Lirik Lagu Cinta Sejati - Aiman Sidek & Alin Sidek

Lirik Lagu Cinta Sejati - Aiman Sidek & Alin Sidek



Lirik Lagu Cinta Sejati - Aiman Sidek & Alin Sidek ︱Dua tiga hari ni masa aku scroll fyp Tiktok selalu terdengar bait-bait lirik lagu ni. "Ke mana ku cari ganti ,Ke mana ku cari dia,Umpama menantikan kepompong jadi rama-rama". Masa mula-mula dengar tu ingatkan penyanyi IrwanSyah rupanya penyanyi dari Malaysia iaitu Aiman Sidek. Lagu ni ada vibe lagu Indo tu yang terfikir Irwansyah tu. Ternyata aku silap.  

Pernah dengar tak lagu yang ada lirik ni 

"Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir"

Lagu ni sangat popular masa sedekat yang lalu yang berjudul Cinta Terakhir nyanyian Aiman Sidek. Lagu ni masih disukai pendengar dan Aiman Sidek ada remake semula lagu ni dengan sentuhan terbaru. Tetapi jujurnya CR lagi suka yang lama. Lebih Feel :)

Cinta Sejati adalah buah tangan terbaru daripada Aiman Sidek . Sebuah karya puitis yang akan menyentuh jiwa ramai orang yang mendengarnya. Jika sebelum ini memilih Syazmin Saprudin untuk Cinta Terakhir, kini untuk Cinta Sejati, Alin Sidek iaitu adik Aiman sendiri dipilih untuk menyanyikan lagu ini bersama sama. 

Jom kita dengarkan lagu ni di Youtube  yang tengah trending sekarang ni.


Lirik Cinta Sejati -  Aiman Sidek & Alin Sidek 


Tertutup mata
Hilang semua ralat di jiwa
Berantakan merantai ritma
Yang tersimpan noda

Janji diputus Hati terguris
Membawa rasa Hilang tak ada

Ke mana ku cari ganti 
Ke mana ku cari dia 
Umpama menantikan kepompong jadi rama-rama 

Di mana hilangnya cinta
Seindah bulan purnama 
Untukku berpuisi 
Bermadah pujangga 

Beralun resah 
Mengulit rasa rentap di jiwa 
Ternanti-nanti
Pelangi yang mewarnai dunia 

Janji diputus Hati terguris 
Membawa rasa hilang tak ada 

Ke mana ku cari ganti 
Ke mana ku cari dia 
Umpama menantikan kepompong jadi rama-rama 

Di mana hilangnya cinta 
Seindah bulan purnama 
Untukku berpuisi 
Bermadah pujangga 

Hari yang bersilih ganti 
Ku tetap ada di sini 
Mencari erti sebenar 
CINTA SEJATI 

Ke mana ku cari ganti 
Ke mana ku cari dia 
Umpama menantikan kepompong jadi rama-rama 

Di mana hilangnya cinta 
Seindah bulan purnama 
Untukku berpuisi
Bermadah pujangga

2 comments

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex