Order Online di Domino's Pizza #ItsAllAboutYou.

Assalamualaikum dan Hai. Sebenarnya dari minggu lepas dah Cik Renex teringin nak makan pizza dari Domino's Malaysia tetapi selalu tak berkesempatan. Jadinya, semalam baru lah ada peluang untuk merasa Domino's.  Sebelum ini ingatkan nak beli di Kluang tapi tak sempat jugak. Tak tahu la sibuk dengan apa. Hikss.


Untuk sesiapa yang masih belum tahu, Domino's sebenarnya dah lama bertapak di Malaysia sejak dari tahun 1997. Pengasas kepada Domino's adalah Tom Monaghan dan kedai pertama yang berjaya dibuka adalah di Johor pada tahun 1999 kemudian di Penang pada tahun 2001. Yang paling bagusnya, Domino's juga telah berjaya mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records atas anugerah Malaysia's First Fast Food Online Ordering. Fuhhh yang pertama paling pantas tu. Syabas Domino's.




 Klik untuk Baca (Sumber)

Di kawasan rumah CR iaitu Bera Pahang tiada  Domino's dan yang paling berhampiran pula di Temerloh. Jauh la sikit kan walaupun takde  lah jauh mana, 20 minit jer pun. :) Tetapi itu lah sebab malas nak lepas balik kerja dan kekangan masa. Disebabkan dah teringin sangat, CR pun order lah secara Online sahaja, jadi takde lah tunggu lama sangat dan boleh balik cepat.


Ini merupakan kali pertama CR order secara talian, ingatkan untuk delivery sahaja boleh order online rupanya untuk Take Away pun boleh. Jadi nanti tak perlu beratur panjang dan lama menunggu. Dah jimat masa kan. Macam mana nak order online? Senang je, anda cuma perlu sign up di website rasmi Domino's iaitu https://www.dominos.com.my  dan daftar seperti biasa. Bila dah selesai daftar boleh la order seperti biasa. Mudah kan.



Order Online di Domino's #ItsAllAboutYou.

Kita boleh pilih nak pick up pizza di outlet mana-mana yang mudah untuk kita pergi. Macam CR , CR pilih outlet di Temerloh sebab itu yang paling dekat. Masa pun kita boleh pilih untuk ambil jam berapa yang kita free. :)

Order Online di Domino's Pizza #ItsAllAboutYou.


Berdebar juga sebenarnya bila nak pergi ambil order tu mana lah tahu tiba-tiba takde nama kita dalam sistem kan. Tapi Alhamdulillah mudah sangat. Hanya pergi ke kaunter online dan bagitahu sahaja yang kita nak ambil pizza yang dah ditempah secara online.  Maafkan akak dik sebab adik call akk tak dapat. Akak yang silap letak no telefon. haha. Gigih dia call tapi tak dapat. :)


Order Online di Domino's Pizza #ItsAllAboutYou.
Hasil Tangkapan
Nak tahu pizza perisa apa yang CR order? Taddaaaaaa...


Order Online di Domino's Pizza #ItsAllAboutYou.
Muka tak sabar nak ngap semua tu, habis misi diet Cik Renex. hehe

Order Online di Domino's Pizza #ItsAllAboutYou.
BBQ Chicken

Order Online di Domino's Pizza #ItsAllAboutYou.
BBQ Chicken

Tak tahu nak order yang mana satu perisa sebab SEMUANYAAAAA SEDAP! Last-last pilih BBQ Chicken sebab itulah yang menjadi favourite CR. Banyak lagi pilihan lain seperti Chicken Peperoni , Seafood Delight , Aloha chicken dan pelbagai lagi.


Order Online di Domino's Pizza #ItsAllAboutYou.

CR juga ada order side-dish lain iaitu Breadstick. Tak cukup rasa nya , rugi tak tambah lagi order.Terliur tak tengok2 gambar -gambar pizza dari DOmino's ni. Apa lagi,cepat lah order perisa kegemaran anda.

Order Online di Domino's Pizza #ItsAllAboutYou.

Sebelum terlupa.Tahniah Domino's kerana telah berjaya berada di Malaysia sejak 1997 sehingga kini dan selamanya. Semoga terus menjadi pilihan rakyat Malaysia dan memberikan servis yang terbaik untuk pelanggannya.



Tentang Domino's Malaysia

https://www.dominos.com.my

1-300-888-333


6 comments

  1. Wah sdapp nye tgok cr makan dominos pizza tu

    ReplyDelete
  2. Wahhh..kita siap beli tambah hehe

    ReplyDelete
  3. Dominos pizza memang sedap! Terutama sekali bila makan panas-panas :9

    ReplyDelete
  4. siap tak tergoda kan dengan keenakan pizza dominos

    ReplyDelete
  5. Bila sekali cuba order online untuk take away terus tersuka.. memang senang dan mudah..

    ReplyDelete
  6. yeahh...sep kita geng Domino's Pizza gak ..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex