Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh Pahang

by - Sunday, September 29, 2019


Tempat menarik Temerloh

Assalamualaikum dan Hai. Kali ni kita akan bercerita salah satu tempat menarik di Temerloh iaitu Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh. Jambatan gantung ini terletak berdekatan dengan Esplanade Temerloh . Sebenarnya jambatan ini dah lama dah beroperasi dan CR pun tak pasti ada ke tak mereka servis baik pulih selepas jambatan ini tenggelam semasa banjir besar di Temerloh pada tahun 2015. 


tempat menarik di temerloh


Sebenarnya risau juga nak naik jambatan ini, tapi disebabkan kawan CR tak pernah lagi naik jambatan ini, CR pun temankan. Padahal diri sendiri pun gayat. Nampak tak amaran yang di papan tanda tu?

"Adalah dimaklumkan bahawasanya titian gantung ini hanya dihadkan kepada dua orang sahaja pada satu masa. Majlis Perbandaran Temerloh tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pengguna titian gantung ini. Harap Maklum."

Jadi, siapa yang naik tu memang tanggungjawab sendiri lah kalau tiba-tiba jambatan gantung ada problem kan.  Jambatan gantung ini sebenarnya menghubungkan Esplanade Temerloh ke Restoran Ikan Patin yang ada di seberang sana. Tapi CR tak pasti masih beroperasi atau tidak restoran tu. Rasa macam dah tutup da sebab laluan ke sana pun dah tutup. 


Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh Pahang

Ketinggian jambatan ini adalah 40.22 meter dan panjangnya adalah 86 meter. Uishh tinggi jugak tu. Bawah tu sungai semantan yang bertembung dengan sungai pahang. Di bawah itu juga ada sangkar ikan .


tempat menarik di temerloh

Gayat jugak la sebab nampak macam 'melendutt' ke bawah. Dengan ade yang menyakat pergi goyangkan jambatan tu pulak. 😂😅 Walaupun dalam papan tanda tu kata 2 orang sahaja dalam satu masa, tapi semacam ramai yang lalu. Nampak tak degilnya. :)



Temerloh pahang

Muka happy sebab dah sampai ke penghujungnya walaupun dalam hati berdebar2. Nampak tak belakang CR tu macam ada pagar. Itu sebenarnya laluan untuk turun ke restoran bawah tu tapi macam dah tak operasi da.


Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh Pahang

Masa gambar ini diambil, Bacaan IPU jerebu di Temerloh agak tinggi juga. Sebab itu lah tak nampak sangat perkataan Temerloh tu kan. Tapi semacam je nak bergambar. 

Mana-mana yang berkesempatan ke Temerloh tu, boleh la datang ke sini untuk bergambar. Kalau berani, boleh la menyeberangi jambatan gantung tu. Kalau tak berani, selfie je la atas tu. hehe..

Sebelum entri ini berakhir, jom layan video yang CR buat. 





You May Also Like

5 comments

  1. Bestnyaaa titi gantung. Muka CR nmpk cuak haha. hmm biasa la tu org malaysia lagi dilarang lagi buat yedok kikiki sama la yg ckp ni pun

    ReplyDelete
  2. tgk je dh gayat.. haha..
    xberani nk naik camni..

    ReplyDelete
  3. Kalau akak la xberani gak naik jambatan tergantung gayat hahaha

    ReplyDelete
  4. tengok gambar macam best je jmbatan ni.. mgkin sbb gmbar kot jadi tak nampak gayat sangaat.. dulu2 zaman skolah biase nak penambang je takde lagi jmbatan ni dekat esplanade..

    ReplyDelete
  5. Kalau Sha nie memang tak lalu lah.. seram + gayat..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.