tak? Nanti CR transfer bayar semula😊😁. Buat sementara waktu ni memang guna yang ni je dulu. Simple kan? 


Tips membeli baju dalam talian/online di website

September 29, 2021


Tips Membeli Baju dalam talian/online di website ︱Assalamualaikum dan Hai. Siapa disini suka beli baju secara online? Cik Renex adalah salah seorang penggemar membeli baju secara dalam talian/online. Lagi-lagi sekarang CR dah jadi salah seorang dropship baju kurung jenama Hasnuri. Pernah dengar nama HasnuriHq? Hari-hari pakai baju baru dengan Hasnuri. Gituuuu.

Nak tahu kenapa CR terjebak dengan Hasnuri dan setia sehingga hari ni? Ini disebabkan CR sangat selesa bila pakai baju kurung dari HasnuriHq. CR pergi ke kerja memang kena pakai banyak baju kurung jadi bila dah cuba sekali baju kurung HasnuriHQ memang tak pilih yang lain dah. hehe.. Bukan sahaja baju kurung, tetapi ada juga Suit, blouse, jubah dan juga kurta untuk pasangan anda. Baru boleh sedondon dengan yang tersayang kan.



Material baju Hasnuri sangat selesa dan tidak panas yang menggunakan kain jenis High Quality Heavy Como Crepe. Baju dari Hasnuri memang tidak jarang, tidak berkedut, jenis memeri , lembut dan juga mudah di gosok. Dannn yang paling penting harga yang mampu milik yang bermula dari harga RM39 untuk blouse dan RM50 dan keatas untuk baju kurung.


Baju kurung murah cantik sopan

Ini salah satu design baju dari HasnuriHq yang CR suka iaitu Jasmine Suit. Sangat selesa bila pakai pergi ke pejabat dan juga berjalan-jalan. Yang paling penting baju dari HasnuriHQ ni boleh bagi effect Kurus bila berOOTD . Itu yang syoknya.

Tapi risiko bila beli baju dalam talian ni, bila dapat baju yang tak ngam sizenya. Jangan risau Hasnuri punya baju size standard. :) Jom kita tengok apa tips semasa membeli baju secara dalam talian ni.

Tips Membeli Baju dalam talian/online di website 


1. Wajib ada Pita Pengukur

Tips membeli baju dalam talian/online di website

Pita pengukur sangat penting ye kawan-kawan supaya kita senang nak agak kita sesuai dengan size baju yang mana.  Pita pengukur pun senang je nak cari sekarang, kalau malas nak beli di Mr DIY ata eco boleh cari di shopee sahaja. :)

2. Wajib ambil tahu Ukur Lilit Badan

Tips membeli baju dalam talian/online di website

Bila dah ada pita pengukur, senang la nak ukur di badan sendiri. Selalu CR akan pastikan pelanggan CR tengok size chart dan pentingkan ukuran bahu,dada,dan punggung.

3. Wajib Rujuk Carta Size

Tips membeli baju dalam talian/online di website

Bila dah ukur, bandingkan size anda dengan size di size chart. Selalunya ukuran tu ada lebih kurang berbeza 1.0 inci. Biar besar jangan terus tak boleh pakai. huhu.. Kalau besar boleh lagi hantar alter tetapi banyak lak kerjanya kan dan kena tambah kos duit lagi yang kita keluarkan

Baju kurung murah baju kurung cantik

Kalau ada yang berminat untuk cari baju2 dari hasnuriHq boleh la hubungi CR di whatsapp. klik link di bawah






Here Comes September

September 3, 2021



Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Dah masuk bulan September. Sedar tak sedar ada lagi 4 bulan je untuk tahun 2021 ni dan kita masih di dalam mood pandemic. Moga ada sinar untuk kita. CR jenis yang suka tengok "Memories"  di Facebook sebab suka flashback balik apa yang kita lakukan atau terjadi pada tarikh sekian2 untuk tahun2 yang berlainan. Kadang-kadang tu kelakar dan malu baca status Facebook sendiri. Dan CR ada terjumpa satu status yang CR pernah share pada tahun 2016 rasanya. Jom baca sama-sama okay. Perkongsian dari FB Aku Islam.

HERE COMES SEPTEMBER

1. Maybe you're wondering why you still hurt. But hey, you still alive. You can learn again. So live, and learn.

2. No regrets, and begin again to be better you, for yourself.

3. There will come a time when you going to hurt. But it will come a time for you to heal. Don't give up on hope, don't give up on your du'a.

4. Healing takes time. Be patience.

5. Kadang-kadang ada masanya dalam hidup ni kita rasa semua serba tak kena. Tapi kita selalu lupa mungkin itu adalah cara Allah untuk meneguhkan kita.

6. Suasana berubah. Manusia datang, manusia pergi. Hati berbolak-balik. Dan hidup mesti terus selagi boleh bernafas.

7. Raikan kehilangan. Kerana 'kehilangan' selalunya akan datang dengan 'menemukan kembali', mungkin yang lebih baik daripada apa yang pergi.

8. Kerana sekuat apa kita mahu sesuatu itu kekal, jika ia pergi ia akan pergi. Lalu lepaskanlah. kerana takdir bukan sesuatu yang kita kawal.

9. Jika sesuatu pergi, inshaAllah akan datang sesuatu yang lebih baik. Kita sebagai manusia, harus redha.

10. Mungkin ada masanya kita akan kecewa, sakit, dikhianati. Tapi itulah yang nanti akan membuat kita lebih tabah di masa hadapan.

11. Masa lalu. Betapa pahit pun ia, itulah yang akan mendewasakan kita.

12. Kita tak boleh ubah masa lalu. Kita cuma boleh ubah diri sendiri. Cuma dengan ubah diri sendiri, kita boleh dapat masa depan yang baik.

13. Hidup memang tak selalu seperti yang kita inginkan, tapi itulah yang paling sesuai buat kita. ingat, Allah lebih tahu apa yang terbaik.

14. No matter how hurt you are, you just hurt, not dying. So stand up, face the world with every pieces of du'a that you can make.

15. Kalau kita pilih untuk hidup dalam kenangan masa lalu, it's our loss. Tuhan mungkin sediakan sesuatu yang lebih di masa hadapan. Move on.

16. Berdoalah, walaupun cuma dengan beberapa patah perkataan. Ia akan menghapus kegelisahan dalam hati, InshaAllah.

17. When you move on, remember how you used to be back then. Don't repeat the same mistakes.

18. There's so much thing that can't be erased in the past. Let it be. Because we can always make a du'a for a better future.

19. Make a new beginning. Don't stuck on the past.

20. There's a time when we're going to learn to love again, to live again.

21. It's just a matter of time before the pain in the past turn into happiness in the future.

22. It's ok, it's ok to feel the pain now.

23. Sakit yang kita alami itu, mengajar kita mengenal diri supaya we can live again, we can love again, dengan kekuatan baru.

24. Don't look back with regret. Ada sebabnya kita tak dapat sesuatu di masa lalu. Look forward with hope & du'a. Allah tahu apa yang terbaik.

25. One day all the pain will disappear. It's alright, it's alright to feel the pain. Allah will heal you over and over again.

26. Allah didn't give you trial for no reason. trust HIM, always pray. InshaAllah we'll be safe and sound.

27. Allah is the best penyembuh. Trust HIM, and you'll be rational again, be strong again, be more better again.

- sederhanaindah

p/s : so, it's a new month, again. stay good, people!


Cara nak buang background gambar (remove background)

August 1, 2021

Cara nak buang background gambar (remove background)


Cara nak buang/hilangkan background gambar (Remove Background)︱
Assalamualaikum dan Hai. Hari ni Cik Renex nak kongsikan cara untuk buang background pada gambar atau dalam bahasa omputehnya remove background. Sesetengah dari kita kadang nak edit gambar kita atau produk jualan kita dan untuk nampak lebih cantik kadang memerlukan kita untuk buang segala background yang tak sepatutnya.

CR selalu hilangkan background ni bila nak edit poster untuk promo sesuatu barang yang CR jual sebagai contoh baju kurung ker bantal ke. Nak guna background lain yang comel dan masukkan gambar produk kita beserta dengan perkataan yang menarik lagi. Untuk bantal printed yang CR jual ada kalanya CR akan guna untuk buang background gambar mereka dan amik yang sesuai sahaja untuk diedit atas bantal tersebut.

Macam contoh gambar di bawah ni. Si kacak pujaan hati sis. Dari ada background pokok-pokok terus jadi hilang. Tinggallah Lee Min Ho sorang². Hehe. Jom tengok cara-caranya. 

Cara nak buang/hilangkan background gambar (Remove Background)

Cara nak buang/hilangkan background gambar (Remove Background)

1. Taip https://www.remove.bg/ di google chrome ke mozila ke internet explorer ke.

2. Klik UPLOAD IMAGE untuk yang anda masukkan gambar yang anda ingin buang latar belakang dalam gambar tersebut.

Cara nak buang background gambar (remove background)


3. Pilih gambar yang anda inginkan. Contohnya macam gambar Lee Min Ho oppa di  bawah ini. Klik Open.

Cara nak buang background gambar (remove background)


4. Harap sabar menanti dia upload gambar yang kita pilih tu.

Cara nak buang background gambar (remove background)


5. Dah siappp. Klik Download dan save di dalam folder yang kita mahu.

Cara nak buang background gambar (remove background)


Senang je bukann. Cara yang CR ajar diatas menggunakan laptop. Untuk pengguna handphone sama je caranya. Guna link yang sama dan step yang sama. Tetapi perlu diingatkan, tidak semua gambar akan menjadi bila remove background tu, ada kalanya tak menjadi jugak. Jadi cacat gambarnya. Nak hilang background sekali dengan baju2 hilang. hehh.


Ada banyak lagi cara untuk hilangkan background gambar iaitu dengan menggunakan aplikasi Picsart , canva dan juga guna powerpoint pun boleh tapi leceh la sikit caranya. Canva pula kena berbayar. CR selalu guna website ni dan juga Picsart. Dua itu sahaja. Kalau anda ada cara lain, bolehlah kongsi dibahagian komen di bawah. Thanks.




Lirik Lagu Goodbye, Hello - Syamel dan Ernie

July 30, 2021

Lirik Lagu Goodbye, Hello - Syamel dan Ernie



Lirik Lagu Goodbye, Hello - Syamel dan Ernie ︱ Assalamualaikum dan Hai. Hari ni Cuti umum Negeri Pahang sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang. Daulat Tuanku. Sempena tengah rajin buka blog ni jom la update jap blog yang makin lama makin sendu ni. CR nak kongsikan satu lagu yang CR sangat suka dengar sekarang. 

Mula-mula dengar di Suria FM dah rasa vibes Faizal Tahir tapi tak sure sangat siapa nyanyi tapi dah macam dah boleh agak suara syamel ernie tu. Jadi untuk kepastian cari juga lagu ni di youtube. Memang betul Syamel dan Ernie yang menyanyi dan lagu ni lebih kurang macam kisah cinta mereka berdua. Kalau tak silap lagu ni keluar bila mereka berdua dah selamat diijabkabulkan menjadi suami isteri. 

Setiap kali kau pergi, separuhku mati
Namun sungguh cinta ini takkan pernah mati
Oh, kerna Tuhan saja tahu
Apa yang baik 'tuk kau dan aku

"Kau saja yang selalu aku nantikan, kudoakan
Kau yang selalu aku ceritakan pada Tuhan"

Ni antara bait  lirik yang sangat CR suka. Mendalam sangat bagi CR. Siapa2 yang tak pernah dengar lagi lagu ni jom layan video lagu ni di bawah.



Artist : Syamel & Ernie Zakri 
Title: Goodbye, Hello 
Komposer : Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan 
Lirik : Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan

Ini bukan mimpi, katanya
Tapi satu rasa yang nyata
Bukan juga rasa biasa, biasa

Takkan boleh terus begini
Ku tak mahu terus bermimpi
Hanya mahu menjadikanmu milikku

Setiap saat yang kau berikan
Bagai memetik bintang di langit
Setiap saat kau berikan padaku

Setiap kali kau pergi, separuhku mati
Namun sungguh cinta ini takkan pernah mati
Kerna Tuhan saja tahu
Apa yang baik 'tuk kau dan aku
'Cause everytime I say, "Goodbye"
You say, "Hello" (ow-oh-yeah)

Ini bukan lagi, bukan lagi mimpi, kini berbeza
Dugaan yang kita lalui
Banyak lagi yang kan menanti
Genggam erat tanganku kini, isteri

Setiap saat yang kau berikan
Bagai memetik bintang di langit
Setiap saat kau berikan padaku

Setiap kali kau pergi, separuhku mati
Namun sungguh cinta ini takkan pernah mati
Oh, kerna Tuhan saja tahu
Apa yang baik 'tuk kau dan aku
'Cause everytime I say, "Goodbye"
You say, "Hello", oh-yeah

Kau saja yang selalu aku nantikan, kudoakan
Kau yang selalu aku ceritakan pada Tuhan
Saat dua menjadi satu
Moga Tuhan mencurah restu, hu-uh, oh-oh

Setiap kali kau pergi, separuhku mati
Namun sungguh cinta ini takkan pernah mati
Kerna Tuhan saja tahu
Apa yang baik 'tuk kau dan aku
'Cause everytime I say, "Goodbye"
You say, "Hello"


© Blog Cik Renex